Bagi erti kebebasan dan seorang wanita moden, adakah ini dinamakan kepelikan dan satu natijah atau satu beban yang menghantui mereka? Tahniah kepada kerajaan Kelantan khususnya menetapkan kod pemakaian yang longgar, labuh dan tudung menutup aurat.
Saya tidak menyangkal malah bersetuju dengan berita ini. Perlaksanaan berita ini mungkin dianggap jelik, kejam, zalim malah membingungkan ramai wanita. Ulasan dari Ustaz Zaharudin dari laman webnya saya kira amat bertepatan sekali.
Jika disusuri perjalanan ke tempat kerja melalui gerabak tren STAR mahupun PUTRA, saya menjadi gerun dengan pandangan setiap lelaki. Saya seringkali membiarkan sahaja perasaan gerun ini. Namun segenap perasaan takut dan gusar menjalari diri saya apatah lagi melihat cara pemakaian sesiapa sahaja wanita di dalam tren yang tidak lengkap/tidak cukup kain malah teramat seksi yang membuatkan mata-mata nakal menelanjangi tubuh badan mereka. Adakah ini dinamakan satu perubahan zaman yang mengatakan ini trend malah dalam kebanyakan penumpang di dalam setiap gerabak adalah wanita. Kententeraman seorang lelaki di dalam gerabak berkenaan adakah selari dan setara dengan iman dan jiwa mereka?
Janganlah memperkecilkan, memperlekehkan malah menyalahkan pihak kerajaan PAS atas kelantangan sistem mereka ke arah memperkasakan sifat islam, sikap islam dan kebahagiaan rakyatnya. Ini dikira sebagai satu pertolongan kepada ramai pemuda islam mahupun lelaki-lelaki. Inilah yang dinamakan dakwah islam. Meski saya masih terkial-kial mahu mengulas, tapi inilah satu jalan dakwah kepada saya memperlihatkan bahawa mereka “Kerajaan Kelantan” mempunyai satu nilai yang paling mahal kepada kalian.
Saya bagi kredit kepada Kerajaan Kelantan.
gincu boleh dikiaskn kpd hukum berinai. kasut tumit tinggi berbunyi lak leh dikiaskn dgn memakai pehiasan yg berbunyi spt gelang kaki.
BalasPadamLama tak tinggal jejak di sini... :) Harap dihah sehat2 selalu...
BalasPadamOh ya pemakaian zaman sekarang memang teruk. Orang yg menutup aurat dengan betul selalu di pandang pelik...
Takpe biar pelik di mata manusia jangan benci di mata TUHAN..
salam.
BalasPadambersama lah kita mnguatkan agama dan aqidah.. biarlah apa dugaan..
kesenangan dan kesusahan di dunia hanya sementar... tpi kesenangan dan kesusahan dia akhirat berkekalan...
kadang2 aku pun jadik segan kalau dikelilingi wanita2 yang seksi nih...
BalasPadamseriuss...rasa takut ajer
askum.... bleh tak menumpang link kat sini...
BalasPadamhttp://ranggaz04.blogspot.com
nnt sy add link awk
salam kehidupan,
BalasPadambukanke niat yang paling penting?...itu kata mereka.
SALAM SEMUA...
BalasPadamburuuj,
erm, kekadang ada juga teman-teman memakai gelang kaki..
tintahati,
betullah..tinta macam buzy jerk sekarang...dihah pun lama tak singgah blog tinta..
betul biar sayang di mata Ilahi
faridmw,
salam,ye, moga kita bersama dengan mencapai kesenangan di akhirat..amin..insyaAllah
13May,
Hang segan erk....hehehe...memang perlu rasa takut...:)
ranggaz,
InsyaAllah..Dihah link tau...sila-sila..
cermindiri,
betul pun, niat yang paling penting kan...
terima kasih semua!
marDIHAH