Mawar. Setiap kali saya buka mata hanya wajah kamu yang
selalu bermain di hujung mata.
Mawar keluarkan buku yang diberikan oleh Joe. Siap sebuah buku panduan
untuknya berniaga. Hek eleh dia ni.
Beg lusuh dicampak ke tepi. Selepas selesai tandatangan perjanjian menyewa lori
1 tan dengan Jackie dan selepas mengikut perintah Joe ke JPJ dia dan Joe
bergegas pula melawat emak di hospital.
Semuanya selesai dalam tempoh satu hari. Esok, dia akan mula
belajar bawak lori. Mawar tarik nafas
sambil mengira-ngira tempoh bila sebenarnya dia akan mula berniaga. Letak ke
tepi buku catatan Joe dan berdiri memandang kalendar yang tergantung di
dinding. Mawar garu kepala. Gigit bibir dan kemudian dia bersila di atas tilam
nipisnya. Mawar kembali mengambil buku catatan Joe. Buka sahaja buku, dia terus
memerhati tulisan Joe.
Mawar ukir senyum panjang. Sampai ke telinga. Geleng kepala dengan
telatah Joe. Matanya tala ke tulisan Joe. Kerut dahi sambil bibir senget ke
kiri.
1)
Esok Jam 9 pagi jangan lupa
pergi kuliah memandu lori. Kursus teori dan amali. Pastikan lulus okey. Sampai dapat
lesen L. Tempoh masa diberi 2 minggu je.
2)
Bawak lori dan cikgu tu bukan
garang mana pun. Belajar bawak sampai
pandai. Okey?
3)
Ujian praktikal dengan JPJ.
Abang JPJ tu orang. Bukan gorila nak makan awak. Pastikan LULUS. WAJIB!
4)
Esok mula jam 5 petang,
saya, Din, Param, Siva, Julia dan Hanita akan serbu rumah awak. Buat nasi ayam
sampai kami semua kata best. Kalau tak best, ulang buat sampai kami semua kata
best.
5)
Senaraikan semua bahan yang
perlu dibeli. Bahan kering. Contoh : tong gas. Pinggan plastik. meja plastik,
sudu, garfu dan lain-lain.
6)
Minggu depan kita pergi carik supplier ayam, daun salad, timun,
tomato, beras dan lain-lain. Cik Mawar yang manis, sila senaraikan juga ya.
Jangan tunggu saya tanya.
7)
Sebulan semua kena settle.
8)
Bulan depan. Januari 2012,
awak mesti dah mulakan bisnes Nasi Ayam Mawar. Ya atau tak. Wajib.
9)
Dah kaya, kahwin dengan
saya. Ops! ;)
Mawar mengekek ketawa. Kelakar betul Joe ni. Dah kaya, kahwin
dengan dia? Gila! Selalu sangat ajak aku kahwin dengan dia. Joe ni, mana nak campak si Suri jelitanya itu. Dalam
poket seluar jeans ke? Hik hik.
Mawar selak belakang helaian berikutnya. Ada sampul surat tebal. Dia
buka. Perlahan-lahan. Dan not seratus ada seratus keping. Mawar ternganga. Sepuluh
ribu? Dia engsotkan punggung ke belakang. Hampir tak percaya dengan wang yang
ada di depan mata. Joe beri dia duit sebanyak ini? Begitu mudah? Apakah?
Ada sekeping nota juga terselit di dalamnya. Modal. Belanja pergi balik ke kelas bawak lori. Baki simpan di dalam
bank. Okey cik adik manis? Mawar telan air liur. Masukkan duit ke dalam
sampul. Permintaan Kenanga bermain-main dalam kepala. Dia boleh dahulukan duit
berkenaan untuk Kenanga. Mawar terus capai beg lusuhnya. Mencari telefon bimbit
dan mencari nama Joe.
Kring kring. Lima enam kali. Tak berangkat. Mana pulak Joe ni? Mawar rasa nak
menangis. Entah kenapa rasa sebak kerana kebaikan Joe dan keluarganya. Mawar
pandang lagi buku nota dari Joe dan sampul surat tebal yang berisi not seratus
itu. Ah, kusut! Rasa macam terhutang nyawa dan budi.
Dia cuba lagi menelefon Joe. Dia dan Joe sekarang dah ibarat
sahabat baik. Ibarat adik beradik. Ibarat juga irama dan lagu yang tak boleh
dipisahkan. Kring kring. Masih tak berangkat. Mana pulak perginya Joe ni. Tidurkah?
Mawar terus bangun menuju ke tingkap biliknya. Buka tingkap dan
pandang kaki langit yang cantik. Biru dan putih. Tarik nafas dan kemudian
telinganya menangkap bunyi telefon. Mesti Joe. Dia pantas hayun kaki capai
telefon. Sengih dan tekan punat hijau.
“Tidur ke?”
Joe senyum. Kesat rambutnya dengan sehelai tuala. “Saya baru
keluar bilik air. Mandi. Haaa…rindu
saya erk?” Joe ketawa.
Mawar berdiri kembali di tingkap. Pandang kaki langit. “Tak. Saya tak
akan rindu dengan awak Perasan!”
Joe sambung ketawa. Bersisa dan duduk di atas katil empuknya. “Dah
bukak buku nota saya tu?”
Angguk. “Iyalah. Saya dah bukak. Tapi sampai sepuluh ribu. Banyaknya
awak. Lepas tu semua senarai kerja tu saya kena buat dalam tempoh sebulan
sahaja. Awak gila ya?”
Tangan sebelah Joe sekali lagi gosokkan tuala ke rambut. Dia senyum.
Angguk. “Ala, ambik je dulu. Baki simpan dalam bank. Esok jangan lupa ya. Petang kami
semua datang rumah awak dan siapkan nasi ayam. Kalau yang dulu saya bagi 5
markah saja.”
Mawar bulatkan anak mata. “Eh, awak kata nasi ayam saya tu sedap. Siap
mimpi lagi. Kenapa lima markah saja. Lima dari berapa?” Dia tak puas hati.
“Dari sepuluh. Mawar, sebagai seorang pelanggan saya kenalah nak
nasi ayam yang sedap. Yang awak buat hari tu memang sedap. Sedap sangat-sangat.
Cuma awak kena bagi dia power sampai saya letak markahnya sepuluh. Okey?”
“Hei, saya bukan cheflah. Kalau nak sepuluh markah, buat sendiri.”
Mawar terus letak telefon. Eee, sakit
hatinya. Dia letak lima markah saja. Sudahlah makan nasi ayamnya dulu
bertambah-tambah. Lima sahaja. Penipu betul. Perut ular sawa! Huh!
Selang lima minit kemudian, telefonnya berbunyi lagi. Joe. Joe
yang sengal. Joe yang selalu buat dia marah. Kadang-kadang Joe selalu buat
darah mendidih dan marahnya meluap-luap betul dengan Joe. “Awak…” Suara Joe perlahan. Kali ini dia mahu
berbincang dengan Mawar. Mahu Mawar bina keyakinan diri. Dia bukan sengaja mahu
buat semua itu. Dia dah habiskan masa telefon sana sini untuk membantu Mawar. Sampaikan
assignmentnya tak siap-siap lagi.
Mawar hembus nafas. Rasa berat betul nak jalankan misinya esok
hari. Joe ni banyak betul songehnya. Suara lembut Joe buat dia berfikir lagi. “Mawar,
janganlah macam ni. Saya dah habiskan banyak masa untuk bantu awak. Saya serius
dan saya mahu awak serius juga. Perkenalan kita ni ada hikmahnya dan dah memang
kami semua ikhlas nak bantu awak. Janganlah tolak dan buat yang terbaik. Awak baik
kan?” Joe atur pernafasan.
“Sekejap lagi saya nak sambung
study dan saya kena siapkan assignment
saya. Din dah bising sangat kat saya sebab partnernya
ni selalu sangat bagi alasan. Dari saya kena marah dengan Prof Malik, baik awak
bagi saya ketenangan dulu. Please.”
Mawar gigit bibir. Timbul rasa simpatinya terhadap Joe. Suara Joe
tembus lagi ke dalam telinganya. “Ikut apa sahaja perancangan yang saya dah
tulis. Esok, pergi bank dan pergi kelas memandu. Okey?”
Entah kenapa Mawar terus angguk. Menerima arahan Joe. “Okey. Esok saya
buat semua yang awak suruh.”
Joe senyum. Hatinya dah kembali stabil. Mawar dah bulat hati
menerima rancangan dia dan baba. “Okey, awak rehat. Mandi dan sambil saya study awak kat atas planlah apa yang patut. Saya percaya kat awak seratus peratus dan
kemudian tidur. Esok kalau saya lapang sikit, saya join awak belajar bawak
lori. Okey?”
Mawar ketawa. Dia senang hati. Dengar penjelasan Joe dan nasihat
Joe buat resahnya terbang pergi. “Terima kasih ya awak. Emmm…sebelum saya letak telefon saya nak tanya awak satu soalan. Boleh?”
Joe jungkitkan kening. Sengih. “Apa. Soalan apa. Tanyalah.”
Mawar terus capai buku nota dari Joe. Buka helaian pertama. Garu pipi
yang gatal. “Nombor Sembilan ni betul ke?”
Tawa Joe meletus. Terbahak-bahak dia ketawa. Angguk. “Macam biasa.
Saya simpan Suri dalam kocek seluar jeans saya. Awak sudi ke nak kahwin dengan
saya?” Hahaha. Joe ketawa lagi.
“Tunggulah saya kaya. Kalau kayalah. Okey?” Mawar menawarkan diri.
Kalau kaya ya Joe. Jangan nak perasan.
Joe terus matikan suara Mawar.
“Kalau boleh esok kahwin pun saya setuju. Dengan awak!” Joe terus letak telefon. Offkan telefon dan sengih macam kerang busuk. Joe ketawa lagi dan
rebahkan tubuhnya ke atas tilam empuk.
Dan Mawar buat muka sepuluh sen. Herot bibir ke kanan. Pandang
telefon yang perbualannya tadi ditamatkan terus oleh Joe. Mawar geleng kepala. Cuma
satu perkataan seperti biasa keluar dari bibirnya. “Gila!”
***
Sebulan.
Dalam tempoh sebulan dia ada. Mawar bawa lori sibuk dengan ujian praktikal, dia
duduk memerhati. Joe setia menunggu dan memberi semangat kepada Mawar. Joe dan
kawan-kawannya sentiasa ada memberi dia peluang untuk berjaya. Sampai akhirnya,
Joe suruh cikgu driving school turun
dan dia yang duduk di sebelah ketika Mawar sedang belajar bawa lori. Ah, Joe
menerbitkan rasa sesuatu dalam jiwanya. “Kalau awak langgar pagar tu. Dengan saya-saya
kiok. Haaaaaa…jalan!”
Kala
hujan atau panas. Joe akan menemaninya. Bawa beg dan buku-buku pelajarannya.
Cuma waktu ribut sahaja. Mawar ingat detik indah itu. Dua kali dalam
sebulan itu ribut melanda kawasan ujian praktikal memandu. Dalam tempoh itu
mereka berlari-lari dalam hujan. Kebasahan. Riang ketawa sambil titis-titis air
hujan membasahi pipi dia dan Joe.
Mawar
senyum. Sebulan itulah bulan-bulan indah dan bulan hubungan mereka bertambah
erat. Dalam erti kata lain, intim! Bersatu sebagai sahabat dan teman rapat.
Kalau Joe makan aiskrim dia pun turut sama akan makan aiskrim. Bertukar perasa
dan dia akan makan sama-sama dengan Joe. Mereka ke sana dan ke mari bagi
menjayakan misi Mawar menjual nasi ayam. Allah permudahkan. Allah Maha
Segalanya. Kan?
Mawar
letak jemarinya ke bahagian kiri. Jantungnya berdegup lagi. Pandang Joe yang
sekarang sedang berbual dengan Din. Ketawa Joe segera melekat di hujung mata
dan meresap ke dalam jiwa. Mawar, kenapa dengan Mawar kala ini ya?
Mawar
berdiri sambil tarik nafas. Dia pandang nasi ayam untuk percubaan terakhir Joe
dan kawan-kawannya. Rumah dipenuhi lebih kurang sepuluh orang kawan-kawan Joe. Ramai.
Kenangan lewat dia belajar memandu menggamit naluri keperempuanannya.
“Tuah
rasa abang Joe tu sukakan kak Mawarlah. Serius tau!” Suara Tuah menghantar
seluruh jiwanya bersatu. Joe sukakannya? Benarkah Joe sukakan Mawar? Mawar
terkebil-kebil sambil pandang nasi ayam yang siap. Terhidang di atas meja. Joe
makan roti, dia akan makan roti yang sama dengan Joe. Bukan sahaja Joe hulurkan
kepadanya. Tapi Joe siap suapkan roti ke dalam mulutnya. Mula-mula anak matanya
memandang Joe. Gila apakah Joe ini? “ Haaaa…bukak lah mulut awak besar-besar Mawar
oi. Saya suapkan. Sedap roti ni. Siap dengan inti coklatnya. Kalau saya lapar,
makan roti ni pun dah cukup untuk saya. Makanlah!”
Ngap! Joe selamba sahaja menyuapkan roti masuk ke dalam mulut Mawar. Detik
itu dan sampai ke hari ini apa yang Joe makan, dia akan ingat Mawar. Kalau Joe
duduk di padang rumput yang luas menghijau di kolej, Joe akan bawa Mawar
temaninya. Telefon Mawar dan paksa Mawar datang untuk menemaninya.
Duduk di hujung padang. Berdua. Kalau selesai sahaja Mawar uruskan
urusannya dengan supplier ayam dan
Jackie, berlama-lamalah mereka duduk di situ. Ada pohon rendang yang meneduhkan
mereka berdua. Ada hamparan tikar yang siap dibawa oleh Joe. Cukup empat roti
coklat gardenia dan empat kotak air kegemaran Joe. Air kotak coklat mesti ada
dalam begnya.
“Awak…” Suara Joe tembus lagi dalam mindanya. Mawar pandang Joe
yang sedang galak berbual dengan Din. Tuah setia menemani kawan-kawan abang
Joe. Dia gembira dengan kakaknya yang esok akan memulakan jualan nasi ayamnya
dengan sebuah lori 1 tan. Semuanya selesai dalam masa sebulan.
Mawar terkebil-kebil sambil kenangan indah terlayar di depan mata.
“Iya. Haaaa…awak nak cerita apa hari ni?”
Suara garau Joe mengisi kotak memorinya. Detik ini terlayar lagi. “Saya
rasa saya tak bahagia dengan Suri. Saya tak sehappy sekarang ni.”
“Kenapa?” Mawar toleh pandang Joe.
Joe jungkitkan bahu. Suakan air kotak yang dia minum ke Mawar.
Mawar ingat detik itu. Bersatu lagi dalam cepu mindanya. Dia ambil air kotak
Joe dan minum. “Saya entahlah. Saya rasa
happy berdua dengan awak macam ni. Saya bahagia kawan dengan awak. Pendek kata,
jadual hidup saya mula rasa berbunga-bunga semenjak awak jadi jiran saya. Semenjak
kita kongsi makanan sama-sama dan semenjak pertemuan pertama kita.”
Erk! Mawar kaku. Telan air liur.
“Awak…”
“Ya…”
“Kalau saya cuba untuk lupakan Suri. Awak okey tak?”
Mawar hembus nafas. Sukar baginya berdiri tegak bila teringatkan
kenangan itu. Kata-kata Tuah melayang-layang lagi. Adeiii…gila dibuatnya jantung ini bila Joe ada. Haru biru salur
darah ini kalau Joe datang dan ukir senyum kacaknya itu.
Nasi ayam dibawa ke depan. Joe dan kawan-kawan menanti dengan
perut masing-masing sengaja dikosongkan. Hanya untuk nasi ayam Mawar. Joe
pandang Mawar. Akhirnya. Sebulan lamanya perancangan akan tertunai dan
berbayar.
“Hari ni aku gerenti nasi ayam ni markahnya sebanyak sepuluh. Jom
serbu!” Joe kenyitkan mata. Untuk Mawar. Hmmm…sepuluh
markah konon. Perut dah memang perut tong gas. Perut ular sawa. Mawar dari
ruang tamu memerhati sahaja Joe dan kawan-kawan menikmati nasi ayamnya. Sesekali
Joe mencuri pandangnya. Sesekali juga degup jantungnya sama laju. Berirama. Bahagia.
Suara Joe kembali melantun masuk dalam otaknya. Berproses cepat. Berkali-kali.
Kalau saya cuba untuk lupakan Suri. Awak okey
tak?
kisahmenarik! puan author! teruskn tau..mn eriana?
BalasPadamhuhu,, tmbh mnarik,,
BalasPadamjoe nk lupekan suri lg mnarik cbb epy ngn mawar,,muahaha
suke2,,:D
akhirnya sambung jgk. dok tungguu jaaaa hari-hari. terima kasih mar utk entry ni. best2 dan suka betul joe dgn mawar. ketawa je baca. ;)
BalasPadammawar : saya ok je....
BalasPadamitu jawapan mawar tau cik Mardihah...joe yang gila dan sengal....
Joe betul-betul dah gilakan Mawar...hehehe #^_^
BalasPadammanisnya......
BalasPadamsaya hampir2 nak kena diabetis dah ni....
(^_^)v
Bestttt!! :)
BalasPadamsweetnyer joe... next entry please...
BalasPadambest!!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadamterbaik......
nnt sambung lagi taw...
saya tggu dgn sabar... :)