Ukhwah
Mengiringi kenangan yang hadir ke tubir hati dan naluri sememangnya menjadi satu perkara yang paling saya halusi setiap masa. Saya percaya kepada kenangan yang banyak memberikan saya pengalaman. Pengalaman ketika menjadi pimpinan di zaman kampus dan mengingati jalinan ukhwah yang menerbitkan satu perasaan luar biasa kepada diri.
Pertama kali
Untuk pertama kali saya menjejakkan kaki di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Ia benar-benar memberikan saya suasana baharu. Kakak-kakak bertudung labuh itu saya pandang sinis. Ketika itu saya sedar, saya berada di satu bumi asing yang menempatkan saya dengan banyak perkara di luar dugaan. Paling istimewa sebenarnya. Istimewa kerana hati ini di buka seluasnya dengan nama 'Nur Hidayah'.
Paling saya ingat, ketika sibuk membeli t-shirt, saya hanya membeli 3 helai t-shirt berlengan panjang. Hatta, ia sebenarnya memberikan gambaran bahawa saya dilingkungi dengan keadaan agama yang agak sederhana, malahan menjawab isu aurat itu sebenarnya tiada dalam kotak fikiran saya. Saya asing ketika itu. Asing dengan nama 'agama'.
Usrah
Pendedahan pertama ketika di sana, adalah Program Kursus Pembentukan Insan Mulia. Saya mula mengenali solat dengan jamaah, alunan zikir-zikir munajat, ceramah-ceramah yang membasuh jiwa dan memberikan satu impak kepada hati saya. Entah mengapa, saya terasa dilingkungi dengan keadaan yang selamat dan suasana yang begitu datang dengan rahmat. Usrah dengan pendekatan naqib dan naqibah menjadi satu transformasi dalam kehidupan saya. Ya. Saya mula berubah. Kerana saya sedar, hidayah Allah itu hanya sekali sahaja.
Semester Satu
Penghujung semester satu, saya mengalami demam. Juga tidak dapat tidur malam. Saya lantas mengambil keputusan untuk menjalani Hidayah Allah. Saya menyuarakan hasrat hati saya kepada Naqibah pertama: Hasmiza Suid.
Sebak. Ada air mata mengalir.
Saya nekad merubah kehidupan saya. Sejarah tercipta, saya membeli sepasang kain. Belajar menjahit sendiri dari seorang kawan, dan akhirnya, saya mengemaskan tudung separuh bulat itu ke kepala saya. Nyata ia memberikan saya kepuasan sehingga akhirnya dengan perlahan-lahan saya merawat hati. Juga dengan istiqamah melawan nafsu hati. Itu tekad saya.
Persahabatan
Saya mula mengenali nama perjuangan. Perjuangan islam di kampus yang membawa kepada beberapa perubahan anak-anak usrah saya sendiri. Itu paling saya pelajari, bahawa memberikan ruang kepada adik-adik tentang erti Hidayah Ilahi itu terlalu meluas ertinya. Umar Al-Khattab sendiri menerima hidayah Ilahi setelah beliau membunuh anak perempuannya di zaman Jahiliyah. Momentum kepimpinan kemudian datang dan banyak yang dipelajari. Warna warni persahabatan, kesedihan, ketawa, air mata dan bahagia. Mengenali Lizawati, Laily Idayu, Syahariah, Ismahanes, Umi Kalsom dan Rafahah memberi saya satu pendekatan jiwa. Entah kenapa, saya seringkali dihambat dengan rasa sepi sejak kebelakangan ini. Mungkin kerana rindu dan kerana saya berperang dengan diri untuk Istiqamah. Namun saya percaya, doa kesemua mereka menjadikan jarak kami yang jauh, tetap menjadi nadi dan makin kuat. Saya menjadi kuat mencipta kenangan dan Doa Rabitah itu meyakinkan saya, mata jemari ini akan bercerita untuk setiap kenangan. Semoga ia menjadi ruang untuk kita menjadi semakin rapat. InsyaAllah.
Titik
Kerana rindu, saya mencoret kisah ini. Rindu pada kenangan bermesyuarat bersama kalian. Nilai air mata saya makin murah. Juga rindu dengan perbualan-perbualan kita tentang perjuangan islam. Rindu untuk bersama dalam halaqah usrah dan bersama mencipta ketawa juga air mata. Paling saya ingati, memarahi adik-adik AJK tentang sebuah meja yang akhirnya menjadi catatan sejarah. Ia masih terpahat sekali. Rindu juga saya pada alunan zikir-zikir yang mencuci jiwa. Kalian pasti yakin, ia sebenarnya sebuah pengalaman paling berharga pemberian dari Ilahi. Ia amat berharga sehingga adakala saya mahu lari ke surau yang banyak memberikan nostalgia. Saya pernah menangis di situ. Hamparan hijau lantainya menjadi peneman seketika merawat hati yang rawan. Kerana saya takut, andai saya tidak Istiqamah bersama kalian. Dan saya pernah menjadi patung berdiri di perantara surau yang memberikan saya kekuatan. Tiang-tiang itu menjadi saksi, kita bersama-sama dalam lingkungan Hidayah Ilahi.
Angin
Sampaikan salam saya kepada jejak-jejak kaki ini yang pernah memberikan sedikit perjuangan di sana. Juga angin, khabarkan kepada semua sahabiah saya, saya sungguh-sungguh menyayangi kalian. Angin, kisahkan kepada mereka tentang perjuangan dan anyamkan lagu rindu ini pada mereka. Ingati saya walau nanti saya hanya akan meninggalkan nama.

salam rindu....angin dh smpikn khbr rindu mu...k.long paling ingt tragedi angkt meja tu..dr tingkt 1 smpi ats....al-mklumlah..ms tu dihah jd ketua blok,terserlah ketegasnnya....lain cerita..k.dihah n k.lg, diaorg kata twins..hahaha..bl dh b'akhir dunia kamsis,cerita tu jd intisari pbualan...
BalasPadampd paah-ank sorang, umie-ank sorang, hanes-bakal jd umi..masing2telah mmpunyai keluarga bhgia..
pd sha n laily..kerja kuat membina kerjaya blandskn islam...
pd dihah..dunia penulisn kini btahkta dihati...dunia baru?..jeng..jeng..jeng
dr k.long : TERLALU RINDU PD KALIAN SEMUA..
kak long : masih ingat lagi pada taragedi angkat meja. Pn Asmah bising pada Dihah semasa itu. Apa lagi...panas, panas...akhirnya AJK
BalasPadamterpaksa angkut meja ke atas! hahaha
hahahahahahhaahhaa...kita memang kembar seiras! kawan-kawan semua dok utara...yg selatan pun sibuk dengan kerjaya kan.
doakan dihah ye. dihah doakan juga pada kak long. semoga beroleh bahagia dunia dan akhirat. insyaallah.
Dunia penulisan perlahan-lahan mendaki. Dunia baru? juga doakan dipermudahkan. jeng jeng...
Terima kasih kerana menjadi follower blog saya! :)
BalasPadamhttp://www.syahrulnizam.com/