Pages

02 November 2012

Nama Dia Joe 12


Bila jantung ini berdegup untuk kali ketiga, macam mana ya Mawar?

***

Degup jantung pertamanya betul-betul untuk Mawar. Kali pertama dia tolak pintu, Mawar dengan tudung litup yang menutup bahagian dada berpusing sambil memegang semangkuk nasi. “Eh, awak! Dah sampai. Mesti bawak motor macam orang gila!”

Angguk. Joe terus menyusup masuk. Kasut harga ratusnya terbungkang depan pintu. Ah, biarkan. Joe buka langkahnya dan tersenyum sambil memerhatikan Mawar. Param, Akmal, Sivaraja dan Din sedang duduk sambil kunyah buah tembikai. Amboi syiok betul kawan-kawannya duduk lepak sambil tengok televisyen. Mata Joe menjeling dan perhati televisyen jenis lama. Bukan televisyen besar gedabak, nipis macam apartmennya di atas. Ala, kesiannya.

Mata Joe terus menjamah apartmen yang masih lintang pukang. Barang-barang pun ada sedikit sahaja. Sofa pun tidak ada. Hanya ada kerusi rotan jenis lama yang maha teruknya. Kawan-kawannya semula melepak sambil tikar mengkuang terhampar kemas. Mawar cekak pinggang. Sengih. “Iyalah, rumah saya buruk. Barang-barang pun sikit saja. Masuklah kalau sudi. Duduklah kalau awak nak makan nasi ayam saya ni.”

Hehehe…”Joe beliakkan biji mata. Mahu sahaja dia letak tangan atas kepala Mawar. Peluk Mawar agar tabah dan terus sabar dengan jalan hidupnya ini. “Memang laju pun bawak motor tadi. Sebab nak rasa sangat nasi ayam yang awak buat ni. Din, best tak?” Joe pandang Din yang sedang kunyah buah tembikai. Mak ai, pelahapnya budak-budak lelaki ni. Aku yang datang pun tak dipandangnya.

Hmmm…best. Kalau kat kedai mahu terbang duit aku sepuluh ringgit. Kau tadi bukan dating dengan Suri ke? Lapar lagi ke?”

Akmal pandang Joe. Joe jungkit bahu. “Lapar lagi. Aku nak rasa masakan si Mawar ni. Bolehlah suruh dia bukak kedai nasi ayam lepas ni.”

Eleh, kata sajalah kau memang dasar pelahap dan perut tong gas. Malu nak mengaku. Haaaa..Mawar, siapkan pinggan anak raja ni. Dia makan selalu tiga pinggan.” Sivaraja buat semua tergelak. Tuah yang datang dari sebuah bilik terus mara ke arah Joe.

“Awak makan ya. saya memang asingkan untuk awak ni. Nanti baliklah rumah mummy sekejap. Baba tadi call Mawar kata nak rasa juga nasi ayam yang saya buat ni. Pun saya dah asingkan dalam bekas untuk baba dan mummy.”

Joe senyum sahaja. Mawar dah pun biasa bahasakan panggilan sama sepertinya. Mummy yang beria-ia mahu Mawar memanggil nama itu. “Panggil mummylah. Jangan panggil makcik. Isk Mawar ni!” Itu perintah pertama mummy Hawa. Mahu sahaja dia tergelak mengekek-ngekek melihat wajah sengal Mawar semasa berkenalan dengan mummy Hawa dan babanya. Mawar ikutkan sahaja. Baba pun tidak kisah. “Ala, panggil baba dan mummy sajalah Mawar. Siap nak panggil pakcik makcik. Mummy tu akan rasa dia tua kalau panggil makcik…makcik…”

Joe senyum mengingatkan kembali pertemuan mereka berempat. Pertemuan pertama yang bersisa dalam mindanya. Ah, mummy nampak senang hati sekali dengan Mawar yang cukup bersopan santun.

Hati lelakinya terus terusik bila Tuah menyalam dan memeluk tubuh tingginya. Adik Mawar yang perempuan turut sama keluar dari sebuah bilik lagi. Memakai tudung dan berjalan ke dapur. Dia jenguk-jenguk. Sambil itu Mawar siapkan hidangan di atas meja lipat. Meja warna putih, kerusinya pun plastik. Ala-ala di gerai mamak pun iya.

“Yang kecik sikit tu Melati kan? Tahun ni dia ambik UPSR kan?” Joe tala mata arah Tuah.

Tuah angguk. Senyum. Senyum sebab ekor matanya menatap mata Joe yang selalu mencuri-curi pandang kakaknya, Mawar. “Ya. Tulah Melati abang Joe. Budak kuat merajuk. Tapi dia suka betul dapat duduk sebilik dengan kak ngah.”  Tuah menemani Joe di meja makan. Mereka tarik kerusi. Sekejapan mereka dah duduk di ruangan ruang tamu yang memisahkah ruang menonton. Apartmen tiga bilik dan dua bilik air sederhana besarnya. Cukuplah untuk Mawar dan adik-adiknya menumpang teduh. Risau hati Joe mengenai rumah dan tempat tinggal Mawar reda akhirnya.

“Bolehlah diorang berdua duduk sebilik, belajar sama-sama. Semua nak ambik peperiksaan tahun ni kan? Selesa sikit duduk dalam rumah ni. Haaa..Tuah pun tengoklah adik-adik sekali.” Joe teliti wajah Tuah.

Tuah tarik nafas. Sambil itu Mawar letak pinggan untuk Joe. Kemudian tangkas ke dapur. Apartmen perlu dikemaskan lagi. Tuah gigit bibir bawah. Rasa berbudi dengan kawan kakaknya ini. “Sewa bulan rasa macam kakak Mawar tak mampu nak bayar. Kenapa abang Joe paksa kami duduk kat rumah ni. segan sungguh dah ni. Kak Mawar tu asyik sebut malu saja kat Tuah. Dia asyik fikir mana nak cari duit bayar sewa bulanan rumah besar ni. Flat dua bilik pun kak Mawar kata dia boleh cari sendiri.”

Air suam dituang oleh Tuah. Gelas dipenuhi air. Segera masuk ke dalam laluan kerongkong Joe. Dia senyum. “Ala, tak apa. Nanti tahulah abang Joe pujuk kak Mawar awak tu. Lagipun mummy abang Joe dah okey dan setuju dan bantu. Baba abang Joe pun macam okey saja. Kita fikirkan sama-sama langkah seterusnya. Yang penting kamu adik-beradik ambil peperiksaan dulu. Abang Joe dan kak Mawar akan fikirkan langkah seterusnya. Jangan risaulah ya.” Joe sedapkan hati Tuah. Walhal dia sendiri tak pasti mengenai hidup Mawar seterusnya. Semua yang dia lakukan untuk Mawar tanpa perancangan dan persetujuan Mawar pun.

Joe main hentam cari rumah sewa. Nasibnya baik sebab Sivaraja ada. Huh, Sivaraja dah jadi objektif pula dalam mendekatkan hubungan ‘sahabat’ dia dan Mawar. Alih-alih, rumah mereka didekatkan sebegini. Atas dan bawah! Mana kedudukan bilik Mawar, disitulah juga bilik tidurnya nanti. Joe rasa nak tergelak. Rasa mahu meloncat-loncat pula sebab gatal.

Yang Joe buat untuk membantu Mawar ialah, bawa mummy dan baba jumpa Mawar. Kemudian bawa mummy dan baba jumpa emak Mawar di hospital. Semua kawan-kawannya diusung ke hospital. Sempat dia menarik balik surat untuk mengeluarkan emak Mawar. Kerana Suri, emak Mawar masih menerima rawatan di hospital. Tuhan membantu Mawar sekeluarga. Baba mahu membantu. Tetapi dia masih samar-samar apa yang perlu Mawar lakukan selepas ini. Apa pula langkah baba untuk Mawar selepas ini. Dia dah risau lapan belas juta kali.

Tuah yang turut sama meneguk air suam turut sama berfikir. Tak akan kak Mawar nak jadi orang gaji abang Joe atau keluarga abang Joe ni. Mana cukup gaji untuk bayar sewa sebulan. Ajaib. Ajaib. Mana mungkin gaji kak Mawar cukup. Klise sungguh. Tidak mungkin kak Mawar akan jadi pembantu rumah. Kak Mawar pun tak akan sambung belajar. Minat kak Mawar dalam bidang farmasi pun dah terbantut. Rasa kasih dan sayangnya kepada kakak sulungnya terus tumpah menyala-nyala. Kasihan pada kakaknya sampai selalu dia menangis memujuk diri sendiri.

Habis? Kak Mawar nak kerja kilang? Oh…mana mungkin.

Bawa van? Bawa lori? Ohh….apa punya idea gila datang ni Tuah!

Joe dan Tuah bawa bola mata ke meja. Terkejut! Sekelip mata. Meja kini penuh dengan hidangan nasi ayam yang dibuat oleh Mawar. Joe telan air liur. Dia panggung kepala melihat Mawar yang sedang mencedukkan nasi. “Tadaaaa..dah siap. Awak makan tau. Saya nak kemas bilik. Tuah temankan awak makan.”

Joe jeling Tuah. Tuah macam tahu-tahu saja.  “Eh-eh. Kak Mawar teman. Tuah nak pergi makan buah tembikai. Lepas tu nak sambung kemas. Hehehe.” Tuah serta merta tolak kerusi. Pegang bahu Mawar dan menyuruhnya duduk di kerusinya.

Alih-alih, Mawar dan Joe sedang duduk berdua. Nasi ayam sebagai teman ketiga. Kira okeylah kan. Joe sengih sambil mula tarik pinggan. “Haaa…sendukkanlah nasi tu bagi kat saya. Saya lapar sangat-sangat ni.”

“Eeeee….mengada!”

Joe jeling Mawar. Ah, jantung berdegup lagi. Eh, ni dah kira hukum wajib kahwin ke mummy? Mummy rasa Joe padan bagai pinang dibelah dua ke dengan Mawar ni?

***

“Eh, saya ni bukan nak menghalau-halau awak semua. Saya tahu semua penat dah tolong angkat barang dari bawah sampai ke atas. Jangan lupa cari jalan keluar. Balik ke pangkal jalan ya.” Mawar sengih sambil angkat teko dan cawan yang dah pun kosong isinya. Bilalah budak-budak ni nak balik. Drama kat TV3 tu cerita lama zaman remaja.

Mawar pandang piring yang dah licin. Ya Rabbi, budak-budak lelaki ni bagi makan apa habis semuanya. Bagus sungguh!

“Ingat nak melepak terus kat ruang tamu apartmen awak ni Mawar. Tapi segan lah pulak. Jap, bagi bernafas sikit perut ni, lepas tu kitorang chow. Haaa...tapi si Joe tu kau ingat kena ingatkan sikit Mawar. Dia tu merbahaya tau tak."

Mawar hentikan langkah. Pusing badannya pandang Din yang menyengih macam kerang busuk. Din angkat-angkat kening gaya The Rock.

Mawar juih bibir. “Merbahaya. Eh, iya ke?” Mawar senyum. Dia dah rasa seronok berkenalan dengan semua kawan-kawan Joe. Param, Din dan Sivaraja memang rajin membantunya. Akmal dah memang mahu turut serta membantu memindahkan semua barang-barang rumahnya. Pendek kata, mereka semua semalam sudah melawat emak di hospital. Konvoi ramai-ramai naik kereta. Joe ajak dia sekali membonceng motor Ducati mahalnya. Mawar geleng kepala. “Isk...seganlah saya. Kalau dah kahwin dengan awak, iya. Seratus peratus setuju!”

Mawar ingat. Joe hulurkan helmet. Bila Mawar gelengkan kepala, Joe turut gelengkan kepala. Joe angguk. Mawar gelengkan kepala. Joe angguk lagi. Mawar gelengkan kepala lagi. Akhirnya Joe senyum. Kenyitkan mata sampai Mawar rasa nak pitam. Haha. Apelah Joe ni..selalu buat hati  Mawar dup dap dup dap. Kenangan semalam bertebar dengan membuai jiwa. Mawar rasa bahagia berkawan dengan Joe.

Joe itu ibarat 'angle' untuknya. Ibarat abang yang selamatkan adik untuk Mawar. Dia rasa tenang bila Joe sentiasa jadi penyelamat dan bantu selesaikan masalahnya. Kadang-kadang rasa nak menangis depan Joe. Lagi rasa sayu di hati kerana mummy dan baba Joe yang amat baik. Siap melawat juga emak di hospital. Hulurkan duit belanja untuk mereka adik beradik. Deposit apartmen mewah ini juga turut sama diselesaikan oleh Joe.

Hutang budi betul. Mawar mula rasa terpanggil untuk hidup berdikari. Kalau tak sambung pengajiannya pun tak mengapa. Dia mula menulis sesuatu di dalam diari. Merangka perbelanjaan, menulis jumlah hutang piutang dan mula berfikir dengan kuat. Mampukah dia membayar sewa apartmen mewah ini. Ah...menolak pemberian Joe, dia rasa berdosa. Menolak pemberian mummy dan baba Joe pun dia rasa bersalah nanti dengan Joe.

Tuhan dah berikan keselesaan untuk dirinya. Sungguh-sungguh dia rasa terharu dengan Joe sekeluarga.


Din terus sambung cerita. “Apartmen dia kat bawah. Kau kat atas. Jangan dia tebuk pulak simen bilik dia nak teropong kau Mawar! Bahaya!”

Hahahaha..” Param gelak sambil matanya mencari-cari kelibat Joe. Din dan Akmal turut sama geli hati. Joe gelengkan kepala dah terus bawa pinggan nasinya ke dapur. Adik-adik Mawar lepas berbual kosong dengan Joe terus masuk bilik. Segan bukan main. Hanya Tuah kini menjadi teman mereka semua di ruang tamu.

“Macam-macam loyar buruk kau orang ni.” Mawar terus bawa dulang ke dapur. Dapur tunggang langgang dan bagaikan kapal pecah. Malam ini lepas melawat emak di hospital dia akan duduk mengemas rumah. Ah, penatnya mesti terasa sampai ke tulang.

Mawar berdiri sebelah Joe. Sambil Joe membasuh pinggan mangkuk, Mawar suakan cawan, piring dan teko. Mawar ukir sengih. Nampak gigi. “Tak payahlah susah-susah basuh pinggan mangkuk ni. Saya boleh basuh.”

Joe jeling Mawar. Dia terus membasuh. Membilas dan menangkup pinggan makannya. “Eleh, tapi sua jugak piring, cawan dan teko ni. Apa, ingat saya ni tak rajin ke?” Mereka ketawa. Joe dah kenyang. Perut kalau boroi mesti sebab masakan Mawar yang sedap. Dia memang malas memasak. Dasar lelaki kedai mamak.

Mawar segera pusingkan badannya ke sebuah almari buruk. Almari emak dari rumah flat mereka dah dibawa masuk ke dapur ini. Mencukupi sahaja barangan ini. Yang penting ada dapur gas dan dapur memasak untuk dia menjadi seorang chef tidak bertauliah khas adik-adiknya. Bekas di atas almari diambil. Lepas sahaja Joe selesai membasuh, dia terus hulurkan bekas berbalut beg plastik.

Joe lap-lap tangannya dengan tuala. Sua tangan dan menyambut bekalan dari Mawar untuk mummy dan baba.

“Sebab mummy dan baba baik hati saya buatkan nasi ayam ni. Nanti suruhlah mummy dan baba makan ya.” Mawar terkesan. Sungguh. Joe lelaki baik di matanya.
Joe kesat hujung bibirnya dengan ibu jari. Senyum lebar. “Untuk saya tak ada ke? Nanti kejap lagi saya mesti lapar balik.”

Mawar jungkitkan kening. “Eeee, betul kata Siva. Perut awak perut tog gas erk?”

“Saya nak makan apa pun yang awak masak. Sebab nanti saya mesti akan jatuh cinta dengan masakan awak dan dengan awak-awak sekali!” Joe jeling Mawar. Dia mula ukir senyum kacaknya.

Mawar bulatkan mata. Apakah Joe ini gila? Hehe. “Kalau awak jatuh cinta dengan saya. Susah. Susah.” Mawar geleng kepala. Berkali-kali menidakkan. Buang tebiat apa Joe ni.

“Sebab apanya susah. Jatuh cinta bukan susah pun.” Joe letak kembali bekas berisi nasi ayam untuk mummy dan baba di atas sinki.  Dia cekak pinggang. Mula atur langkah mendekati Mawar. Dia suka melihat wajah Mawar sebegini.

Errrr…errr…” Mawar terus langkah ke belakang. Hampir terjatuh kerana barang-barang belum bersusun.

“Apa errr..errr?” Joe angkat kening. Sengetkan bibir.

“Sebab nanti susah awak nak lupakan saya.” Mawar terus tutup mulutnya dengan jemari.

Joe terus ketawa. Degup jantungnya kali kedua ini juga untuk Mawar. “Hahahaha.”  Joe dekatkan bibir ke telinga Mawar. Mawar dah tutup muka dengan jari jemari runcingnya. Joe senyum senget. Suka. Suka melihat Mawar sebegini. Dia mula nakal. Joe terus sambung bicara. Hembus kata-katanya ke telinga Mawar. “Memang pun. Kalau saya dah jatuh cinta dengan awak, saya memang akan simpan awak di hati dan jiwa saya. Tak akan saya lupakan. Okey?”

Erk! Kepala lutut Mawar rasa nak tercabut. Sungguh. Joe ni gila!

8 ulasan:

  1. Tanpa Nama2/11/12 23:04

    Oh noooooo.....cpt kawenkn joe dn mawar....

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama2/11/12 23:15

    awwww.... so suweet.... well... enjoy the moment while it lasts.....

    BalasPadam
  3. amboi joe ne dah terover jatuh cinta ne...sebelum betul2 gilak kena kasih sijil sah ne...dah lah umah cuma terpisah atas bawah jer!!!parah joe ne.best ngan sifat joe yang caring..biar lah berjodoh insan berdua ne.....

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama3/11/12 09:16

    amboi joe smpi ketar lutut mawar tp teman sukeeeeeeeeee hehehe

    BalasPadam
  5. bestlah cite Joe ni... hendaknya
    betullah Joe ni jadi penyelamat
    Mawar dan adik adiknya buat selamanya, berjodohlh hendaknya
    mereka bedua ni... lagi..lagi dan
    lagi best n3 ni...tapi pendek pulak
    tak puas baca.

    BalasPadam
  6. his such an angel...luv it!!!

    BalasPadam
  7. memang sesuai kalau Joe kahwin dengan Mawar....so sweet....#^_^

    BalasPadam
  8. Bace...sambil senyum2 senget...hahahahahaaha
    So sweet...

    BalasPadam