Pages

27 Ogos 2023

Dari Mana Datang Sayang - 1

 



“Aku share gambar kau ya?” Erma tunjuk skrin Iphone.

Aku pandang Erma. Sambil membetulkan configuration sistem FiMS, aku kerutkan dahi. “Apa benda lagi kau nak buat ni Ma oi?”

“Kau nak yang mcm mana?”

“Macam mana apa?”

“Jodoh? Aku tengah nak helping my very good friend to find her soulmate. Salah ke?”

Aku terbahak ketawa. Aku jawab, “Rasa macam tak perlu kot. Nantilah.”

“About him. Bujang atau duda.” Suara Erma sayup-sayup kedengaran. Bunyi papan kekunci laptop makin laju bersaing dengan suara Erma.

Aku malas nak teruskan perbualan. Tetapi suara Erma makin mengasak-asak. “Umur 34 ke 36. Lagi muda mungkin jodoh.”

Enjoys travelling.” Erma laju menaip di dalam telefon pintar.

Date to marry.” Suara Erma kali ni berdesing. Aku acuh tak acuh.

Educated. At least degree holder, master ke and semestinya financial stable.” Erma pandang aku.

Aduh apa mende Erma ni.

Sambil tersengih, dia taip lagi dan aku terkebil-kebil memerhatikan dia, “Muslim. Convert to Islam pon okey. Trust, respect, hormat orang tua, tak merokok.”

“Kau nak buat apa ni?” soal aku.

Pantas Erma menjawab, “Ok, done twit!”

Sepantas itu dan Erma tersengih-sengih.

“Nina. Aku akan bagi no telefon kau tau. Sedia. Kalau kau tolak, aku bagi nombor telefon emak kau.” Erma pantas bangun dari kerusi dan terburu-buru menolak kerusinya.

Aku pandang telefon sendiri dan hembuskan nafas. Ya Allah, apa lagi perkara yang akan berlaku selepas ini.

Bantulah aku berhadapan dengan Erma.

***

😍Dah lama rasa tak menulis. Selalu betul terkenangkan blog yang dah bersawang. Ada orang kata dah tak relevan menulis di blog. Tapi masih tetap saya nak share di sini. Orang kata, tempat lama lagi kan di kenang. Apa khabar semua pembaca saya? Harapnya semua sihat. Saya cuba nak tulis kisah yang ringan, tapi rasa macam akan banyak klise di mana-mana.  Tajuk manuskrip ini pun, rasa macam akan berubah-ubah mengikut manuskrip dan editor nanti. Tapi itulah, siap pun belum, saya dah berangan kan? Saya masukkan juga kisah ini di Whatpadd, IG dan Page FB. Page FB lebih pantas sikit saya share. 

Mana yang korang rasa selesa, silakan. Tapi maaf, saya ni macam biskut, kejap ada dan kejap takde. 

Maaf tau! Doakan saya laju-laju menulis ok. 

Mardihah


12 April 2021

Setiap malamku begitu.




Setiap malamku begitu, 

Seperti selalu.

Sepi. 

Dan mahuku, agar sebelum dibuai mimpi, 

Aku kepinginkan, untuk melupakan sepi yang menghantui. 


Dan cinta aku masih begitu. 

Sepi.



13 April 2020

Hai Cinta, Dengarkanlah [12] Eksklusif

Daaaa....kita sambung sikit  bab yang cik penulis sangat suka. Nanti ada masa, saya akan share lagi.  Hello Adib, Cahaya dan Fifi. 

Ramainya tanya dengan saya bila sambungan Mr Pai Epal, kisah Cik Yaya dan Izz Amir tu nak sambung? Ha ha. Saya akan usahakan secepat yang mungkin. Dan saya minta maaf juga kerana kekangan masa saya yang bekerja sepenuh masa dan sangat sibuk betul dengan beberapa benda yang kena saya siapkan. Work from home masa pandemic Convid19 ni buat tangan saya jadi macam sotong betul. 

Haaa...satu lagi, saya sedang usahakan juga satu manuskrip thriller cinta. Wah! Tapi harapnya semua berjaya saya siapkan. Doakan saya ya

Daaaa...





“Mama, mama…kenapa ada kereta kat depan rumah kita, mama?” Fifi terkedek-kedek masuk ke dalam bilik mamanya. Matanya pantas memerhatikan mamanya yang sedang menyusun helaian kertas di sebuah bakul. Tahulah dia, yang mama sedang sibuk bekerja.

Cahaya merenung si anak dara. Dah beberapa kali, Fifi ni asyik ke kanan dan ke kiri, berlegar di bilik kerjanya. Sekejap ke depan, sekejap datang ke sini. Soalannya masih sama seperti tadi.

Dan jawapan yang dia berikan kepada si anak juga tidak berubah. “Kan mama kata tu orang gila. Fifi jangan buka pintu.” Cahaya keluarkan jari telunjuk. “Mama bagi warning awal-awal dengan Fifi ni. Jangan buka pintu.”

Ah. Cahaya makin kusut. Tak memasal dia gantikan nama lelaki berkenaan dengan gelaran orang gila. Eeee...macam mana ni? Kenapa dia datang sini. Dia nak apa, lagi? Bukankah dia akan datang ke pejabat esok. Jadinya kenapa Adib tu sibuk-sibuk nak datang sampai ke sini?

“Oh orang gila ya mama. Orang ‘gila’ tu apa mama?” Fifi masih mahu bersoal jawab dengan mamanya mengenai pemilik kereta yang sekarang berada di hadapan rumah.

Cahaya letakkan kertas-kertas yang baru dia cetak di atas meja pula. Dia baru sahaja selesai membuat draf untuk menerbitkan buku bagi pameran nanti. Sepasang matanya kemudian segera meneliti kepingan gambar hasil lukisan Ibrahim Anggus. Dia sudah menerima sepuluh keping gambar dan selepas ini dia akan mencari seorang lagi artis, iaitu Hazlinda Omar. Dengan harapan dia akan menerima sepuluh lagi hasil artis berkenaan sebelum semua pasukannya memilih mana lukisan yang bersesuaian untuk pameran ‘Diraja’.

“Orang gila tu dia tak betul sikit. Otak dia sakit.” jelasnya lagi.

Fifi terkebil-kebil. “Gitu ya mama?”

“Ya.” Cahaya kembali memandang anaknya. Fifi ni, kalau bertanya, sampai esok pun belum tentu Fifi akan berpuas hati.

He look so familiar. I think I know him...but.” Fifi terkebil-kebil. Ah – sudah. Fifi dah keluarkan cakap mat salihnya di sini. “Sebab Fifi selak langsir. Mama tahu tak, Fifi rasa Fifi kenallah siapa yang ada kat luar tu.”

Isy Fifi ni.

Cahaya angkat kening.

“Mama tak habis kerja lagi ke?” soalnya.

“Ermm belum. Ada sikit lagi.”

Fifi setia menantikan mamanya di muka pintu. Wajahnya masih tidak puas hati dengan penjelasan mamanya. “Mama tak nak keluar?”

Cahaya gelengkan kepala. “Tak naklah.”

“Mama…” Fifi masih belum berpuas hati dengan jawapan yang dia terima

“Ya Fifi.”

“Yang’ kat luar tu Fifi rasa, Fifi kenallah mama. Dia bukan orang gila.”

“Hurmm..”

“Orang tu’ lah mama. Haaaa uncle ala uncle kat dalam airoplane tu mama. Orang tu yang kita jumpa kat train. Kan mama kan?” Fifi bulatkan matanya. Kemain ceria pop yeh yeh dia menjelaskan dengan mamanya. Iyalah dia sangat kesian dengan uncle yang duduk lama di luar rumah mereka. Fifi sempat melambai-lambai hanya melalui tingkap yang terbuka. Bola matanya sangat segar, melihatkan uncle berkenaan yang sudi membalas lambaiannya. Iyalah, Fifi masih ingat, uncle itulah yang berikan Fifi beg yang penuh dengan coklat.

“Mama, tak baik mama cakap uncle tu gila. uncle tu yang berikan Fifi coklat, kan? Dia sangat baiklah mama.”

“Kan mama kata dia gila.” bidas Cahaya cepat. “Fifi jangan bagi mama marah okey. Kan mama kata, dia orang gila. Jangan buka pintu dan duduk kat depan sebelum mama siapkan kerja-kerja mama ni. Dengar tak?”

Fifi mencebik. Selepas dimarahi oleh mamanya, dia mengatur langkah untuk kembali ke ruang tamu. Televisyen sedang terpasang dengan cerita kartun kegemarannya. Fifi terus meletakkan punggungnya di atas sofa sambil kepalanya terteleng-teleng melihat tingkap yang sedang terbuka. Hati si kecil meronta-ronta untuk terus mendekati tingkap. Langsir masih beralun dengan liuk-lentuknya ditiup sang angin.

Cahaya hembuskan nafas. Kaki kanan yang kini berbalut plaster luka direnung berkali-kali. Dia bawa jemarinya ke dada yang tiba-tiba berdebar entah kenapa.

Matanya menyorot melihat gambar, momen menarik di antara dia dan Fifi ketika mereka masih di New York. Ketika itu juga, dia terus teringatkan peristiwa beberapa hari yang lalu.

“Itulah, lain kali hati-hati.” Suaranya garau, meresahkan hati. “Kita jumpa lagi kat sini. Garam di laut, asam di gunung bertemu dalam belanga juga. Berjodoh betul. Kan Cahaya kan?”

Cahaya diam. Peliknya, si dia menawarkan untuk membalut luka di kaki. Kaca yang pecah, rupanya terlekat di telapak kaki. Ketika itu, seram sejuk terasa tubuhnya. Kaki juga pucat entah kenapa. Darah di setiap kapas yang bertaburan, sangat banyak, mencemarkan perasaan. Mujurlah air teh panas, hanya terkena sedikit sahaja di bahagian kaki.

Kotak First Aid Kit habis diselongkar oleh lelaki berkenaan. Minyak kuning, minyak gamat, plaster dan berbagai-bagai benda dikeluarkan. Lagaknya macam doktor yang bertauliah.

“Macam mana kakinya, Adib?” soal Roza, bimbang.

“Darahnya tak nak henti ni mak. Jap.” jawab Adib perlahan. Sesekali dia merenung Cahaya yang punggungnya masih setia di atas kerusi makan.

“I boleh buat sendirilah. Jangan susah-susah, boleh tak? Malulah I semua orang tengok kita. Bak sini, I boleh buat sendiri.” Cahaya merendahkan suaranya. Takut pula dia, mentuanya dan emak encik beg ini terdengar. Adik perempuan si Adib ni pun satu. Kenapa dia sibuk tersengih-sengih macam kerang busuk aje ya?

“Tolong diam, boleh tak?!” Adib jegilkan biji mata. Dia menarik kaki Cahaya agar dekat lagi dengan dirinya. Degil juga si dia ini. “Ada orang nak letakkan ubat dan balut luka awak ni, terima kasihlah sikit. Kenapa pula you nak malu? Eleh, dia pandang kita dalam kapal terbang lama-lama tu, tak apa.” Adib senyum mengejek.

Cahaya pandang mama. Gigit bibir bawah. Malunya, Tuhan yang tahu. Kemudian matanya melirik ke arah Wahida yang sedang diam seribu bahasa. Dadanya sekarang, berdegup kencang entah kenapa.

“Bila masa pula I pandang you dalam kapal terbang?” Debar di dadanya kini, Ya Allah hanya Dia yang tahu.

“I ingat. Sangat ingat.” Adib sentuh hidungnya. Jungkitkan kening dan jelirkan lidah. “Nanti I gantikan cawan dan piring ‘bekas’ mama mentua you, okey?”

“I tak suruh pun.” pintasnya segera.

“Suka hati I la. Err....boleh ke I beritahu dengan semua orang kat sini yang kita pernah jumpa dan kita dah kenal satu sama lain?” tekan si lelaki. Dia ralit menekan lagi darah dan mengeluarkan serpihan kaca yang masih ada di kaki cik troli.

Sesekali dia sembunyikan sengihannya.  

“Ish, jangan nak mengada sampai nak beritahu dengan semua orang yang kita kenal.”

Adib buat muka slumber. Dia terus menyapu ubat dan membalut kaki wanita di depannya ini sekemas yang mungkin. Sambil itu, sempat lagi dia mengusik si cik troli. “I kan bos you nanti. Tak sabar nak tunggu you masuk pejabat esok. Senang sikit kerja I kalau beritahu dengan semua orang yang kita dah kenal. You bekas kakak ipar Wahida kan?”

Dahi Cahaya berkerut-kerut. Apa maksud Si Adib ni hek?

“Sebab I rasa, I macam dah jumpa yang lain. Lebih menawan, lebih cantik dan lebih manis….” Adib jungkitkan kedua-dua keningnya sambil terus memandang Cahaya. Entahlah, ketika itu dia sangat berani menggoda dan bibir manisnya sangat suka menyakat si cik troli. “Errr….You. Kalau  I minta emak I pinangkan you terus dan I pilih you, boleh tak?”

Cahaya terbatuk-batuk. Tekaknya sakit perit dengan pengakuan gila lelaki ini. Baru saja Cahaya mahu membalas usikan si encik beg, Adib tergesa-gesa bangun dan berdiri memandang semua yang ada di ruang tamu.

“Okey, siap. Budak-budak nakal memang macam ni.” usiknya sambil kenyitkan mata untuk Cahaya.

What??? 

“Mama!” panggil Fifi. Drama sebabak yang masih terasa melekat di kepala terus terbang melayang entah ke mana. Cahaya pandang Fifi yang kini berada di muka pintu. 

“Ya Fifi.”

“Fifi terpaksa buka pintulah mama. Fifi kesian tau dengan uncle sebab kat luar sangat panas.” Fifi tergagap-gagap dan meneruskan cerita kepada si mama. “Uncle tekan loceng sampai sepuluh kalilah mama.”

Mata Cahaya terbuntang. “Haaaa?”  

“Iyalah mama. ‘Uncle beritahu dengan Fifi yang nama dia ‘Uncle Adib’. Uncle hadiahkan Fifi teddy bear Winnie ni. Comel tak mama?” Fifi tayangkan Winnie The Pooh sambil tersengih-sengih. “Jadinya, Fifi jemputlah Uncle Adib masuk rumah kita.”

Jeritan Cahaya kini menggegarkan dinding rumah. “Fifi!”

07 April 2020

Hai Cinta, Dengarkanlah! [Prolog]

Rasa macam nak aktif berblog semula kan? Walaupun ni medium paling lama, tapi tetap rasa macam seronok giler. Gais, saya akan hadiahkan beberapa bab terpilih Hai Cinta, Dengarkanlah! ke dalam blog ini ya. Stay tune dan jangan lupa dapatkan segera, beli naskah/novel ini dengan Karya Seni. 

Stay safe. Duduk di rumah dan selamat membaca kisah Cahaya, Fifi dan Adib.

Hugs,
Mardihah




Nur Cahaya

Aku masih ingat lagi. Ketika pertemuan yang berlaku di antara aku dan dia. Mata teduhnya membuatkan aku ralit, fikiran terus di bawa entah ke mana. Malah, tiba-tiba sahaja hati menitipkan bahawa dia itu adakah lelaki diciptakan oleh Tuhan untuk menghanyutkan sekeping hati dan perasaan yang telah lama aku kunci.

Aku sendiri sukar untuk mendefinisikan jawapan yang sedang meniti di hati.

Di dalam perut kapal terbang. Di awan nan tinggi dan mencecah ketinggiannya berpuluh ribu kilometer dari bumi.

Kenapa dengan aku ketika itu?

Kenapa dan mengapa rasa senang bersarang di hati ini. Melihatkan dia, seolah-olah alam sedang berwarna dengan campuran yang sungguh mengindahkan. Jelas di mataku, ketika menatapi wajahnya, terlihat anugerah terindah yang bakal aku miliki.

Adakah dia lelaki yang kelak akan sentiasa menerbitkan senyuman di bibir ini?

Dan adakah juga dia sang lelaki yang kelak akan membahagiakan seluruh kehidupan aku.

Ya, kehidupan aku dan Fifi.

Ketika aku pernah memikirkan bahawa setiap hari, setiap siang, ketika malam mendatang dan saban waktu hidupku hanya akan bersama dengan Fifi sahaja.

Dan Tuhan sedang kirimkan aku sebuah perasaan yang baru. Yang setiap hari, setiap siang, ketika malam mendatang dan saban waktu hidupku tersemat senyum dan namanya di hati aku dan Fifi.

Berdosakah aku?
Untuk punyai seorang kekasih.
Yang mencintai aku.
Apa adanya.