
Bagi seorang isteri semestinya kepala ligat berfikir, menu apakah untuk malam ini? Bukan isteri mithali jawabnya jika hari-hari makan kedai! *ini hanya pendapat Mardihah sahaja ya! Miss Orange dengan lancarnya dipandu secara sopan di jalan raya. Apa lagi, saya akhirnya terbayang ikan kerapu dikukus dengan kukus yang emak hadiahkan bakal menjadi santapan kami malam ini. Ditaburi sayur-sayuran dan ternampak wap-wap bersama bau yang melazatkan. Wah! Lazatnya…
Memandangkan encik abang tak berapa sihat gara-gara baru turun dari tempat yang sejuk. Asma dan sakit dada menyerang, maka saya putuskan memasak yang berkhasiat untuknya dan perut saya sekali! Wajib-wajib!

Bahan-bahan yang dibeli ialah : Ikan siakap, (punyalah ada tanda nama besar di Pasaraya Pak Aji, Bandar Tun Razak) iyalah, sebab saya sebenarnya mahu membeli ikan kerapu. Alih-alih terbeli ikan siakap. Ahh, bedal sahajalah! Sedikit halia, lobak, anak jagung (entah apa nama sebenarnya, lupa!), daun sup, limau sambal 6 biji. Kalau dah namanya perempuan, maka tak lari dari terbeli barang dapur yang bukan di dalam senarai. Papadom yang encik abang suka makan dan susu pekat untuk membuat teh tarik juga saya sambar!
Okey, selepas solat maghrib, maka proses memasak pun bermula. Ikan basuh bersih-bersih ya. Basuh dengan asam limau 2 biji dan asam jawa. Nanti berbau! Masak jadi tak sedap. Kawan-kawan jangan main masak sahaja ya! Kawab-kawan, pastikan pengukus sudah diletakkan di atas dapur ya! Tutup dan pastikan mendidih sebelum mengukus ikan.Ini bahan-bahan mudahnya:
Bahan A : 4 biji cili padi, sedikit halia, bawang putih dan bawang merah. Lobak merah, anak jagung dan daun sup. (dihiris)
Bahan B: Halia, bawang putih dan bawang merah. (dimesin)


mesti kena try nie kak..
BalasPadam