Pages

12 Oktober 2012

Nama Dia Joe 8


Hey...hey...hey!  
Sama-sama hey!
Berjalan kaki hey!
Renung sama matanya nan ayu hey!
Kau Mawar hey!
Aku Joe hey!  
 
600full-takuya-kimura

Mawar terus angkat kepalanya yang sudah tiga puluh minit bersandar di bahu Joe. Ah – malunya. Dia kesat air liur basi yang berkesan di bibir. Tisu ini pun Joe yang hulur. “Mak aaii, tidur macam anak gajah!” Joe slumber sahaja mengutuk Mawar. Tapi sebenarnya wajah comel Mawar itu tadi sekejap-kejap dia jeling. Selang beberapa minit, dia betulkan kepala Mawar yang bersandar manja di bahunya.

Mawar sengih. Gosok kepala sendiri dan mata beralih memerhati perjalanannya kini. Mawar terus berdiri, begnya disambut Joe yang terpinga-pinga hairan. “Pakcikkk…berhenti!” Mawar jerit sekuat hati. Tekan locong berkali-kali.

Streeeettttt. Bas terus berhenti dengan brek terkejut. Jantung pun akan terhenti jika hari-hari Mawar bikin gempar dengan pakcik bas. Nasib baik tak tersembam muka ke tempat duduk bas yang keras ni. Isk isk. Joe gelengkan kepala melihat telatah Mawar yang kelam kabut. Joe bangun, serentak mengikut Mawar dan entah kenapa hari ini perjalanannya serba indah dengan Mawar. Mana pulak si Mawar ni mahu tuju?

Dia galas beg Mawar. Ah – beg Mawar sudah uzur benar. Koyak sana sini. Berjahit dengan jahitan kemasnya. Bagaimana keadaan hidup Mawar sebenarnya? Tali beg di bahu dia genggam erat sambil kakinya tenang mengikut jejak Mawar turun dari bas. Suara Mawar sahaja yang kedengaran masuk ke dalam telinga. “Terima kasih pakcik.”

Mawar tunduk berkali-kali kalah cerita Jepun. Joe telan air liur. Tak toleh belakang memandang pakcik bas yang menanti pula dia untuk turun. Tak pernah dia naik bas sebegini. Perjalanannya penuh corak dan warna warni bersama Mawar. Joe panggung kepala pandang Mawar yang sengih. Zikir sedang berkumandang di seluruh kawasan. Sejuk terasa di jiwa.

Joe angkat kening. “Eh, kita nak pergi mana ni? Bukanke jadual awak sekarang untuk terus ke apartmen Eriana. Nanti awak lambat, Eriana tak marah?” Joe bawa muncungnya ke apartmen mewah yang tegak berdiri di belah kanannya. Matanya pandang Masjid yang cantik. Tersergam indah dengan kubahnya menarik mata hati. Oh, patutlah ada bunyi-bunyian orang sedang berzikir. Ada masjid kat sini rupa-rupanya. Dekat pula dengan kolej. Buta jiwa betul aku ni! Joe pandang Mawar yang masih tegak berdiri.

“Saya nak solat Maghrib dulu. Jom. Lepas selesai solat, baru saya gagahkan diri jumpa Eriana. Doalah apa yang patut. Kalau dia cepuk lagi kepala saya dengan bantal sofanya tu, adalah pendinding sikit untuk saya. Ketahanan jiwa dan hati. Buat dia lempar pinggan mangkuk ke kat saya, malaikat ada jaga saya. Manalah tahu, kan? ” Fuhhh…Mawar nak tergelak. Sebab dia seperti bercakap gaya Ustazah Nor Wardah.

Joe terkebil-kebil. Ada sebuah bus stop kecil depan Masjid. Mahu ikut Mawar masuk atau tidak? Sudahlah kalau lima waktu solat tu, dia akan solat Subuh saja. Paling tak hanya sempat Asar dan Isya’. Banyaknya dosa dengan Tuhan kan?

“Jom!” Mawar paksa lagi Joe. Dia ni nak solat ke tak? Ke tak tahu langsung nak sembahyang Maghrib. Meh sini Ustazah Mawar ajar sambil ketuk kepala Joe. Nak?

Joe hulurkan beg galas Mawar. Kakinya yang berselipar kuis-kuis rumput yang hijau. Suara zikir sayup-sayup lagi menusuk ke hati. “Errr, awak solatlah. Saya tunggu awak kat bus stop ni. Saya tunggu sini tau!” Joe terus melangkah duduk di kerusi tersedia. Jemari tepuk-tepuk kerusi panjang. Ala-ala separuh nyawa ku serahkan jiwa raga padamu kerusi. Hiksss..Joe telan air liur. Malunya dengan Mawar.

Mawar angkat bahu. Dia tak nak paksa. Selagi seorang manusia itu bernyawa, syurga dan neraka itu adalah atas kehendaknya. Sambil berpusing dan melangkah Mawar berdoa di dalam hati, ‘Ya Allah, kau lembutkanlah hati Joe si mangkuk hayun yang tak nak bersolat Maghrib itu Ya Allah. Berikanlah Joe hidayah, Ya Allah. Amin-amin.” Mawar sengih sambil mendengar namanya di laungkan.

Joe sedang berdiri. Garu kepala yang tak gatal. Azan Maghrib sayup-sayup kedengaran. Menjentik kesyahduan. Macam pagi raya aidilfitri pun iya. Kerusi yang tadi bagaikan tempat duduk diraja dia tinggalkan. Joe menapak laju. “Eh, saya tukar fikiran. Saya pun nak ikut awak solat dan doakan awak sekalilah!”

Fuhhh….Joe si mangkuk hayun ni memang berhantu. Magis! Akhirnya Allah perkenankan pula doa aku kan? Mawar senyum penuh gembira.

***
“Suci tak muka saya?” Joe rasa syahdu. Kakinya mengikut jejak langkah Mawar yang laju bagaikan kuda berlari. Suci sangatlah awak Joe! Mawar gelengkan kepala. Jalan ini jalan biasa yang dia lalui untuk ke apartmen Eriana. Hari-hari inilah rutinnya. Proses dietnya dan penyebab dia kurus adalah kerana langkah kakinya yang laju ini. Sebab kedua adalah kerana menahan perut dari makan nasi selalu akibat kekeringan wang. Kesiankan Mawar?

Mawar jeling Joe. “Iyalah, iya. Suci murni muka awak tu Joe. Terima kasihlah sebab hari ni awak sudi teman saya jalan kaki dari masjid ke apartmen Eriana ni. Nasib baiklah tak hujan batu.”
“Kalau hujan batu hempap kepala, masuklah kita berdua hospital ya?” Joe balas balik keharuan Mawar. Mawar ketawa. Ada-ada saja si Joe ni.

“So, hari-hari awak akan lalu jalan pintas kat sini lah ya?” Joe gerakkan bola mata. Mahu jawapan dari Mawar.

Angguk. Mawar gigit bibir bawah. “Iya. Hari-hari macam nilah. Kecuali Sabtu dan Ahad. Jadual bertukar 24 jam.”

Joe tarik nafas. Kaki dah penat mengikut jejak langkah Mawar. Selalunya dia hanya dengan motorsikal Ducatinya. Hari ini memang dalam sejarah, dia lenguhkan kaki sendiri kerana Mawar. Naik bas, turun bas dan hayunkan kaki hey hey hey seperti ini.

“Apa Eriana akan buat kat awak kalau eksperimen dan modus operandinya tak berjaya?”
Mawar sengih. Beg galasnya yang penuh dengan buku diambil oleh Joe. Ala, malunya..beg berjahit dan uzur itu menjadi tontonan Joe pula sehari suntuk ini.

“Paling baik dia menjerit dan marah-marah sajalah. Kalau jari telunjuk dia tak ada perasaan, dia tunjal-tunjal saja dahi saya ni. Itu paling baiklah.” Mawar toleh memandang Joe yang matanya kini terkebil-kebil menahan rasa tak percaya.

Perempuan tu gila apa? Tunjal dahi mendahi? “Lagi? Paling jahat?”

“Lempang saya. Lempar beg ke bawah apartmen. Potong belanja saya. Sebab arwah ayah dulu kerja dengan papanya. Itu yang dia ambil kesempatan dengan saya. Belanja adik-adik saya yang papanya berikan pada Eriana turut dia potong. Dia akan belanja wang saya tanpa maklumkan pada papa. Hmmm…”

“Sampai macam tu sekali?” Okey, Eriana akan kena dibelasah sekejap lagi. Tunggu kau!

“Eriana janji dengan papa bantu papa kawal selia perbelanjaan kami adik beradik. Papa Eriana tu entah kenapa hutang budi sampai bawak mati. Masa mula-mula dulu, papa yang serahkan sendiri siap masuk duit dalam akaun Mawar. Eriana cemburu… sebab tu dia paksa papa dan janji jadi pembantu papa uruskan hal ehwal belanjawan kami adik beradik. Papa Eriana tu siap paksa saya terima bantuan dia. Macamlah saya ni tak mampu nak kerja bagai. Masuk kolej ni pun, papa Eriana yang paksa sebab dia kata dia nak tanggung. Saya kalau tak belajar pun tak apa. Kerja saja bantu adik-adik dan emak yang terlantar kat hospital tu.” Ah – panjang betul huraian Mawar. Rasa buat novel lapanplohanam muka surat pun mampu gondol anugerah penulis novel terbaik. Sadis sungguh kan?

Joe rasa perit menanggung kesesakan hidup Mawar. Memang betul Cinderella. Cerita Mawar buat jiwanya dihantarketepian. Ramai lagi manusia dan hamba Allah seperti Mawar sekeluarga yang boleh dia bantu. Joe, asal pakai mesti bergaya walau hari ni dia hanya berselipar! Selipar pun branded paling koman harga dua ratus sembilan puluh sembilan dan sembilan puluh sen. Itu belum harga pencuci muka, minyak rambut dan segala macam barangan mandi yang penuh di dalam bilik mandinya. Oh, borosnya aku Ya Allah.

Mawar muka sepuluh sen sahaja. Kini mereka berdua sudah jejakkan kaki ke kawasan apartmen Eriana. Tubuh badan menyelinap masuk ke dalam lif. Hanya mereka berdua. Angin malam berhembus perlahan. Joe jeling Mawar yang diam membantukan diri. Kalau duduk berdua, ada orang ketiga Joe! Ah – suara syaitan manakah yang mengganggu ketenteraman hidupnya kala ini? Ciss! Pergi kau dari sini!

“Kalau awak nak balik dulu..baliklah. Saya okey. Saya sedang bertawakal kepada Allah janganlah Eriana marahkan saya sebab dating awak dengan dia tak jadi. Ya Allah..selamatkanlah saya dan yuran peperiksaan untuk adik-adik saya.” Mawar masih berharap. Jauh di sudut hatinya dia syukur kerana papa Eriana mahu membantu mereka adik beradik. Atas tiket apa, dia tak pasti. Yang penting, sebelum emak terlantar sakit, emak yang bersetuju dengan pemberian Dato Halim untuk segala macam belanja rumah. Pemergian arwah ayah memang memeritkan, Jalannya dibuka oleh Allah swt dengan insan sebaik Dato Halim. Akhirnya Dato Halim senang hati dan berbudi menghulurkan bantuan kewangan mereka sekeluarga.

Berbudi sampai gadai segala peri di hati. Oh, Mawar rasa nak terajang Eriana. Tapi dia tak mampu sebab hormatkan papa Eriana. Mawar terus tekan butang naik ke tingkat 15. Joe diam menikus sahaja sambil dengar ceritanya yang sedih itu.

Joe masukkan jari ke dalam kocek seluar. Renung Mawar dan tarik nafas perlahan-lahan. “Tak apa. Saya teman awak hari ni. Sampai depan pintu pun okey.”

Lif mendaki tali. Bunyinya perlahan tetapi kalau terhempas jatuh mesti menggerikan. Mawar selalu bayangkan yang bukan-bukan. Nauzubillah. Tapi kalau lif terberhenti, bolehkah aku memeluk Joe ini? Hihihi. Gatal sungguh kau Mawar!

***

Bila pintu terbuka, tanpa menjawab salam dari Mawar, Eriana terus tarik lengan Mawar. Tubuh kurus Mawar terbang ke ruang tamu. Tanpa dapat menahan kaki, dia terus jatuh. Joe terpempan. Pegun dengan Eriana yang terus menarik Mawar tanpa mendengar penjelasan Mawar.

Eriana. Dia tidak perasankan kehadiran Joe yang sedang menyaksikan segala-galanya. Di hadapan mata. Secara langsung. Air mata Mawar sahaja yang tumpah dan mengalir lesu. Dia kaku. Angin dingin memeluknya kini.

Jari telunjuknya menunjal-nunjal kepala Mawar. Badan Eriana mengikut Mawar yang mengengsot-engsotkan perlahan ke belakang. Selagi berdaya, dia tidak mahu Joe nampak apa yang akan Eriana buat kepada dia. “Hei..kau sedar diri tak. Kau tu anak orang miskin. Tumpang harta dan kekayaan bapak aku. Kenapa kau pulak yang keluar dengan Joe sampai ke hospital. Biodata Joe tu kau ingat aku tak tahu yang semua tu pembohong? Kau ingat aku ni bodoh dengan penipuan kau, haaa?”

“Aku cukup pantang kalau kau tipu aku. Aku dah cakap Joe tu milik aku. Jangan senang-senang kau nak rampas dia dari aku. Kau hanya tukang suruh dan tahap orang gaji dengan aku okey.”

Mawar kesat air mata. Ah, begini sekali penghinaan Eriana terhadapnya. Geleng kepala. Menidakkan. “Tak. Tak. Joe teman sekejap saja ke hospital. Dia teman nak cakap perkara sebenar dekat kau Eriana.”

Joe langkah kakinya setapak ke hadapan. Dia renung Mawar yang sedang menangis. Hati lelakinya disayat sembilu menikam-nikam. Bibirnya bergetar-getar. Suara Mawar terapung di mindanya. Kalau dia cepuk lagi kepala saya dengan bantal sofanya tu, adalah pendinding sikit untuk saya. Ketahanan jiwa dan hati. Buat dia lempar pinggan mangkuk ke kat saya, malaikat ada jaga saya. Manalah tahu, kan?

Mana malaikat yang kata Mawar akan menjaganya? Mana? Mana? Oh, Mawar!

Eriana dengan kakinya menyepak kaki Mawar. “Kau kalau tak kena sepak dengan aku, memang sah-sah bukan namanya Mawar kan? Dasar anak pemandu tak untung!” Eriana tarik tudung Mawar. Secepat mana, dia tak mampu menghalangnya. Beg uzur Mawar direntap kuat. Puas hati memperlakukan Mawar sebegini. Penipu! Rupa-rupanya belakang aku, kau main kayu tiga dengan Joe ya? Tudung Mawar hampir tercabut. Rambut dah terkeluar.

“Tak. Tak. Mawar bukan macam tu. Joe cuma temankan Mawar saja.” Mawar mencuba lagi memujuk Eriana. Dia terfikirkan yuran peperiksaan adik-adiknya. Bil perubatan emaknya juga. Semuanya bermain di dalam kepala.

“Perempuan bodoh!” Sekali lagi Eriana menunjal-nunjal kepala Mawar. Secepat kilat Eriana tarik tangan Mawar. Dia mahu heret Mawar, campak Mawar ke luar rumahnya. Mulutnya membebel tanpa sedar Joe sudah berdiri tegak di belakangnya. “Kau balik rumah flat buruk kau tu. Yuran peperiksaan adik-adik kau, kau bayar sendiri. Kau tahu untung nasib kau esok. Mak kau mati. Kau tahu takk?!!” Eriana dah macam orang gila. Baju ketatnya bagai menyebarkan nafsu syaitan durjana.

Dia pusing ke kanan menarik tangan Mawar. Tanpa sedar Joe buka lebar-lebar lima jari kirinya yang paling kuat. Orang kidal sepertinya mempunyai kekuatan luar biasa untuk menampar sesiapa sahaja. Termasuk kau, Eriana!

Dan lima jari berkenaan tepat mengena sasaran. Berdesing pipi Eriana kerana tamparan kuat Joe. Kepalanya berpusing kuat. Otak bergegar. Oh. Jahanam kau Joe!

“Kau ni manusia ke binatang haaa?”  Suara Joe membuatkan kakinya setapak ke belakang. Tubuh Eriana terlontar menjauhi Mawar yang terlongo melihat Joe.

Joe, awak malaikat saya ke? Air mata Mawar mengalir perlahan-lahan. Dia menangis dan terus menangis tanpa mempedulikan Eriana yang kaku macam batu. Akhirnya Joe melangkah mendapatkan Mawar. Duduk melihat Mawar yang hingusnya sedang meleleh keluar. Ah – hati lelakinya sedang bertangisan kala ini. Hati lelakinya telah terusik. Cinderella zaman moden telah diselamatkan oleh putera raja bernama Joe. Joe gigit bibir bawah. Pandang mata Mawar yang merah. Mata yang semakin dirinduinya. Macam kring…kring…kring….. sentiasa menjelma wajah Mawar seperti bunyi telefonnya.

Entah apa kuasa malaikat bernama Joe ini. Dia terus tarik Mawar ke dalam pelukan sasanya. Shhhh….
Mawar terkujat. Masukkan ibu jari ke dalam mulut.

Eriana terlopong sampai rasa nak pitam.

12 ulasan:

  1. erkk..saya pun terkujat.. jahat betul ariana.. kan dapat pelempang sebijik... padan muka..mawar tabahkan hati, cik mardihah tq so much

    BalasPadam
  2. apa? joe peluk Mawar? ...........hehe..apa pulak mawar hisap jari ni..

    BalasPadam
  3. RadziahMohdHashim12/10/12 14:39

    haaaa...kena pelempang skali.....mesti sayu mawar dlm pelukan joe....

    BalasPadam
  4. saya pun mcm nak pitam...ehh...hitam...ehh....

    BalasPadam
  5. Ya Rabbi...gile iseng meroyan kejam tahap nazi eriana neh..amek kaw kena sedas pelempang jepun dari joe...harap joe akan bantu mawar n adik2 pas neh...erianaaaaaa ko memang arrr eeeeeeiiiii lampirrrrr laaa..

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama12/10/12 20:31

    suka suka suka..

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama12/10/12 20:38

    saya dah jatuh cinta ngan citer ni..so pleaseee update selalu..tq

    BalasPadam
  8. kesiannya dgn Mawar, kejamnya Eriana
    apa yg tlh dilakukan olehnya kpd
    Mawar. Nasib baik Joe ada sama
    barulh dia tau mcmana Eriana
    menyeksa Mawar. Hendaknya Joe jadi
    hero Mawar dn menolong Mawar. Nk lagiiiii...bestnya.

    BalasPadam
  9. Arghhh....jahatnya Eriana!!!!!
    Memang patut pun lima jari Joe tu melekat dekat pipi dia...
    Kesian betul dekat Mawar... π_π

    BalasPadam
  10. sedihnyer hdp mawar ni..tp rasa mcm xde pendirian plak..sanggup plak biar eriana tu wat dia mcm tu..huhu

    BalasPadam
  11. gila jahat mulut tu . . tapi las2 lawak leee pulak masuk jari dlm mulut . . .kakakaka

    BalasPadam
  12. Geramnyer ngan eriana sedap2 hati jer sepak and maki mawar!! kalau la saya jumpe eriana nie tau la dia langit tu tinggi atau rendah.. GERAM!!! tp nasib baik joe ader, padan muka eriana kena lempang ngan joe!!! saya pun nak pitam gak la.... hehehe....

    BalasPadam