Pages

31 Januari 2011

Cabaran membaca novel/buku 50 buah setahun.

Terdetik pula hati untuk menyahut cabaran ini. Baik, Mardihah akan sertai cabaran membaca novel sebanyak 50 buah setahun.

Untuk teman-teman yang sudi, saya sertakan syarat-syarat penyertaan di sini.

(a) daftarkan nama anda beserta url blog anda kepada kami di amalynputri@gmail.com (Wan Amalyn) atau dunia_novel@yahoo.com (Adhan)

(b) sediakan sinopsis/resensi novel/buku yang anda baca (ikut keselesaan anda) ke blog anda DAN

(c) emailkan sinopsis/review novel/buku tersebut kepada kami untuk kami 'post' sinopsis tersebut ke blog Ulat Buku

(d) letak 'link' blog Ulat Buku (http://ulatbuku-06.blogspot.com/) dalam blog anda..

Mudah bukan.

Saya pula akan ada satu ruangan ‘page’ untuk semua gambar novel yang habis dibaca di dalam page Cabaran 50. Sinopsis akan dilampirkan apabila selesai membaca dan nantikan ulasan saya nanti. Insya-allah.

26 Januari 2011

Ms Vicks

Lama sudah tidak menaip di blog ini. Asyik taip dan kemudian 'reject' hasil tulisan sendiri. Ini sudah entah ke berapa menaip, akhirnya saya copy dan pastekan sahaja ke dalam blog ini. Jadilah, asalkan blog ini nampak bernyawa. Ngeeeeee! Adus, entahlah adakala saya tak pandai mahu cerita banyak-banyak dan menulis laju-laju untuk blog. Makin rasa, ayoyoyoyo! *chet, merapu!

Oh ya, kebetulan pula minggu ini dan minggu lepas adalah hari sakit sedunia. Demam, batuk dan selsema. Oleh itu, vicks sudah sebati pula dengan saya! Itu sebabnya saya tiada mood menulis di dalam blog. Alih-alih suami mengusik,

"Oh, selalu kata abang Mr Vicks ya. Sekarang, yang di sana pula Ms Vicks!"

Perkembangan terkini projek penulisan adalah novel fantasi kanak-kanak musim pertama sudah siap dan diserahkan kepada editor. Jadinya, kenalah banyak bersabar kerana editor banyak susunan kerjanya dan banyak manuskrip sedang beratur. Tahun ini, pastinya, InsyaAllah. Akan ada dua senarai di dalam genggaman untuk novel saya diterbitkan.
Yippiee! Jika makin rajin menulis..banyaklah terbitnya kelak.

Makin ligat menulis untuk musim kedua pula. Tidak mahu bercerita panjang lebar sebab nanti 'no surprise!'. he he he.

Terima kasih Dihah ucapkan kepada teman-teman yang memberi sokongan kepada bidang penulisan ini. Tiada kata-kata yang dapat digambarkan kecuali semoga Allah memberikan kelapangan atas setiap doa kalian. Untuk yang membaca dan ada yang sentiasa bertanya bila sambungan AGB mahu keluar? Insya-Allah, akan diterbitkan tahun ini,jika tiada apa-apa halangan. Saya merancang namun yang pasti, Tuhan yang menentukannya.

Erm...,saya sebenarnya lagi tak sabar melihat buku AGB II diterbitkan. Mahu menangis keluar hingus-hingus sekali nanti! Iyalah kan, sebab manuskrip paling laju yang dihasilkan adalah AGB II. Ia kesayangan lah pokok pangkalnya. Aiceh!

Okey kawan-kawan,tak mahu berceloteh panjang! Kita jumpa lagi di lain masa. Jangan makan buah limau banyak-banyak ya!

Tadaaa

13 Januari 2011

AGB di dalam TOP 500 PTS



Alhamdulillah.


Meski 'Andai Gerimis Berhenti Dwilogi Pertama' novel saya dipasarkan pada penghujung bulan Oktober 2010. Ia sudah memasuki carta 500 terbaik PTS bagi jualan tunai untuk Januari 2010 sehingga Disember 2010. Di angka 327 sudah memadai bagi saya. Cukup-cukup bertuah rasa badan. Yang penting apabila menulis saya rasa kepuasan!


Menulis itu, bukankah cinta?


320 Usahawan Cilik: Nasi Lemak Bonda
321 Menjalin Hubungan Bahagia
322 Dear Yayah
323 Hakikat Cinta
324 Terapi Ruqyah
325 Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad bin Abdullah
326 Tak Bisa Memilihmu
327 Andai Gerimis Berhenti
328 Atan Jambul: Kerana Tikus
329 Dear Yayah 2
330 Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar
331 Sahabat Kole Kacang 3: Misteri Banglo Lama
332 Di Dunia Ada Syurga
333 Gaya Pengajaran Dan Pembelajaran
334 Dua Dunia
335 Cerita Betul Facebook

Entri dicuplik dari laman web universitipts.

12 Januari 2011

Jemputan Menulis Karya



Ini adalah sebuah perancangan jangka masa panjang.

Kami sedang merancang untuk membina sebuah karya kumpulan cerpen kolaborasi. Kami juga sedang mencari penulis yang berminat untuk menjadi anggota kumpulan penulis di dalam karya berkenaan.

Penulisan ‘duet’ secara beramai-ramai ini adalah sejarah. Sesiapa yang berminat sila berhubung dengan Haris Hauzah di : hauzahharis@gmail.com atau e-mel saya di mardihahadam@yahoo.com