Permintaan Nad di dalam shoutbox chat untuk saya memperkenalkan watak Yaya dan Izz Amir secara terperinci, maka saya layangkan dalam bentuk begini. Terima kasih Nad kerana memberi ilham. Keterangan watak secara terperinci ini saya lakarkan dalam bentuk diari. Insya-Allah, kelak saya akan lakarkan watak Izz Amir. Harap-harap berpuas hati. Oh, ini entry khas yang tidak akan dilayangkan di dalam penulisan2u.
Senyum comel-comel semua! Terima kasih untuk setiap komen toing-toing kawan-kawan. Komen membina semangat untuk saya terus menulis! Komen anda juga tanda sokongan pada saya penulis separuh masa (PSM) [cheh] yang kerdil dan kecil ini! Fighting!
*******************
*******************
Assalammualaikum diariku,
Senyum comel-comel nampak gigi tak?
Senyum comel-comel nampak gigi tak?
Nama
penuhku Nur Alya Binti Mohd Wafiy. Entah bagaimana, nama samaranku menjadi
Yaya. Abah kata Yaya anak abah yang comel! Ibu pula kata Yaya adalah kakak
sulung yang tabah dan kuat semangatnya. Maka, hari-hariku selepas abah
meninggal dunia bersama dengan kerja-kerjaku untuk menyara keluarga. Maka, aku
sedang menggengam impian untuk meneruskan legasi abah sebagai seorang chef.
Tetapi ia terbantut selepas abah meninggal dunia dan Yayasan Marjan akhirnya
jatuh ke tangan lelaki durjana itu. Jika ada garfu, rasa mahu sahaja aku mencucuk mata Chef Daud itu! Maka,
ketabahan itu perlu bersama kehidupan dengan Fatin adik tersayangku dan ibuku
yang disahkan buta akibat kemalangan.
Kata ibu, “Ibu dalam dunia yang penuh
gelap, tetapi ibu ada Yaya dan Fatin yang akan sentiasa mencerahkan hidup ibu.”
Sedih. Ibu selalu buat aku hiba! Ibu
selalu buat aku kuat semangat juga!
Oh ya, jika pembaca semua mahu tahu, aku
adalah peminat warna merah jambu dan ungu. Makanya, skuter kesayanganku aku gelarkan
"Miss MJ Ungu" dan
kau, wahai diari lantasku berikan nama samaran juga iaitu, "Hei, MJ Ungu". Suka tak? Suka
tak? Comel kan
nama untuk kau ini. Harap-harap kau suka! Aku ini kata Fatin suka berimiginasi.
Gila-gila juga perangainya!
Tetapi,
hidupku lantas bertukar warna dan ceritanya. Warna merah,
warna coklat, warna biru,
warna oren, warna hitam dan
kadang-kadang kelabu. Kerana ada seorang
lelaki yang gila dan tidak waras akalnya memanggil namaku, cik Yaya Sayang!
Asyik-asyik cik Yaya Sayang dan cik Yaya Sayang. Terkonfius dan terkujat
sekejap. Aku gilakah? Atau dia yang gilakah?
Pertemuan
demi pertemuan terjalin lantas menjalinkan hubungan persahabatan yang tidak
pernah aku jangkakan. Oh, nama lelaki itu atau nama samarannya adalah Mr Pai
Epal. Dia suka aku memanggilnya dengan nama, ‘Izz’. Hwa Hwa Hwa,
sudahlah muka macam teddy bear, comel! Ekekeke.
"Hei MJ Ungu", dia memang kacak!
Sesekali menjeling memang mengancam! Haish, penasaranlah dibuatnya.
Tapi, pesan-pesanan ibu untuk menjaga diri sebagai seorang gadis tetap aku
pahatkan dalam diri. Aku pesan pada dia berkali-kali, “Saya perempuan, awak
lelaki. Mana boleh keluar jalan-jalan, dating-dating pegang tangan. Mana
boleh awak say sayang dengan saya sebab kita belum kahwin! Kenapa awak
asyik panggil saya, cik Yaya Sayang, cik Yaya sayang! Awak gila ya?”
Dia
sengih macam kerang busuk. Bagai kerang busuk pun, wajahnya memang mengancam
kacak empat belas juta. Haduhainyaaa pun!
Tetapi,
Tetapi,
Bohonglah
jika aku katakan tidak ada perasaan kasih dan sayang kepadanya.
Gangguan-gangguannya yang merosakkan jantung, hati, usus dan pankreasku telah
membenarkan rasa yang satu itu iaitu, CINTA. Dia selalu sebut aku ini kekasih
dia. Juga kata dia gilakan aku! Hairan, sebab wajahku bukanlah macam
Cinderella atau Snow White! Oh ya, dia kata aku comel! Dan dia juga
kata aku gadis yang baik! Hahahaha! Gilanya orang! Tapi, aku malu. Ya,
sebab aku perempuan dan perempuan mesti menjaga diri dan peribadi
sebaik-baiknya.
Aku
diterima masuk ke dalam Pai Epal Cafe selepas biasiswa ditaja sepenuhnya oleh
Yayasan Marjan. Alhamdulillah. Cita-cita semakin tinggi bersama doa dari ibu.
Rupa-rupanya juga Izz Amir itu seorang chef dan menemuduga aku pula untuk sesi
indah hari berkenaan. Hak hak. Siap kenyit-kenyit mata bagai! Luruh
jantung dibuatnya. Izz Amir sebenarnya juga pemilik Pai Epal Cafe yang klasik
itu.
Hari-hari indah kami bersatu di dalam cafenya itu.
Rasa cintanya itu mekar bila aku mula bekerja di sana.
Tetapi,
Tetapi,
Waktu-waktu
lantas berlalu, selepas memerhatikan dia dan nasihat dariku mengenai solat dan
agama, satu hari aku benar-benar terkejut kerana dia sudah solat 5 waktu
sepenuhnya! Sempurna. Pesanan ibu kepadanya diambil berat satu persatu. Izz
Amir dah jadi Imam Muda di hatiku. Cewah!
Ada sesuatu yang memberi
hiba. Ada
sesuatu yang Allah rencanakan. Maka diari-diari sedih hidupku lantas bermula.
Selepas rasa sayang untuknya itu sebanyak empat belas juta, selepas bunga-bunga
sakura turun menemani dan transformers terloncat-loncat meraikan musim
cinta kami...
Jasmin hadir kembali menagih cinta lama
Izz Amir. Jasmin..Jasmin..Jasmin..
Izz Amir, maka aku tinggalkannya selepas
Jasmin yang jelita hadirkan diri. Mereka bertunang dan secara rasminya aku ini
ibarat gadis yang ditinggalkan tanpa apa-apa jawapan. Uminya lantas menjadi
orang ketiga memutuskan perhubungan kami berdua.
Munir juga sepupu Izz Amir yang hadir
secara tiba-tiba. Mengisi hati dan merawat sedih ini. Lantas masa berlalu
dengan kejam. Cinta Izz Amir terus terpadam. Namanya terus mati bila sesuatu
terjadi antara kami. Antara aku dan Izz Amir. Ternyata ia menoktahkan hubungan
kami.
Aku terbang mengembara menyambung
cita-cita. Ada air mata ketika aku mengingati kenangan kami berdua di sebuah
bukti nan indah.
Katanya kepada aku ketika kami sama-sama
menikmati kepingan Pizza Hut, ““Kalau saya nampak matahari, saya sentiasa
nampak wajah awak yang bercahaya! Kalau saya nampak bulan, saya sentiasa
nampak awak yang sentiasa tersenyum dan kalau saya nampak bintang, saya
sentiasa rasa awak bintang di hati saya! Entah – saya tak tahu kenapa dengan
hati saya sekarang ni, Yaya!”
Cerita
yang tidak akan terhenti, dan cinta aku kepadanya juga tidak akan mati. Meski
aku menoktahkan hubungan ini. Maka, "Hei
MJ Ungu", rindu ini sudah termaktub untuknya. Kelakar
bukan?
Untuk
kesekian kalinya, aku benar-benar jatuh cinta kepadanya! Aku benar-benar rindu!
Tuhan, bersalahkah aku kerana walau aku jauh di sini, aku tetap merinduinya. Ada air mata lagi yang mengalir-ngalir
hiba!
Paris. Kota Paris menemukan kami sekali lagi. Izz Amir dan Munir. Nama lelaki berwajah empat belas juta itu telah lama mati. Selepas setahun, dia menjejaki aku di sini. Menawarkan kembali cinta dan rindunya.
Di hadapannya air mata ini mengalir penuh hiba. Setahun telah berlalu dan kami berdua terkedu. Dia merenung aku. Merenung dengan air mata penuh sesal. Pertemuan kedua tecipta dan aku tidak tahu apa jawapannya.
Ibu,
Yaya akan tabah! Walau air mata Yaya selalu dan senang sahaja menjadi teman
setia.
Sob...sob...
Sob...sob...
+Yaya,
aku cepuk kepala kau dengan teddy bear ni. Menangis tak
sudah-sudah.
-Ala, biarlah menangis pun. Bukan air mata
kau. Yaya baru nak sentimental value. Kacau daun.
+Yaya!
-Ya...
+Salji dah turun.
-Iyakah?
Pintu lantas aku buka.
Dan tubuh lelakinya masih berdiri di muka
pintu. Tegak menantikan aku. Merenung aku dengan salji nipis-nipis
mewarnai suasana.
"Cik Yaya sayang..."panggilnya
entah untuk kali ke berapa.
Sumpah aku menangis sekali lagi
dihadapannya.
Dihah, sekarang ada dua nama dah..hana ke dihah? hehehe. menjadi betul awak menulis dan btl2 menjadi. saya serius suka.
BalasPadamkawan lama.
comel je kak mardihah tulis , teruskan dan memang best ! :)
BalasPadamsalam kak dihah..
BalasPadambest cerita kak ni.. ibu sentiasa nak yang baik untuk anaknya..
To tanpa nama : dua-dua boleh. hehehe, terima kasih banyak-banyak.
BalasPadamAmer mukhlis : memang akak comel. hehehehe. Erk, perasan! terima kasih dik!
BalasPadamfaridmw : semoga yang baik-baik. terima kasih berkunjung. Ibu pasti nak yang terbaik untuk anaknya kan? ^__^ senyum comel-comel semua!
BalasPadamvery sweet! ahaks! cpt2 buat novel lar! nad dah ader lukisan jiwa, lg dua nak kena kejar. nanti nak kejar mr pai epal pulak!
BalasPadamgo, go, go! kak mar!
menunggu mr pai epal... ^___^
Sweet macam gula-gula. anyway, terima kasih nad! buat novel? ala, tak dapat dipastikan sudi ke tak penulisan2 nak karya akak ni. ekekeke. tunggu dan lihat dan bersabar selalu.
BalasPadamTunggu ya mr pai epal minggu depan! hehehe
Ala... pagi2 akak dah nanges... belum kuar episode sedey dah nanges2 caner ni? huhuhu
BalasPadamAhkak RSL : acaner nak buat? huhu.
BalasPadam:)
BalasPadamSerius BEST GILER!!!!!
BalasPadamBiar Izz Amir pula tersiksa....hahaha...
(Gelak jahat)