Lama rasa tak menepek resipi kan? Jadinya dengan tidak melengahkan masa lagi, Chep Dihah kongsi resipi daging salai masak lemak (lomak) cili api. Daging korban ni. Manis-manis rasanya! Cubaan pertama menjadi selepas telefon emak tanya resipi. Resipi ini tidak menggunakan bawang dan belacan. Chep Dihah tak pasti kalau ada antara pembaca yang masak lemak cili padi menggunakan bawang dan belacan. Ngee! Sebab kalau campur bawang dan belacan rasanya macam lain-lain sikit. Tak umphh rasa cili padi. Okey, jangan nak menceceh ya, Chep Dihah. Mari semak resipi.
Bahan-bahan :
20 biji cili padi (jika mahu pedas tambah ikut selera masing-masing)
2 cm kunyit hidup Siap ukur pembaris! Hwa Hwa….
1 mangkuk daging salai dihiris nipis/sederhana.
1 biji kelapa parut
1 batang serai
2 helai daun kunyit
5 biji limau kasturi
2 keping asam keping
2 gelas air
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Mesin cili padi dan kunyit hidup sehingga hancur.
Bahan-bahan :
20 biji cili padi (jika mahu pedas tambah ikut selera masing-masing)
2 cm kunyit hidup Siap ukur pembaris! Hwa Hwa….
1 mangkuk daging salai dihiris nipis/sederhana.
1 biji kelapa parut
1 batang serai
2 helai daun kunyit
5 biji limau kasturi
2 keping asam keping
2 gelas air
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Mesin cili padi dan kunyit hidup sehingga hancur.
2. Daging dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan bahan kisar, 2 gelas air, garam, serai dan asam keping. Nyalakan api. Kacau perlahan sehingga bahan sebati.
3. Kelapa diperah untuk mendapatkan santan. Chep Dihah perah 3 kali. Santan ikut kepekatan dan selera masing-masing.
4.Masukkan santan selepas bahan di dalam periuk sebati. Lauk jangan dibiarkan dan hendaklah ‘ditembok’ – Chep Dihah tak berapa pasti kenapa emak Chep Dihah guna perkataan *tembok lauk! Wakaka. Acaner nak tulis bagi semua paham erk? Begini = ambil sikit kuah dalam periuk tu guna senduk, turun, angkat kuah lagi turunkan ke dalam periuk balik. Sampai lauk mendidih. Begitu? Arghhh…..
* Ini dinamakan teknik menembok lauk. Hahahaha. Emak bilang, teknik ini untuk elakkan lauk kita bertaik minyak. Faham tak? Kalau tak faham bagi faham sendiri. Ades!
5.Hiris daun kunyit nipis-nipis dan dimasukkan selepas lauk mendidih.
6.Perah limau kasturi dan masukkan ke dalam lauk.
7. Lauk mendidih dan siap. Garam ikut secukup rasa okey? Siapa suka masin mak yeh, silalah tabur garam banyak-banyak! Siapa suka sedang-sedang mak timah, masukkan sikit-sikit. Ngeee!
Perghh! Dahsyat rasa lauk ni. Mebeles betul ! Iyalah, sebab gunakan daun kunyit dan perahan air limau kasturi ke dalam masakan. Lagi-lagi dagingnya disalai. Daging masak lemak cili padi ni boleh kalian perbagaikan lagi dengan masukkan kentang atau tomato. Ikut selera masing-masing. Rebung pun boleh tahan sedap dimasukkan sampai menjilat jari. Tetapi sebab encik abang tak makan rebung maka wassalamlah rebung itu okey? Santan bergantung kepada selera dan kepekatan. Chep Dihah lebih selesa sederhana sahaja pekatnya. Ini memang original. Tak ada tambah kurang!
Maka, diet terbantut lagi! Perut encik abang gendang suka hati! Acaner nak cakap tahap kesedapan lauk ni? Siapa tak makan daging salai masak lomak cili padi ni memang rugi! Boleh pengsan o!
Okey semua pembaca yang comel-comel belaka, bolehlah mencuba resipi mabeles lapan juta kali ni! Perghhh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan