Sebulan. Dalam tempoh sebulan
dia ada. Mawar bawa lori sibuk dengan ujian praktikal, dia duduk memerhati.
Hujan atau panas. Cuma
waktu ribut sahaja. Mawar ingat. Dua
kali dalam sebulan itu ribut melanda kawasan ujian praktikal memandu. Dalam
tempoh itu mereka berlari-lari dalam hujan. Kebasahan.
Mawar letak jemarinya
ke bahagian kiri. Berdegup lagi. Pandang Joe yang ketika itu sedang berbual
dengan Din. Ketawa Joe segera melekat di hujung mata dan meresap ke dalam jiwa.
Mawar, kenapa dengan Mawar kala ini ya?
****
Selepas sahaja selesai masak tengahari, mengemas ala kadar dan
membasuh baju gunakan tangan, Mawar letak punggung atas tikar mengkuang. No carpet okey. Ini apartmen mewah kadar
kos rendah. Hihi. Mawar senyum sambil
memerhati ruang tamu rumahnya. Hati berbisik, terima kasihlah Joe. Terima kasih
banyak-banyak.
Dia tarik nafas. Lunjurkan kaki dan menepuk dahi sendiri.
Kenapalah malam tadi Joe datang bertandang dalam mimpinya. Kenapa Joe sambil
tersengih-sengih menjengah dan mengetuk mimpinya malam tadi. Siap pakai tanjak,
berbaju songket warna ungu pekat merenungnya. Huh! Sampai dia terjaga dan terkebil-kebil langsung tak percaya. Benarkah
itu Joe. Panglima Joe? Hahaha. Mawar
mahu semburkan ketawanya. Tapi dia tahan-tahan sambil rasa nak terkucil. Selang seminit, menonton televisyen, dia
terus bangun dan berlari ke bilik air.
Ting tong!
Bunyi seseorang memberi salam dan menekan bunyi ting tong ting tong menerjah masuk ke
dalam telinga. Mawar yang dah selesai tunaikan hajat terus buka pintu bilik
air. Pergi ke dapur, basuh tangan sekali
lagi dan kesat jemari dengan tuala. Suara Joe terus menerkam kepalanya. Itu
suara Joe. Memang suara Joe.
Mawar senyum sumbing. Menjerit walau dia tahu Joe tak dengar pun!
“Kejapppp!” Dia terus berlari menyusup ke dalam bilik. Capai tudung dan kembali
ke ruang tamu. Manalah kunci rumah ni?
Joe dah tekan loceng sampai rasa nak robohkan pintu rumah Mawar.
“Awak tidur ke?”
“Mawar….o Mawar. Assalammualaikum.” Joe tekan lagi punat yang
pastinya keluarkan bunyi kuat di dalam rumah. Bibirnya membebel lagi sambil
memandang pintu yang masih belum terbuka.
“Awak…bukalah kejap pintu ni.”
Pintu terbuka. Mawar sengih. “Waalaikumsalam.”
Pintu besi menjadi pemisah. Joe terus terkam mata Mawar. “Awak tidur
erk?”
Mawar gelengkan kepala. “Tengok tv. Tadi masuk bilik air. Kunci
rumah dalam bilik rupanya. Eh, awak
tak ada kelas ke?”
Joe sandarkan sebelah badannya di pintu besi. Peluk tubuh. Turut
sama dia gelengkan kepala. Kadang-kadang dia terikut cara dan gaya Mawar. Isk! “Kelas tak ada hari ni. Jom kita
keluar!”
Mawar terkebil-kebil sambil pandang Joe. “Pergi mana?”
“Laaa…malam tadi awak
yang kata okey. Semua saya cadangkan awak kata okey. Tak kira, jom ikut saya.”
Joe pandang Mawar. Mahu sahaja dia jentik hidung mancung Mawar tu. Ewah-ewah,
boleh pulak dia kata mahu pergi mana. Suara Mawar yang sebut perkataan gila
dalam perbualan telefon malam tadi ditanam rapat-rapat dalam hati. Bermakna
benarlah yang Mawar bermimpi. Apa yang gila entah minah ni. Isk, bikin suspen saja. Joe telan air
liur. Kalaulah Mawar dengar apa yang dia sebut malam tadi, naya. Bikin naya
habis diceritakan nanti yang dia mengurat anak dara orang lain kat Suri.
“Okey? Apa yang saya okey. Awak…saya penatlah. Tengahari nanti
saya nak ke hospital tengokkan emak. Dalam rumah pun bersepah-sepah lagi ni.”
Mawar pandang Joe yang sarung jeans biru dan t shirt Arsenalnya. Dia garu dagu
yang memang gatal.
“Mawar…” Joe perlahankan suara. Pujuk Mawar supaya terima
cadangannya. Dia tahu Mawar masuk ke dalam kepala segala cadangannya. Fasal
lori dan cerita mengenai nasi ayamnya mungkin sudah difikirkan oleh Mawar dalam
mimpinya malam tadi. Sampaikan perkataan gila terkeluar dari bibir Mawar. Hehe.
“Lepas kita pergi daftar ujian memandu, cari masa dan tarikh sesuai untuk awak
kita pergi cari lori. Baba pun dah bagi green
light ni. Siap bagi senarai nama kawan-kawannya yang ada sewakan lori.
Jomlah Mawar. Jomlah…” Joe dah macam memujuk budak-budak.
Mawar rasa sebu. Entah kenapa dia berserabut. Tangannya dengan
pantas tolak pintu kayu. Sempat Joe menolak pintu berkenaan. Terbuka kembali.
Itupun nasib baik gril pintu besi di hadapan mata boleh memuatkan tangannya. “Please Mawar. Awak boleh buat semuanya.
Jomlah. Saya temankan awak.”
Mawar gigit bibir. “Saya rasa idea awak tu idea gila tau tak? Mana
mungkin saya ni akan bawak lori.
Kemudian awak nak suruh saya pinjam lagi duit baba dan terhutang budi dengan
keluarga awak. Dahlah saya banyak hutang dengan papa Eriana. Eeee, saya tengah stress nak fikir banyak perkara ni. Saya nak rehat.” Mawar sekali
lagi menolak daun pintu. Ekor matanya menjeling Joe.
Joe dengan pantas masukkan lagi jemarinya melalui celah pintu besi
dan menarik pintu. Sempat! “Saya penat-penat datang sini. Siap fikirkan itu dan
ini untuk masa depan awak. Macam tu saja awak nak suruh saya balik. No. saya tak akan balik. Saya nak awak
ikut saya. Now!” Suara Joe sedikit
tinggi.
“So what?” Mawar dah
makin letih.
Joe mula seluk kocek seluarnya. Cari kunci rumah sendiri. “Apa.
Awak ingat saya tak berani nak masuk dalam rumah awak. Okey. Fine! Saya ada kunci pendua. Sekarang
jugak saya masuk rumah awak.” Joe mula gertak. Mula panas hati dengan Mawar
yang tiba-tiba berangin satu badan. Dia tayang-tayangkan kunci pendua depan
mata Mawar.
Mawar cekak pinggang. Haaa..berani
sangatlah dia kan. Dia jelirkan lidah. Terus biarkan pintu kayu terbuka. Pusing
badan dan jalan masuk ke dalam bilik. Sambil itu mulut Mawar membebel.
Menjerit. “Awak beranilah bukak pintu
rumah saya dan masuk. Saya akan bawak
adik-adik saya pindah malam ni jugak. Berani?
Beranikanlah diri tu ya encik Joe oiiii!”
Joe sengih. Masukkan kembali kunci yang dikatakan pendua ke dalam
kocek seluar jeansnya. Ni kunci pintu apartmen sendiri. Bukan pun kunci rumah
awak Mawar. Saya saja je, Mawar.
Tengok awak setuju ke tidak nak ikut saya keluar cari lori 1 tan tu. Joe ukir
sengih. Hihi. Kelakar jugak tengok pipi Mawar pink sebegitu. Joe terus menjerit.
“Habis tu awak jadilah ya ikut saya ni?”
Mawar buka pintu almari. Pandang pintu bilik yang sedikit direnggangkan.
Dia pantas membalas soalan Joe. “Okey!”
Joe angkat kening. Herot bibir ke kanan. Senyum. Kacak. “Lori?”
Jeritannya menyusup masuk ke dalam gegendang telinga Mawar.
Mawar cari pakaian sesuai. Cukuplah t-shirt lengan panjang. Seluar
jeans pula warna biru. Mata melilau cari tudung sarung. Suara Joe ganggu lagi
sesi dia yang sedang memakai baju. Mawar campak sana dan sini t-shirt yang tak
menepati pilihannya. Dia kerutkan dahi. Adoiii,
apa kerja gila aku bawak lori 1 tan
ni. “Lori??”
Mawar gigit bibir bawah. Ah.
Joe ni memang tau. Suka paksa itu dan
ini. Pakai ikut cakap dia saja. Pilih apartmen pun bukan mahu bawa bincang. Mawar
menjerit kuat. Dari dalam biliknya, Mawar angguk. Menjerit kuat. Memantul terus
ke suaranya dalam gegendang telinga Joe. “Okey.”
Joe senang hati. Sengih lagi. Hati berdegup kencang. “Nasi ayam tu
awak setuju tak? Eh, saya malam tadi
pun mimpikan nasi ayam awak tau. Sedap. “ Joe memancing lagi hati Mawar supaya
setuju dengan rentaknya.
Suara Mawar menjerit membahagiakan jiwanya. Mawar jeling cermin
yang digantung dengan paku. Kerut lagi dahi sambil rasa nak cepuk Joe dengan
bantal. “Okey!!”
Bibir merah Joe ukir senyum. Serentak itu dia mula mengira. Bibir
bergerak bersama jarum saat. Joe lihat jam di pergelangan tangannya. Senyum
lagi. Tak sabar mahu keluar dengan Mawar. Haha.
Sepuluh. Sembilan. Lapan. Tujuh. Enam. Lima. Empat. Tiga. Dua. Dan dan….
Satu.
Joe pusingkan badannya pandang semula pintu kayu yang sedang
terbuka. Mawar dah tegak berdiri. Siap! Dia
senyum. Tarik nafas. “Haaa….tepat
kiraan saya. Sampai sepuluh awak dah siap!”
Mawar capai beg lusuhnya yang ada di atas kerusi rotan. Ambil
kunci di atas meja dan melulu cepat ke pintu besi. Sambil tangannya lincah
memasukkan kunci ke dalam lubang, kaki Mawar sarung sepatu hitamnya. Sengih
sambil pandang Joe. “Awak ni memang suka paksa saya itu ini. Okey, saya nak
tengok mana sangat lori 1 tan yang awak cakap tu. Macam nak percaya tak percaya
je tengok muka awak ni. Huh!”
Joe geleng kepala. Mawar memang suka membebel. Bebellah apa sahaja
Mawar, aku akan tadah telinga mendengar bebelanmu itu. Wah! Dia pandang Mawar
yang sedang mengunci pintu. Mereka sama-sama menarik pintu besi. Mawar masih
belum habis membebel. “Haaaa…lepas tu
awak jangan suruh saya terjun gaung. Kalau nak ajak saya terjun gaung kita
terjun gaung sama-sama. Heeee….saya
rasa awak dan baba dah gila agaknya memaksa saya bawak lori. Mana ada orang perempuan bawak lori, Joe!”
“Kenapa pulak tak ada?”
Sambil itu mereka terus melangkah. Hala ke arah lif yang sedang terbuka. Mawar
betulkan beg galasnya. Kaki terus hayun hey
hey hey beriringan dengan Joe. Mereka terus menyusup masuk ke dalam lif.
Mawar jeling lagi Joe. “Apa? Apa yang tak ada. Awak nak suruh muka
ni bawak lori?” Jari telunjuk Mawar
hala pipi sendiri.
Joe angguk. Lirik matanya terus ke arah bibir comel Mawar. Gulp!
Dia telan air liur. “Iyalah. Apa?
Apanya apa? Awak ingat tak ada orang perempuan bawak bas dan lori tangki. Awak sendiri yang cakap malam tadi yang
lori tangki pun awak boleh bawak. So, buktikan! Dengan saya!”
Mawar jelirkan lidah. “Bila pulak
saya cakap saya akan bawak lori tangki. Gila! Eee, awak ni gila tau tak.”
Lif terus tertutup. Joe tekan punat G. Darah terus mendadak turun
bersama lif yang membawa mereka. Joe terus bawa tubuh tingga lampainya dekat
dengan Mawar. Bulatkan mata dan serta merta tubuh Mawar melekat di dinding lif.
Eee, dia rasa macam nak cekik-cekik
Mawar yang kuat membebel dan suka mengalah ni. Malam tadi Mawar yang beria-ia
kata. Mawar ini nyanyuk apakah? Lupakah dia dengan perbualan mereka berdua
malam tadi. Huh!
“Awak cakap apa? Saya gila ya?” Joe mula nakal. Mula memerhatikan
wajah kalut Mawar yang sedang errr….errrr…errrr…
Geleng kepala. Tutup mulut. Mawar telan air liur. Tidak mampu dia
jawab. Sekali lagi lutut terketar-ketar. Apa pulak Joe sengal ni mahu buat dalam lif begini. Dia dongak. Memandang
wajah Joe yang masih mengharap dia menerima segala perancangan Joe dan baba.
“Awak macam letak harapan tinggi kat saya. Saya rasa macam saya tak mampu Joe. Saya
rasa macam berdosa terima segala bantuan awak, baba dan mummy. Ya, saya tak mampu Joe.”
“Sebab tu awak kata kerja ni semua gila. Sebab awak tak mampu?
Begitu?” Joe tarik nafas. Berdiri berhadapan dengan Mawar dan lihat Mawar yang
mula jarakkan diri antara mereka berdua. Mawar terus mencangkung. Memeluk
lututnya dan dongak pandang Joe yang masih setia menanti. Beberapa saat suasana
jadi hening. Kaku dan dingin. Mawar kesat air matanya. Entah tiba-tiba dia
langsung tidak ada kekuatan untuk mengikut kata-kata Joe. Semua perancangan Joe
dan babanya bagaikan tidak masuk akal langsung.
Bila lif terus terbuka, Joe terus menarik pergelangan tangan
Mawar. Mawar mengikut sahaja hayunan Joe. Dia tidak mahu semua yang mahu masuk
dan naik ke lif tertanya-tanya nanti. Buat apa pula dia harus bergaduh dengan
Joe hanya isu kecil ini. Dia kesat
hidung yang berbaki hingus. Kesat air mata dan langsung tidak sedar yang mereka
sedang berdiri di hadapan sebuah kereta. Joe peluk tubuh. Pandang dia dan
senyum.
“Okey, kejap lagi awak nangis. Masuk dalam kereta dulu okey?”
Mawar angguk lesu. Bawa beg lusuhnya bersama dan masuk terus ke
dalam kereta Joe. Entah kereta jenis apa, dia sendiri tak tahu. Dia tak pandang
apa-apa langsung dalam kereta Joe. Dia hanya tarik seat belt, hembus nafas dan mata hala ke arah jalan raya yang
semakin sesak. Matahari makin meninggi. Joe buka entah lagu apa pun dia tak
tahu. Kosong walau dia pernah dengar dan selalu menyanyi lagu berkenaan dalam
bilik air. Ah, kusut! Kusut benar fikiran dan jiwanya.
Joe mula beri tazkirah. Lembut sahaja suaranya. “Kalau awak tak
ubah nasib awak dan adik-adik awak, siapa lagi Mawar. Saya dan baba membantu
awak. Bukan balasan apa yang saya nak dari awak, Mawar. Kami membantu sahaja.
Ikhlas Mawar.”
Tubir mata Joe terbayang-bayangkan Mawar melambai-lambaikan
tangannya. Bersama lori 1 tan berwarna kuning. Ada sebuah meja dan nasi ayam
tersedia untuknya nanti. Oh, Mawar nampak gembira dengan senyuman di depan
mata. Dia mahu Mawar kuat seperti dalam impiannya sekarang ini.
Joe tarik nafas. Sambil bawa kereta dia menjeling Mawar yang dah
jadi batu dan kayu. Diam sahaja dia mendengar bebelan Joe. “Fikirkan emak awak kat hospital. Adik-adik
awak yang sekarang semua nak ambik
peperiksaan. Kalau awak terima bantuan pertama kami ni. Kelak, awak bayarlah.
Kami tak minta bungapun Mawar. Sikit pun tak. Awak kena buktikan dengan baba
dan mummy yang awak boleh buat. Emak
awak mesti suka kan kalau awak bantu adik-adik dan tak harapkan duit papa
Eriana lagi. Kalau betul awak tak nak harapkan juga duit bantuan kami
sekeluarga, inilah masanya untuk awak buktikan. Bawa lori, berniaga bukan
halangan untuk awak, Mawar.”
Joe menjeling. Dia telan air liur. Serentak itu air mata Mawar
gugur. Membasahi pipi. “Kalau awak usaha, Allah akan bayar usaha awak tu. Saya,
Param, Din dan Siva akan bantu sampai awak berjaya. Awak kena bangun dan
berdiri sendiri. Kalau betul awak tak nak emak awak yang sakit kat hospital tu
baba dan mummy yang tanggung
perbelanjaannya, awak kena buktikan yang awak mampu. Okey ya Mawar?”
Sekali lagi Mawar tarik hingus. Menangis lagi sampailah akhirnya
Mawar offkan radio canggih Joe. Joe
terkesima. Dia senyum sendiri. Kelakar betul si Mawar ni. “Lagu Kaka feat Zizan ni best. Rasa macam nak suruh awak bawa je saya lari dan pergi jauh-jauh dari sini.” Mawar jeling Joe. Dia
dah tahu siapa penyanyi lagu yang masuk ke dalam gegendang telinganya. Mawar
mula mengawal degup jentung. Mula menarik nafas dan mula berfikir untuk
kenyataan hidup yang sedang dia hadapi. Suara Joe menasihati terapung-apung
dalam minda dan fikirannya.
Joe sengih. “Awak nak suruh saya bawa awak pergi mana?”
Mawar herot bibir ke kiri. Fikir dua tiga kali. “Hong Kong!”
Joe ketawa tak ingat dunia. Kahkahkah.
Mawar ni memang kelakar. Tawanya bersisa sampai akhirnya Mawar bawa beg
lusuhnya dan hempuk ke peha Joe. “Ketawa pun janganlah sampai keluar air mata.
Dah-dahlah! Suka tau ketawakan saya!”
“Jadinya awak setujulah ni. Ya?” Joe duga lagi. Suara capai oktaf
sederhana. Memujuk Mawar yang sedang sejuk hati dan jiwanya. Mata melirik lagi
bibir merah Mawar. Gulp. Sekali lagi dia terpesona. Argh!
Mawar angguk. Senyum. Pandang jalan raya dan tarik nafas. “Okey.
Seperti biasa jawapan saya okey.”
“Okey. Bagus. Ni yang buat sayang saya kat awak banyak-banyak ni!”
Mawar toleh. Pandang Joe dan jelirkan lidah. “Gila!”
Dan mereka tertawa. Bahagia. Mawar kesat lagi pipinya yang masih
basah. Suara Joe terus buat Mawar berada dalam keadaan trauma. “Iya. Gila pun gilalah. Kalau awak nak
cakap saya gila sepuluh kali ke seratus juta kali ke saya tak heran pun. Tapi saya tetap akan kata
saya sayang awak banyak-banyak!”
Mawar terkedu. Buat tak tahu sahaja dengan Joe yang selalu buat
jantungnya berdegup bagai nak gila. Kereta Joe terus berdesup. Laju dan
enjinnya turut sama hangat sama dengan hati Mawar kala ini. Isk, kalaulah
kan..kalaulah kan Joe ni betul sayang dengan Mawar, apa yang akan terjadi
dengan dunia Mawar ya? Dunia akan terbalikkah? Pelangi akan berubah warnakah?
Awan akan berubah warnanya menjadi kuning dan hijaukah?
***
Mawar cekak pinggang. Pandang Joe yang matanya sedang melilau
melihat lori 1 tan. “Awak nak suruh saya bawak
lori ni? Serius?”
Angguk. Ukir senyum untuk Mawar. “Iyalah.”
Spontan jawapan dari bibir Mawar. “Gila!” Gelengkan kepala.
Joe tarik lengan Mawar. Tolak badan Mawar masuk dan duduk dalam
kerusi lori. Dia pandang wajah Mawar. “Apa pulak
gila? Malam tadi awak yang cakap jangan pandang awak sebelah mata. Lori tangki
pun awak kata awak boleh bawak. Kan?
Kan?”
Mawar gigit bibir. Malam tadi? Lori tangki?….ahhh….Joe ni. Dia jeling Joe. “Okey. Okeylah. Saya nak lori ni.
Bos!” Mawar pandang Jackie yang sedang memerhatikan mereka.
“Yes cik adik manis.”
Jackie segera angkat tangan.
Joe di luar sengih lagi. Angkat kening pandang Mawar yang sedang
gigit bibir. Agaknya mesti Mawar sedang fikirkan perbualan mereka malam tadi. Haha. Mawar-Mawar. “Okeylah. Saya confirm sewa lori ni.”
“Barulah confirm menjadi
kekasih hati beta.” Joe mengekek ketawa.
Keh keh. Joe ketawa dalam hati. Mawar nampak comel dalam lori 1 tan ini.
Comel dan cantik sahaja di matanya. Hahaha.
Dia kenyitkan mata. Untuk Mawar dan selepas ini dia akan bawa Mawar pergi. Ke
mana sahaja seperti yang Mawar pinta.
Tekan 'like' itu comel. Hehe
Tekan 'like' itu comel. Hehe
cute je. hihi. nanti mesti lagi best bila mawar dah panda bawak lori dan joe akan teman mawar. kan?kan?
BalasPadambetul cakap Joe tu.... #^_^
BalasPadamMawar yang cute dan joe yg gila.....gila kan mawar..hehehe.....
BalasPadamklakar la diorang bdua nie,,
BalasPadammesti cute kan mawar bwk lori..hihi
moga mawar terus tabah...mawar boleh!!!
BalasPadammemang cute sngt kalu mawar bawak lori...hehe.serius joe neh mmg gila,tp pikir blk lojik gak pempuan bawak lori..gud idea joe,akak sokong u..
BalasPadam