Pages

23 November 2012

Nama Dia Joe 17


Kenapa awak pandang saya? Saya hemsem ya?

‘Hemsem’? Eeee…perasan. Bukan 'hemsem'lah. Handsome. Siapa ajar awak BI?

Cikgu Loga. Tapi serius. Saya nak tahu. Kenapa awak tengok saya? Dah dua minit awak perhati wajah saya. Eeeee..saya ‘hemsem’ kan? Awak suka saya ya?

Cet!







Seminggu. Sudah seminggu nasi ayam Mawar menjadi topik perbualan. Sana dan sini. Raju di Batu Caves turut sama datang. Bawa anak bini dan ketua kampung datang menikmati nasi ayam Mawar. John Labu pun sama. Siap menapau lima bungkus kerana kesedapan tahap mahadewa. Kata John Labu la.

Mawar senyum. Meski penat. Kadang-kadang tak menang tangan melayan karenah pelanggan. Duit keuntungan dia simpan di dalam bank. Mahu bayar balik modal kepada baba Joe. Mahu bayar sewa lori kepada Jackie. Asingkan juga untuk memutar kembali membeli barang basah. Stok penting ialah ayam segar, bawang, rempah ratus, buah-buahan dan juga beras. Kalau ayam dapat yang tak disembelih harus Mawar pengsan empat puluh malam. Kemudian Mawar juga sudah selesai membuat penyata kira-kira untuk seminggu. Belum sebulan, dia dah excited semacam. Macam baru dapat laki je bunyinya. Haha. Duit yang berlebih sikit, dia serah kepada Kenanga untuk membeli buku yang Kenangan mahu beli. Kata Joe, simpan dulu untuk serahkan modal kepada baba dan mummy Joe.  

Baru seminggu, dia seronok berniaga. Rasa semangat. Rasa macam baru bernafas. Rasa macam baru hidup je di bumi Malaysia ni. Sambil mandi, Mawar sengih seorang diri. Oh, duit sewa apartmen ini pun dia boleh beri kepada Joe. Wah….seronok…seronok.

Dari dalam bilik air dia dengar bunyi telefonnya berbunyi. Kring kring kring kring. Mawar tutup kepala paip pancuran air. Kain basah dipegang. Amati bunyi telefon yang tiba-tiba berhenti. Okey, berhenti. Kalau pemanggil tu rasa macam urgent sangat, dia mesti akan telefon semua. Mawar buka kembali paip pancuran. Nyaman mandi sambil ada sabun-sabun wangi cap Lux. Oh…oh…dia menyanyi. Lagu bawa daku pergi. Bergaya ala-ala Kaka. Ala-ala hip hop sambil berharap kain kembannya tak terlucut. Kahkah. Mawar sambil nyanyi pejam mata juga. Juga dia berharap Joe sahabat baiknya itu menjadi Zizan. Hahaha.

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Kring kring kring kring. Ah, telefonnya berbunyi lagi. Minta diangkat. Syampu jenama Pantene berbau wangi. Buih penuh atas rambut. Mawar pasang telinga. Urgent sangatkah? Ummi atau Kartika agaknya. Adeiii… Mawar tutup lagi pancuran air.  Jadual berniaganya memang masih belum disusun. Seminggu ini dia masih belum berehat. Joe dah bising. Katanya, pak guard pun ada cuti, pekerja kilang hatta juruterbang pun ada cuti. Eee, rimas betul kalau dengar Joe membebel. Bising. Atau mesti itu Joe yang sibuk mahu aku angkat telefon. Otak Mawar ligat berputar. Eee, Joe ni!

Gerai nasi ayam operasinya jam 11 pagi sampai 4 petang. Boleh laku sebanyak 200 kepala. Okey, sila darab sendiri dengan sepinggan nasi ayam berharga Ringgit Malaysia empat ringgit lima puluh sen. Joe pun dah membebel. “Apesal murah sangat awak jual nasi ayam awak ni. Jual lah enam ringgit cik Mawar oi. Bila nak kaya ni?”

“Kedai saya. Pedulik la awak! Hehe.” Mawar jelirkan lidah. Akibatnya Joe cubit lengan Mawar sampai merah.

Mawar buka pintu bilik air. Pegang tuala dan memerhati lengannya yang berkesan akibat dicubit Joe. Mata Mawar pusing kiri dan kanan. Bergerak pantas. Kring kring kring kring dah berhenti. Awasi biliknya yang memang tidak ada sesiapa melainkan perabot biasanya. Rambutnya masih berbuih dan penuh dengan buih. Mengalir-ngalir bawa ke tapak kaki. Bilik basah kerana air belum kering. Mawar kesat jemarinya dengan tuala kecil atas katil.

Kring kring kring kring. Uiii…  “Oh mak kau!” Dia melatah. Belum sempat ambil telefon nak melihat siapa yang kaki urgent, dia berbunyi sekali lagi. Sah urgent!

Joe. Mawar sengih. Buih-buih atas rambut dah makin cair. Meleleh-leleh tepi pipi.

Haaaa..awak. Nak apa?”

Joe sengih. Garuk kepala. “Nak awak!” Ketawa.

Buat-buat tak dengar. “Haaa..apa? Nak nasi ayam ya?” Mawar ketawa juga.

Ish dia ni. Nasi ayam pulak. Jemu dah sebab hari-hari makan nasi ayam tu. HaaaApesal saya call sampai tiga kali baru angkat. Awak gi mana? Tidur ya?”

Angguk. Mawar geleng kepala. Fikir tiga saat. “Aaaaa….ya ya!” Menipu. Sebenarnya sedang mandi. Dah jam sepuluh malam baru terhegeh-hegeh dia nak mandi. Bila bau ketiak mula menusuk masuk dalam hidung, barulah Mawar sedar yang dia belum mandi. Oh, habis saja berniaga. Basuh semua besen-besen kat dapur. Dia pengsan. Emak di hospital diuruskan oleh Tuah dan Kenanga.

Buih makin laju menghala ke mata. Mawar terkebil-kebil. Joe mula fikir perancangan untuk Mawar. Mawar setuju atau tak, dia tak peduli. “Macam mana plan awak yang kita discuss tu. Awak cuti hari apa? Esok Sabtu. Takkan esok pun nak berniaga. Sabtu awak cutilah ya. Esok teman saya study kat padang tempat kita selalu lepak tu.”

Mawar cebik bibir. “Eh-eh. Suka hati awak je. Saya nak berniaga. Habis, nasi ayam saya tu macam mana? Sabtu mesti lagi ramai pelanggan. Saya nak kaya cepat!”

Joe tarik nafas. Pujuk lagi Mawar. “Esok teman saya belajar ya.”

“Eh, kan saya kata saya sibuk dengan nasi ayam saya tu. Tak nak!” Buih mula masuk dalam mata. Mawar tahan. Okey, pedih. Pedih. Macam mata masuk lada.

Joe mahu menang juga. “Tak. Saya tak kira. Esok awak kena cuti!”

Eh-eh. Suka hati mak ayah tiri dia je. Huh!” Buih dah masuk mata. Mawar gosok-gosok mata.

“Saya tak peduli. Kartika dan Ummi saya dah call kata esok cuti. Esok tepat jam dua petang jom ikut saya…”

Adeiii…pedih-pedih!” Mawar terloncat-loncat. Cepat-cepat pejam mata. Dah macam orang buta cari jalan ke bilik air.

Joe terkedu. Apa pulak masalahnya si Mawar ni. Apa pulak yang pedih ni? “Awak…eh. Kenapa? Kenapa?”

Mawar pegang dinding. Cuba buka mata. Sikit. Dapat. Dia cari pintu bilik air. Mana ni. Mana ni. “Ehh awak. Buih syampu ni dah masuk mata. Pedih. Pedih. Okey, nak sambung mandi. Okey. Bye!”

Mawar mahu campak telefon. Cepattttt….pedih dah ni. Suara Joe terus menjerit-jerit. “Ehhh awakkkkk!”

Joe sengih. Nakal. Suka betul Mawar ni mengelentong dia. Tadi kata tidur. Cet! “Oooo, patutlah suara seksi je. Hahaha. Tengah mandi ya?”

Eeeee…gatal! Dah-dah. Pedih ni!” Mawar campak telefon tanpa dioffkan. Mawar tarik pintu bilik air. Perlahan-lahan masuk sambil terkapai-kapai cari paip pancuran. Pintu bilik air dia tutup. Zupp!

Dan Mawar di dalam bilik air sekali lagi menjadi Kaka. Bawa daku pergi menjadi lagu paling sedap dilagukan.  Gaya hip hop. Rancak. Berdendang-dendang suka hati dalam bilik air.

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Rangkap itu diulang-ulang. Sambil menjadikan botol syampu sebagai microfon. Penuh gaya sambil kain kemban menjadi teman. Kahkah. Mawar memang suka berangan-angan. Indah gaya nyanyiannya.

Dan Joe mendengar. Sambil tersenyum. Gelengkan kepala. Sampai satu masa dia ketawa terbahak-bahak. Mendengar jerit pekik nyanyian Mawar yang sedap didengarinya. Mawar ni. Kelakar betul!

Joe sengih nakal. Esok, dia dah suruh mummy buatkan bihun goreng. Mummy siap kata nak bekalkan satu bekas air oren dalam Tupperware biru. Siap juga dengan sandwic. “Mummy buatkan Joe dan Mawar sandwic ya. Mawar mesti suka mummy buatkan sandwic.” Ah mummy terlebih suka pula bila dia cakap nak bawa Mawar keluar ke ‘padang hijau’. Dia dah senaraikan apa makanan yang akan dibawa. Untuk mereka berdua makan di ‘padang hijau’. Dia dah beli empat roti coklat dan empat air kotak. Dalam beg sandangnya tersedia tikar yang baru dibeli. Tikar untuk mengalas punggung mereka berdua. Buku sudah siap untuk ditelaah pun dah dia sumbat dalam beg. Kamera canon pemberian baba pun dia dah siap sedia atas meja. Esok dia akan ambil gambar Mawar banyak-banyak. Kalau hari Sabtu dan Ahad, Joe memang suka belajar di padang luas menghijau itu. Pohon rendang itu memang sudah kenal bau Joe. Padang hijau itu juga sudah sebati menerima Joe sebagai teman karib. Cuma esok, dia akan ditemani oleh Mawar. Sekali lagi bersama dan berdua dengan Mawar.

Esok, dia akan bawa Mawar pergi. Ke ‘padang hijau’.

Esok, dia akan tersenyum senang sambil Mawar menemaninya. Gembira dan hatinya rasa berbunga-bunga. “Eh, mummy tengok Joe ni macam sukakan Mawar je. Cantik pun cantik dia tu. Mummy pun berkenan!”

Dan Joe senyum nakal sambil suara Mawar menyanyi dijadikan ‘loud speaker’. Menghiasi biliknya dan dia ketawa.  Bila awak nak berhenti menyanyi ni Mawar. Bila jugak awak nak habis mandi ni. Kita tak habis lagi borak dan bincang fasal esok. Tak sejuk ke Mawar oi!

Hahaha.  Joe ketawa sambil terbayangkan mata Mawar terbuntang. Cekak pinggang dan ketap bibir. Oh, comel!

20 ulasan:

  1. Tanpa Nama23/11/12 15:13

    huhu...joe memang dah betul angaukan mawar. apalagi joe, mummy dah suka, chop terus. suri tu x yah nak simpan2 lg dalam poket seluar, lepaskan dia bebas. joe bukan untuk suri tapi untuk mawar. x gitu cik mardihah? saper sokong? hihi...

    ~ nor...

    BalasPadam
  2. oowhhh comelnya mawar n joe...sweettt sangat kalo dorang jadi kapel...kaka sukeee sangattt...

    BalasPadam
  3. Skong Joe n Mawar, tersangat2 sesuai . . jangan le hantu meroyan tu datang kacau . . meroyang saya yg membacanya nantiiii huhuhuhu

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama23/11/12 15:47

    hihi. suka.suka. sengih lebar-lebar. eeeee..rasa macam nak suruh dihah sambung cepat-cepat. alalala..sukasukasukasuka...sampai sekarang sengih tak habis-habis lagi. sweetttttt..

    BalasPadam
  5. Senyum2 dah saya membaca entry kali nie!! sungguh sweet skali!!! Kak dihah sambung lagi...

    BalasPadam
  6. yes joe utk mawar

    BalasPadam
  7. RadziahMohdHashim23/11/12 17:59

    joe yg nakal.....oooo... curi2 dgr mawar nyanyi kat bilik air ye....confirm joe utk mawar....suri dah boleh keluarkan dr kocek seluar ye Cik Mardihah...sayang 14 juta..

    BalasPadam
  8. setiap kalu bc cerite diorg ni mesti nk tersenyum...comel...

    BalasPadam
  9. mmg joe neh dh angau tahap gaban ngan mawar,lawak gak si mawar ne...leh nyayi bagai nk rak g...hehe polos lh mawar ne...akak rase sepadan sngt joe n mawar..

    BalasPadam
  10. @Tanpa Nama Itulah kan kak nor. Sambil saya tgk tivi ni, baca komen sis dan senyum. Joe ni kalau dah suka terus terang je. Simpan suri dalam poket. Hehe.saya sokong kak nor. hehe

    BalasPadam
  11. @kak nora tq kak sudi komen. hehe. juga dtg sini. ;)

    BalasPadam
  12. @noorliyana Shamsuddin awak..jgn meroyan. merbahaya. ekeke. nnt siapa nak dtg sini baca citer Joe?

    BalasPadam
  13. @Tanpa Nama nanti saya smbung laju2 k. senyum ya bila baca. hugs!

    BalasPadam
  14. @Azrina Azuz kiki. awak tahu, kiter yg tulis pun asyik senyum je. nanti kiter sambung lagi ya. senyum comel2 ya. ;)

    BalasPadam
  15. @kiki yessss..hehe

    BalasPadam
  16. @RadziahMohdHashim sis...x lama lagi kita keluarkan suri dari dalam kocek. hehe.

    BalasPadam
  17. @HUDAPIS hudapis...senyum senyum ya. hehe

    BalasPadam
  18. @norihan mohd yusof kan? kan? dengan mawar yang gila-gila lurus ni. joe yg suka mengusik. hehe. padan ke kak? cewahh...;)

    BalasPadam
  19. bile bce cite ni mmg xsah kalau xsenyum,,, best..
    mawar + joe,,sweet

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama24/11/12 12:59

    Assalam..lama dah tak komen citer kamu..but once a while akak ada jugak bc..cuma tak komen..hehe..but citer MDJ ni makin menarik utk dibc.. suka gaya santai bahasa yg kamu garap.. keep agood writing ye dik.. semoga kamu sentiasa diilhamkan dgn idea2 yg bernas dan bermanfaat.. Amin

    Wassalam

    BalasPadam