Pages

17 Oktober 2008

Gulp!!

Kak Nab kelihatan merungut-rungut. Donutnya keras. Macam batu! Ayah di sebelah tersengih-sengih.

" Kalau gini, buat puisi donutku keras lagi bagus......mak ai...macam batu..." ayah tersengih.

Kak Nab masam mencuka. " Nabi pun tak pernah mengutuk isterinya tentang makanan.....sedap ni..." Kak Nab memujuk hati
walhal hatinya bengkak macam Teressa Kok hanya sebab isu cerpen si Pak Chamil. Kata FT sastera tidak boleh menyebar kebencian.
Sastera harus memurnikan.

" Ok..sedap ni...nyum-nyum..." ayah menelan perlahan. Si anak tersengih-sengih. Ayah pandai memujuk mak.

" Boleh buat cerpen sehari bersama donut....hahaha" anak gadis ketawa besar.

" Haip....anak dara tak baik ketawa kuat-kuat, nanti tak ada orang pinang..." mak menjeling macam Juhi Chawla mengurat Datuk Shah Rukh Khan.

" Kita order Pizza Hut lah..." ayah menyarankan idea baru. Ayah tak pujuk mak pun!! Mak memandang sambil mata berkaca-kaca.

" Tak boleh..habiskan jugak donut ni...tak kira....tak kira...." mak mengunyah-ngunyah donut.

Ayah dan anak berpandangan. Gulp!

15 Oktober 2008

Antara Kita : Ada Sesuatu

2 tahun 4 bulan Dihah mengenali Ila sebagai roommate, adik, kawan dan sahabat. Ila menjadi kakak kepada
ikan-ikan di rumah. Menjadi adik kepada saya yang kadang-kadang banyak sekali membawa perubahan kepada Ila.
Perubahan yang baik berbaloi untuk diri sendiri, bukan? Ikan di bawa pergi, dan kini terasa sunyi kembali.

Ketika pena ini labuh ke keyboard, terbayang Ila yang tinggi orangnya dan manis sekali. Mengenali dia sebagai
adik dan saya sebagai kakak menghiburkan sekali. Catatan ini khas untuknya yang kini berada di Rumah Sewa baru. Semoga
beroleh ketenangan. Dik, Manzil awak dengan Ayat-ayat Al-Quran (buku kecil) tertinggal. Erm, bila di rumah baru, jangan lupa amalkan
apa yang awak buat di sini ya! Ouchh...touchingnya.... Ila memeluk Dihah seeratnya. Saya kawal perasaan dan jiwa saya semakin
sedih dan sayu bila catatan ini terungkai hari ini. Tuhan....maafkan saya andai tidak layak memberi sebarang kata atau terlebih kata pada dirinya.
Maafkan akak andai ada benar silap dan salah ketika kita bersama. Kata atau perlakuan. Juga apa sahaja.

Saya terkenangkan berbual bersamanya sehingga dinihari, mengemas bilik, makan bersama, dan jeritan Ila kerana berperang dengan lipas satu kenangan yang tidak akan dilupakan. Kelakar sungguh! Belum Dihah yang jerit lagi. hehehe

Lepas tu, novel Adam dan Hawa dengan satu lagi ape hek? ada tersusun di almari comel akak.
Awak lupa kot nak bawak sekali. thanks dengan kenangan terindah kita, awak nyer permaidani biru ni, plug awak dengan peti ais......hehehe..Satu lagi, jaga ikan @ adik akak juga baik-baik ya, bagi makan elok-elok sampai kenyang.

Semoga sentiasa gembira dengan kehidupan/rumah baharu dan sentiasa bahagia bersama yang tersayang. Paling tidak dilupakan, bila Ila demam panas dan ia menggamit memori saya. Klik
di sini

Ila adik saya yang banyak memberi semangat dan sentiasa memberi gambaran kepada hubungan kasih sayang antara dua manusia.
Kami tidak pernah sesekali bermasam muka dan ia payah dalam kamus hidup saya. Hubungan yang kami jaga rapi hingga sesekali malam saya terbayangkan Ila di katil roommate baru. Benar, setiap pertemuan akan ada perpisahan.

Kami berpisah bukan untuk hari ini. Tetapi akan bertemu nanti. InsyaAllah.

p/s: Cuba teka ada berapa ekor ikan @ adik angkat Ila dalam aquarium comel tu? hehe

14 Oktober 2008

Sehari Bersama Syiling

Semalam, Dihah korek-korek tabung,
Alhamdulilah.....sebenarnya lama dah nak kira-kira dan godek-godek tabung sendiri, tapi sibuk..biasalah kan,
bak kata sahabiah-sahabiah "mu ni bz manjang ajekkk......??Kalah Gabebor Bank Negara....!!"

Dihah rasa ini adalah amalan yang wajib kepada mereka yang kuat bershopping sakan, makan dan berbelanja. Realitinya, bila habis shopping ke, makan ke, mesti ada duit syiling kan?
Jadi asingkan tabung mengikut kesukaan.
Syiling RM0.50 cen (cakap pelat sikit macam Aiman, hehe) dalam tabung kasut, Syiling RM0.20 cen dalam tabung free dapat semasa Dihah menghadiri perjumpaan alumni Polimas. Syiling RM0.10 cen pulak di dalam bekas anyaman. Diperolehi & dibeli semasa Dihah berkunjung ke Islamic Fair PWTC tahun lepas. Beli satu warna merah. Cute!!
Bekas anyaman juga menjadi hak milik kekal untuk RM0.05 cen dan RM 0.01 cen. Hehehe..Maka hasilnya jadilah seperti dalam gambar. Nyum-nyum...menarik bukan..
Jadi, kalian ikutlah kesukaan masing-masing dengan bekas yang akan menarik perhatian sendiri. Dihah terkenang juga dengan tabung buluh
zaman kanak-kanak dahulu kala. Bila penuh pecahkan......sukalah tengok syiling banyak-banyak...

Maka, dengan rasa bangga, membawa syiling berkenaan ke Bank. Berat ya Rabbi...tapi hasilnya boleh jugak beli beg Carlo Rino satu lagi.
Arghh...mana mungkin, kerana syiling ini harus disimpan.

Kesimpulannya, syiling ini membantu Dihah 'cover perbelanjaan hari raya'..hehe. Bukan kanak-kanak sahaja yang dapat masuk duit dalam Bank bila lepas raya, tapi Dihah pun boleh tawwwwwww........eleh!

Selamat Menabung

p/s : Cuba teka berapa jumlah simpanan syiling Dihah?

09 Oktober 2008

Kita Dapat PM Baru Mac Depan..


Kak Nab tersenyum girang sambil menguli tepung membuat donat. Meski bukan selembut Dunkin Donut atau barangkali selembut donat Mak Tipah , dia tetap berusaha. Anaknya memerhati sambil tersengih-sengih.

" Kenapa mak ni...tersengih-sengih aje...?"

" Mak mimpi malam tadi, persiapan pernikahan mak, dengan mak andam, baju mengelip-ngelip, siap karaoke. Tapi saat
akhir mak batalkan karaoke. Takut bakal laki mak marah..nyanyi-nyanyi ni dia bangkang sikit...tapi seronoklah.Buat kat dewan besar.." mak terjeling-jeling ayah.

" Ohhh....dasyatnya mak...." anaknya geleng-geleng kepala tanda gatal.

" Tapi muka Pak Lah yang masuk chanel..potong stim betul lah..."mak menepek tepuk sekuat hati tanda protes.

" Pak Lah....?" muka anaknya terkejut.

" Eh kau ni...Pak Lah, bukan ke semalam berita kata dia bertanggungjawab.."

" Ha....pasal apa mak?...."

" Tak bertanding Mac depan..."