Hari ini memang mengantuk di pejabat! Entah kenapalah diri ini. Pastinya sebab semalam balik lambat dari pejabat dan balik meneruskan agenda peribadi. Penat melihat lap top dan terkebil-kebillah menutup mata untuk tidur. Jadinya saya ambil masa menulis sekejap di dalam blog.
Sekarang, saya sudah suka dan selalu mahu tayang mengenai makanan di dalam blog ini. Saja, kerana tiada apa-apa cerita menarik mengenai penulisan yang lama terbengkalai! Sumpah saya rasa macam nak lari jauh-jauh kerana cemburu melihat orang lain dah bersusun-susun manuskripnya siap dan sudah dihantar ke editor. Saya? Saya? Saya? Harghhhh!!
Okeylah, biar kita menulis perlahan-lahan dan diam-diam sahaja. Jangan dipedulikan mereka yang sudah laju menulis itu. *haish, cemburunya! Tapi saya sendiri tidak tahu kenapa tabiat pemalas menulis makin menjadi-jadi di dalam diri. Tolong…tolong!
Haa, gambar minuman yang meliurkan ini adalah Coconut Shake di Klebang. Tertarik tak? Sedap o! Semasa bertunang dahulu, encik abang asyik berjanji sahaja mahu belanja saya minum di sini. Kebetulan, kami menghadiri majlis perkahwinan sahabat encik abang di Ayer Molek, maka perjalanan balik ke rumah emak di Melaka membuahkan keriangan di hati.
Pengumuman : Saya sudah minum Coconut Shake di Klebang ya!
Ramai orang yang datang sehingga meja tak cukup! Yang beratur pun beratur juga! Jalan raya memang sesak hanya kerana banyak kereta yang beratur di tepi jalan kerana penangan warung di tepi jalan ini!
Yang menanti coconut shake di meja pun poyo je muka! Hahaha. Tapi tidak mengambil masa yang lama kerana mereka cekap dan sesungguhnya apabila sahaja kali pertama menyedut air ini, ‘Walawei!’
Terangkat tu! Kening saya siap terangkat-angkat ala Ziana Zain pada encik abang. Sedap sangat-sangat. Ingat mahu tambah lagi satu, tapi segan dengan encik abang. Sudahlah minta nasi lemak satu. Sedangkan baru sahaja lepas makan tengahari di di majlis kenduri itu. *buruk makan betul, patutlah Puan Mardihah Adam sudah gumuk! Hahahaha.
Erk, Alhamdulillah!
Banyak entry menarik di dalam pakcik google mengenai Coconut Shake Klebang ini. Kawan-kawan taip sahaja, memang ramai yang telah mencubanya walau beratur selama 40 minit. Bayangkan haibatnya.
Jika datang ke Melaka, singgahlah menikmati Coconut Shake Klebang ini. Pasti rugi jika tidak merasainya. Kata encik abang, dia sudah cuba menikmati coconut shake di tempat yang lain, tapi tidak sama rasanya.
Memang manis-manis air buah kelapa, tidak tawar dan memang berperisa dengan aiskrim cap ‘Walls’nya. Haish…rasa mahu balik pula hari ini menyinggah di sana!
Encik abang, terima kasih belanja minum coconut shake Klebang ya! Yummy!
Oh ya, ulasan bagi Cabaran 50 untuk novel Namaku Bukan Maria mendapat hadiah dari Jemari Seni yang menaja cabaran ini. Alhamdulillah. Lebih lanjut boleh kawan-kawan buka link ini. Lepas ini, dapatlah saya membaca novel Jemari Seni percuma! Yeay!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan