Pages

10 November 2011

Daging salai masak lomak cili api

DSC03918


Lama rasa tak menepek resipi kan? Jadinya dengan tidak melengahkan masa lagi, Chep Dihah kongsi resipi daging salai masak lemak (lomak) cili api. Daging korban ni. Manis-manis rasanya! Cubaan pertama menjadi selepas telefon emak tanya resipi. Resipi ini tidak menggunakan bawang dan belacan. Chep Dihah tak pasti kalau ada antara pembaca yang masak lemak cili padi menggunakan bawang dan belacan. Ngee! Sebab kalau campur bawang dan belacan rasanya macam lain-lain sikit. Tak umphh rasa cili padi. Okey, jangan nak menceceh ya, Chep Dihah. Mari semak resipi.

Bahan-bahan :

20 biji cili padi (jika mahu pedas tambah ikut selera masing-masing)
2 cm kunyit hidup Siap ukur pembaris! Hwa Hwa….
1 mangkuk daging salai dihiris nipis/sederhana.
1 biji kelapa parut
1 batang serai
2 helai daun kunyit
5 biji limau kasturi
2 keping asam keping
2 gelas air

Garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Mesin cili padi dan kunyit hidup sehingga hancur.


2. Daging dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan bahan kisar, 2 gelas air, garam, serai dan asam keping. Nyalakan api. Kacau perlahan sehingga bahan sebati.


3. Kelapa diperah untuk mendapatkan santan. Chep Dihah perah 3 kali. Santan ikut kepekatan dan selera masing-masing.


4.Masukkan santan selepas bahan di dalam periuk sebati. Lauk jangan dibiarkan dan hendaklah ‘ditembok’ – Chep Dihah tak berapa pasti kenapa emak Chep Dihah guna perkataan *tembok lauk! Wakaka. Acaner nak tulis bagi semua paham erk? Begini = ambil sikit kuah dalam periuk tu guna senduk, turun, angkat kuah lagi turunkan ke dalam periuk balik. Sampai lauk mendidih. Begitu? Arghhh…..

* Ini dinamakan teknik menembok lauk. Hahahaha. Emak bilang, teknik ini untuk elakkan lauk kita bertaik minyak. Faham tak? Kalau tak faham bagi faham sendiri. Ades!


5.Hiris daun kunyit nipis-nipis dan dimasukkan selepas lauk mendidih.


6.Perah limau kasturi dan masukkan ke dalam lauk.


7. Lauk mendidih dan siap. Garam ikut secukup rasa okey? Siapa suka masin mak yeh, silalah tabur garam banyak-banyak! Siapa suka sedang-sedang mak timah, masukkan sikit-sikit. Ngeee!

Perghh! Dahsyat rasa lauk ni. Mebeles betul ! Iyalah, sebab gunakan daun kunyit dan perahan air limau kasturi ke dalam masakan. Lagi-lagi dagingnya disalai. Daging masak lemak cili padi ni boleh kalian perbagaikan lagi dengan masukkan kentang atau tomato. Ikut selera masing-masing. Rebung pun boleh tahan sedap dimasukkan sampai menjilat jari. Tetapi sebab encik abang tak makan rebung maka wassalamlah rebung itu okey? Santan bergantung kepada selera dan kepekatan. Chep Dihah lebih selesa sederhana sahaja pekatnya. Ini memang original. Tak ada tambah kurang!

Maka, diet terbantut lagi! Perut encik abang gendang suka hati! Acaner nak cakap tahap kesedapan lauk ni? Siapa tak makan daging salai masak lomak cili padi ni memang rugi! Boleh pengsan o!

Okey semua pembaca yang comel-comel belaka, bolehlah mencuba resipi mabeles lapan juta kali ni! Perghhh!

09 November 2011

Sebalik Tabir Mr Pai Epal


Selepas saya menulis satu proposal dengan tajuk , '10 sebab saya cintai kamu' dan diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan, saya diminta mengubah tajuk proposal kepada 10 Hari Mencari Cinta. Kemudian saya layangkan lebih kurang 16 tajuk baru untuk proposal ini. 16 tajuk, okey! Punyalah banyak! Tu belum semasa saya layangkan tajuk untuk novel ketiga. Mahu 40 tajuk! Isk isk....Dari 16 tajuk berkenaan, saya tertarik dengan tajuk ke 6 iaitu, Mr Pai Epal.

Kepala toing! Toing! Mentol menyala-nyala. Apabila melihat pasaran novel cinta islami merundum, saya berfikir untuk menukar arah seketika kepada novel bergenre gedik-gedik Islami. Remaja, pembaca dan peminat saya fikirkan lebih terarah kepada cerita-cerita yang penuh gelak ketawa dan cinta sweet-sweet ala cik Yaya dan Izz Amir dalam Mr Pai Epal saya ini! Wah – perasan! Hahaha.

Akhirnya saya peram ilham dengan tajuk Mr Pai Epal dalam kepala. Sehingga pembentangan kawan-kawan penulis di dalam group FB mengenai drama korea yang menjadi hit dan bualan ramai. Demam K-Pop ini sewajarnya kita ambil untuk didemonstrasikan ke dalam sebuah novel. Maka, alirannya sama, kisahnya ya mungkin sama, cuma rencahnya dan acuannya diolah dengan adat dan budaya Islam. Di dalam sebuah novel yang dipegang, cinta itu adalah tradisi yang tidak boleh ditolak tepi. Cinta itu temanya sejagat dan menjadi aliran semua pembaca.

Kala saya menanti proposal ‘10 Hari Mencari Cinta’, maka saya menjadi perisik, menjelajah dunia e-novel yang menjadi hit dan bagaimana Karya Seni, Kaki Novel dan penulisan2u berjaya menjual ‘karya-karya’ mereka.


Beralih arah ke e-novel, bermain perasaan dengan dunia maya maka akhirnya sinopsis lengkap Mr Pai Epal berjaya saya siapkan. Meski kadang-kadang apabila menulis alignment plot tetap lari, tapi saya hantam! (plot bab lain, tapi bila tulis, lain jadinya) Menulis pula adakala buat saya ketawa sampai terbawa-bawa pula watak cik Yaya dalam Mr Pai Epal.

Kini, Mr Pai Epal sudah bab ke 6 di blog ini. Maka, saya akan nantikan perkembangan e-novel ini sama dengan penulisan2u. InsyaAllah minggu hadapan bab 7 akan menanti. Perkembangan kesemua watak-watak ini akan saya pastikan ‘hidup’ dengan penuh kesegaran.

Mr Pai Epal akan bersama dengan Volkswagen beetle, Skuter Lancecharm yang bernama Miss MJ Ungu, sebuah café milik Izz Amir iaitu : Pai Epal Café, sebuah rumah teres 2 tingkat bersama ketabahan seorang ibu, Hanan yang buta dengan pesan-pesanan melengkapi diri dua anaknya, Nur Alya (Yaya) dan Fatin. Sebuah rumah banglo sederhana dan keluarganya penuh penyayang juga akan dilakarkan. Izz Amir (Mr Pai Epal) bersama kerjayanya dan bagaimana Yaya meneruskan legasi arwah ayahnya yang mahukan dia menjadi seorang chef terkenal.

E-novel ‘Mr Pai Epal’ akan meneroka Yayasan Marjan yang sebenarnya dibina arwah ayah Yaya Meski Yayasan Marjan telah jatuh ke tangan Chef Daud, Yaya lantas meneruskan usahanya dan mahu membersihkan nama arwah ayahnya yang difitnah.

Isk, tidaklah saya pasti kenapa gambar pelakon korea ini perlu ada dalam entry ini. Saya pun demam K-Pop juga rupa-rupanya!


Perkembangan cinta ala gula-gula Yaya dan Izz Amir akan dilihat selepas bab 10 kelak. Corak cinta begini kadang kala mengujakan saya untuk saya memastikan tiada adegan keterlaluan kerana keterbatasan mereka yang masih belum berkahwin. Bolehlah saya kategorikan kisah ini sebagai main-main cinta! Cinta yang dipendam-pendam dan usik mengusik sehingga Yaya selalu pengsan! Kata seorang peminat e-novel Mr Pai Epal, "sweetnya"! Eceh!

Yaya - Mengambil pengalaman bekerja di Pai Epal Café selama 1 tahun atas arahan Yayasan Marjan dan kisah-kisah ini akan terus berpanjangan sehingga hati Yaya membenarkan lelaki itu adalah untuknya.

Jasmin hadir tanpa dijangka!

Yaya terkedu!

Mr Pai Epal berbelah bagi!

Rupa-rupanya Jasmin si jelita itu kekasih hati Izz Amir.

Dia benarkah sukakan aku ? Atau lelaki itu hanya manis di bibirnya sahaja ?

Tuhan, dugaan apa yang kau campakkan untuk hati ini ?

Okey para pembaca yang comel-comel, setakat ini sahaja intai-intai Mr Pai Epal. Tak bolehlah bagi hint kesudahan kisah ini. Nanti tak surpriselah kan! Kalau nak tahu kenalah baca sampai habis. Okey? Ada rezeki, kita tunggu adakah ia bakal dinovelkan? ^__^

Mingu ke minggu saya akan melunasi menyiapkannya. E-novel ini bagaikan drama korea setiap minggu kepada saya untuk diwajibkan – SIAP dan sempurna. Maka, setiap minggu saya wajib menulis walau masa begitu mencemburui! Rasa seronok dengan Yaya dan Izz Amir bila di setiap bab menemukan mereka bersama.

Insya-Allah, saya akan menulis yang baik-baik. Menulis itu bagi saya adalah janji kepada Tuhan, maka kebaikan akan sentiasa saya layangkan. Yang manis-manis dan penuh pengajaran juga akan saya panjangkan. Moga menjadi ketenangan dan merawat kebosanan semua pembaca yang comel-comel. Ngeeee…….sumpah perasan! Hahaha.

Semoga jatuh cinta dengan Mr Pai Epal yang nakal! Semoga toing toing rasa hati apabila melihat Yaya malu-malu sehingga pipinya bertukar menjadi merah jambu! Semoga riang hati kalian dengan skuter comel Yaya dan rasa mahu duduk di sebelah Mr Pai Epal bersama Volkswagen Beetlenya. Sweetnya kan…

Jenguk-jenguk selalu untuk membaca sambungan ‘Mr Pai Epal’, okey? MPE tidak seberat novel saya dan agak berlainan untuk saya mencuba genre baru kepada diri. Semoga usaha ini berjaya dan doakan saya tabah...tabah...tabah!

Eh, ada seorang kawan saya di dalam FB, nama dia Pai Epal. Secara kebetulan sahaja ya! Ngeee

Salam comel-comel dari saya!

08 November 2011

Untuk Cik Yaya Tersayang


Make Love Notes at Wishafriend.com



Flash Toys at WishAFriend.com


Adakah Cik Yaya pengsan kerana Mr Pai Epal telah membuatkan jantungnya terus menerus berdegup kencang?

03 November 2011

Gua sedang stress!

DSC00461
Muka 'gua' sedang stress! Jangan kacau gua! Gua nak makan banyak-banyak bagi licin semua pinggan dan piring hari ni!


Mahu mengembara jemari ke arah suka dan gembira,
Namun terpalit seketika dengan duka,
Ayuh wahai diri,
Jangan berduka nestapa,
Tulislah lagi, riangkan hati,
Kembarakan jemarimu yang sakti,
Untuk kalian gembira dan ketawa suka hati!

Mood saya yang hilang entah ke mana! Tiba-tiba merundum jatuh untuk menulis lagi. Positif...positif dan positif, Mardihah! Ganbate!