Pages

05 Jun 2009

Hari Mengantuk Sedunia...

Mengantuk sangat..entah apa berlaku pada dihah 2 hari ini. Adakah kerana bihun tomyam@tomyam bihun yang sungguh
menyelerakan semalam. Kerja saya di pejabat cukup haru sekali. Arghhh...

Pagi tadi saya bangun agak lewat..............aaaaaaaaaaaaaaa. Saya terus menyegarkan diri....memarahi diri sendiri.
Beg saya kemas dengan penuh kelam kabut. Inilah bahana menonton malam tadi. Serba serbi tidak menjadi. Malam ini saya akan pulang ke kampung. Sepupu akan melangsungkan kenduri majlis perkahwinannya Ahad ini. Tahniah ya.....yang pasti saudara mara akan terus mengusik Dihah lagi.

" Haaaaa..anak dara ni bila majlisnya.........???" Saya akan senyum memanjang...
" Esok...." saya menjawab dengan beraninya.

Lewat 7.30 pagi, saya melangkah.
Berpeluh-peluh dengan beg sandang dan kemudian dengan beg yang saya pegang.
Di dalam tren saya berharap untuk duduk...tapi biarlah mereka yang berhak untuk duduk. Peluh terus bercucuran. Pagi yang sungguh memenatkan! Saya berkejar ke pejabat. Menaiki jambatan yang memerlukan langkah besar. Jambatan yang menghubungkan stesen LRT Bandaraya dan Komuter Bank Negara. Saya mengejar masa. Saya belum mengambil sarapan lagi.....ada setengah jam untuk saya berperang dengan masa.

8.00 pagi, saya sudah di pejabat....Berpeluh-peluh.....!!

Saya masih mengantuk...

Saya tidak dapat fokus dengan kerja.

Sesekali saya rasa ingin menukar angin...bertukar seksyen atau barangkali saya muak dengan kerja yang masih tidak bertukar routation...ya...barangkali!
Barangkali juga saya rindu!
Rindu pada kenangan......
Rindu pada penulisan saya yang makin saya hilangkan sendiri....
Saya bisa untuk mengatur masa saya namun saya seolah menolak diri untuk menulis kembali....
Saya seolah nampak manuskrip saya di sana yang terbengkalai dan lesu tanpa pandangan belas ihsan seorang penerbit mahupun editor..
Kesimpulannya...saya maha mengantuk!!!

03 Jun 2009

Selamat Pengantin Baru Hanes!!!


Selamat Pengantin Baru buat sahabiah tersayang....
"Ismahanes Ismail dan pasangannya Rosmadi Abdul Rahman.....
Semoga bahagia dan kekal ke anak cucu......amin...

InsyaAllah saya akan dapatkan gambar Hanes dan suaminya....majlis akad nikah di Jitra
Kedah, 2 Jun 2009....dan majlis walimah di Langkawi, rumah lelaki pada
Minggu hadapan.

Selamat Pengantin baru.....nyanyi sikit....

Salam sayang...
mardihah....

25 Mei 2009

Rahmat Mu Ya Allah..

Ya Allah,
Moga rahmat dan kasih sayangMu
Masih bersemi bersama kami
Moga perjalanan hari ini
Lebih tersusun dan penuh rapi..
Ya Rahman Ya Rahim,
Bahagiakan kaum keluargaku...
Bahagiakan pemilik hati Islam, Ya Allah...
Bangunkan cinta kami hanya kerana mu, Ya Allah....

Bangunkan kami sepertiga malam..
Agar dapat sujud...agar dapat mengenaliMu..
Agar dapat kami mengenali kekerdilan hati kami...
Alirkan air mata keinsafan ini..
Ya Allah Yang Maha Agung....
Ampunkan dosa kami, Ya Allah....
Ampunkan maksiat kami, Ya Allah..
Ampunkan maksiat mata, hati dan telinga kami, Ya Allah..........

Ya Allah.....
Kami lupa..kami banyak sekali lalai...
Kami selalu sahaja leka....
Ampunkan dosa kami Ya Allah...............

Ya Allah,
Datangkan ilham kepada kami..
Ilham agar dapat kami terus bersemi dengan Islam..
Agar dapat kami mentadbir diri dengan
kemenangan kepada Islam...

Suburkan hati kami...
Tenangkan jiwa kami...............
Ampunkan kami ya Allah......

12 Mei 2009

Cak!!



Alhamdulilah...

Pena saya akan bermula hari ini, bersama semangat rakyat marhaen seluruhnya yang terasa debar dan jelasnya
semangat dari semalam sehingga ke hari ini. Ayuh mara! Pena saya menyuntik semangat dan jangan lupa solat sunat syukur 2 rakaat atas kemenangan yang penuh bara ini.

Pohon Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak menggembalikan kuasa kepada rakyat dan pembubaran DUN bagi Negeri Perak
seterusnya meletakkan rakyat sebagai tahta pertama memilih tampuk pimpinan.
Syabas kerana dengan tenang DS Nizar melangkah dan kekaguman saya melihatnya kerana dalam getir melawan arus
politik yang sekelip mata, menjadikan dia idola muda dan idola rakyat seluruh Malaysia.

Lama saya meninggalkan penulisan.
Terbengkalai selepas saya menjalani proses tribulasi dan merehatkan diri.
Alhamdulilah, semoga beransur pulih dan mengambalikan keyakinan saya kepada diri. InsyaAllah. Hidup perlu diteruskan dan Allah memberi nikmat segala
pancaindera kepada kita dan semuanya.

" Cuba buat dan anggap jemari seperti pen....lakarkan....., idea mesti bertandang......!!"

Bulan Mei akan lekas menghilang, Jun mendatang..begitu cepat sekali masa berlalu. Risau juga saya dibuatnya.......

Pagi tadi, saya mencapai sebuah novel Ketupat Cinta karya Faisal Tehrani untuk
saya habiskan sisa menanti di dalam LRT dan akan saya segera khatamkan untuk mengasah kembali minda saya. Juga kembali menajamkan
jemari saya yang bercuti. Manuskrip saya di tangan editor rasa saya sudah menjadi kuih habuk-habuk atau mana tahu, selepas 20 tahun akan datang,barulah ada editor sudi menerbitkannya, atau mereka rasa ia karya tidak berkualiti untuk di terbitkan.
Entahlah...kerana saya merajuk, akhirnya lap top saya tidak lagi dipenuhi idea mencurah-curah. Semangat menulis kembali merundum bersama dengan kesibukan saya juga mengira-ngira belanjawan untuk diri.

Hmmm.......akhir bicara saya , nanti kita bersembang-sembang lagi dan cik dihah akan kepochi sikit. Bagi liang libu perasaan semua. Bagi seram sejuk suasana..

Cik Dihah kembali...Cak!!!!