Pages

23 Julai 2007

~Cabaran Tag~

~Cabaran Tag -Kena Tag Dari PutriHanan~


Rumah anak yatim ini memerlukan bas untuk penghuni2, di samping sumbangan untuk pengendalian harian. I am inviting you to participate together with me. For every person who complete this meme before August 26th, I will contribute rm127 on your behalf to the Darul Izzah Orphanage, Bangi.If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry you just need to tag as many person as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged. And to include this message, "By doing this meme you are contributing rm127 to the Darul Izzah Orphanage". Then please copy and paste this rule somewhere in your entry.

1. A person is only as good as bila sentiasa menghulurkan bantuan ikhlasnya.
2. Friendship is menyayangi dan mengenali. Jujur dan baik budi
3. To love “bakal suami” he he he bilo lah den nak kahwin ni? Uhuk3
4. Money makes me risau……
5. I miss Rasulullah s.a.w
6. My way of saying I care is by senyum……….membantu orang lain.
7. I try to spread love and happiness by mengenali hati budi semua orang di sekeliling
8. Pick the flowers bunga ros yang segar…...
9. To love someone is to mengahwini keluarganya juga….meyakinkan diri dengan keadaan pasangan, menerima seadanya …InsyaAllah
10. Beauty is “milik Allah….kekalkan manisnya muslimah…”
11. When I was thirteen, what I remember the most banyak benda berlaku….cerita sedih..memori sedih….:) tapi saya belajar memahami setiap itu adalah pelajaran untuk kehidupan menjadi anak terbaik!
12. When I was twenty one, I remember berjalan dalam perjuangan bersama semua sahabiah-sahabiah. Masa saya adalah untuk Jemaah….jiwa saya adalah terlalu kuat dalam bulatan halaqah..saya rindukan saat itu!
13. I am most happy when balik kampung..tengok mak ayah depan mata! Dan menulis……bercerita mcm dalam usrah…..
14. Nothing makes me happier than menggapai semua impian menjadi nyata! Saya mahu Palestin bebas!!
15. If I can change one thing, I will change pemerintahan ISLAM di seluruh dunia
16. If smiles were wang , manusia menjadi lebih hina kerana bermandikan wang!
17. Wouldn't it be nice if we could menjadi insan paling diberkati Ilahi
18. If you want to disayangi dan dihormati then you have to smile! TP TAK BLEH SMILE LELEBIH…nanti naya!..kena hormat org lain dan sentiasa tenang…zikir dan ibadah!
19. Money is not everything tapi dengan duit semua keinginan akan dicapai…namun semuanya adalah kerana keizinan Ilahi…rezeki adalah hak Allah…!!
20. The most touching moments I have experienced is...saya belajar menjadi kakak yang paling terbaik untuk adik-adik dan anak kepada seorang mak dan ayah yang tidak pernah jemu membesarkan saya. Saya juga mengenali hidayah Ilahi ..kerana Hidayah Ilahi saya berdiri sebegini…Allahuakbar!
21. I smile when jiwa lapang, tidak dalam keadaan kerja (bila kerja saya tekun orangnya) Saya senyum bila saya tenang…bersama sahabiah2 tersayang dan keluarga tercinta……
22. When I am happy, menulis……berkarya….dan tengok bintang!
23. If only I don't have to smile, then saya jadi kacau …..tenang adalah ubatnya!Doa adalah fitrah….saat bertangisan kepadaNya…itu perlu sebagai penenang diri
24. The best thing I did yesterday was…writing
25. If I ever write a book, I will give it this title, “ Lukisan Jiwa” – novel pertama saya! InsyaAllah….
26. One thing I must do before I die is saya nak bahagiakan mak dan ayah saya….adik-adik saya dan mempunyai keluarga sendiri……yang sentiasa menjadi penenang jiwa…..kepada suami dan bakal-bakal anak yang aka terus berjuang!.....TAKBIR!
27. Doing this meme, I feel like malunya…sebab semua orang macam dah tahu serba sikit tentang saya…….aiseh hai……ni PUTRIHANAN nyer tag..nyer cabaran……saya rasa saya orang terakhir yang ambil cabaran tag ni…he he. Saya sibuk sikit …….:)

Tak tahu nak tag sesiapa...anTusufi? leh tag hang tak???.....sape lagi ye? Hidayah...Iffah..Ukti27..??? TintaHati lama dah kena tag.....so nama hang tak payahlah...he he....HarisHauzah....?dan semua yang belum buat tag ni.....bang_gugar dah lama buat tag ni.13May lagi pemes........sunanjati plak....dier ramai peminat...ramai dah tag dier...ha ha ha...(bukan senang nak tengok saya bikin blog macam ni......)
Maaf jika, ruangan ini untuk cabaran tag. Segala kemaskini untuk tazkirah dan muhasabah diri akan diupdate...InsyaAllah....ini juga amal ibadah...!!

20 Julai 2007

~Mama Yang Terguris~

Dari dalam emel saya, dan bacaan di laman Link http://www.zaharuddin.net/
Saya sedikit terkilan….bukan sedikit, tetapi banyak. Inikah intitusi yang banyak melahirkan graduan hebat…atau hebatkah hanya sekadar namanya sahaja?

Khabarnya :
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM) akan mengadakan perarakan aman selepas solat Jumaat ini (20 Julai 2007) bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung isu program 'stupid debate' yang diadakan di Kolej Kediaman ke-12 sempena Minggu Interaksi yang lalu.

Saya sedang update blog ketika ini, dan doa saya, perhimpunan ini berjaya hendaknya.
Surat ini adalah untuk paparan kenyataan kita bersama tentang betapa ibu ini risau “mengenai” anak daranya..juga anak gadis dan semua muslimah islam……berhakkah kita mencemarkan nama keindahan maruah dan kenapakah agaknya tergamak kita membiarkan perbincangan ini kepada sidang “ pelajar baru naik”!!


Wajarkah bincang seks keterlaluan di universiti?
KEPULANGAN anak-anak ke kampung halaman selepas minggu pertama di universiti merupakan satu kepulangan yang amat bermakna buat keluarga bagi saya seorang ibu.
Bahkan, kami sekeluarga meraikan kepulangan anak perempuan kami dengan keluar makan di sebuah restoran terkemuka di daerah kami.
Namun sebagai seorang ibu, saya benar-benar terkejut apabila anak gadis saya yang merupakan seorang graduan di universiti bertanyakan soalan yang berbunyi, “Mak, mana yang lebih bagus, seks sebelum makan atau seks selepas makan?” Hancur luluh hati saya apabila seorang gadis desa yang merantau ke ibu kota bertanyakan soalan yang sebegitu jelik dan mengaibkan.
Apabila ditanya, anak saya juga mengaku bahawa topik-topik perbincangan sebegitu sudah menjadi suatu kebiasaan di sana.
Air mata saya hampir menitis apabila dia menyatakan bahawa ada satu program yang dinamakan Stupid Debate telah diadakan di kolej kediamannya sempena Minggu Interaksi, Kolej Kediaman ke-12 secara terbuka di kafe kolej berkenaan.
Banyak lagi topik ‘hangat’ yang telah dibincangkan selain tajuk itu, sehingga kita tertanya-tanya apakah sebenarnya yang sedang berlaku di universiti kita sekarang?
Adakah anak-anak kita diajar untuk menjadi tidak senonoh dengan perkara-perkara yang sebegitu keji?
Tambah memilukan lagi, menurut anak saya, malam berikutnya, ada tayangan perdana yang menayangkan beberapa filem dari malam hingga ke subuh.
Bagi saya, perbincangan tentang pendidikan seks ini relevan bagi masa sekarang lantaran banyaknya gangguan seksual berlaku khususnya terhadap golongan wanita.
Namun yang pastinya diskusi ini dibincangkan dalam bentuk ilmiah yang diberi oleh mereka yang pakar dan profesional. Ini memberi impak dan kesan yang baik kepada remaja masa kini.
Saya juga tidak menyalahkan remaja yang ingin berseronok tetapi alangkah baiknya jika keseronokan itu dikawal dan tidak berlebihan agar budaya ketimuran kita terpelihara.
Sebenarnya, menjadi tanggungjawab pentadbiran kolej atau universiti untuk melihat pengisian yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung agar sejajar dengan misi dan visi universiti.
Kita bukan sahaja ingin melihat anak kita bijak dalam akademiknya bahkan kita mahukan budaya intelektual diwujudkan khususnya di institusi pengajian tinggi.
Untuk makluman, suami saya juga merupakan bekas graduan di universiti yang sama namun katanya, perkara sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang dia menuntut di situ.
Apa yang kami mahukan adalah penjelasan daripada pihak pentadbiran kolej atau universiti. Kami selaku ibu bapa benar-benar kecewa dengan apa yang telah berlaku sebenarnya.
Kami tidak mahu anak-anak kami nanti menjadi sampah masyarakat keluaran universiti-universi ti tempatan.
Pada pandangan saya, perkara sebegini bukan sahaja berlaku di Universiti Malaya sahaja, ia pasti berlaku di universiti lain.
Kepada ibu bapa, tanyalah kepada anak-anak anda sendiri apakah sebenarnya yang telah mereka lalui sepanjang di universiti, saya yakin dan pasti bahawa anda akan sependapat dengan saya kerana setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka menjadi manusia yang sebenar-benar manusia.
Tak perlu untuk kita bertegang urat untuk menyelesaikan perkara ini, cuma cuba fikirkan apa yang akan anda rasa apabila anak anda adalah salah seorang daripada mereka yang terlibat dengan ‘kejadian’ yang saya kemukakan.
Mungkin ramai yang sukar untuk percaya, namun terpulanglah, tepuk dada, tanya selera.

– MAMA TERGURIS,
Johor.

~Eh....!!!!~


Saya tetap dengan semua kerja. Tekun. Jam sudah 10.00 pagi. Projek Team Building menghantui kepala. Kerja-kerja bertambah sebab cover sahabat yang menghadiri kursus. Saya tercari-cari nombor telefon consultant. Mana ni? Ha…ada..ada..

Saya : Selamat Petang…. (suara sungguh ceria….memang saya ceria, sebab nak hiburkan diri
dengan kerja-kerja bertimbun atas meja) sambungkan saya nombor ni…012-605xxxx

Operator : Kak…kot ye pun…..saya tahulah esok hari Jumaat…Selamat Pagi
kak…..! (ketawa terbahak-bahak….)

Peah kat sebelah meja ketawa berdekah-dekah.

Peah : Akak ni……ha ha ha ha!!!!!!!!

Saya : Ha’a lah dik……Selamat pagi………!(saya tertawa sakan dengan operator)

17 Julai 2007

~Senyumlah Diri~

Senyumlah walau diri hampa
Senyumlah walau diri kecewa
Senyumlah walau dilanda badai
Senyumlah diri.................