Bergambar selepas hujan membasahi bumi UTHM
Isnin lepas, 31/10/2011, saya ke Majlis Konvokesyen UTHM ke 11. Meraikan majlis si kembar – ‘kakak’@Nor Raihan atau lebih mesra nama manjanya adalah Kak Teh! Si pemalu lah lebih kurang! Hik hik..jangan marah ya yan!
Ahad pagi-pagi dah bertolak dari Kuala Lumpur. Nasib baik encik abang mahu menghantar saya. Puaslah pujuk rayu, ingatkan nak drive dari KL, tapi idaklah encik abang setuju! Sob..sob! serius patah seribu hatiku! Paling sedih bila dari Melaka nanti harus naik bas pula! Encik abang tak dapat nak ikut sebab kerja Isninnya dan cuti tak diluluskan.

Bear ungu dan bunga merah jambu!
Dari Melaka ke Johor Bahru pula bersama ayah, emak dan ude yang alhamdulillah nampak sihat dari sakitnya. Temujanji dengan doktor kelak bulan 12 ini untuk perkembangan seterusnya.
Berkampunglah kami makan-makan rendang itik yang mak bawa dari Masjid Tanah di rumah Along Fais. Sedap o rendang itik! Rasa sekali pasti nak lagi! Kak long pula masak mee kari paling sedap di dunia. Abang chik dan isteri sampai lebih kurang 8.30 malam. Pasangan kembara Yan pun datang dari UTM JB - Nor Raidah! Si Makcik yang mulut murai! ekekeke. Nanti tahun depan kita pergi Kelantan pula ya! Jadinya, kami makan-makanlah lagi dan mari menggemukkan diri ya Puan Dihah!
Dan Isnin berlepaslah kami ke Batu Pahat. Singgah beli bungalah kan. Sebab selalunya konvo-konvo ni mesti ada beli bunga. Nanti masa konvo degree nanti, kak lang bagi bunga ros dan bear besar okey? Kami dapatkan bear comel warna ungu muda dan bunga ros besar berjambak-jambak warna merah jambu. Dah rasa macam cik Yaya pula dalam Mr Pai Epal sebab suka warna ungu dan merah jambu. Cheh! Berangan jadi cik Yaya tetiba! Zasss!

Tahniah Raihan dan kawan-kawan!
Hujan mencurah-curah lebat! Pastinya rahmat mengiringi. Emak dan ayah sudah masuk dalam dewan. Saya dan ude duduklah bersama berdua dengan tayangan tv besar. Mengantuk-ngantuk tahap gaban dan ultraman pun ada! Tiba-tiba rasa syahdu sebab masa den konvo diploma dulu mak ayah tak dapat datang. Huwaaaa….Tetiba teringat kenangan lama! Zass sekali lagi!
Doa dari kak lang – ucapan terharu dan edisi terhad hanya di dalam blog ini sahaja: Raihan, selamat mendaki cita-cita yang tinggi! Semoga impian menjadi nyata. Belajar rajin-rajin, tekal dan juga cekal mengharungi setiap cabaran! Tahniah berganda-ganda dan semoga menjadi anak solehah, adik yang baik dan sentiasa tersenyum selalu! Terima kasih menjadi adik dan terima kasih untuk segala kenang-kenangan yang pernah kita cipta bersama. Tahniah!
Ayah dan emak. Tengok, ayah pun pandai buat muka ala-ala budak-budak zaman sekarang. Muncung itik, okey?
Lewat jam 6.00 petang, selepas bergambar di sana dan di sini, kami bertolak balik ke Melaka. Ayah secara pro bawa kereta bagai nak tercabut jantung! Punyalah laju tahap pelumba formula one! Huh! Kaki rasa nak brek, brek dan brek saja!
Tepat 8.15 malam, sampailah kami di Melaka Sentral. Puan Dihah naik bas gagap iaitu KKKL terus ke Kuala Lumpur. Sumpah bas 'gagap' ni laju dan memang sumpah sakit punggung satu hari sebab duduk lama dalam bas! Haish, kenangan naik bas dari Puduraya membangkitkan nostalgia kenangan sebelum kahwin. Haaa, tetiba kan!
Tepat jam 10.30 malam saya tiba di TBS yang canggih manggih! Pandang encik abang yang tersenyum sokmo, segala penat berbaloi-baloi. Hilang sudah kerinduan selepas dua hari ‘disingle’kan. Eceh!
Perjalanan dua hari yang padat. Dua hari penuh kenangan. Dua hari penuh pelajaran. Rasa mahu menyambung pelajaran dan rasa mahu juga terima ijazah kelak. Angan-angan perlu tinggi dan siapa tahu, bukan ?
Maaf, entry dan ayat saya sedikit tidak bombastik secantik Bahasa Melayu Tinggi. Kaedahnya, saya nak cerita yang santai-santai dan kalian juga boleh tersenyum sebegini.
Tahniah sekali lagi, adikku Nor Raihan Mohd Tamin! Tahniah dan tahniah!
Salam comel-comel semua! ^___^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan