Joe, bawa daku pergi dari sini. Bersamamu.
Joe dah hilang rasa hormatnya pada Eriana. Kakinya laju mendaki
tangga. Kelas Tn Hj Mahdi Ramli akan bermula sepuluh minit lagi. Dia cukup
pantang kalau ada perempuan menagih cinta dan terhegeh-hegeh. Pulak tu dikejarnya aku dari tempat
parkir motor lagi. Hatinya memberontak.
“I nak you jelaskan kat I Joe.” Eriana menarik-narik lengan Joe. Memaksa lelaki berkenaan
agar berhenti.
“Ehh, jelaskan apa lagi
ni Eriana? Kau nak rasa penampar aku lagi ke?” Joe bahasakan diri kau aku
sahaja. Ah, tergeliat lidah dia nak menyebut
I dan you. Rasa geli bulu ketiak
berI dan beryou.
“Antara you dan Mawar.”
Eriana terus menarik beg Joe. Joe terus terhenti, Pegang besi untuk stabilkan
badan dari kakinya laju mendaki anak tangga. Joe cuba menarik begnya. Sandang
ke bahu. Eriana mendesak lagi, tetap memegang beg Joe. “You
jangan cabar I, Joe. I nak tahu hubungan you dengan Mawar.
Sekarang jugak!”
“Lepaskan beg aku Eriana. Hei,
lepaslah!” Begnya sekali lagi ditarik. Kaki Eriana pegun. Terhenti kakinya dari
terus mendaki anak tangga.
Joe berdiri. Dia harus berterus terang. Apa akan jadi, jadilah.
Dia tak mahu Mawar mengikut telunjuk Eriana. Kalaupun betul Eriana akan
memberhentikan semua perbelanjaan untuk Mawar, dia boleh membantu. Sedaya mana
dia akan cuba membantu Mawar. Joe pejam mata. ‘Kenangan tidak boleh dilupakan. Waktu itu
saya berumur 6 tahun. Saya telah dikejar oleh seekor anjing gila. Anjing itu berwarna
hitam. Saya selamatkan diri dari dikejar anjing berkenaan. Lari dan terus
berlari. Selamatkan diri dari digigit dan akhirnya saya telah memanjat sebatang
pokok. Akhirnya saya selamat dari digigit anjing berkenaan.’
Massive goosebumps!
Sama rasanya kala ini dengan kejadian dikejar anjing. Itu ada
pokok okey. Panjat pokok dan selamatkan diri. Sekarang ini, Eriana depan mata.
Mana pokok nak selamatkan diri? Mana? Yang ada hanya bangunan sahaja. Huh! Rasa cemasnya sama kala ini ketika
saat umur 6 tahun waktu itu. Karangan bahasa Melayu yang menerjah dalam
kepalanya tadi karangan masa sekolah rendah yang dibetulkan oleh cikgu Maisarah.
Oh, sampai sekarang dia ingat setiap baris ayat karangan kisah kenangan dengan
anjing gila itu.
“Okey, kau nak tahu sangat kan?” Joe mula berang. Hakikatnya rasa
nak tampar laju-laju pipi Eriana.
Eriana panggung kepala. Luluh rasa jiwanya kerana Joe lelaki yang
belum betul-betul dapat dia gunakan untuk misi mendapatkan gaun mahal di sebuah
butik. Dia mahu mencuba, mahu menilik Joe bagaimana perilakunya. Betul telahan
hatinya yang Joe bukan seperti lelaki-lelaki lain yang cuba dia dan Mawar
jejaki. Joe lain. Joe pendek kata lelaki yang bukan gunakan kekacakan untuk
memikat wanita sepertinya. Joe juga bukan seperti lelaki lain yang akan memikat
dan bernafsu buas sentiasa. Joe lelaki penuh adat. Joe jaga semua batas
perhubungan. Joe tak pegang tangannya sikit pun. Sentuh pinggang rampingnya pun
tidak.
Tapi hatinya bernanah kerana Joe dah peluk Mawar. Depan matanya pulak tu. Lagi pulak perempuan itu adalah Mawar. Uh! Dia akhirnya pasang
strategi mengikut Joe dan Mawar. Dia upah Halim Osimin untuk mengikut Mawar dan
Joe. Maka benar Mawar bukan mengikut arahan yang telah dia suruh.
Biodata Joe semua palsu. Kertas tulisan Joe hanya sekadar hiasan
dan semuanya pembohongan yang Joe dan Mawar permainkan. Sakit! Hati dia sakit
sebab dia tidak diterima Joe. Hatinya bertambah perit kerana Mawar pula
tiba-tiba mendekati Joe. Antara dia dan Mawar. Dia rasa dia lebih cantik dari
Mawar. Dia ada segala-galanya melebihi Mawar.
“Iya. I nak tahu sendiri dari mulut you. Kalaupun you sekadar kawan yang baru nak rapat dengan I. Tapi I tak boleh
terima cara Mawar dan you menipu I. Biodata you ni semua tipu. Yang I
tak boleh terima, bila Mawar dah rapat dengan you. Never! Kalau I tak dapat you, Mawar lagi jangan harap akan dapat you. Hukum karma I akan
tentukan, Joe!” Dua helai kertas yang penuh tulisan Joe dibaling tepat ke muka
Joe.
“You memang teruk bila you burukkan I dengan semua kawan-kawan you.
Joe, I tahu apa yang you cakap dengan semua kawan-kawan you.” Air mata Eriana bergenang. Dia
malu mahu berhadapan dengan semua budak kolej. Dia malu bila Joe terus terang
dengan semua budak lelaki yang Eriana, pengikis duit lelaki dan jangan dekati
dia lagi. Semua mangsa Eriana di dalam kolej memuji keberanian Joe. Angkat
tangan, tabik spring terus pada Joe.
Joe senyum. Sinis. Kutip kertas yang bertaburan. “Hmmm…dah memang betul tu you kan? Cuma aku bernasib baik sebab tak menjadi mangsa kau. Sekurang-kurangnya aku
tak seteruk kau yang buat Mawar macam sampah.” Joe turun setapak kakinya. Mata
mencerlung memandang Eriana yang sedang menangis. Menangis konon! Tarik nafas.
“Hukum karma you tak akan sama dengan
hukum Tuhan, Eriana.”
Eriana gigit bibir bawah. Joe angkat bahu. Betulkan beg galasnya.
“Kalau dah Allah sebut dan kata Mawar jodoh kepada seorang lelaki yang bernama
Joe, kau boleh halang? Kalau hukum karma Dia tetapkan, kau boleh tepis? Kalau
tiba-tiba Allah turunkan rasa sayang aku jatuh pada Mawar, adakah kau juga
boleh tapis hati aku ni, Eriana?”
Pegun. Angin memeluk dirinya. Eriana membutangkan biji matanya.
Joe senyum lagi. Dia rendahkan suara. “Dah berapa kali kau aniaya si Mawar tu
Eriana. Satu pun dia tak lawan dan dia mengikut saja. Kali ni, aku tak akan
benarkan kau sentuh dia. Sikit pun tak. Jangan berani kau buat sesuatu sama
macam dulu. Kau faham kan?”
Eriana telan air liur. Dia melihat Joe mendaki tangga dengan
perlahan. Segak tubuhnya. Berbalut jaket dan menggalas beg sandangnya. Sebelum
mendaki anak tangga lebih tinggi, Joe terus pusing. Pandang lagi Eriana. Penuh
rasa. “Ingat pesan aku Eriana. Jangan berani sentuh sikit pun Mawar. Ingat!”
Puas hatinya. Senyum melirik sebab dari atas tangga dia nampak
Mawar sedang berlari-lari anak mengejar masa. Betul-betulkan beg galasnya yang
uzur itu dari jatuh. Eriana memegang pemegang tangga. Terus jatuh terduduk.
Jantung berdegup laju dan nafasnya rasa sesak. Dendamnya pada Mawar kian
sebati. Bencinya semakin meluap-luap.
Joe terus mendaki anak tangga. Kertas A4 biodata yang dicampak
Eriana, digumpal-gumpal. Masuk dalam kocek jaket. Jangan Mawar tahu apa yang
telah terjadi pada Eriana, sudah! Ah, naya saja rasanya. Malam tadi bukankah
dia telah berjanji. Janji dengan Mawar untuk settlekan apa yang settle.
Nampaknya masalah tak settle-settle.
Masalah makin banyak, iyalah.
***
Nasi dikuis-kuis dan masukkan sikit saja
ke dalam mulut. Terpelanting dua tiga butir keluar. Mawar ternganga. Lagi
ternganga bila Joe perlahan-lahan kesat hujung bibirnya dengan tisu. Dingin. Air
mata sahaja peneman jiwa. Kalau nak menangis depan Joe sepuluh hari pun dia
sanggup sebab Joe hanya dengar dan telinganya statik saja mendengar caci maki
dari mulutnya. Caci maki tu pun semua untuk Joe. Semua salah Joe. Semua Joe
punya kerja. Semua Joe punya idea gila. Semua Joelah pendek kata. Joe tadah aje telinga. Sengih saja dia
terkebil-kebil sambil tumpang sayu dengan Mawar.
Hati kering betul Joe ni!
Kalau tiba-tiba Allah turunkan rasa sayang aku jatuh pada Mawar,
adakah kau juga boleh tapis hati aku ni, Eriana? Joe telan air liur bila kata-kata sendiri membunuh jiwa dan hormon
adrenalin rasa makin tinggi naik atas kepala. Arghhh…Joe melihat lagi air mata Mawar yang menitis-nitis.
Pertama. “Saya kena berhenti
kolej awak. Ni surat pemberhentian. Baru saja saya dapat tadi. Lepas habis
kelas Puan Athiqah saya terus dipanggil.”
Mawar kesat air mata. Letak sudu dan garfu. Ambil tisu. Kesat hingus. Ah,
buruknya.
“Atas sebab apa?” Jantung
Joe kini bernada balada. Slow.
“Laporan mengatakan saya
mencuri lap top Eriana, meniru nota orang lain dan meniru assignment untuk kelas Farmakologi 3. Semua saya.”
Joe tarik nafas. Sakit dada.
“Awak ada lagi 3 semester saja lagi.”
Geleng kepala. “Tamat. Tidak
ada rayuan dan serta merta.” Cita-cita jadi pharmacist
rasa terkubur begitu sahaja. Jangan menangis Mawar. Jangan menangis.
Masa dalam bilik berhawa
dingin dan ketika wajahnya dijamah mata oleh Puan Hasnita, dia turut sama
terima panggilan telefon.
Kedua. “Saya kena balik
segera. Pergi hospital dan keluarkan emak. Rasanya saya akan transfer emak ke hospital kerajaan. InsyaAllah. Semua akan selamat.” Air
mata berjurai-jurai turun. Mawar ambil jemarinya dan letak di dada. Dia sebut
Subhanallah berkali-kali. Tadi, papa Eriana telefon. Berkali-kali telefonnya
bernyanyi kring kring kring. Tapi dia
malas mahu mengangkat. Malas lagi mahu memegang budi papa Eriana. Cukuplah. Noktah
dan titik.
“Saya tak tahu nasib
adik-adik saya kelak. Saya cuma risaukan rumah sewa yang sedang kami duduk. Eh,
awak tahu mana-mana rumah sewa yang boleh saya duduk?” Mawar stabilkan diri. Buat-buat
senyum. Hakikatnya jiwa pedih dan rasa batu hempap ke kepala.
Joe diam. Sampai begini
sekali tindakan Eriana. Kerana dia semuanya habis binasa. Kasihan betul Mawar.
Mawar sambung cerita. Cerita
sedih Cinderella zaman moden. “Saya rasa Eriana akan sewakan rumah tu dengan
orang lain. Saya yakin sebab Akmal tadi dah cerita kat saya. Dia suruh saya standby. Bila-bila masa Eriana akan
hantar pekerja papanya. Saya mesti kena halau adik beradik. Tak hari ni, esok. Takpun
lusa. Atau tulat.” Air mata menitis lagi. Laju dan laju. Tersedu-sedu Mawar di
situ. Di depan Joe.
Joe tiba-tiba diam membisu. Otak
tidak boleh berfungsi ligat. Dia rasa bersalah. Rasa terpukul dengan kejadian
yang menimpa Mawar. Dia mahu humban diri sendiri ke dalam gaung.
“Awak tahu tak?” Tanya
Mawar. Tolak kaki Joe di bawah meja. Kesat hidung dengan tisu.
“Haaa..apa? Apa?” Joe
terkejut. Kerusi nasib baik tak tergelincir ke belakang.
“Rumah sewa lain. Saya harus
cari rumah sewa untuk adik-adik saya duduk. Sementara saya cari kerja. Jual donut
pun donutlah.” Mawar cuba ukir senyuman. Tapi Joe tahu senyuman itu untuk
sejukkan jiwa Mawar yang sedang bercelaru. Dia tahu dalam masa sekarang,
fikiran Mawar tidak menentu. Dia harus fikir banyak perkara. Mawar kakak sulung
yang mesti bertanggungjawab dengan masa depan adik-adiknya.
Paling penting emak Mawar
kini di hospital.
Joe sengih. Telan air liur. Kalau tiba-tiba Allah turunkan rasa sayang
aku jatuh pada Mawar, adakah kau juga boleh tapis hati aku ni, Eriana?
Joe tarik nafas. Dia dapat
idea. Senang sekali. Joe kaya. Bukankah dia kata yang Lamborghini pun boleh
dibelinya. Bibirnya senang berbicara. Petik jari saja Joe. “Ada. Awak duduk
dengan saya. Bawak adik-adik awak
duduk dengan saya. Nanti saya bincang dengan Suri suruh tolong kekalkan emak
awak kat hospital sana. Bil-bil saya bayarkan. Senang je Mawar. Awak jangan susah hati ya.”
Mawar terus tolak kerusi. Angkat
punggung. “Gila. Awak gila ya nak suruh saya duduk dengan awak. Kita bukan
muhrimlah Joe.” Mawar hentak-hentak kaki. Joe kelam kabut capai jaket, beg dan
helmet. Kejar Mawar.
“Tak apa. Kita muhrimkanlah.”
Joe dah tak fikir susah senang yang bakal dilalui.
“Gila!” Mawar terus hayun
kaki. Laju. Makin laju kakinya, makin terus juga Joe kejar Mawar.
“Hei!” Joe jerit.
“Apa? Awak boleh tak jangan
kusutkan keadaan saya yang memang dah kusut ni. Kahwin bukan penyelesaian tau
tak? Saya boleh carik rumah sewa
sendiri. Awak tak payah susah-susah. Kahwin? Pooodaaahhh!” Mawar semakin laju. Malas
nak campur fikiran gila Joe ni.
“Saya seriuslah!” Joe jerit
lagi. Dengan sekuat hati, dia tarik lengan Mawar. Serentak itu juga tubuh Mawar
dekat dengannya. Bola mata Mawar menggigit naluri jantannya. Joe telan air
liur.
“Saya serius. Sumpah saya
serius!” Joe mahu tebus kesalahannya. Senang sahaja bibirnya cakap fasal
kahwin. Kalau baba dan mama tahu, habis dia kena pancung.
Mawar tarik nafas. Perlahan-lahan
dia tarik jemari Joe yang sedang memegang lengannya. Degup jantungnya sama
rentak berlagu dengan Joe. Itu bukan jawapan terbaik untuk menyelesaikan
masalah emak, dia dan juga masalah adik-adiknya. Dia boleh dan mampu. Joe entah
kenapa dah macam orang gila, senang-senang sahaja suruh aku berkahwin
dengannya. Mawar gelengkan kepala.
“Saya tak cintakan awak dan
awak tak cintakan saya Joe. Saya tak akan kahwin dengan awak yang dah ada Suri
di hati. Terima kasih.” Mawar rasa luluh jiwanya. Sudahlah masalah emak,
pengajian dan adik-adik masuk dalam kepala. Ini Joe pula jiwang-jiwang ala
Romeo mengisi di minda. Kahwin dengan Joe bukan selesaikan masalah. Mendatangkan
puluhan masalah adalah!
Tapi entah kenapa sambil
berjalan menjauhi Joe, air matanya menitis-nitis. Luruh dan gugur membasahi
pipi gebunya.
“Kita boleh pupuk cinta
masuk ke dalam jiwa dan hati, Mawar.” Suara Joe terus nyaring masuk ke dalam
gegendang telinga.
Mawar terus hayun kaki. Hey hey..tinggalkan Joe yang berdiri
dengan rasa bersalah. Bersalah menimpa-nimpa jiwanya kini. Dia penyebab utama
menjadikan hidup keluarga Mawar sebegini.
Mawar sambung dengan
menjerit kuat. Dia ukir senyum walau hatinya gundah gulana. “Habis awak nak
simpan Suri kat mana? Dalam kocek seluar jeans awak ke?”
Joe ketawa. Mawar ni
kelakarlah! Joe terus angkat kaki. Hayun langkah senada dengan Mawar. Hey hey hey Mawar! Ketawalah. Joe akan ada
di sisimu. Membantumu. Dia tolak bahu Mawar dengan bahunya. “Sudahlah. Jangan menangis
lagi. Saya fikirkan jalan lain untuk awak. Kalau awak tak nak kahwin dengan
saya tak apa. Kita kahwin lain tahun. Dah-dah. Jom!” Joe pujuk Mawar. Sedaya upaya
dia mahu melihat Mawar tersenyum lagi.
Fikiran Joe ligat berputar. Malam
ini dia harus bukak strategi membantu
Mawar. Bukak meja kkopi bersama baba dan mama untuk membantu Mawar. Baba mesti
akan setuju. Mama pun sama akan restui strategi serampang dua matanya itu. Mawar
di sebelah Joe terus menyepikan diri. Air mata dah rasa kering tapi hati masih
ada gerimis. Hibanya. Sakitnya.
“Eh Mawar!” Joe jeling
Mawar. Rasa sepi jiwanya melihat Mawar mendiamkan diri. Rasa tak syok Mawar tak
bukak mulut dan membebel.
“Apa lagi?” Mawar jawab
malas. Eeee, jangan dia ajak kahwin lagi sudah!
“Saya betul tau akan simpan
Suri dalam kocek seluar jeans saya!”
Hahahaha. Mawar ketawa. Joe terus
tarik jemari Mawar. Bawa Mawar berlari-lari mengelilingi padang yang terbentang
luas. Saat berlari, jantung terus berdegup kencang. Mawar berlari dan terus
buang segala masalahnya.
Beg uzurnya dicampak ke
tepi. Berlari lagi. Joe turut sama. Campak jaket dan helmet. Dia mahu berlari
dan membawa Mawar mengeliling padang yang luas terbentang ini.
Hijau. Langit sudah terbentang
luas. Penuh dengan awan gemawan putih dan membiru. Matahari makin malu. Petang dingin
membalut jiwa dan tubuh mereka. Air mata Mawar menitis-nitis tanpa dipaksa. Mawar
menangis dan menangis tanpa dipinta. Joe tahu, Joe sedar. Kaki dan jemari Joe
terus membawa Mawar berlari. Dalam Mawar ketawa riang tika berlari ini, air
mata Mawar juga sedang gugur membasahi lengannya.
Mawar…buangkan segala
resahmu.
Joe…bawa daku pergi.
Saya nak lagi :)
BalasPadam:-) yang :-)
haha..nape mawar xnak kawen dgn joe...biar jek suri dok dlm poket suar jeans joe...
BalasPadamsiannyer cinderella moden ni
BalasPadam..sian tul..
Kesian betul Mawar.....
BalasPadamEriana memang teruk betul!!!!!
alahai! cian nye kat mawar...
BalasPadam