Eriana. Dia cari kau Mawar. Macam orang
gila dah dia kat dalam kelas.
Suri peluk tubuh. Sudah jam enam petang.
Bayang Joe langsung tidak nampak. Motorsikal Joe segak dan elok saja diparkir.
Kereta mewahnya pun ada tersadai di kotak parkir. Mana pulak perginya ni. Kaki dah lenguh. Sekejap dia duduk mencangkung,
sandarkan diri. Tekan loceng sudah sampai tahap paling malas. Suri dah
berkali-kali pandang telefon. Puas telefon Joe tapi telefonnya dioffkan. Sudah 25 kali dia mencuba.
Hampa! Antara segan dan tak segan Suri pandang kembali telefon pintarnya. Cari
nama ‘Mummy Joe’.
Akhirnya berkring kring kring lagu Ahmad Jais. Suri setia menanti.
Mummy
Lisa renung telefon bimbitnya. Nama Suri X terpampang. Pandang baba, “Haaa…Suri
telefon. Tanya Joe lah tu. Eeee, tak
boleh tengok orang senang!” Mummy Lisa membebel-bebel. Angkat telefon dan mula
fokus melayan perbualan dengan wanita bukan pilihannya.
“Assalammualaikum mummy.”
“Waalaikumsalam. Ya Suri.” Nada suara jatuh
perlahan. Lembut sahaja mummy Lisa
menjawab. “Ermmm…Suri nak tanya Joe kat
mana ke?” Dia berterus terang. Mummy Lisa merenung suaminya yang sedang duduk
sambil membaca sebuah majalah. Pohon orkid menjadi teman. Kolam ikan buatan Joe
anak lelakinya menjadi perhatian mata.
Suri angguk. Ada getar melanda jiwa. “Ya
mummy. Dah banyak kali Suri call, tapi telefon Joe off. Takut pulak Joe tak sihat. Demam ke…pitam ke. Sebab motorsikalnya ada,
kereta pun ada.”
Dahi
Mummy Lisa berkerut-kerut. “Sekejap ya…” Mummy Lisa turunkan ganggang telefon. Tekup dengan blouse merah
jambunya. Pandang baba di sebelah. “Eh, babanya. Mana pulak Joe bawak Mawar. Motorsikalnya dan kereta ada. Suri dah
tunggu lama agaknya depan apartmen tu. Risau pulak saya.”
Haji Khairudin masih setia baca majalah. Bibir
sahaja membalas. Jeling isterinya. “Laaa..dah
awak kata Joe dan Mawar pergi padang hijau. Siap sekali awak masak sambil
menyanyi-nyanyi kat dapur tu. Jawab ajelah.”
Mummy
Lisa angkat telefon. Jeling suaminya. Eh, geram betul. Bukan boleh bawa kurang
masalah. Tambah masalah adalah. Sengih. Terus jawab kembali telefon. Otak
geliga berputar-putar cari jawapan. Mahu bantu Joe. Mahu Suri tahu yang Joe
sekarang sedang makan-makan dan bergembira dengan Mawar di padang hijau. “Haaaaa….Joe ada dalam bilik air tu.
Sakit perut makan bihun. Mummy rasa
dah enam kali dia masuk bilik air. Asyik tidur dan bangun saja dia. Kesian…” Mummy Lisa mula pancing Suri.
Suri terkedu. Joe tak sihat dan kata mummy pula dia sakit perut. Enam kali
masuk bilik air? Suri tarik nafas. “Hmm..okeylah
mummy. Terima kasih banyak-banyak dan
minta maaf mengganggu masa mummy.
Sampaikan salam saya pada Joe ya. Kalau tak kebah juga suruh Joe pergi klinik
ya.”
Mummy
Lisa senyum. Ikhlas dengan tak ikhlas aje.
Dia dah berkali-kali cakap dengan Joe. Dia tak suka Joe berkawan dengan Suri.
Sebabnya mudah. Dia ingat waktu pertama kali anak kesayangannya itu berterus
terang. “Kalau Joe serius dengan Suri, mummy okey tak?”
Mummy
Lisa
jegilkan anak mata. Apa gila anaknya ini mahu berkawan rapat dengan doktor
Suri. Bukankah umur wanita itu berbeza dengan anaknya. Langsung tak padan
dengan anaknya yang muda ini. Walau dia tahu doktor itu sudah banyak membantu
mereka. Adakah Joe terkena santau? Joe lupa daratankah kerana cinta doktor itu?
Joe lupakah yang dia masih muda dan perlu belajar lebih gigih lagi. “Joe ni
kenapa? Dah tak ada perempuan lain ke? Umur dia beza betul dengan Joe. Sepuluh tahun
Joe tau tak. Mummy tak suka. Mummy kata tak suka tetap tak suka. No way!”
“Mummy…”
Suara Joe perlahan. Dia ingat semasa Joe memujuk rayu supaya dirinya menerima
Suri. “Joe tetap akan study. Tetap akan utamakan mummy dan keluarga. Lagipun cinta tu tak
kenal siapa. Joe dah sayang kat Suri. Benda-benda macam ni tak boleh nak elak, mummy.”
“Tangan tak akan berbunyi kalau tak
sama-sama ditepuk seiringan Joe. Dua-dua dah gatal. Joe tahu tak Suri tu
doktor. Doktor dan tak akan ada masa untuk Joe nanti. Dia kat hospital dan Joe
di rumah. Mummy nak Joe kahwin dengan
perempuan yang ada masa untuk Joe. Untuk anak-anak Joe. Untuk mummy dan baba. Bukan sepenuh masa kerja
macam tu. Hei budak ni!”
Joe diam. Anak lelakinya ketika itu
mendengar sahaja bebelannya. “Mummy pun
tak suka dia. Mummy tak suka sebab
banyak perkara. Air muka dan hati dia. Ni…dengar sini baik-baik…” Mummy Lisa letakkan jari di dadanya. “Hati
mummy ni rasa tak sedap sejak dia
mula baik dengan Joe. Sejak dia mula pandang Joe, mummy dah rasa tak suka dan mummy
tak boleh nak terima dia. Gerak hati mummy
dah berkali-kali kata dia tak sesuai untuk Joe. Joe faham kan? Tak sesuai!”
Dia tarik nafas. Kenangan berlayar-layar
depan mata. Datang dan pergi begitu sahaja. Mummy
Lisa cuba untuk tanamkan kasih sayangnya kepada Suri. Menerima Suri seperti
mana Joe menyayangi Suri. Dia mencuba meski sakitnya di dada ini dihitung setiap
hari. Lama-lama dia menerima juga Suri meski tidak pernah redha. Joe - dia tahu anaknya masih muda. Mencari kasih
sayang dan terperangkap dengan cinta seorang kakak. Seorang kakak yang hadirkan
bantuan dan kasih sayang hanya di hospital selepas kemalangan kecil mereka
sekeluarga.
“Mummy!”
Panggil Suri. Suri keluarkan suara dan berkali-kali memanggil mummy Joe. Berkhayal agaknya sampai dua
tiga kali seru dan mummy Lisa diam
sahaja.
“Haaaaa..oh
ya. Ya! Nanti mummy pesankan dengan
Joe. Bagi dia rehat dulu ya. Okeylah, mummy
pun tengah layan baba minum petang ni. Nanti kita borak-borak lagi.” Dia cuba
kembali memesrai Suri walau suaranya tersekat-sekat kerana kenangan lama itu.
Suri senyum. Angguk. Hatinya rasa sesuatu. Layanan mummy dari dulu sentiasa dingin dan beku. Itu yang merunsingkan
fikirannya. Belum sempat dia mahu sambung bercakap, mummy dah letak telefon. Bunyi bip mendatar sahaja menjadi teman.
Suri pandang telefon. Telan air liur dan
rasa hiba. Sampai bila cintanya akan berterusan begini. Sampai bila dia harus
menanti Joe habis belajar dan menunggu pula Joe menyunting dirinya menjadi
isteri. Joe masih fokus dengan pelajarannya. Joe sekarang selalu tidak ada
dengan dia. Masa mereka terlalu jauh. Dia sibuk dengan kerjaya. Sibuk dengan
pesakit-pesakitnya di hospital. Kadang-kadang lupa dengan Joe yang sentiasa
menanti dan setia menunggunya. Sampai Joe lelah dan penat. Berbual sudah
jarang. Makan juga sudah lama tidak semeja. Bergurau seperti selalu pun tidak
pernah ada.
Hubungan mereka macam patung dan batu
sahaja. Hanya angin dan alam menjadi teman. Mencukupi dan diteruskan meski
masing-masing melayani perasaan sendiri. Mana Joe? Lupakah Joe dengan janjinya
untuk menyambut hari jadi? Suri gigit bibir bawah.
Dia terus melangkah dan pergi. Menuruni
anak tangga meski lif sudah tersedia untuknya. Suri tidak pasti kenapa dia
terasa sunyi. Suri tidak pasti kenapa rasa hatinya begitu sepi. Sampailah kakinya
jejak ke bawah. Menuruni tangga baginya satu proses menghilangkan kekusutan
dengan perhubungannya bersama Joe. Ibu di rumah sudah menangis-nangis
mengenangkan dia yang belum berkahwin. Umur sudah angka 30. Sibuk dengan kerja
dan pulak tu berkawan dan bercinta
dengan lelaki bezanya sepuluh tahun. Sampai tidak diterima ayah dan
abang-abangnya. Apakah agaknya dosa bercinta dengan lelaki muda seperti Joe
itu?
Suri memandang kereta dan motorsikal
Joe. Terletak cantik dan mula terfikir. Eh, Joe ke rumah mummy naik apa? Joe paling tidak pun akan bawa Volkswagen
Scirocconya ini ke rumah mummy. Suri pandang sekeliling. Kawasan bawah
apartmen sudah dipenuhi kanak-kanak bermain. Padang permainan semakin dipenuhi
emak dan ayah si anak-anak. Dia mula musykil. Terus berjalan sambil berteka
teki. Sehingga dia berjalan keluar dan melalui pondok pengawal. Terus ke
keretanya yang diparkir di sebelah pondok pengawal. Pulangkan pas pelawat dan
kaki terus terhenti melihat Joe yang turun dari sebuah bas. Membawa beg galas. Memegang
sebuah bakul anyaman berwarna coklat. Joe naik bas? Sejak bila Joe mula naik
bas? Dia belum pernah naik bas bersama-sama Joe. Tidak pernah terdetik di hati
Joe untuk menaiki pengangkutan awam tersebut.
Angin menyerbu wajahnya. Jantung berdegup
hebat. Matanya pasti dan yakin. Itu Joe. Dan Joe menunggu siapa yang turun dari
dalam bas itu? Oh…Suri buka langkah. Otaknya ligat berputar. Peluh entah kenapa
menjadi teman belakang badannya. Suri cepat-cepat ambil kunci dari dalam poket
seluar. Meluru laju ke arah kereta dan dia mahu duduk diam di dalam kereta. Matanya
mahu memerhatikan Joe.
Joe hanya memerhatikan bas pergi. Melambai
Mawar yang gembira di dalam bas. Letak bakul anyaman mummy dan keluarkan telefon dari kocek seluar jeans. Muncungkan bibir
sambil memandang miss call dari Suri dan
puluhan SMS Suri. Dia biarkan sahaja. Terus hantar satu SMS untuk Mawar yang
telah pergi bersama bas. Budak comel,
hati-hati. Jangan nakal-nakal. Jaga emak awak elok-elok. Tq temankan saya study
dan jadi model dalam kamera saya. Appreciate it!
Senyum sampai telinga. Bahagia rasa hati
dan jiwa. Joe terus melangkah sambil terbayang-bayangkan Mawar yang pucat lesi
sambil tak sempat jawab soalan cepu emasnya. “Apa errrr…errrr.. cakap! Awak suka saya ya?”
Mawar geleng kepala…ehhh..kemudian angguk…ehhh..geleng
kepala sekali lagi sampai melatah-latah Mawar bila telefon berbunyi kring kring kring kring.
Ah! Tuah memang mengganggu. Masa itulah
dia telefon kakaknya dan suruh datang ke hospital. Mahu sahaja dia rampas
telefon Mawar dan tak mahu Mawar pergi ke hospital. Masa sedang berdua dengan
Mawar, ada sahaja orang mengganggu. Bikin rosak program! Cet!
Suri gigit bibir. Memerhati langkah Joe
melalui cermin pandang belakangnya. Wajah Joe penuh bunga-bunga. Masih kelihatan
kacak walau memegang sebuah bakul anyaman. Suri tarik nafas. Rasa diperbodohkan
oleh mummy Lisa dan Joe sendiri. Mummy telah menipu dia. Joe bukan sakit
perut dan bukan berada di rumah mummy dan
baba.
Yang peliknya, Joe turun dari sebuah
bas. Yang peliknya Joe selama ini cukup anti dengan bas telah menaiki bas. Joe?
Dia dari mana dan sebelum ini dia kemana. Joe lupa janjinya hanya kerana bas
dan dia pasti ada sebab lain kenapa Joe melupakannya.
Dia terus merenung Joe yang menyeluk
poket seluar jeansnya. Joe keluarkan telefon pintar dan membaca sesuatu dengan
senyum panjang. Terukir kacak sampai Suri terus jadi sangsi.
Saya
memang comel. Bluwekk.
Joe gelengkan kepala. Sengig lagi. Dia
sebelum sampai ke lif mendongak memandang langit biru. Dia tidak tahu kenapa
tiba-tiba rasa cinta kepada Mawar melebihi Suri. Dia tidak pasti kenapa degup
jantungnya selalu menjadi luar biasa bila memandang Mawar yang sederhana itu.
Kalau ada jerawat di pipi dan sambil Mawar pecahkan jerawat sebijinya itu pun
dia boleh jadi suka dan terbayang-bayangkan keletah luar biasa gadis itu. Mawar
sudah jadikan hidupnya ceria. Mawar sudah jadikan jadual hidupnya serba serbi
sempurna. Dia juga tidak pasti kenapa rasa cintanya terhadap Suri pergi begitu
sahaja. Dia sendiri sekarang sedang mengakui bahawa Mawar semakin dekat di
hati. Mawar juga semakin hari menjadi bayangan di mata dan jiwa.
Di mana-mana hanya Mawar sahaja. Bibir dan
hatinya menyebut nama Mawar. Itu sahaja yang dia tahu. Perkara lain dia sedang
tolak ke tepi. Suri juga semakin hari semakin sepi dari lautan hatinya.
Dan kini, Suri dari jauh memandangnya
dengan rasa sedih. Air matanya mengalir-ngalir kerana simpati dengan diri
sendiri. Dia penat menanti. Rasa sepi bertemankan angin dan dinding. Berjam-jam
lamanya berdiri dan Joe tidak langsung menghubunginya.
Walhal dengan mata kepala sendiri – Joe sudah
onnkan telefon pintarnya. Ke mana
sebenarnya Joe dan dengan siapa Joe keluar. Siapa di dalam bas berkenaan dan
Joe melambai siapa agaknya? Siapa Joe…siapa?
Hatinya menjerit-jerit. Meronta-ronta
ingin tahu. Tubir matanya terus digenangi dengan air mata. “Joe tu budak muda. Belajar
lagi. Mana sesuai dengan kau. Lagi-lagi budak muka boleh jual. Majalah Jejaka
kalau ambik dia jadi model pun
sanggup tau. Bayar tinggi pun mereka rela. Hei, kau dengar sini Suri…aku tak
suka kau bercinta dengan dia. Aku dan abang ngah tak suka. Dia dan kita tak
sama. Aku kata tak suka tetap tak suka.” Suara abang long menghantar pilu di
hati.
Bayang Joe terus hilang dari matanya. Dan
setia menanti di situ sehingga terus terlena. Membawa kesepian dan memenjarakan
perasaan sendiri lagi. Suri, bukankah Joe itu dahulu hanya seorang budak lelaki
yang mengisi kesepian di hati. Bukankah dahulu dia itu budak lelaki yang
mengetuk naluri cintanya. Dan kini dia bukan budak lelaki lagi. Dia lelaki
dewasa yang sedang menanti hatinya untuk terus jiwanya diisi cinta sesiapa.
Suri rasa mampukah sekeping hati milik
Joe itu terisi untuk Suri? Mampukah?
:::Press like itu comel:::
kesian suri...
BalasPadampurtus asa jelah..
hm mmg sweet bila joe ngan mawar..hehehe
suka la bila depe together..
tapi joe ni kejam sikit kat suri kna...kesian dia..
tapi apapun en3 ni mmg best!!!
Memang kesian dekat Suri..... π_π
BalasPadamKenapa Joe tak terus terang je dengan Suri???? :(
kesian suri...tp x kesian sgt.sket2 je hahaha
BalasPadamsuri...mmg kesian
BalasPadamjoe n mawar so lovely...
~saza~
bestlah mar. you 1 dlm seribu. gaya you menulis buat i tertunggu2 setiap entry. berbeza dari setiap citer. mpe caranya lain, yang terindah pun lain. kendian zain dan majdina pun lagi best dgn gaya bahasa you. ni i dah jadi gila bayang pulak dgn nama dia joe. apepun sambung lagi. terus tunggu. tak sabar.
BalasPadamfeel sad for suri! dah ar bakal mertua tak suka! keluarga tak suka..sob2... joe curang pulak tu!
BalasPadambest,, mawar siap bley main angguk2 geleng2 lg ngn joe,,haha
BalasPadamtp cian pulak kat suri...
kesian kat suri...tp,lebih sayangkan joe n mawar..Cik Mardihah,joe kena cepat2 bgtau suri tntg angaunya pd mawar...
BalasPadamsape yg harus dipersalah kn?joe!mawar!or takdir...... namun dlm soal neh mawar tk pernah cuba utk mengoda joe... so nape cinta joe beralih arah....nk cian kat sape dlm persoalan neh????aduhai lh joe!tanya same hati ape asal syg?..or rase cinta ngan suri ade lh istilah cinta monyet yg ujud tika usia yg tk matang.........akak pun tension nk taruk cian kat sape dek???????
BalasPadamkesian juga dgn Suri ye... sekiranya
BalasPadamJoe tlh berubah hati lebih eloklh
berterus terag jgn biarkan Suri
ternanti-nanti... jgn mainkan
perasaan org. Itulah Suri dulu Joe yg selalu menunggu Suri tapi asyik sebok dgn kerjakan.. Bila Joe dh ada org lain yg disukanya barulah Suri pula yg asyik nk bersama Joe. Walau bagaimanapun suka sgt Mawar dgn Joe. Cpt sambung lagi...
Dihah lama lagi ke Mr Pai Epal nk
keluar di pasaran? dh tak sabar nk baca endingnya. rasa lama betul menanti MPE nk keluar.
@norihan mohd yusof akak, jgn tension. hehe. kiter tunggu jawapan joe ya. saya gelak baca komen comel akak ni. ekekek
BalasPadam@Anor Joe memang kena berterus terang kan. kesian suri dan mawar. tapi sekarang joe pun dah tahu hati dia tu untuk mawar. luahkan sajalah kan?tapi agak2 joe tu berani ke? dia mungkin kesian dengan suri kan?
BalasPadamAnor, insyaAllah, MPE ada berita gembira tapi kita kena tunggu bila nak terbitnya. kenalah beratur untuk terbit. eh, tak sabarnya kan nak terbit dan peluk MPE.
@Tanpa Nama terima kasih sudi jengahkan diri ke blog kecil saya ini juga dgn doa . ;)
BalasPadam@green haha. kesian suri tau. eceh!
BalasPadam@Tanpa Nama kita akan teruskan joe dan mawar ya.ganbate mardihah! hehe
BalasPadam@asyu asyura novelis awak, tq sudi jejakkan diri ke sini ya. hehe. kemanisan joe dan mawar akan diteruskan. eceh!
BalasPadam@radziahMohdHashim Joe dah memang angau tau. hikss. kita tunggu ya.
BalasPadam@NurAtiZa ti za, joe macam serba salah tu. nanti dia akan terus terang dengan suri. percayalah ya. ;)
BalasPadam@Izz Alejandra joe memang! memang! hehe
BalasPadam@nurul iqa dania haha. mawar malu tapi mahukan joe. kahkah. eh..tetiba gatal pulak.
BalasPadam