Mr Pai Epal Bonus 2.
Doakan saya laju lagi menulis kerana manuskrip ini hampir siap. Plot sudah tersusun dan bonus ini untuk semua yang sentiasa ternanti-nanti
perkembangan kisah ini. Terima kasih semua untuk komen dan like like like.
Saya yang tak popular, (hahaha)
Mardihah.
Doakan saya laju lagi menulis kerana manuskrip ini hampir siap. Plot sudah tersusun dan bonus ini untuk semua yang sentiasa ternanti-nanti
perkembangan kisah ini. Terima kasih semua untuk komen dan like like like.
Saya yang tak popular, (hahaha)
Mardihah.
Dia sudah berkumis. Rambutnya panjang dan
diikat satu. Kurus sahaja tubuh dan tidak terurus melihat bajunya. Sepanjang 1
tahun setengah yang berlalu ini, apa yang berlaku dengan kehidupannya?
Kenapa dia merenung aku sebegini? Mengapa ada air mata menitis di pipinya?
Mengapa dia mengangkat
karung sampah dan keluar dari pintu belakang restoren mewah ini ?
Benarkah apa yang Zana
katakan kepada aku tempoh hari? “Dia jadi pembantu dapur di restoren hujung sana tu, Yaya.”
Air matanya
mencurah lagi.
“Dia sakit selama enam
bulan selepas kau terbang ke Paris.
Dia dihukum dengan kebencian umi yang meluap-luap kepadanya. Kerana Izz Amir
masih setia menantikan kau, Yaya.” Suara Zana terapung-apung kala ini.
Bibirnya bergerak-gerak
seperti mahu berbicara. Karung sampah yang sedang diangkatnya terjatuh. Dia
terkedu. Aku tarik nafas. Merenungnya. Aku perhati susuk tubuhnya yang kurus
ini. Wajah mendungnya penuh rahsia. Matanya berkaca-kaca.
Ya, selepas tiga
bulan dia berdiri menantikan aku di kota cinta ini. Setia merenung aku di depan apartment. Izz Amir
kemudian menghilangkan diri sehingga aku sedar yang aku merinduinya. Dia sudah
putus asa memujukku. Tetapi aku tahu, dia masih setia menyembunyikan diri di
belakang bangunan itu. Lewat beberapa hari, bila aku menoleh, tubuhnya di
belakang bangunan itu tiada. Sudah sebulan Izz Amir pergi. Selama sebulan itu
juga aku kembali mencari dan menjejakinya. Adnan mahupun Munir, tetap
mengatakan yang Izz Amir masih berada di sini. Dia menghilang tanpa khabar
berita dan rupa-rupanya dia duduk di lorong ini. Oh tuhan…duduknya di lorong
ini?
Kenapa dia tidak lagi
berdiri di depan bangunan itu dan merenung aku. Kenapa Izz Amir tidak cekal
menunggu aku yang sentiasa menyebut namanya di hati ini? Meski aku menolak dan rasa marah itu ada, aku
tetap mencintainya.
Ya, dia Izz Amir.
Namanya bernafas di jiwa ini. Semenjak pertama kali aku ditemukan dengan dia.
Kakinya melangkah
setapak ke belakang. Dia nampak terkejut dengan kehadiran aku. Dia kesat-kesat
air matanya.
“Umi buang dia dari keluarga, Yaya.” Suara Munir pula
mengasak emosi. Penjelasan teman-teman seminggu yang lalu membuatkan aku
diserang kepiluan.
Kaki aku melangkah. Perlahan-lahan berdiri di depannya. Aku
masukkan jemari ke dalam baju sejuk. Bila aku renungnya, air mata aku untuk
kesekian kali menemani. Hiba mengetuk pintu hati. “Kenapa awak tak makan ? ”
Dia diam. Matanya
menunjukkan reaksi terkejut dengan sapaan pertamaku. Hampir dua tahun lamanya. Ini adalah pertemuan
pertama meski sudah berkali-kali dia datang memohon maaf kepadaku. Ini juga
kali pertama aku menyapanya.
Dia terkejut. Bibirnya
bergerak lagi. Tetapi dia ternyata tidak mampu membuka mulut. Bibirnya seakan terkunci.
Mati.
Angin berhembus lembut.
Menemani pertemuan ini. Entah kenapa kaki ini kuat untuk berdepan dengannya. Air
matanya laju lagi.
“Kenapa awak biarkan
perut awak kosong dan sentiasa masuk hospital?” aku pandang dia.
“Kenapa awak tak makan
sampai awak kurus macam ni? Makanlah sikit. Nanti kalau awak sakit, saya susah
hati.” Ah – air mata aku laju
dan terus deras . Dia sudah kurus. Nampak
cengkung dan betul seperti orang sakit. Bola matanya tidak lagi bersinar
seperti dahulu.
“Rambut awak pun dah
panjang. Kenapa awak selekeh macam ni? Kenapa awak tak terus tunggu saya di
depan apartment seperti selalu ? ”
Izz Amir kesat-kesat
air matanya. Dia menangis dan setia merenung aku. Soalan-soalan aku membuatkan
emosinya bergerak bersama air mata.
Aku gumam bibir yang
bergetar. Senada dengan kesedihan yang membalut ruang hati. Melihatnya sebegini
membuatkan aku jadi nanar. Simpati datang lagi.
“Kenapa awak masih
sayang saya ? Kenapa?”
Dia betul-betulkan topi
yang menutup rambut. Tunduk menyembunyikan wajahnya.
“Dah malam Yaya,
baliklah. Nanti awak sakit.” Akhirnya dia bersuara. Semudah itu dia menyuruh
aku balik ke rumah. Aku gelengkan kepala.
Aku renung dia. “Kalau
saya sakit sekalipun, saya tak kisah. Asalkan awak makan dan kembali sihat.
Makan ya. Saya bawa nasi dan ayam sambal ni.” Cepat-cepat aku alihkan beg galas
ke hadapan. Aku keluarkan bekal yang aku masak di rumah tadi. Bersungguh-sungguh
aku menyelongkar beg galas ini. Aku mahu Izz Amir makan makanan yang aku bawa
ini. Dari rumah tadi, aku sudah masak dan aku bertekad menemuinya di sini selepas
dua hari aku menjejaki dia. Aku
temui dia. Tuhan memakbulkan doa aku. Pertemuan telah kembali tercipta. Gigih
aku menyusup masuk ke dalam restoren ini dan melihatnya bekerja di dapur
restoren. Aku menunggu dia sehingga habis waktu kerjanya. Betul telahan aku yang dia keluar melalui jalan
belakang. Ironinya, pertemuan antara aku dan dia mencipta berbagai rasa.
Di sini. Di lorong
ini. Mata kami bersatu lagi.
Izz Amir senyum.
Ada air mata di pipinya dan jantung ini terus berdebar hebat.
“Makan ya.” Aku
hulurkan bekas berkenaan.
Entah kenapa air
mata ini laju lagi. “Kalau awak tak
makan, nanti awak sakit. Makan ya.” ‘perkataan’ makan menjadi topik utama
pertemuan ini. Barangkali aku risaukan kesihatan Izz Amir sehingga aku asyik
mengulang-ulang meminta dia supaya makan.
Izz Amir mengambil
bekas dari pegangan ini. “Kalau
awak yang masak, saya makan. Saya akan makan. Untuk teruskan hidup ini.”
Dia bersungguh-sungguh.
Akhirnya kami duduk
bersila. Dia menikmati nasi dan sambal ayam dengan penuh jiwa. Aku perhati
sahaja Izz Amir mengunyah. Cara dia makan seperti sudah lama tidak menyentuh
nasi. Dia betul-betul kelaparan. Entah kenapa, bila kali kelima dia menyuap nasi, air mata Izz Amir mengalir
lagi. “Sedap.” Dia senyum sambil
tersedu hiba.
Sedetik itu juga, aku
memeluk kaki ini. Aku menangis sungguh-sungguh di hadapannya.
walaupun hanya sepicing, tapi sedihnya.... ala-ala laila majnun...
BalasPadamisk isk isk...sedihnya!!!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadamKenapa??? sungguh tragis sekali kisah cinta Izz Amir dan Yaya. Mardihah, awak buat sy menagis tau! x suka...
BalasPadamAh rindu betul dgn Mr Pai Epal
rasa mcm nak menangis..knp jadi cam gitu .. sedihhhhhhhhnye saye
BalasPadamSis nape sedih sangat ni???
BalasPadamSedihnya...T_T
Kesiannya Izz Amir...
Sanggup Izz tunggu Yaya tanpa pedulikan keadaan diri sendiri...
aduhhhh,...nangis lagi...nangis lagi,
BalasPadamMardihah sayang asal wat akak menangis...meleleh air mata ni haa...sapa nak tolong ni..huwaa!!!!
Ahkak nanges jugak! Huwaa... sades... terus simpati balik kat Izz Amir. Ok la.. ok la... Pie ler kawin ngan Izz. Tapiiii.. camana ngan Munir yg sweet tu? Alaaa... meh pas kat ahkak la.. kah kah kah
BalasPadamMardiah dear,
BalasPadamSo touching.. Saya selalu jenguk blog but x pernah komen.. But today u make me.. :( sedih sgt2x siap nangis berbagai.. Nasib baik boss dah keluar.. Kalau x malu je..
Anyway, saya tunggu 'buah tangan' mardiah dipasaran.. Bila keluar? X sabar rasanya...
Keep it up... :)
menangis~ huhu
BalasPadamsedihnyer...isk3...dgn muzik latar menyentuh hati..waaaaa..sedih...
BalasPadamhuaaaaaaaaa.....sedihnya.........airmata dah mengalir nie.....cik writer cepat2lah siapkan manuskripnya.........
BalasPadammana buku tu???...mana bukue MEP tu???? saya nak nangis puas dgn Izz Amir dan Cik Yaya sayang....sob..sob..sob..
BalasPadamayaksss...cedeyyyyy...
BalasPadamhuhuhu..sedihnya....tragis sungguh percintaan mrk..wawawa...
BalasPadamCite ni bila nk terbit jd buku ye..
BalasPadam@Akmar Arbain hehe. cik penulis pun sedang menanti. Nanti kita war-warkan ya. ;D
BalasPadamhuhuhuhuuu T-T sedih nyaaa :'c sobsobs
BalasPadamBestnya bila buku ini akan diterbitkan dah sepuluh kali saya ke MPH ,mereka kata belum ada dalam sistem.cepatlah.
BalasPadam@aliahmohdsalleh ohh, bersabar menantinya ya. Belum lagi diterbitkan. Sedang dalam penilaian Aliah. Sobsss...sedihnya saya dan terharu kerana awak sudi bertanya sampai ke MPH. Saya akan warkan di page dan blog ini jika diterbitkan ya. InsyaAllah, doa banyak2 untuk mpe ya.
BalasPadamSaya telah hilang jejak Izz amir...wapau pun ada update status dalam FB, masih x sesempurna update dalam blog ni....masih menanti MPE dalam pelukan ku...
BalasPadamcik writerrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Huwaaa...... sedey sgt2 tau.... dah banjir umah saya ni... even terlambat follow MPE, saya tak sbr nak dptkan full version citer nih..... novel pls!!
BalasPadamlike 17 jutab kali :)
Mardihah, saya tak baca keseluruhan cerita ni cuma baca bonus je ngan last bab sbb nak tunggu novel so bleh baca dari awal.... Kenapa lambat sangat penilaian tu? Saya tengok sesetengah penulis tu cepat je dapat bukukan cerita dorang walaupun cite ntah apa2. Apa pun saya harapkan yang terbaik utk awak. Waiting for zain n dina as well.
BalasPadam@Tanpa Nama doakan mr pai epal saya baik-baik sahaja ya. Positif dan sentiasa menantikan mr pai epal kesayangan semua di sini. huwaaa.saya yang sedih.
BalasPadam@Tanpa Nama terima kasih sudi turunkan jejak ke blog saya dan membaca mr pai epal. sikit membacanya pun saya hargai. terima kasih ya. Ohh...itulah, saya tak pasti kenapa lambat sangat mrpaiepal saya. kesian saya. Huwaaaaa...saya sedih ni sebab tunggu mr pai epal saya lambat sangat. kenapa ya? kenapa mesti saya?
BalasPadam