Awak nak suruh saya bawak lori ni?
Iyalah.
Gila!
Apa pulak gila? Malam tadi awak yang cakap jangan pandang awak
sebelah mata. Lori tangki pun awak kata awak boleh bawak. Kan? Kan?
Malam pekat. Mawar tarik langsir bilik. Badan rasa nak tercabut
lepas selesai mengemas rumah. Adik-adik dah tidur. Entah belajar atau tidak,
dia tak pasti. Biarkan adik-adik dengan agenda masing-masing. Kenanga dan
Melati nampak gembira sungguh dengan rumah baru. Tak bersempit-sempit. Tak kongsi
barang-barang dengan Tuah dan senang mereka nak duduk terperap dalam bilik.
Tuah pun punya bilik sendiri.
Untuk bulan pertama ini, alas tidur hanya tilam nipis sahaja. Dia dah
pesan banyak kali dengan adik-adik agar gunakan apa sahaja yang ada. Semua mengerti
dan memahami. Sudah biasa hidup susah dari dulu. Cuma Kenanga selalu
memberontak. Mahu itu dan ini dengan cepat. Sudah mula tunjuk taring lagak
orang kaya. Baru duduk dalam apartmen begini, dah minta macam-macam. Kalau lambat
sikit diberikan duit untuk membeli buku rujukan, Kenanga sudah masam muka. Hempas
pintu dan duduk dalam bilik. Mogok lapar sampai dia susah hati.
Tuah jadi meriam. Perang besar tadi dengan Kenanga. Ah, adik
beradik pun akan bergaduh begini kan? Inikan pula orang lain. Darah yang
mengalir sama jenisnya pun akan perang mengalahkan Palestin dan Yahudi. Mawar
hanya diam. Geleng kepala dan suruh Melati yang pujuk. Dia akan usahakan wang
membeli buku rujukan untuk Kenanga secepat mungkin.
Tapi tadi dia terdengar suara Kenanga, “Ala, suruh je lah kak
Mawar tu pinjam duit abang Joe. Kalau apartmen ni dia boleh dahulukan duit dia,
pinjam je dulu untuk belikan Kenanga buku rujukan tu. Bukan susah pun. Kak
Mawar asyik suruh sabar je! Lusa Kenanga nak guna buku tu. Lusa tau tak?”
Mawar gigit bibir bawah. Dia buka laci plastik. Duit yang Joe
berikan ini sah-sah untuk Tuah. Yuran SPM Tuah. Baki sedikit ini untuk belanja
adik-adiknya naik bas ke sekolah. Beli beras itu ini, sudahnya baki untuk
membeli susu emak di hospital. Mencukupi. Kenanga..sabarlah dik. Sabar. Kak
Mawar cuba sedaya upaya selesaikan semua belanja untuk Kenanga.
Perit sungguh melayan karenah adik-adiknya. Dia harus pupuk hati
yang sabar selalu. Tenang mengemudi rumah dan entah bila dia harus memikul
tanggungjawab sebagai emak dan ayah kepada adik-adiknya.
Sambil renung beberapa not wang kertas, Mawar melakar jadualnya
sendiri. Masih memikir-mikir apa perlu dia lakukan untuk esok hari. Bertemu Eriana,
jauh sekali. Sahabatnya itu sudah membuangnya jauh-jauh dalam hidup. Keluarga Eriana
juga.
Buntu kan. Buntu betul mahu mencari kerja dan membayar semua
hutang piutang Joe sekeluarga. Dia tak mahu ditaburi wang dan harus membayar
seperti mana Eriana lakukan terhadapnya. Sudah-sudahlah hidup dikongkong orang
lain. Joe pun dah pesan banyak kali, “Awak kena bangkit Mawar. Apa awak ingat
semua orang yang pegang degree,
diploma dan sijil berhelai-helai boleh berjaya? Orang yang tak habis belajar
macam awak ni akan gagal sampai mati?”
Mawar terus masukkan duit dalam laci. Rebahkan badan atas tilam
nipis. Tepuk-tepuk bantal dan kepala terus menjunam ke bantal. Ah, leganya
dapat tidur kan? Lampu masih dibiarkan terpasang, mata terkebil-kebil pandang
syiling bilik. Esok…apa aku akan buat esok hari ya? Mawar terus berfikir.
Mawar pusingkan badan ke kiri. Pandang telefon bimbitnya yang
menyala-nyala. Macam biasa, bunyi paling lapuk kring kring menjengah gegendang telinga. Serentak itu, dia bangun
dan pandang telefon. Eh, Joe? Eeee..mamat
sengal ni suka betul kacau jantung dia. Tak habis-habis nak mengusik. Mawar
pandang telefon tanpa tekan punat. Sampai bunyi kring kring diam. Dia sengih. Mesti Joe bengang tahap lapan belas
sebab dia tak angkat telefon. Kan?
Satu SMS masuk. Dari Joe. Mawar juihkan bibir. Terus bersila. Baca
SMS Joe. Kalau tak angkat phone, saya
ketuk pintu rumah awak sampai roboh!
Eh-eh dia ni! Sesuka oren
saja suruh kita ikut cakap dia.
Sekali lagi, kring kring.
Joe ni memang betul-betul suka mengacau. Huh!
Mawar terus lunjurkan kaki. Letak telefon kat telinga. Bahu jadi teman. “Haaaa…bolehke awak nak robohkan pintu
rumah saya ni? Perasan kuat!”
Suara Joe ketawa meletus di hujung telinga. Mawar turut sama
ketawa. “Apesal awak ketawa?”
Joe senang hati. “Iyalah,
saya ketawa sebab akhirnya awak angkat telefon. Baru gertak sikit dan angkat. Hehe.”
“Haaa…saya nak tidurlah.
Mengantuk ni.” Mawar gosok-gosok mata. Buat-buat lupa dengan adegan teman tapi
mesra Joe petang tadi. Habis-habis, Tuah jadi penyelamat sebab datang ke dapur
dan Joe mujur juga tak tersungkur jatuh akibat ditolak kuat oleh Mawar.
“Esok buat apa?” Joe mula bertanya. Susun strategi untuk Mawar. Tadi
dia bincang dengan baba. Baba setuju. Puas hati dengan perancangan dia. Malam
ini dia mahu Mawar setuju dengan perancangannya meski Mawar tak duduk dalam
perbincangan mereka anak beranak.
Joe pandang syiling biliknya. Mana agaknya kedudukan tilam atau
katil Mawar ya? Dia mula nakal. Gigit bibir sambil fikirkan Mawar mungkin
sedang berbaring sambil melayannya dalam telefon. Hihi.
“Esok?” Mawar gigit bibir. Apa yang akan dia buat esok dia pun
masih blur-blur ayam. “Sedihnya kan,
esok semua kawan-kawan dengan kelas. Belajar, pergi library, makan kat café. Saya?” Mawar luah masalah lagi kat Joe.
“Bawak lori!” Serentak
itu Joe ketawa.
Eeee…sengal! Memang jahat betul Joe ni. Menyakat tak habis-habis. “Amboi-amboi.
Apa? Awak ingat saya tak boleh bawak
lori. Lori tangki pun boleh. Setakat kereta manual tu, berdesup saya boleh bawak tau tak? Jangan pandang saya
sebelah mata tau!”
Joe senyum. Suara Mawar ceria begini yang dia suka. Dalam
bersedih, Mawar tetap gembira. Mawar tak pernah tunjuk yang dia tak mampu
berdiri. Dia tahu, Mawar segan sudah dengan dia. Mawar kalau boleh tak mahu
lagi terima bantuan dari dia.
“Eh Mawar, saya serius ni. awak bawak lori. Nak tak?” Joe mahu kepastian lagi. Suka benar dia
mendengar suara gelabah Mawar.
“Gila! Awak kalau nak suruh saya bawak lori, kerja apa yang saya boleh buat? Lesen E pun tak ada
lagi.” Mawar garu kepala yang tak gatal.
“Awak dah ada lesen kereta kan?” Tanya lagi sampai Mawar setuju. Kahkah.
Angguk. “Ya. Dah ada. Itupun dulu papa Eriana yang paksa ambik. Sebab wajib teman Eriana, hantar
pergi dan balik Eriana ke tempat dating dia.”
Mawar ligat berfikir. Apa lagi rancangan Joe ini.
“Esok awak ikut saya.”
“Eh, nak pergi mana?” Garu kepala lagi. Rasa nak tarik telinga
Joe.
Joe ketawa. “Ambik lesen
E. Pergi kelas teori. Proses leses L awak. Belajar bawak lori. Lepas tu ambik
ujian praktikal JPJ sampai lulus. Okey?”
Mawar terkebil-kebil. Angin malam semakin memeluk dirinya dan dia
mahu segera tidur. Mengantuk, penat dan dia mengiyakan sahaja saranan Joe. Tak masuk
akal sungguh! “Iyalah. Saya setuju. Entah
awak ni gila agaknya suruh saya ambik lesen bawak
lori. Awak, saya mengantuk ni.”
“Habis tu awak setuju lah ni?” Joe gelengkan kepala.
“Iyalah. Iyalah. Saya setuju.
Saya mengantuk sangat ni!” Mawar dah rebahkan kepalanya di atas bantal. Mata dah
lelap. Beberapa inci lagi matanya akan tertutup.
Joe terus membebel. Suka sangat dia sebab Mawar dah setuju dengan
plan A baba dan dia. Menjadi akhirnya. Mawar harus bangkit dari ditindas. Mawar
harus dibantu. Anak-anak melayu kata baba, perlu diberikan suntikan semangat,
sokongan, modal dan kebajikan untuk membangun membina diri. “Dalam masa sebulan
awak ambik lesen, saya dan baba akan
uruskan apa yang perlu awak buat. Ikut saja apa yang saya dan baba rancangkan. Okey?”
Layu sudah mata Mawar. Kuyu. “Hmm…okey.”
“Lusa kita pergi pilih lori 1 tan untuk awak. Mummy pun kata nasi ayam awak sedap sangat-sangat. Saya plan nak suruh awak masak nasi ayam
dengan bawa lori dan gunakan tapak kosong kat bawah pokok seksyen 9, Bandar
Aman Ria tu. Masak sup, nasi, goreng ayam semua kat situ. Rempah ratus siapkan
kat rumah. Haaa…dalam lori semua
lengkap dengan meja plastik, kerusi plastik, tong gas, kuali, sudip, senduk. Tapak
tu kita sewa. Meja, kerusi semua boleh saja letak kat situ. Okey tak plan saya
dan baba ni.”
“Hmmm…okey.” Mawar entah
dengar tak dengar saja perancangan Joe.
“Modal baba akan keluarkan dulu. Nanti bila dah dapat keuntungan,
awak bolehlah bayarkan balik pusingan modal tu? Okey kan? Lori kita sewalah
dulu. Baba pun kata, nak tengok sejauh mana awak mampu dapatkan kembali
pusingan modal.”
Mawar dah lelap. Tidur sudah. Bibir masih jawab, “Okey…”
“Suka tak idea saya ni?” Joe senang hati. Tapi suara Mawar makin
sayup-sayup dari telinganya.
Joe kelip-kelipkan mata. “Awak?” Joe senyum sambil bukak telinga besar-besar mendengar
suara Mawar berdengkur. Hahahaha.
Buruk benor anak dara ni berdengkur!
Joe terus ketawa.
“Awak dah tidur ya?” Hahahaha.
Joe ketawa berdekah-dekah sambil dengkuran halus Mawar terus masuk ke dalam
gegendang telinganya. Comel.
Joe tarik nafas. Hembus perlahan-lahan. Rebahkan kepala ke bantal
empuknya. Penghawa dingin rasa semakin serasi. Dia rasa bahagia mendengar suara
Mawar sebegini. Apa yang dia bincangkan tadi adakah didengari dengan jelas oleh
Mawar? Joe gelengkan kepala. Buat buang air liur saja Mawar ni. Joe garu
kepala. Sekali lagi dia ketawa sambil dengkuran halus Mawar membuatkan dia
terpesona.
“Awak…” Joe masih memanggil Mawar. Tidak berjawap.
“Mimpikan saya ya.” Joe senyum lagi. Dia mengharapkan Mawar
menemani perbualan dan mendengar perancangannya. Tapi Mawar dah tidur dengan
berdengkur, Joe! Joe gigit bibir sambil bawa badannya ke kanan. Ukir lagi
senyum. Ukir senyum sampai ke bintang. Mawar ini sengaja tidur ke?
“Awak…nanti awak bawak
lori mesti comel!” Joe berbisik lagi. Hampa. Fikirnya, Mawar sengaja buat-buat
tidur dan berdengkur. Tapi Joe, saat ini betul-betul Mawar sedang tidur. Cet!
Joe sebelum lelapkan mata berbisik, “Awak, saya doakan awak bawak lori dengan comel, jual nasi ayam
sampai berjaya jadi kaya ya!”
Joe sempat senyum. Mendengar lagi dengkuran halus Mawar. Mesti Mawar
penat sangat sampai tertidur begini. Dia berbisik lagi. Harap-harap Mawar tak
dengar suaranya. “Lepas kaya, awak dah bayar hutang baba, awak kahwin dengan
saya ya?”
“Gila!” Opocot mak kau! Suara Mawar menerobos masuk ke dalam
gegendang telinga. Joe terus offkan
telefon. Hampir dia terlompat! Huh,
dia ni mimpi ke apa sampai sebut aku gila? Joe pandang telefon sendiri. Ketuk
dahi dengan telefon pintarnya.
Joe akhirnya senyum. Sampai ke telinga. Dia geleng kepala. Meski mengantuk,
dia masih tahan matanya dan pandang ke atas. Biliknya sekarang adalah sama
dengan kedudukan bilik Mawar di atas. Mawar, o Mawar!
Entah jam berapa, dia terus tertidur. Mahu mimpikan Mawar. Bawa daku
pergi dalam mimpimu Mawar.
Tekan 'like' itu comel. Miahaha.
Tekan 'like' itu comel. Miahaha.
boleh tak nak request cepat citer nama dia joe ni. kelakar betul comel je mawar dan joe ni. hilang stress baca. adoi, mar sambung lagi.
BalasPadamSalam. Kenanga nie dah nampak ciri2 "bak kacang lupakan kulit". Mawar dok susah payah nak bg adik2 hidup boleh lak dia byk songeh. nampak gaya cam Kenanga bakal timbulkan byk masalah nih. alahai.
BalasPadamcomel nya Joe ni....
BalasPadamMawar gadis yg tabah....
like it ngan 2 watak ni....
~Kak saZ~
Cik Mardihah,..like 14 juta....memang comel la joe ngan mawar ni...
BalasPadambaik n sweet perangai joe neh..kalu dah cam tu care kat mawar n family,akak rase sesuatu harus joe wat...tapi dek akak senyum dah lebih empat belas juta neh....
BalasPadamTengah membayangkan macam mana Mawar bawa lori dan jual nasi ayam....hehehe #^_^
BalasPadamhahaha..Ape lah joe ni :D dah dapat gila..
BalasPadammmg comel joe ngn mawar..
BalasPadamagk2nye joe mimpikan mawar x?haha
sgt kelakar la diorg ni....bc smbl ketawa!
BalasPadamBest! Best! Tapi adoiii aiii... banyaknya bab ahkak terlepas. Ni baru habis baca bab 13! Busy tahap gaban mengganggu jadual pembacaan...keh keh keh
BalasPadam