Pages

01 November 2012

Nama Dia Joe 11

Kalau awak jatuh cinta dengan saya. Susah. Susah.

Sebab apanya susah? Jatuh cinta bukan susah pun.

Sebab susah awak nak lupakan saya.

Haha.



Joe pandang Suri yang sedang menikmati mee goreng mamak. Berbual kosong seperti biasa. Tidak ada senda gurau seperti dulu-dulu. Kaku. Heihlah...Joe! Kau nak layanan seperti mana lagi haaa? Peluk cium macam orang dah kahwin? Eh, tak boleh. Mana boleh.  Dia cuma mahu degup jantungnya bernada seperti ada Mawar di depan mata. Joe mahu begitu. Dia rindukan rentak jiwanya ketika sama-sama berlari di padang luas itu. Meski ditemani padang menghijau dan langit membiru, dia turut ditemani dengan raut wajah sederhana Mawar. Wajah Mawar sudah cukup buat dia rasa terbang tinggi jauh ke langit ke tujuh.

Mawar. Apa nasib Mawar hari ini? Apa khabar Mawar hari ini? Sudahkah Mawar berpindah ke rumah sewa yang dia suruh itu. Terimakah Mawar dengan tawarannya itu? Mahukah Mawar menjadi jiran di atas apartmennya dan gunakan lif yang sama dengannya itu. Hehe. Joe sengih gatal. Pucuk dicita ulam mendatang. Dalam sibuk-sibuk dia call sana dan sini. Bukak mudah.com. Kemudian tanya Sivaraja budak kelas akaun yang kerja sambilannya menampal kertas rumah untuk disewa dan rumah untuk dijual. Petang semalam, Sivaraja anak lelaki Devaraju hulur sehelai kertas.

“Eh, alamat ni macam….” Joe beliak bijik mata. Pandang Sivaraja.

Sivaraja rasa nak luku kepala Joe. “Hoi, ni apartmen blok kau. Pulak tu atas apartmen kau. Buta apa kau ni?”

Suka. Suka. Rasa nak loncat tinggi-tinggi. “Okey-okey. Aku booking. Berapa deposit? Sewa?” Joe terus terkam kertas dan mata menjeling Sivaraja.

Two plus one. Sewa sebulan seribu lima ratus ringgit.” Sivaraja sengih.

Angguk. Hanya untuk Mawar. Dia sanggup. Lepas sahaja habis kelas, dia terus ikut Sivaraja. Bawa Mawar yang diam menikus macam isteri mati laki. Mata Mawar bengkak. Sepatah dia tanya, sepatah Mawar jawab.

Mawar cuma cakap, “Saya tak tahu nak balas budi awak. Mummy awak baik. Sangat-sangat baik.”
Joe jawab dalam hati. “Kahwin je dengan saya. Habis cerita.” Kehkeh. Gatal ko Joe!
Joe terkebil-kebil pandang Suri yang senyum. Matanya dah cukup buatkan jiwa lelakinya cair. Tapi itu dulu, Suri. Sekarang, mana serinya itu? Mana hilangnya wajah ceria Suri? Joe kunyah nasi goreng USA lambat-lambat. Macam tak kenyang je rasa.

Apalah si Akmal, Sivaraja, Din dan Param buat kat apartmen baru Mawar tu. Dia dah suruh kawan-kawannya datang tolong angkat barang dari rumah sewa Mawar, masuk dalam lori dan turunkan dari lori. Angkat lagi barang-barang ke apartmen baru Mawar. Erti kata sebenar, pindah randah! Nasib baik Mawar semalam macam isteri mati laki. Diam saja sambil angguk setuju mana saja rumah yang dia dapatkan untuk Mawar. Paling penting Mawar tak tahu pun masa dan ketika dia bersetuju yang apartmen bakal didudukinya itu di atas apartmennya. Haha. Nasib kaulah Mawar.

Adik-adik Mawar yang nama bunga tu sama cantik ke macam kakaknya itu? Hek? Dalam menikmati makan-makan dengan Suri sekarang pun dia ingat Mawar. Cet!

Akmal, kau bawak kereta dan anak dara orang baik-baik ya!

Tuah ada. Apa kau ingat aku gatal macam kau ke Joe?

Kau jangan jeling-jeling Mawar. Aku lepuk kepala kau nanti!

Ikut nasiblah. Kau dah ada Suri. Aku nak Mawar. Dari dulu lagi semua tahu aku dan Mawar baik. So, apedehal.

Aku boleh kahwin dua.

Habis tu kau ingat kau sorang je boleh kahwin dua? Aku?

Bila saja dia ingat perbualannya semalam dengan Akmal, berdesup Joe keluarkan telefon pintarnya. Suri pandang Joe yang gelabah tak tentu hala. “You kenapa? Macam kera kena belacan saja. Gelisah. You nak call siapa, Joe?” lembut sahaja suara Suri.

Jujur. Tarik nafas. Mata tala ke wajah Suri. “I nak call Mawar.”
“Ohh…kesian dia kan. Call lah cepat. Dia dah pindah kan kat atas apartmen you tu? Nasib baik you cepat beritahu kat I yang emak dia kena keluar dari wad. I terus tahan nurse I buat surat pertukaran hospital. Menangis-nangis Mawar semalam. Eh, kesian jugak kat adik-adik Mawar. Especially si Tuah tu.” Suri jelas panjang lebar. Ukir senyum untuk Joe.

Mummy dan baba memang serius nak tolong Mawar ke? Baiknya kan mummy you tu.” Suri pandang Joe. Sepenuh hati dan dia akui sayangnya pada Joe menggunung tinggi. Cuma sekarang dia agak sibuk dengan tugasnya sebagai doktor. Kalau dulu Joe ini cuma adik angkatnya sahaja. Sekarang mereka dah jadi couple. Pendek kata, Joe menyayanginya lebih dari biasa. Kalau mahu dikenang bagaimana pertemuan mereka, satu novel belum tentu boleh dihadami. Indah! Majlis Sukan Negeri telah mempertemukan mereka. Dia jadi doktor pelatih membantu skuad PBSM dan Joe di sekolah menengah. Umurnya ketika itu 25 tahun dan Joe 15 tahun. Budak tingkatan 3 yang jambu wajahnya itu selalu menjadi perhatian mata nakalnya.

Nah, pertemuan antara mereka telah tercipta bila kaki Joe terseliuh. Mata terus bertentang mata. Jambunya budak kecik ni. Dia terus terpikat. Melekat di hati. Tapi sebab usia, dia renung sahaja. Suri sedar siapa dia dan siapa si lelaki berkenaan. Diam-diam dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang boleh dianggap adik. Gila. Memang gila. Tetapi, perancangan Allah terus tercipta. Semasa mummy Lisa dan Joe masuk ke hospital dialah yang menguruskannya. Bertemu dengan Joe. Joe yang ketika itu umurnya 17 tahun. SPMnya di dalam hospital kerana kemalangan jalan raya. Pada usia umurnya 27 tahun, Suri jatuh cinta sekali lagi dengan budak yang sama.

Beza umurnya dan Joe adalah sepuluh tahun. Jarak umur bukan penentu tidak bahagia. Dia bahagia kerana kehadiran Joe. Dari adik angkat, sehingga akhirnya hubungan mereka terikat. Serius meski mummy Lisa menentang perhubungan dia dan Joe. Ah – mummy Lisa memang tidak pernah sukakan dia. Dari dulu sampai detik ini.

“Jap-jap. I call Mawar jap.” Joe letak telefon di telinga. Kenangan Suri terus terbang tinggi. Suri pejamkan mata. Rela mendengar perbualan telefon antara Joe dan Mawar.

Joe senyum sahaja. Suara Mawar terus masuk ke dalam gegendang telinga. Berproses dengan cepat. Suara Mawar yang best. Wajah Mawar kini terbayang-bayang di pelupuk matanya. “Haaaa…kenapa awak tak cakap apartmen saya ni atas rumah awak?”

“Hahaha. Iyalah, nanti awak mesti tak setuju. Duduk je lah. Dah orang tolong carikan. Nasib baik ada. Dari tak ada, awak dan adik-adik awak nak duduk kat bawah jambatan ke?” Joe senang hati. Dia tahu Mawar segan. Makin segan sebab dia yang uruskan semuanya. Mummy entah kenapa bila bertemu dengan Mawar, terus suka hati. Baba pun sama. Setuju bantu Mawar dengan beri terus duit untuk deposit apartmen. Baba kata, ‘Kita tengok apa yang Mawar boleh buat untuk majukan diri dia. Baba akan tolong untuk modal berniaga kalau Mawar setuju dan suka.’  Joe pulak sengih malu dengan baba dan mummy yang baik hati. Mawar di sebelahnya ketika perbincangan sambil minum kopi terkebil-kebil macam tak percaya.

“Dah macam cerita P.Ramlee pulak.” Mawar juih bibir. Segan rasa nak tampal muka dengan simen.

Joe senang hati mendengar suara ceria Mawar. “Masam-masam manis kan?”

Iyalah..eeeee….budak-budak ni tengah makan. Gelojoh betul!”

“Makan?” Joe bulatkan biji mata.

“Iya. Diorang tengah makan. Akmal dah tambah dua kali! Tuah siap buatkan kopi jantan untuk kawan-kawan awak dan Akmal.”

“Siva, Din, Param dan Akmal tengah makan ya?” Joe tak senang duduk. Panas-panas!

Mawar angguk. Eee, dia ni! “Iyalah awak. Siapa lagi kalau bukan diorang ni. Saya buatkan nasi ayam. Duit lebih yang awak bagi tu saya beli ayam dan buat nasi ayam. Terima kasihlah susah-susah bagi duit belanja. Macam saya ni bini awak pulak. Haha.” Mawar terharu lapan belas kali dengan Joe. Lepas dia tenyeh jemari menyain surat perjanjian apartmen dengan sepasang suami isteri, Joe terus hulurkan duit. Katanya duit belanja sementara kita usaha lepas ni. Jangan risau, Mawar. Bumi Allah ni luas. Sedih di hatinya siapa yang tahu. Sudahlah dia hiba kerana terpaksa keluar dari kolej kerana Eriana. Tanpa kompromi dan dia dianaktiri. Papa Eriana berkali-kali telefon. Bertanya sebab apa sanggup dia malukan Eriana.

Malukan Eriana? Pelik. Apa pula yang dia buat pada Eriana kali ini. Apa lagi pembohongan Eriana untuk musnahkan hidupnya. Tak habis-habis dengan perangai dengkinya itu. Suara papa Eriana menerjah telinganya. “Papa tak suka Mawar malukan Eriana sebegitu. Eriana kata Mawar dan kawan-kawan lelaki hebahkan gambar separuh bogel Eriana dalam internet. Berani Mawar buat begitu ya?”

Mawar pandang telefonnya. Terus dia letak telefon dan dia malas mahu melayan karenah Eriana yang semakin menjadi-jadi. Dengki. Malaun. Samseng. Perasan bagus. Syaitan!

Mawar gigit bibir. Tarik nafas dan kini fokus dengan perbualannya. Joe. Sekarang Joe ada sedang hiburkan jiwanya yang mendidih-didih kerana perangai Eriana.

Joe kejipkan mata. “Ala, buat belanja awak tu. Nafkah zahir tak terucap tu. Hahaha. Jangan risaulah, saya okey…eh-eh. Betul ke awak buat nasi ayam?” Joe langsung tak percaya. Kalau betullah Mawar bikin nasi ayam, perghhh…mesti lagi sedap dari nasi goreng USA depan matanya sekarang ini. “Eh-eh. Tinggalkan saya sikit ya. Jap lagi saya datang.”

Iyalah. Saya tinggalkan sikit untuk awak ni. Awak tengah dating dengan Suri ek?” Mawar pandang kawan-kawan Joe. Penat. Kesian sampai sanggup tolong dia tanpa minta apa-apa bayaran. Mana lagi nak cari kawan macam mereka semua ini. Siti Nur Nuha lepas tolong kemas terus lari balik. Takut Sivaraja mengurat. Hihi.

Joe ketawa. Pandang Suri dan dia angguk. Timbul rasa kasihannya dengan Mawar. Entah kenapa jiwanya sebu kala ini. “Iyalah, saya tengah dating dengan doktor emak awak ni. Siap saya pesan suruh jaga emak awak baik-baik.” Joe pandang Suri. Wanita di depan matanya ukir senyum. Joe gigit bibir

“Okeylah. Tak nak kacau awak. Eh, terima kasih ya!” Mawar terus letak telefon.

Joe terkebil-kebil. Aik? Letak macam tu saja? Budak ni memang nak kena dengan aku. Saja bagi sakit hati sebut nasi ayam. Kemudian letak telefon tak sempat nak menjawab. Joe telan air liur. Sengih lagi. 

Joe terus masukkan telefon dalam kocek jaket. Seperti biasa, tolak nasi goreng USA yang masih berbaki. Suri pandang Joe. Rasa macam ada yang tak kena. “Eh, you tak habiskan nasi lagi. Kesian nasi you tu. Selalu sangat tinggal macam tu saja.” Mata Suri menjamah wajah Joe.

Gumam lidah. Penipuan pertama keluar dari bibir Joe. “I dah kenyang. You habiskan cepat mee you tu. Lepas tu jom I hantar you balik.” Otak ligat berputar bagaimana rasanya nasi ayam Mawar. Ligat lagi berpusing cari alasan untuk Suri.

“Sekarang?” Suri terkedu.

Angguk. “Iyalah sekarang. I ada discussion dengan Param. Baru I teringat.” Penipuan kedua berputar. Nasi ayam Mawar terhidang depan mata.

Suri angguk. “Okey, then bila kita nak jumpa lagi?” Suara Suri yang lemah lembut menjerut rasa hati. Ini satu yang buat dia sayang dengan Suri. Suri lemah lembut jiwanya. Wanita yang cantik jelita dan sentiasa memenangi hati lelakinya sebab sifat lembutnya ini.

“Selalu kalau I nak jumpa you, you yang busy. Tengok time table youlah. I Tak kisah. Tapi sekarang I sibuk sikit dengan projek final sem ni. Apa-apa, I sms. Okey?”

Suri angguk. Habiskan mee goreng mamak dan telefonnya berbunyi. Joe jungkitkan bahu. Dia tahu on-call untuk Suri. Selalu begitulah. Masa dating mereka pun terhad. Kadang-kadang baru nak suap rojak mee Mak Senah, telefon Suri dah berbunyi. Kalau sekali tak apa jugak. Ini sepuluh kali. Kadang-kadang Joe rasa nak aje dia bakar hospital tempat kerja Suri.

Kerana tugas. Suri bawa bola matanya ke skrin telefon. Sengih dan pandang Joe. “You balik dululah. RK on the way nak ambik I. Ada urgent operation. You balik sendiri ya? Okey?” Suri memujuk. Dia tahu Joe selalu hangin dan panas hati dengan jadual kerjanya.

Joe sedut air dengan straw. Angkat kening. Senyum dan dalam hati say goodbye! Bolehlah dia cepat-cepat jumpa Mawar dan adik-adik Mawar. Dia mahu pekena nasi ayam yang Mawar buat. Allah lebih hebat dalam membuat perancanganNya. Kan?

Joe susun ayat. Mindanya bercantum beberapa huruf. Sekejap lagi dia akan hantar SMS kepada Mawar. Hey hey Mawar. Jantung hati saya ni siapkan sepinggan nasi ayam ya. Untuk saya. Saya on the way balik ke sana.

Joe mula terbayang SMS yang akan dibalas oleh Mawar. Mengada. Macam lah saya ni bini awak. Ambik sendiri kat dapur.

Joe terus ukir senyum. Rasa indah kalau begitu aturannya. Alahai Mawar.

“Awak!” Suri separuh menjerit.

Dia terpinga-pinga. “Aaaa….aaaaaaa…apa?”

You ni kan. Mengelamun je. Benci betul!” Suri masam. Muka bertukar kelat.  

7 ulasan:

  1. Tanpa Nama1/11/12 16:01

    mar...sila sambung esok. cepat sikit. tak sabar nak tahu apa berlaku lagi. jntung ni plk yg dap dap dap macam joe. haha

    BalasPadam
  2. alahai tergeliat lidah tu asyik nak ngelat jer ayat tu kat suri...namun pe de hal koata ade empat!!!cuma sndri mau ingat lah,larat kerrr badan tu...hahaha joe2 so cute n funny gak.aduyai mawar hati ku dah kau beli or terambil...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama1/11/12 16:26

    suri cari la org lain....

    BalasPadam
  4. RadziahMohdHashim1/11/12 16:41

    Joe dah tak tentu arah teringatkan mawar...Suri di depan mata pun dah terkesan....indah rasa di hati joe dah bergetar...Cik Mardihah,...saya tersenyum panjang....hehe

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama1/11/12 21:00

    sgt comel la mwar ni..disebalik kesusahan yg allh beri kt dia, dia still comel!!! joe plak like an angel plak...like like like

    BalasPadam
  6. Kesian Mawar kena fitnah dengan Eriana pula.... :(
    Tetibe rasa mengidam nak makan nasi ayam pula..... #^_^

    BalasPadam
  7. eh..? kenapa berhenti tiba-tiba mcmni..? tengah syok2 nak tau apa cerita seterusnya. cepat sikit sambung ya..?

    BalasPadam