“Arghhh…sawan dibuatnya!”
Jiha terkebil-kebil. Mata pantas memerhati
ketangkasan Mawar mengendalikan perniagaan nasi ayam dan air buahnya. Kepala
asyik toleh ke kiri dan kanan sahaja. Sudah dua gelas air buah mangga tahap
sedap mahadewa dibelanjakan Mawar. Khas untuk dia. Jiha sengih sambil kuis-kuis
baki nasi ayam dalam pinggan dengan sudu. Sedap. Memang sedap. Dalam pinggannya
kini tinggal beberapa butir nasi sahaja. Salad, tomato dan timun dia dah ngap! Betul kata kawan-kawan di kolej.
Nasi ayam Mawar dah memang jadi siulan sana dan sini. Sedap! Berperisa dan ada
sesuatu yang istimewa. Lagi-lagi duduk di kawasan lapang, luas hijau sahaja
bersama pohon-pohon rendang. Aroma bau nasi ayam Mawar memang menyelerakan.
Lihat sahaja lori 1 tan comelnya itu. Dicat oleh Joe dan kawan-kawannya dengan
warna kuning. Mawar berapron dan siap bertutup kepalanya dengan topi ala-ala
seorang chef. Apron juga telah ditempah khas oleh Joe untuk semua pekerja nasi
ayam Mawar.
Mawar hanya buka kedainya jam 11 pagi
sahaja. Pukul empat petang habis licin periuk nasi dan sup. Yang tapau sepuluh
dan dua puluh pun ada. Makin maju. Pekerja dah tambah seorang lagi. Haneem.
Budak lepasan Diploma itu boleh tahan rajin kerjanya. Mawar dah macam lipas
kudung. Dia memang berbakat berniaga. Bagus betul Joe dan keluarganya membantu
Mawar dan keluarga Mawar sebegini. Dia suka sangat melihat Joe membantu sahabat
baiknya ini. Bergeliga otak baba Joe dan Joe. Siapa kata berniaga nasi ayam
tidak untung. Kalau tidak kena cara dan gaya memanglah akan rugi. Kalau lihat
dari riak wajah Mawar, dia tahu Mawar puas hati. Dia tahu Mawar seronok dan
Mawar rasanya tidak akan kembali belajar di kolej. Lebih baik hadap nasi ayam
dan lori 1 tannya ini dari hadap muka tak sudah si Eriana tu. Huh!
Jiha sengih lagi. Mawar dah tarik kerusi.
Duduk dan letak air buah tembikai. Straw dikacau-kacau agar gulanya sekata.
Mawar terus menatap mata Jiha. Apa agaknya perkembangan kelas dan kolej. Apa
juga khabar Eriana yang terus mendiamkan diri selepas beberapa episod pertemuan
mereka itu.
Jiha sekali lagi telan air liur. Dia
datang ke sini pun kerana arahan papa Eriana. Tuan Haji Budiman sebenarnya
sudah malu bercampur segan. Disuruhnya Jiha datang dan mencari Mawar. Tuan Haji
itu tahu Mawar tidak bersalah. Sudahlah dia memaki hamun Mawar dalam telefon.
Marahkan Mawar kerana isu gambar separuh bogel yang dikatakan Eriana.
Hujung-hujungnya dia tahu yang Eriana menipu. Kes Mawar mencuri barang-barang
Eriana pun sebenarnya satu penipuan. Tuan Haji Budiman entah rasa mana mahu
menyorokkan mukanya ini.
Puas dia mencari mana rumah Mawar. Pergi
hospital bertanyakan Tuah mengenai kakaknya si Mawar. Tetapi Tuah geleng
kepala. Dia tidak mahu kakaknya terbabit sekali lagi dalam hidup Eriana.
Biarlah kakaknya bahagia dengan dunianya sekarang. Dia mahu kakaknya dengan
dunia nasi ayam. Dunia lori 1 tan dan berkawan bahagia dengan Joe. Kalau
kakaknya senang hati begitu, dia terima seadanya. Kalau betul abang Joe itu
sukakan ‘kak Mawar’nya…dia akan sudi jadi wali. Titik.
“Mawar…”
Jiha pandang Mawar yang sedang menyedut air buahnya. Segar. Sampai ke
kerongkong rasa nikmat bahagia dunia.
Mawar panggung kepala. Straw masih di
bibir. “Hmmm…kau rindukan aku erk?”
“Iyalah.
Mana tak rindu. Kalau kau ada, bolehlah tolong tengok-tengokkan assignment aku tu. Nak tiru pun senang.
Kau tu pandai. Haaaa…terlanjur orang
tak ramai kat gerai nasi ayam kau ni, aku nak bagi tahu sesuatu ni.”
Mawar bulatkan bola mata. Macam guli. “Haaa…fasal apa? Kau pun nak berniaga
macam aku ke?”
Jiha ketawa. Sambung dengan senyumnya
yang bersisa. Geleng kepala. “Kalau aku berniaga..macam mana kau nak cari
makan, Mawar. Akulah kaya dari kau nanti. Hehe.”
“Eleh.
Mengada. Haa..ni mesti ada cerita
fasal Eriana. Sampai kau sanggup duduk sini tunggu aku. Dah dua jam tau.” Mawar
juih bibir. Dia tahu apa yang akan Jiha cerita. Malam tadi, Tuah ada bercerita
mengenai kedatangan Tuan Haji Budiman ke hospital. Mencari mana Mawar,
kakaknya. Tuah bercerita penuh emosi. Apa cerita dan isi plot, dia tak nak ambik tahu. Tapi dia jadi pendengar
setia kepada Tuah. “Ah, Tuah tak beritahu. Kalau dia nak melutut pun Tuah
biarkan. Kasi ajar sikit dia dan Eriana tu. Tuduh kak Mawar macam-macam.
Alih-alih datang nak minta maaf.”
Tuah tarik nafas. Sengih dan sambung
bercerita. “Kalau kak Eriana marahkan abang Joe berkawan dengan kak Mawar
sekalipun, Tuah apa pedulik! Kalau
kak Mawar kahwin dengan abang Joe pun Tuah sudi jadi wali! Haaa..kahwin je lah kak
Mawar dengan abang Joe…” Tuah mengekek ketawa sambil Mawar baling bantal terus
ke muka Tuah. Bertuah punya budak.
Jiha angguk. Tepat sungguh agakan Mawar.
“Iya. Fasal Eriana.”
Mawar tarik nafas. Seboleh-boleh dalam
masa ini dia tidak mahu dengar dan tidak mahu langsung tahu mengenai Eriana.
Sudah cukuplah tempoh persahabatan mereka. Sudah cukuplah dia digoreng sampai
hangus oleh Eriana.
Joe kalau dengar nama Eriana pun dah
mendidih. Entah kenapa semasa mereka makan-makan di padang hijau tu Joe warning dia. ‘Awak kalau ada sesiapa cerita fasal Eriana ke, jangan percaya dan
jangan peduli! Tau!’ Kalau Joe dah
buka mulut fasal Eriana dan hari ini Jiha pula bawa cerita mesti ada sesuatu
yang terjadi dengan bekas sahabatnya itu. Kenapa dengan Eriana ya? “Haaa..dia kenapa? Nak mengurat siapa
pula kali ni? Nak biodata siapa pulak?
Ke kau dah jadi balaci dia?”
“Isk,
taklah sampai ke situ. Tapi kami semua dan papa Eriana betul-betul nak minta
bantuan kau Mawar.” Jiha tarik jemari Mawar.
Mawar terkebil-kebil dengan rasa mahu
tahu dan meronta-ronta inginkan kepastian dari Jiha. “Dia kenapa?”
Jiha gumam bibir. Betulkan tudung yang
sedikit herot. “Dah seminggu dia tak masuk kelas. Minggu lepas masa kat kantin.
Dia nampak seorang senior baru. Baru pindah dari Sarawak. Dia koyakkan kertas
jadi kecik-kecik. Tulis sesuatu atas
kertas tu, lipat-lipat dan terus bagi kat mamat kacak tu.”
Dahi Mawar berkerut-kerut. “Kertas kecik-kecik. Apa tu? Dia tulis apa?”
“Haaa..ni
yang aku nak story kat kau ni.” Jiha
hembus nafas. Sengih sambil pandang jemari Mawar. Mawar tarik balik jemarinya.
Punyalah melopong dia mendengar cerita Jiha. Jantung Mawar dup dap dup dap kali
ini. Kenapa dengan Eriana ya?
Jiha kembali atur pernafasan. Mula
bercerita. “Dia tulis nama dan nombor telefon dia. Hehehe.” Jiha ketawa kecil. Geleng kepala kerana teringatkan episod
berkenaan. Geli hati pun ya.
“Mamat tu siap buat muka pelik dan
ketawakan Eriana. Kau tahu sampai macam tu sekali dia nak carik pakwe baru. Setiap kali dia nampak mamat handsome ke, hot ke dia mesti koyak kertas, tulis nama penuh dan
nombor telefon. Lipat kertas tu dan slumber
badak bagi kertas tu. Tak gila namanya?” Jiha terus bercerita. Penuh
perasaan.
“Lagi?” Mawar geleng kepala. Gigit
bibir.
“Ada satu perkara yang tak ada kena
mengena dengan kita. Tapi terkena kat Puan Ramlah. Puan Ramlah marahkan dia
sebab semua assignment dia tak buat.
Tutorial pun berlambak tak buat. Dia minta kad pengenalan Puan Ramlah dan
patahkan depan semua student. Lepas
tu dia lari masuk dalam toilet dan flush kad pengenalan Puan Ramlah dalam
jamban. Kau tak rasa Eriana tu dah gila?” Jiha buntangkan biji mata.
“So?”
Mawar terkebil-kebil. Sukar dia percaya dengan apa yang Jiha cerita ini. Tapi
ia seakan-akan pernah terjadi bila dia dan Eriana duduk serumah. Eriana pernah
ambil sebaldi air dan curahkan air berkenaan di atas tilamnya sendiri. Hanya
kerana dia mahu Mawar mengikut kata-katanya. Bila tengok Eriana menjerit macam
orang gila dalam bilik, Mawar akhirnya setuju. Dia mahukan Tengku Khalid waktu
itu. Boleh atau tidak, dia akhirnya merayu kepada Tengku Khalid untuk membawa
Eriana ke mana sahaja. Shopping, tengok
wayang dan juga dating. Nasib baik
Tengku Khalid baik hati. Membantunya dalam menjayakan misi Eriana. Huh!
“Kami semua tak tahu apa yang jadi
dengan Eriana seminggu ni. Sampaikan papa Eriana cari kau kat kolej dan minta
kau datang pujuk Eriana. Apartmen dia berkunci dan tak ada siapa tahu dia buat
apa kat dalam tu. Kata papa Eriana, dia tak boleh terima atas apa yang berlaku
kat dia. Apa yang Joe buat kat dia dan dia kata Joe rampas kau dari dia.”
“Pulak…”
Mawar hembus nafas. Bahu turun perlahan-lahan.
“Ya Mawar. Pergilah kau tengokkan si
Eriana tu. Papa dia makin kurus aku tengok. Pergilah sekali jenguk papa dia tu.
Aku fikir dia malu nak jumpa dengan kau.” Jiha terus memujuk Mawar. Dia tahu
hati budi Mawar. Dia juga tahu Mawar ini gadis baik dan pasti ikatan
persahabatan yang pernah terjalin antara Mawar dan Eriana kembali terjalin.
Bertaut kembali. Tetapi bila mengenangkan sifat Eriana, dia jadi risau. Takut
pun ya. Benarkah Eriana itu sudah gila? Benarkah?
Dingin. Angin terus berpusing-pusing. Awan
semakin hitam. Fikir Mawar, sekejap lagi hujan akan turun. Pasti lebat dan dia
harus cepat mengemas kawasan perniagaannya ini. Mawar pandang Jiha. Bola mata bertemu lagi.
“Kau baliklah dulu ya. Kami nak kemas-kemas dah dan kejap lagi macam nak hujan je. Aku fikirkan nanti. Kalau ada masa
aku jenguk dia. Eriana ada tu. Jangan risaulah.”
“Kau call
papa Eriana ya.” Jiha menyogok lagi.
Wajah Tuan Haji Budiman menerpa masuk ke
dalam kotak minda Mawar. Angguk. “Aku cuba nanti.”
Gerimis sudah mula turun. Mawar mula
rasa tak sedap hati. Separuh dirinya terkenangkan kenangan antara dia dan
Eriana. Pahit. Cuma dia sahaja mengerti keadaan Eriana. Walau dia sendiri
terpaksa menelan dan menerima tindakan luar kawal Eriana itu. Dalam hati dia
amat-amat berharap Eriana lekas bangun. Kembali buka mata dan menyedari hakikat
bahawa dunia ini bukan milik diri sendiri.
***
Joe memerhati lori 1 tan milik Mawar.
Selalunya Mawar akan telefon dia untuk mengangkat beberapa bekas besar ke atas.
Tapi sudah dua puluh minit dia menanti di sini. Mawar tidak juga
telefon-telefon. Lagu Bawa Daku Pergi tidak berbunyi langsung. Nada dering
berkenaan tidak menyentuh gegendang telinga. Kosong.
Matanya terus menilik lori. Beralih ke
cermin. Mana Mawar? Kaki Joe terus melangkah. Kepala terjungkit-jungkit
meneropong Mawar. Ada. Dia ada. Tapi kenapa senget duduknya? Kepala terlentuk
semacam aje.
Kakinya berhayun. Langkah besar dan
akhirnya dia sampai ke lori milik Mawar. Enjin belum dimatikan lagi. Sekali
pandang dia gelengkan kepala. “Ya Rabbi budak ni. Boleh pulak dia tidur.” Joe sengih kacak.
Joe terus pusing ke kiri. Mahu masuk ke
dalam lori. Tempat duduk penumpang masih kosong. Lincah pergerakan Joe. Geleng
lagi kepala kerana Mawar selalu sahaja cuai. Pintu lori pun dia tak kunci. Kalau
nak tidur sekalipun, kuncilah Mawar oi.
Buatnya kena culik ke apa ke. Isk isk.
Joe dah duduk diam dalam lori. Berdua
dengan Mawar yang sedang berdengkur kecil. Dia geleng kepala dan senyum.
Kelakar betul Mawar ni. Dalam lori pun sempat tidur dan kroh kroh kroh. Alahai comelnya. Joe teliti jemari Mawar yang
memegang telefon bimbit. Jemarinya terbuka sedikit. Dicapai dan dibelek.
Joe pandang skrin. Onnkan telefon
bimbit. Tepat matanya membaca sesuatu. Oh, dia nak telefon Joe sengal. Hahahaha.
Agaknya dalam nak telefon tu boleh pulak dia tertidur. Careless girl! Jari nakalnya terus
menukar nama Joe sengal ke Joe sayang. Hahaha.
Joe ketawa kecil. Harap-harap Mawar tak perasan. Phewww… dia toleh ke kanan. Tangan betulkan kepala Mawar yang
sedikit terlentuk di kerusi lori. Joe kunci pintu lori. Telefon Mawar
diletakkan atas dashboard lori.
Tup!
Serentak itu jantungnya berdebar-debar.
Sungguh! Berdua dengan Mawar di dalam lori 1 tan ini mengundang rasa sesuatu di
hati. Joe pandang kaki langit. Awan semakin hitam. Hujan tadi nampaknya akan
bersambung kembali. Dia terkebil-kebil tak tahu buat apa-apa. Bila dia renung
wajah Mawar, dia jadi nanar. Debarnya entah kenapa dahsyat. Jantungnya berdegup
terlalu laju.
Suri dan Mawar.
Mawar dan Suri.
Joe lelapkan mata. Mula merancang
sesuatu agar segalanya jadi sedia kala kembali. Dia mahu jiwanya untuk sekeping
hati wanita bernama Mawar. Tetapi entah kenapa dia rasa sangsi dengan jawapan
sendiri dan mula simpati dengan Suri. Joe renung lagi Mawar yang memang nyenyak
tidurnya. Bersama dengkuran halus yang menerbitkan rasa sayangnya.
Perlahan-lahan dia ambil jemari Mawar.
Genggam erat meski dia tahu dia kini bersalah. Joe sandarkan kepala ke kerusi
lori. Pandang titis-titis hujan yang mula menemani. Jiwa jantannya terus ligat
berdetak. Berdetak hebat bila mata nakalnya memandang bibir merah Mawar.
Jantung berdegup terus rancak. Berdegup
rancak bila mata nakalnya memandang pipi gebu Mawar. Dia telan air liur bila
sekali lagi bibir merah Mawar menjadi taruhan si pria. Perlahan-lahan kepalanya
mula mendekati wajah Mawar. Hujan mula turun dengan lebatnya. Debar jiwa sang
lelaki terus asyik dipalu sorakan syaitan. Bergema-gema meski dia tahu ini
salah. Ini tidak boleh. Mawar itu sang Cinderella suci. Masakan bibir boleh
menjadi penghapus dosa suci.
Ah, malam ini solat sunat taubat. Ngeh ngeh. Joe pejam mata sambil terus
lupa dan alpa.
Suri berdiri betul-betul di sebelah
cermin. Bersama sekaki payung warna ungu muda. Air matanya menitis laju dan
payung terus terbang bersama angin yang kuat. Tubuhnya dibasahi air hujan. Saat
itu dia mengetuk-ngetuk cermin lori.
Belum sempat pun Joe letak bibir prianya
ke bibir merah Mawar, kepala Joe terus terhentak dengan dahi Mawar. Tujahan
dahi Mawar yang tiba-tiba bangun kerana bunyi cermin dipalu mengganggu mimpi
indahnya.
“Adeiiii….!”
Joe menjerit kecil. Gosok dahi yang sakit.
Mawar terkebil-kebil. Dia turut sama
gosok dahinya yang sakit kerana terhantuk dengan dahi Joe. Mawar pandang Joe
dan kemudian kepalanya menoleh ke kanan. Dia gosok mata. Akibat bangun tidur
yang lena dia jadi terkebil-kebil memastikan wanita di luar lorinya ini. Siapa
dia? Mawar terus kenal pasti tubuh dan wajah yang dekat dengannya ini. Suri?
Kenapa Suri menangis dengan air matanya laju menderu-deru. Kenapa Suri dibasahi
dengan air hujan.
Joe gosok dahi. “Sakitlah awak!” Pejam
mata dan bila dia buka mata dia terus terdorong ke belakang. Mata mereka
bertentangan kini. Berlawanan. Suri?
Hujan. Terus lebat. Selebat air mata
Suri. Mulutnya terkumat kamit. “Sampai hati awak Joe. Sampai hati…”
Pertemuan Joe dan Suri.
Sangsi.
Pertemuan Mawar dan Suri.
Tiga hati sedang dipalu laju. Nadanya
terus hey hey hey..
kakaka.. jadinya ini post yg betul..
BalasPadamJoe! i hated u! nyampah! nyampah! maaf cik mardihah.. sy emo sikit hari ni.. kesian pd suri...:/ harapnya bila suri dah tengok dia akan undur diri jejauh...
Eee joe nape lh nakal sngt sampai tk leh nk kawal nafsu,cam ner kalu aksi td tk tergendala dek kehadiran suri...dh tercela lh bibir mulus mawar...Ala suri carik jer yg lain anggap lh cinta joe tu cinta kanak2 tk cukup umur...emo mmg emo dek...tp suker jer joe ngan mawar...hehe
BalasPadamJooooeeeeee...nakalnya......nasib baik mawar terselamat......kesiannya Suri....Cik Mardihah, sampaikan salam kat Suri...kata pdnya "anggaplah joe cinta monyet je kat dia.....ye la kan cinta budak2.."tp kesian juga kat Suri....apa2 pun joe mesti lah cakap baik2 ngan Suri....
BalasPadamhehe...suke kt mawar yg dh jd kuat mcm badang..sian plak kt suri..nasib la dpt pakwe bdk2...
BalasPadammawar harus berhati hati dgn Eriana,
BalasPadamtak tahu apa pulak helahnya. Kalau
nk jumpa dgn Eriana jgn dtg sorang
bawa Joe ke asalkan ada org lain
bersamanya ketika dgn Eriana. Kesian
dgn Suri ye... tapi suka sgt kalo
Joe dgn Mawar...
Ahh sudah....macam mana pula Suri boleh ada dekat pintu lori Mawar?????
BalasPadamJoe dah jadi semakin nakal,nasib baik terhantuk kepala je.....
Rasanya Eriana memang betul-betul dah gila,sebab tak dapat kenal dengan lelaki kacak dan kaya.... (kesian....)
Entry kali nie best!!! Eriana dah mcm org gila dan mawar, joe & suri sudah bertemu dlm keadaan yg tidak dijangkakan... Lepas nie mesti suspen dan penuh konflik kan cik writer??
BalasPadamohoho,, knpe ngn eriana??,,
BalasPadamjoe nakal ae..piat telinga kang
jeng2 ape akn blaku antare joe,mawar dan suri,, mendebarkan..
joe mmg nakal sgt...
BalasPadamSuri dah tau Joe curang ngan sape..
oh!!! lps ni Joe nk wat apa.. dgn hati yg berbelah bagi nk cinta lama atau baru...
~saza~
Joe nakal but comey...ske dia ngn mawar gak :)
BalasPadamJoe nakal but comey...ske dia ngn mawar gak :)
BalasPadamBile nk smbung?
BalasPadam