Dihah kongsikan sedikit bual bicara atau lebih mudah dipanggil diskusi kecil (kami berbalas email meski tempat duduk dekat je...kalau panggil perlahan pun memang dengar) antara Dihah dan Haris Hauzah. Dihah tidak delete mahupun menambah apa jua tulisan kami.....pandangan anda dan pembacaan kalian semua saya alu-alukan. Mungkin memerlukan sedikit masa untuk membaca ayat-ayat "lintang pukang kami". Kira terdapat salah ejaan, BI yang tak ikut kamus oxford...ampunkan Dihah ye...juga kira ada yang terkecik hati andai ada isu melibatkan kalian.
Watak -
Tulisan Putih : Dihah
Tulisan Putih Bold : Haris Hauzah
Waktu -
Time Opis 12:44pm
Tempat -
Meja, PC, Kerusi, berhawa dingin
Owh, gitu citernyer yer, manikam qalbu tu kak diya beli sendiri ker'? wakiki....nampaknya anak dah jadi yang pertama.jangan mare!.hehehe..jangan tau. pendapat saya sesekali belilah zaujah ape-ape sebagai hadiah, sebab kak diya suka membaca kan, so, mesti dia very appreciated hadiah dari suaminya...jeng jeng...aiceh! lagi-lagi buku dari FT..wah, terlebih sudah...Ada satu novel FT - KARBALA , saya belum bukak lagi, khatam pun belum. ada satu lagi , sambungan detektif indigo..itupun tak khatam-khatam lagi...hehehe..bilalah saya nak ngadap!
Komen- karbala sudah(hadiah dari teman), detektif indigo juga jadi koleksi kak dyia(juga dia beli sendiri). Dulu saya memang rajin belikan buku untuk dia, memang kak dyia suka, macam2 buku, melayu inggeris, tapi saya terus terang saja dengan dia yang sekarang saya perlu utamakan yang lebih perlu saya utamakan.
membaca dan menulis - blog saya biasa-biasa sudah, kadang-kadang dun know tajuk apa nak diceritakan sampai kisah peribadi tercampur aduk jugak. saya jadi tak tahu apa nak di tuliskan di dalam blog....!!!- membaca, saya juga makin kurang, bayangkan majalah yang diberi terperap banyak, semua saya pandang sahaja. Masa makin cepat berlalu.....hobi membaca bila-bila sahaja kita boleh buat, contoh :membaca blog, menatap akhbar atau membuka al-quran - membaca sekali maksud tafsir, membaca notis atau membaca email bos yang menghentam! ermmmmm, kan?kan?
Komen-menatap kitab tidak saya maksudkan dalam tidak memperuntukkan masa (ini makanan, makanan adalah keperluan), Cuma dari saya tatap novel FT, saya rasa lebih tenang menatap anak saya(macam awak cakap masa berlalu cepat-saya tak mahu terlepas setiap saat berharga bersama anak saya)
jika ada isu menarik, kita panjangkan, berdiskusi juga boleh tambahkan ilmu dan pendapat- adik-adik yang selalu bertanya , haini, wani dan normz..ni mereka tak ada, terasa sunyinye tanpa gelak tawa mereka!
Komen-betul kata awak……
sekarang , semua nak carik kerja sambilan...hehehe.....macam yang saya rasa, semua orang akan turut rasa...abg haris bawak teksi erk? wahhh...pengalaman tu, sambil bawak leh tgk macam2 ragam manusia....jadi idea untuk menulis jugak kan? :)kembali ke zaman dulu...memang betul, kita makin kurang nikmat, bergaji besar tapi makin tiada ketemadunan..saya tidak menyangkal, kadang2 marah juga pada kenaikan harga sana sini.......apa boleh buat..kiranya bertukar kerajaan pun, apakah sama nikmatnya kembali kepada asal, atau ini hukum tuhan pada manusia...pada kita amnya..sekurangnya kita masih boleh rasa bersyukur, nikmat yang ada...kita masih lagi tidak seperti mereka di China atau Myanmar dan negara perang lain. Kita hanya melalui zaman "perang saraf" sahaja.........juga perang minda, bertelegah dan kadang-kadang ia nampak makin merumitkan.
Komen-bawak teksi sebenarnya penuh dengan rasa bersalah, kerana terasa seperti menabur pasir kedalam periuk nasi pemandu teksi ‘full-time’. Rasa macam mencuri hak mereka, al maklum kita yang sudah ada pendapatan tetap juga mahu bersaing dengan mereka yang bergantung penuh kepada teksi… kesian mereka kan. Pada saya ramai orang yang marah2 dengan situasi sekarang masih bersyukur, Cuma mereka merasa tidak puas hati dengan cara kerajaan menangani situasi ini saja, tambah lagi dengan propaganda yang tak sudah2 cuba membodohkan rakyat.
Saya tak berminat nak wat part-time KFC atau MC'd, Jaya Jusco ke, waiter atau waitress pun rasa macam tak sesuai dengan jiwa....sebab salah satu tak berminat adalah kerana : aurat dan kedua masa solat yang saya rasa akan terabai sedikit. Macam tutor ke, cikgi tuisyen ala-ala bese ker....hehe...mungkin yang serasi dengan jiwa..ustazah part time...ahaks!...(zaman dulu memang cita-cita nak jadi ustazah...) ni kira ustazah eksekutif ni....! Jual top-up pun kire ok lah...Hmmm, bila kenaikan harga rakyat terutamanya akan kembali ke MLM (bayar ciput..untungnya ganda-ganda, riban-riban.soal halal haram mungkin akan diketepikan asalkan mendapat money!
..complicatednya kehidupan, rasuah akan kembali walau Isu menanganinya dikatakan "berjaya', kes-kes criminal (jenayah akan kembali) maybe ragut, mencuri, jual besi buruk menjadi pendapatan sampingan, ....sosio ekonomi merundum dan satu yang mungkin akan memeranjatkan, ramai rakyat mungkin berhijrah ke negara luar....meski malaysia sudah digelar 'Malindo'..(Malaysia-Indonesia)
Paling ketara, saya makin ramai teman di dalam tren. Tren penuh sesak...pagi tadi, saya terdengar bisik-bisik :
"Parking kereta di mana?"
" Stesen lah..."
" Balik naik apa?"
" Bas pulak..."
Brother kedua tersebut senyum dan mereka meneruskan perbualan......
Komen-saya tidak setuju dengan pandangan kerja2 tu membelakangkan solat dan aurat, saya punya rakan2 yang berada dalam ‘field’ itu dan menurut mereka tiada masalah soal aurat atau solat. Kalau mahu mengabaikannya, di sini pun kita abaikan soal aurat dan solat. Halal haram harus tertegak dimana saja, baik di masjid atau di lorong, apa jua lapangan, baik pemimpin , penghibur, “bankers” ,peniaga, baik tukang sapu sekalipun tentulah panduan nya al-quran dan teladannya nabi. Macam saya cakap terpulang pada diri orang itu sendiri. Cikgu itu baik……….
*saya rasa perbincangan ni nak masuk dalam blog saya lah.....tulisan saya kali ini dah macam wartawan pulak....* hehe
huhu. diya lately tak tahu nape kena sindrom suka membaca [sblm ni sangat malas nak membaca]. byk yg diya baca, tu yg laju je diya update :)
BalasPadamhehhe hehhe
BalasPadamsempoi gak bahan camni dijadikan entri :)
salam diha,
BalasPadamlama tak dengar khabar...ops sorry, lama tak visit diha punya blog.
aktiviti sastera makin kurang sekarang...orang dah pening pasal minyak dan barang naik. naik hargalah.
so, saya bimbang ia turut menyeret industri buku, bayangkan...saya yang minat buku pun dah kena cut budget...terukkan?
Salam :)
BalasPadamMengalahkan wartawan!:P
Ada pengajaran dalam entri ini.
Situasi sekarang memaksa kita bekerja lebih kuat tapi biarlah masih dalam batas dan sempadan hukum-hakam agama. InsyaAllah.
ya , menarik entri ni..perbualan kita dengan orang sekeliling sebenarnya dpt membuka minda kita berfikir , tanyalah kenapa , mengapa , siapa , di mana dan bermcm2 persoalan kepada org sekeliling kita - pasti ada sahaja mereka hendak sampaikan...walaupun stkt ni kesan harga minyak x dirasa direct oleh diri sendiri - tp saya 'cuba rasa' pd diri org lain , malah selalu bertanye kpd org sekeliling ---- kesian org yg terkena tempiasnya ...ya semua!!!
BalasPadamdiya,
BalasPadammembaca amalan mulia...sebab banyak baca, banyak idea kan?
13May,
sempoi gaks kan...idea hilang dalam terang lah...
u-hah,
betul kata u-hah tu, sekarang buku pun kena timbangkan untuk dibeli..lama menyepi ye...harap2 semua family dalam keadaan sihat sahaja...amin..
bungarampai,
terima kasih membaca entry sederhana ni, Ermm jadi wartawan pu n bagus kan? huhuh
anonymous,
terima kasih cadangan, pendapat..semoga kita semua dilindungiNya..Hidup perlu diteruskan...
salam perpaduan
marDIHAH
senyum selalu
BalasPadam