Pages

21 September 2010

Suasana Hari Raya II

Hanya gambar sahaja menceritakan detik-detik syahdu di aidilfitri. Cuma saya seorang sahaja yang tiada di rumah bonda ayahanda.
Sebak memang sebak apabila bercakap dengan bonda dan ayahanda melalui telefon.

Petang hari raya pertama, saya sudah muncul di hadapan rumah. Irfan tanpa diajar sesiapa dan dengan jeritannya, "Mak lang, nenek asyik menangis sahaja!"

Ya, saya di dalam mood yang terbatas untuk menulis di blog. Kerana itu saya lebih paparkan gambar-gambar peribadi sahaja sekarang di dalam blog ini. Mengubat hati agaknya. Mungkin kerana episod menanti penerbitan novel saya. Mungkin dianjak atau ada
kejutan untuk diri. Yang baik-baik untuk saya, InsyaAllah.

Gambar bonda dan ayahanda yang syahdu, bermaafan di pagi aidilfitri.

Gambar kedua, along yang disayangi.

Gambar ketiga angah yang disayangi juga.










1 ulasan:

  1. Puan pengarang yang saya hormati,

    Begitulah biasanya hari raya. Dan memang begitulah yang sepatutnya...

    Hari dimana kita tidak berbuat dosa. Hari dimana kita kembali kepada fitrahnya...

    Bingkisan grafik yang menarik

    BalasPadam