Pages

18 Ogos 2009

Lukisan Jiwa - Debaran Kian Bermakna......

Alhamdulilah.

Novel pertama Mardihah Adam akan bersama kalian ketika Ramadhan nanti.
Ia novel pertama saya yang akan menguji diri. Debaran Penuh Bermakna terungkai. Saya benar berharap ia menjadi jambatan untuk menghubungkan diri dengan dunia penulisan. Editor menghantar emel. Wajah kesayangan untuk kulit Lukisan Jiwa termaktub sudah.

Gembira. Saya tersenyum puas. Apatah lagi, segan bercampur malu asyik bertanya editor tentang wajah kulit. Saya mahu terbang tinggi selalu.

Hujan menandakan rezeki kita tetap berada di mana-mana. Saya akan terus bersemangat menulis dan mencari bahan untuk menterjemahkan diri di dalam sebuah karya. Karya saya biasa-biasa sahaja, namun ia mendalam dalam sanubari saya. Ada berkisar tentang persahabatan, cinta, manusia, keluarga, setia dan segala macam benda. Saya akan menterjemah bagaimana kisah Lukisan Jiwa ke khalayak kelak. Saya memerlukan ilham untuk berkongsi dengan kalian semua.

Terima kasih team PTS. Memberi semangat muda kepada saya. Saya tidak pernah mengikuti sebarang kursus penulisan termahal, mengikuti kelas sastera, meminati bahan atau rencana Bahasa Melayu paling tinggi atau juga menjadi kesayangan mana-mana syarikat penerbitan. Saya berusaha sendiri. Bersabar dan mewarnakan jemari saya dengan ilham berpanjangan. Banyak tugasan saya sedang menanti. Saya percaya kepada kebolehan dan keazaman diri sendiri. Namun penghujung tahun ini, memberi debar kepada saya. Memberi semangat luar biasa.

Terima kasih kepada editor Noor Hafizah Mohd Samsudin yang melayani manuskrip saya.
Saya harus berterima kasih juga kepada yang menerima manuskrip ini dan bersetuju ia diterbitkan. Siapakan gerangannya....? Juga Saudara Bahruddin Bekri yang membantu menambah sinopsis agar lebih menarik. Saya menjanjikan buah tangan kedua, novel saya yang lebih manis dan berharga untuk PTS . Ia gerimis selepas jiwa dilukiskan. Ia seindah cinta untuk insan bernama manusia.

Untuk melihat boleh kalian merujuk di sini

Lukisan Jiwa untuk keluarga saya yang teramat saya sayangi.

13 ulasan:

  1. Salam tahniah. Saya faham bagaimana perasaan seorang pengarang menanti novel terbaharu, apatah lagi novel sulung.

    Semoga tekal menulis!

    BalasPadam
  2. Pastinya Ramadan kali ini lebih bermakna....

    BalasPadam
  3. tahniah Mardihah insyaAllah jika jumpa di pasaran akak beli sebagai tanda sokongan :)

    Keep it up!

    BalasPadam
  4. Salam...

    yg pertama sekali terlintas di minda hati aku bila saja membaca posting terbaru ini ialah:

    MABRUK ALAIK YA UKHTI...
    Tahniah sis.....tahniah

    tak pasal2 aku lak yg terharu...teruja pun ada..kadang2 terasa tercabar pula...sekali gus, ia turut memotivasikan diri...aku bayangkan nama MARDIHAH ADAM yang tertera di atas design kulit itu adalah nama aku, AHMAD YAMANI..heheheh...Moga Tuhan juga merealitikan bayangan aku itu :)

    Sis...teruskan perjuangan kamu dalam menterjemahkan pemikiran seorg yang bergelar serikandi.

    BalasPadam
  5. Pn Nisah : terima kasih memberi semangat. Teruja saya kerana orang yang berpengalaman memberi penghargaan.Terasa seperti anak sulung kan kak?:)

    Ayahanda Latip : terasa kini berada dalam lingkungan penulisan. Terima kasih.

    Izariza : Terima kasih untuk sokongan.

    Antusufi : saya tersenyum dan doa sis agar kamu berjaya nanti. InsyaAllah

    BalasPadam
  6. salam kehidupan,

    tahniah buat anda. pastikan usaha itu terus berbaloi...

    BalasPadam
  7. firdaus/kelisa21/8/09 10:06

    Salam,
    tahniah2 kak dihah,
    akhirnya lahir juga seorang penulis dalam AI,
    kena wajib semua AI beli ni,
    tahniah2.

    Kalau nak bedah/diskusi novel ni kena panggil kak dihah ni....

    BalasPadam
  8. cermin diri : terima kasih.Doakan smg ia berbaloi.

    firdaus/kelisa : terima kasih dik. bedah novel? hmmm..baru langkah pertama. InsyaAllah. langkah kena teruskan lagi. Baru bermula.

    BalasPadam
  9. Salam Ramadhan Mardihah,

    Tahniah di atas kelahiran novel sulung ini. Teruskan berkarya!

    BalasPadam
  10. tahniah kerana berjaya menulis sebuah buku novel.. keep it up cek mardihah itteww.. n salam ramadhan dr me dikejauhannns

    BalasPadam
  11. Mabruk tinie!..
    Teruskan berkarya. Barakallahu fik!

    BalasPadam
  12. tahniah yang besar dari saya! :)

    moga terus berjaya :D

    BalasPadam