Esok,
teman saya belajar ya.
Eh,
saya kan sibuk dengan nasi ayam saya ni.
Tak.
Saya tak kira. Esok, awak kena cuti!
Eh
eh. Suka hati mak ayah tiri dia je! Huh!
Dia sandarkan tubuh tinggi lampai ke dinding. Tangan kanan pegang
air tin Pepsi. Teguk perlahan-lahan. Air segar masuk ke dalam kerongkong. Cuaca
cerah dan Joe sesekali larikan bola mata melihat kenderaan yang menghalang
pandangan nakalnya. Deretan bangunan kedai ini membantunya tekun memerhati
susuk tubuh Mawar dan dua orang pekerja yang tekun membantu Mawar. Tiang
tempatnya berdiri ini dah jadi kawan baik untuk Joe. Hari pertama Mawar bersama
nasi ayam, lori 1 tan dicat kuning dan payung-payung yang meneduhkan meja bersama
kerusi. Joe masih tekun memerhati. Pendek kata dia mengawasi gerak geri Mawar. Segala
kerja Mawar dan pengurusan Mawar diperhatikan dari jauh Bola matanya cekap! Punggung
dia pula terasa panas berbahang. Kaki rasa mahu saja menerjah ke arah Mawar di
sana. Tapi dia tahan. Rileks Joe. Rileks. Bertenang dan kawal nafas. Dah
macam orang gila pun ya, duduk terpacak hampir dua jam bersandar di tiang ini. Hahaha. Joe geleng kepala sambil
tersenyum. Orang yang lalu lalang di hadapannya tidak diendahkan. Dia hanya
menjadi bodyguard Mawar dari jauh
sahaja. Kaki dah lenguh Mawar oi!
Tengok Mawar dari jauh pun tak apalah Joe. Asalkan Mawar tak
perasan yang dia ada di sini. Jangan Mawar tahu yang matanya sedang tekun
memerhati gerak kerja Mawar di kawasan perniagaannya. Agak-agak kalau perut
lapar, menendang dan menerajang minta diisi, dia berlari ke arah gerai ala lori
‘Nasi Ayam Mawar’ dapat tak nasi ayam
free dari Mawar? Joe gigit bibir.
Sengih lagi sambil teguk air Pepsi. Geleng kepala dan rasa macam nak cepuk
kepala sendiri. Ingat kegatalan maha petala diri sendiri terhadap Mawar. Sebab
pertama buat dia geleng kepala dengan tabiat sendiri yang bertanya pendapat
Mawar. Tanyalah pendapat Mawar fasal kemenangan Obama ke, fasal planet Pluto
terbang ke, fasal bunga ros tak kembang-kembang ke. Ini tak, tanya fasal Suri. Kalau saya cuba untuk lupakan Suri. Awak
okey tak?
Joe garu kepala. Dah-dah Mawar terlopong tanpa jawapan. Apa kena
entah penyakit gatal menyerang jiwanya. Mahu sahaja dia suruh Mawar jawab saat
dan detik itu. Eh, mestilah okey. Memang
saya nak awak lupakan Suri pun. Begitu? Ouchhh…..Mawar
menjawab apa pun tak. Dia saja yang terhegeh-hegeh nak Mawar menjawab segera
dan letak namanya dalam hati Mawar. Ah, bilalah agaknya Mawar mahu mengaku. Bila
agaknya ya rasa cinta yang sama ini terjalin. Ewah!
Dia tengok Mawar mengenyit-ngeyitkan dahi. Mata Mawar mengecil.
Itulah yang membuatkan Mawar makin comel. Mawar sedang duduk sambil memerhati
pelanggan-pelanggan yang sedang menikmati nasi ayamnya. Joe senyum. Peluk tubuh
melihat Mawar mengelap dahi sendiri dengan tuala good morning.
Mawar tarik nafas. Betulkan duduk di depan mesin mengira dan dia teguk
air suam. Penatnya. Rasa macam nak patah pinggang. Tapi penatnya rasa berbaloi
sebab nasi dah ulang dua kali tanak. Ayam sudah berpuluh-puluh ekor goreng dan
kukus. Kartika pekerja Indonesia dan Ummi Zahrah memang handal membantu. Tak sia-sia juga pilihan mummy Joe dengan dua pekerja Indonesia ini. Berbaloi dan boleh
diharap.
Hari pertama berniaga nasi ayam. Dia rasa macam tak percaya
punyalah ramai orang yang datang ke kedai berlorinya dan semua pelanggan sedang
duduk bersantai seperti di tepi pantai pula. Hehe. Mawar seluk telefon di poket. Kartika dan Ummi Zahrah masih
setia meneruskan khidmat bakti. Macam tak cukup kaki dan tangan. Meja plastik
hanya ada sepuluh sahaja. Susun secara rawak. Pakai letak sahaja. Darab dengan
empat buah kerusi untuk sebuah meja. Dah ada empat puluh kerusi. Sekali hadap,
hanya empat puluh pelanggan sahaja boleh menikmati nasi ayamnya. Itu sekali
hadap. Kalau tiga empat kali hadap semua serbu? Pengsan dibuatnya. Oh, makcik
kaya! Mawar pandang Kartika yang gigih membuat air buah-buahan. Pelanggan dah
beransur pergi. Boleh dikira pelanggan yang ada waktu ini. ada sepuluh orang
sahaja. Kartika dan Ummi Zahrah boleh handle
benda kacang macang begini.
Menunya ringkas. Ada nasi ayam bersama ayam garing dan ayam
Hainan. Gerai Mawar diserikan dengan air buah-buahan sahaja. Tidak ada teh
tarik, Nescafe, kopi, cappuccino, sirap limau, teh halia mahupun air sirap.
Hanya air buah. Titik. Semalam pun semasa dia dan Joe memborong buah-buahan di
Pasar Selayang, mereka boleh bergaduh. Dua puluh minit mereka bercekak pinggang
dan bertikam lidah. Gara-gara Joe mahukan air teh tarik dihidangkan di
gerainya.
Kenangan semalam. Antara Joe dan Mawar berhey hey hey dalam kotak memori Mawar. Suara Joe hey hey hey dalam mindanya. Mawar ukir
senyum. “Saya nak awak buat teh tarik yang awak buat tu.” Joe tinggikan suara.
Capai oktaf sepuluh.
Mawar masukkan buah tembikai dalam beg plastik. Malas layan
karenah Joe. Tujuh bijik cukup
rasanya. Untuk dua hari dia akan gunakan sebaik mungkin. Mawar mahu buah segar.
Manisnya mesti ada dan air buah mesti sedap. “Saya tak nak!” Mawar segera
membayar wang kepada tauke buah. Dia tinggalkan beg plastic berisi lima buah
tembikai untuk diangkat Joe.
“Hei budak ni. degil. Awak buat teh tarik tu sedap tau tak?” Joe
tak nak kalah.
Mawar terus melangkah. Masam muka. “Habis, saya jugak yang nak jaga nasi ayam. Kartika
jaga air. Awak ingat saya nak hadap buat air teh tarik untuk semua pelanggan
yang nak. Sebab tu saya nak buat air buah saja. Senang. Saya tak nak tanggung
pelanggan saya mati cepat.”
“Eh, apesal pulak mati
cepat?” Joe heret sama plastik yang berisi lima bijik buah tembikai. Punyalah
berat. Ya rabbi!
Pegun. Angin berlawanan dengan mereka. Mawar segera letak buah
tembikai belakang lori. Joe turut sama. Sempat dia jeling Mawar.
“Haaa..jawablah. Apesal mati cepat.
Saya minum hari-hari air teh tarik. Tak mati pun.”
“Kencing manis. Awak tahu tak minum teh akan buat kolesterol awak
tinggi? Sekarang memanglah tak nampak kesannya. Lagipun kalau saya yang buat
nanti saya tak menang tangan nak layan pelanggan. Saya lebih suka buat air buah
je. Senang. Berkhasiat dan mudah. Tak
payah beli susu dan carik teh.
Menyusahkan. Huh!” Mawar naik atas lori. Start
enjin.
Joe cekak pinggang. Terus bukak pintu sebelah. Duduk. Merenyuk.
Merengus. “Kalau saya tahulah aw
ak ajak saya keluar ni setakat nak beli buah tembikai, mangga,
pisang dan oren baik saya tak payah ikut. Saya tak kira. Kalau saya datang,
awak mesti buatkan saya air teh tarik gelas besar. Dua.”
Mawar tekan minyak. Krek.
Pandang Joe. Gigit bibir bawah. Masukkan gear. Turunkan handbreak. Menderum laju dia bawak
lori. Sampai Joe terkedu. Saat Mawar pusing ke kanan, mengalahkah bawak motorsikal berkuasa kuda. Laju…streeettttttttttttttt. Joe rasa nak
pitam dengan kehandalan Mawar bawak
lori.
“Yang nak berniaga tu saya. Bukan awaklah Joe. Pedulik apa saya dengan teh tarik awak
tu. Huh! Kalau awak nak mati, haaaaa turunlah kalau awak berani!”
Mawar terus bawa lori dengan menjahanamkan usus Joe. Turun naik darah Joe. Terbatuk-batuk
Joe sambil Joe kalau boleh nak menekan brek di tempat duduknya. Huwaaaaaa…..Mawar ni perempuan ke
lelaki? Bawak lori macam dah sepuluh
tahun pengalaman.
Mawar pusing kepala ke kanan. Seorang pelanggan tepuk meja. Nasib
baik dia tak mati terkejut. Kenangan berhey
hey hey dengan Joe mati. Mawar keluarkan kembali jemari runcingnya yang dah
masuk ke dalam poket seluar. Niat nak telefon Joe mati. Terus dia fokus dengan
pelanggan di depan matanya ini.
“Maaf. Ambik nasi apa
tadi?” Mawar cepat-cepat bangun. Lelaki berkumis dan bercermin mata
merenungnya.
Senyum. Arief angkat kening. Tuan kedai ni boleh pulak duduk mengelamun. Mengelamunnya depan
mesin duit. Tapi betul sungguh kreatif tauke kedai ini. Siap ada payung gergasi
juga sebelah lori. Meja pelanggan sah-sah siap dengan payungnya sekali. Di sini
pun ada juga payungnya sekali. Teduhkan mesin mengira dan meja. Tersedia juga
kerusi untuk duduk berehat sambil menanti pelanggan datang membayar menu. Makan
ala-ala gerai dan siap mesin mengiranya. Hihihi.
Arief pandang mesin. Siap berkunci. Mula berfikir…Oh, selamat. “Nasi ayam
garing 1. Fresh orange 1. So berapa?”
Otak Mawar berproses. Cepat. “Tujuh ringgit lima puluh sen.”
Jemari lelaki berkenaan hulurkan not sepuluh ringgit. Baru sahaja
Mawar mahu menekan mesin wang dan mengambil wang baki, Arief terus angkat
tangan. Dia tahu tauke kedai nasi ayam dengan lori comel ini akan mengambil
wang baki. “Eh, tak payah. Baki tu awak
simpanlah. Esok saya datang lagi.” Ukir senyum. “Sedap nasi ayam yang awak
buat. Esok saya datang bawak adik
saya. Mesti dia suka.”
Mawar senyum. Angguk. Nasib baik. Sudahlah jenuh dia belajar cara
menggunakan mesin ini dengan Joe. Sampaikan kena ketuk jari runcingnya ini.
Jadinya, tak perlulah dia menekan berapa penerimaan dan baki semula kepada
pelanggan. Resit pun tak perlulah dia keluarkan. Fuh! “Terima kasih. Terima kasih sudi datang. Betul ke ni. Baki ni
untuk esok?” Mawar tepuk kocek apron yang penuh dengan wang.
Arief angguk. “Betul. Wait
for me tomorrow ya!” Arief terus
pusing. Angkat kaki dan lambaikan tangan. Eh
eh. Mawar terkebil-kebil. Lagak macam dah kenal dua minggu pulak mamat berjambang ni dengan aku. Siap
lambai-lambai tangan. Huh, tak kuasa
nak tunggu esok. Tapi terima kasih ya awak, sebab tak sudi ambik baki. Kalau sepuluh pelanggan macam ni, kayalah makcik. Kihkih.
Mawar senyum. Terus bergegas berjalan ke kawasan kanan lori. Dua
orang pelanggan datang mahukan nasi ayam Hainan. Mawar senang hati. Terus capai
pinggan yang telah disusun salad, timun dan tomato oleh Ummi Zahrah. Letakkan
nasi. Tangan capai sepiring ayam yang sudah dibahagi sama rata. Curahkan sos
berwarna hitam. Ambil piring kecil, letak sos berwarna merah. Mawar ligat.
Pantas bekerja. Macam pro. Kemudian ambil dulang. Isikan pinggan yang lengkap
dengan hidangan nasi ayam permintaan pelanggan. Sup panas di isi ke dalam
mangkuk kecil. Ayam, nasi dan sos semuanya bersatu. Aroma menyerap masuk ke
seluruh kawasan tempat berniaganya. Mawar siapkan set hidangan. Letak ke tepi. Ummi
Zahrah akan ambil hidangan lengkap ini dan menuju terus ke meja pelanggan.
Kalau pelanggan ramai, dia sendiri akan membantu. Oh, seronoknya hari ini.
“Tembikau tak nak gula dua ya!” Pelanggan macam buat tempat ini
seperti kedai sendiri. Bersahaja. Mawar senyum.
Ummi Zahrah yang sedang mengelap meja kosong menjerit. Membantu.
“Jus tembikainya dua. Jangan bubuh gula ya Kartika!” Ummi Zahrah terus
berjalan. Hidangan nasi ayam sudah disiapkan Mawar. Dia angkat dulang. Berjalan
membawa nasi ayam.
“Siap!” Kartika menjawab. Tangkas ambil dua cawan besar. Masukkan
air gula mengikut sukatan yang diajari Mawar. Capai potongan tembikai dan masuk
ke dalam blender. Zretttt. Tiga puluh
saat siap. Masukkan ais. Capai straw dan ambil dulang.
Ummi Zahrah muncul. Akan mengambil jus tembikai segar. Ummi
pandang Mawar. Hari pertama yang seronok. Dapat majikan baik hati dan dapat makan
nasi ayam free hari-hari. Aduh, bikin
gua gemuk!
Hari indah. Tenang. Nasi ayam Mawar bersama lori 1 tan. Comel.
Menarik minat sesiapa untuk datang menikmati nasi ayam super deliciousnya. Tanpa Mawar tahu, di hujung jalan sana. Din,
Param dan Sivaraja edarkan kertas mengenai ‘Nasi Ayam Mawar’. Trumpet bagai.
Ada belon. Siap meja dan kerusi untuk pendaftaran
Din menjerit. “Makan nasi ayam Mawar di Seksyen 9 Bandar Aman Ria.
Kami berikan tiket wayang free.
Mari-mari!”
“Terhad sehingga jam 3 petang ini sahaja. Mari-mari! Dua keping
tiket wayang free. Mari-mari!”
Sivaraja melaung-laung. Tekak perit. Rasa nak luku kepala Joe sebab paksa buat
kerja macam badut.
“Cepat-cepat. Nasi ayam Mawar Seksyen 9 Bandar Aman Ria. Tunjukkan
resit sebagai bukti!” Param pun rasa nak lempang laju-laju Joe. Badan dah
melekit. Batang hidung Joe pun tak nampak. Dikerahnya tenaga jantan mereka
semua hanya untuk Mawar. Upahnya makan percuma seminggu. Paksa rela namanya.
Chet!
Sebabkan kau kawan kitoranglah kami semua bantu kau Joe! Param
mahu laung kuat-kuat. Manalah kau pergi Joe? Takkan kau pergi dating dengan
Suri dan tingalkan kami semua di sini.
Jerit pekik Din, Sivaraja dan Param mewarnai suasana. Harmoni
sahaja bagaikan sedang menyanyi koir. Param cuba telefon Joe. Misi hampir
selesai. Lima minit lagi jam 3 petang. Dua kali mencuba tapi hmmm…suara perempuan seksi menjawab.
“Oi, entah manalah Joe
ni. Aku call tak dapat. Suara
perempuan ni yang jawab. Aku dah penat jadi budak marketing tahap manager
kat sini. Jomlah kita chow. Resit pun
dah banyak. Tiket free pun sikit lagi
nak habis.” Param pandang Sivaraja yang sedang hulur dua tiket wayang free pada tiga orang pemuda. Mereka
ghairah betul hulurkan resit sebagai bukti.
“Kau rasa merapu tak kerja Joe ni? Tukar nasi ayam dengan tiket
wayang. Eeee. Aku rasa macam nak
pergi lepuk je kepala Joe.” Din mula
merungut.
“Ni marketing namanya
Din. Kita tolong Mawar. Mana tahu nanti, Mawar tolong kita pulak. Aku mendidih jugaklah
dengan si Joe ni. Sebab sepatutnya dia ada sekali join aktiviti kita kat sini. Lima minit lagi kita blah la. Kita lepak kedai nasi ayam
Mawar. Mana tahu Mawar bagi kita makan free
nasi ayam ke. Kehkeh.” Sivaraja gelak
sakan.
“Ahhh….aku tak peduli.
Aku nak tiket wayang free jugak. Lima
aku ambik!” Param sengih. Masukkan
lima tiket wayang dalam kocek. “Tapi kalau Mawar nak bagi kita semua nasi ayam free, aku belasah je. Haaa..jom-jom!” Param terus capai helmet
di bawah meja. Tak sabar-sabar dia mahu menjenguk Mawar bersama lori comelnya.
Sivaraja dan Din tunggang langgang mengemaskan tempat mereka
menjadi budak marketing tahap manager.
***
“Haaaa…kenapa awak tak
datang lagi?” Mawar cekak pinggang.
Joe dari jauh tersenyum geli hati. Suara Mawar masuk lagi dalam
telinga. “Awak janji nak datang tolong saya kan? Ni dah pukul tiga tau tak? Pukul
empat saya nak tutup dah. Mana? Mana?”
“Iya. Saya ada Mawar. Kat
sini. Tengah berdiri ni. Kejap lagi saya sampai. Awak tunggu saya ya?” Lembut
saja suara Joe. Dia senyum geli hati. Matanya menangkap Mawar yang sedang merah
mukanya. Dia dari jauh memerhati.
“Berdiri? Berdiri kat mana? Awak bukan ada kelas ke? Param baru call saya tanya awak ada kat sini ke
tak?”
Joe garuk kepala. Alamak,
budak-budak ni. Jangan-jangan diorang on
the way datang ke kedai nasi ayam Mawar. Habislah rosak program. “Habis tu
awak jawab apa?” Joe hayun kaki.
“Laaaa…saya katalah awak
tak ada.” Mawar tarik nafas.
Hembus nafas. Lega. Senyum lagi sambil pandang Mawar yang semakin
didekati. “Kalau saya tak datang tengok
kedai nasi ayam awak okey tak? Ermmm…”
Joe cuba cari alasan. Dia dekatkan lagi telefon di telinga.
Mawar hentak kaki. Sekali. Menyampahnya dia dengan Joe. “Iya. Saya
okey. Saya kan sentiasa okey. Tak ada masalah pun. Hmmm..” Mawar entah kenapa rasa sedih saja sebab Joe rupa-rupanya
ada hal lain. Mungkin bertemu dengan Suri agaknya. Hati rasa sayu. Eeee, pilunya! “Awak keluar dengan Suri
ya?” Mawar sambung perbualan dengan
soalan cepu emas kepada Joe.
Joe senyum. Suka tengok wajah merah Mawar dan kemudian dari tepi
dia dapat lihat bibir muncung Mawar. Perlahan-lahan Joe melangkah. Dekatkan lagi
diri dengan lori Mawar. Berlindung sebalik depan lori Mawar. Kaki jungkit
memerhati Mawar. Kartika dan Ummi Zahrah menjeling-jeling sahaja gelagat Joe.
“Iya. Saya keluar dengan Suri.”
“Okey.” Sayu lagi. Mawar rasa terbuang kala ini.
“Okey saja?” Joe tinggikan suara.
Mawar pandang kaki langit depan mata. Angguk. Iyakan sahaja. Apalah
hubungan antara dia dengan Joe. Hanya kawan. Titik. “Iyalah. Saya okey saja. Habis awak nak suruh saya buat apa?” Mawar
pelik. Toleh ke kanan. Fokus lagi dengan telefon.
“Kalau saya patah balik dan
teman awak kat sana, macam mana?” Joe menduga. Senyum. Langkah perlahan-lahan.
Mawar garu pipi yang gatal. Gigit bibir bawah. “Saya suka!” Mawar
senyum. Hilang rasa sayu sebab Joe suka memujuk. Dia pegang telefon seerat yang
mungkin. Kalau tak dengar suara Joe, dia rasa macam nanar saja. Macam orang
gila bayang pun ya.
“Suka saja?” Joe suka betul buat teka-teki. Dia dah ada di belakang Mawar. Senyum lebar. Rasa
sayang bercambah-cambah terhadap Mawar. Joe cuit bahu Mawar. Tiga kali.
“Habis tu awak nak suruh saya buat apa?” Mawar terus pusingkan
badan. Apa agaknya yang Kartika mahukan dari dia kala ini. Bola matanya terus
membulat. Bagai guli. Erk! Joe sah-sah
dah ada depan mata.
“Saya nak awak buatkan saya air teh tarik. Dua gelas besar. Teman saya
minum. Kita minum sama-sama. Itu saja.” Suara Joe perlahan tapi lembut sekali.
Joe angkat kening sambil turunkan telefon dari pegangan. Senyumnya kini untuk
Mawar.
Mawar sengih. Suka. Sengih lagi sampai nampakkan gigi. “Teh tarik je?”
Joe angguk. Berdiri betul-betul depan Mawar. Rasa bahagia melihat
Mawar gembira sebegini. “Iya Mawar. Nanti
saya mintak awak cium pipi kanan saya
ni…susah awak nanti!”
Love you lah sis!!!!!hehehe
BalasPadamBerbaloi tunggu Mawar dan Joe hari-hari.... #^_^
suka suka...sambung cepat lagi mar. kikikiki. (mood gatal dengan Joe) hahaha
BalasPadammawar bakal jd taukeh nasi ayam yg berjaya..hehe joe jd org kanan yg akan sentiasa ade bile mawar memerlu kn nyer!!so suri kat mane???
BalasPadamSaya pun nak teh tarik mawar gak... hehehehe.. bestnyer entry kali nie...
BalasPadamsuke2,, best
BalasPadamxsaba nk tggu next n3. :)
Fewittt... ahkak yg bergetar jantung baca bab ni...
BalasPadamHarap2 ahkak boleh ler khatam blog awak ni cepat Cik Dihah oiii...