Pages

14 November 2014

Mrs Pai Epal 2



 Seperti dijanjikan.
Nah. Mrs Pai Epal bab 2. 



“Umi sakit apa, Munir?” tanya si dia.

Munir yang sedang memegang stereng fokus dengan pemanduannya. 

Tidak ada jawapan. Sebaliknya, Munir lekas sahaja menyambung perbualannya, “Aku buat biskut raya kegemaran kau Mir. Ada dua tiga jenis biskut baru yang aku buat untuk koleksi shooting aku dah buat jugak. Lauk-pauk atas meja rumah umi tu pun semua ni...Cef Munir yang masak.” Munir tepuk dada sendiri. Amboi kemain dia ya.

“Nanti kau sampai rumah umi, lepas peluk cium sempena raya kan, kau rasa semua masakan aku dan bagi markah, ya?” bebelan Munir mengasak-asak gegendang telinga.

Perbualan tambah rancak, “Banyaklah nak suruh aku rasa. Ni, perut aku dah kena cirit birit. Entah apa silap makan, tak taulah aku. Masuk ni sudah lapan belas kali masuk jamban tapi kali ni... aku tahan, Jebat!”

Hahaha. Kedua sepupu bergelak ketawa. Aku turut sama geli hati dengan telatah si Izz Amir. Kesian pun ada. Wajahnya pun nampak agak keletihan kerana berulang kali masuk ke bilik air.

Dan suara Izz Amir tiba-tiba serius, “Eh...aku kan tanya kau tadi, umi sakit apa?”

Jeda. Lebih tepat khali. Angin terasa menderu-deru ditambah juga dengan pewangi kereta milik Munir ini. Munir gigit bibir dan melalui cermin pandang belakang, dia menjeling aku. Jantung entah, tidak berproses dengan baik. Alahai cik jantung, waktu-waktu begini pun kau belum mampu menerima situasi ini. Apa agaknya yang Munir sorokkan dari aku?

Munir tersengih-sengih.

“Nanti, aku hantarkan kau orang berdua sampai kat pintu pagar. Selebihnya, pandai-pandailah uruskan diri sendiri ya? Sebab aku ada shooting dengan program Rasa. Hehe.”

Eh-eh Munir ni. Aku katok kepala dia kang. Laki aku bukan tanya soalan Sejarah ke, Geografi ke. Mengada betul. Aku dahlah nervous empat belas kali nak jumpa mak mertua ni.

“Hari raya pun kau ada shooting?” Izz Amir tarik nafas. Soalannya ditambah dengan dengusan yang kurang enak aku dengari.

“Iya. Aku tak boleh lambat hari ni. Semalam dah kena sound dengan director, so takkan hari ni, aku kena lambat lagi kan? Sorrylah Mir.”

Sambil kedua mereka berbual, mata mula mencari pemandangan sepanjang pemanduan Munir. Munir akhirnya bergelar cef selebriti. Cita-cita yang selalu dia angankan, akhirnya tercapai. Orang handsome, pulak tu pandai memasak dan menceceh macam mak nenek. Memanglah dia layak masuk ke dalam televisyen. Eh-eh. Tapi lagi kacak empat belas juta si Izz Amir tu kan? Kan? Lagi pandai masak dari si Munir tu.

Chait. Aku tersenyum kecil.

Akaun Instagram Munir, penuh dengan gambar makanan, resipi, percutian dan paling best ialah bila membaca komen-komen di bawah gambar dan captionnya. CefMunir (Ini nama akaun IG Munir) sudah sebaris dengan beberapa orang artis popular. Gambarnya bersama beberapa artis terkenal dan gosip-gosip terbarunya selalu juga menghiasi dinding muka buku. Walau kami berdua jauhnya beribu-ribu kilometer dari semua sahabat, berita mengenai mereka tetap juga kami ambil tahu

Walaupun Munir itu dahulu, teman tapi mesra aku.

Hahahaha.

Sudahnya, dia sepupu Izz Amir. Kau mampu nak tolak semua ketentuan dari Dia? Kau mampu?

Nehi-nehi.

Kuch-Kuch Hota Hai lah nanti.

Retina mata kembali memerhati ke hadapan. Kemudian, mata melirik melihat wajah suamiku. Dia diam. Sisi wajahnya kini menampakkan keresahan berganda-ganda. Jantung aku pula kini berproses semakin laju. Makin kereta ini menderu laju, makin lah jantung ini dap dap dap dup. Detaknya entah hilang tidak sama seperti biasa.

Umi. Minda ralit lagi memikirkan umi. Umi Izz Amir tu kalau hangpa semua tengok kan, sebijik macam mak si Gu Jun Pyo dalam Boys Before Flowers. Bahahaha. Iyalah, masa Zana duk lah mengesat-ngesat air mata tengok cerita Korea tu, aku pun terlongo sekali tertengok drama kesukaan si Zana tu. Eh….pelik aku. Entah apa yang sedap sangat drama tu, hek? Aku telan air liur. Zana tiba-tiba buat lawak antarabangsa, “mak si Gu Jun Pyo ni nampak aje sasa…tapi dalam hati ada taman. Nangis. Kahkah. Kau agak-agak mak mertua kau macam dia ni tak?” Teringatkan suara Zana, aku tahan ketawa dan perut kini sudah nak pecah.

“Kenapa awak tersengih-sengih ni, cik yaya sayang oi?” Izz Amir ni kan….eeeee bila pulaklah dia pusingkan kepala dan memerhatikan aku ni? Kami berbalas senyum. Aku jelirkan lidah. “Berangan hek?” tanya Izz Amir.

“Errr….tak ada apa-apa.” Jawabku senada.

I tengah mengelamunkan umi you. Umi tu… bak kata Zana, mungkin nanti dia sebijik macam mak si Gu Jun Pyo. Kahkahkah.

***

Ketika ini, semuanya masih di dalam kawalan. Izz Ashfan di dukung suamiku. Beg-beg pakaian kami sudah berlonggok di hadapan rumah umi. Stroller anakku juga elok sahaja tenang bersama kami. Pohon-pohon rendang yang membalut kukuh bumi kawasan banglo sederhana suamiku, meredupkan jiwa.

Kini, ada satu perasaan yang sukar aku coretkan.

Mungkin sebu. Mungkin juga bernada pilu. Atau resah.

Satu. Izz Amir merenung jauh. Dia memandang sayu rumah yang lama dia tinggalkan. Inilah rumah yang menyimpan banyak kenangan untuknya. Dari kecil sehingga suamiku dewasa. Inilah rumah bertuahnya, kan?

Air mata mengalir besar-besar di pipi. Kemudian hanyut pula air mata ini sampai membasahi tudungku. Aku sapu si air mata cepat-cepat dan sebolehnya, aku tidak mahu Izz Amir perasan akan hiba ini. Akukah Tuhan yang berdosa kerana menjarakkan ikatan antara umi dan anaknya ini?

Akukah?
Dua. Bila suara Izz Amir bergerak bersama halkumnya, “Umi…umi…umi…” air matanya kini turut sama laju mengalir membasahi pipi.

Kaki terus laju mencari tubuh suamiku dan detik itu juga tubuhnya aku rangkul erat. Izz Ashfan di antara kami menyepikan diri. Agaknya, si kecil ini tahu, jiwa papa dan mamanya sedang dibalut rawan.

“Bagi abang kekuatan. Bagi abang kekuatan!” bisiknya berkali-kali. Jemari Izz Amir terus memeluk bahuku. Bahunya terhinggut-hinggut kerana menangis.

Aku angguk berkali-kali. Kedua jemari kiri dan kanan suami aku genggam seeratnya. “Sini..” aku bawa jemari kami berdua ke hatinya. Aku pandang suamiku. Aku ini kekuatan dia. Aku ini tulang rusuk kirinya. Susah dan senang, kami berdua harus hadapi bersama-sama.

Tarik nafas.

“Hati. Kekuatan kita ialah hati. Allah pun ada bersama dengan kita. Apapun yang berlaku, Yaya terima dengan hati terbuka. Kita berlapang dada. Abang, anak umi yang baik, kan? Yaya percaya, umi akan terima kita. Umi akan terima Yaya. Walau lambat macam mana pun, umi akan terima kita.” bisikku bersama paluan jantung yang entah apa iramanya.

Bagaimana rasanya perasaan Izz Amir sekarang ya? Kalau satu masa dahulu, dia dibuang jauh oleh umi. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, kematian papanya secara mengejut juga diletakkan beban kesalahan ke atas dia. Pai Epal Café kesayangan Izz Amir, bukan juga miliknya lagi.

Dia mengangguk menerima segala kekuatan. Andai aku tidak kuat, aku yakin, Izz Amir juga akan turut sama tewas. Yaya mesti kuat. Yaya mesti tabah!

“Jom, kita masuk.” Aku memulakan. Kaki laju mengorak langkah. Dua tiga buah kereta di halaman parkir banglo sederhana ini, aku kira milik keluarga dan saudara mara Izz Amir.

“Bismillah…” suami tersayang mengalunkan doa. Sambil itu, jemari kasar Izz Amir menepuk-nepuk Izz Ashfan. Esak tangis Izz Amir sudah berkurangan. Beg yang sudah berkumpul, kami tinggalkan dahulu. Marilah kita bertemu dengan umi dahulu.

Sunnatullah.
Dia mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.
Cik Yaya oi, hujan emas pun di negeri orang. Hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kan di negeri sendiri.

“Assalammualaikum…” sekali.

“Assalammualaikum…” memberi salam untuk kedua kali.

Suara garau dari suamiku bersambut mesra. Wanita! Debar semakin berganda-ganda.

“Waalaikumsalam…mari-mari. Masuk-masuk. Hari raya ni macam-macam ada…”

Zup!

Jantung rasa bergolek jatuh. Bum bum bum bum.

Nampak tak jantung aku terkeluar. Siap pulak dia tergolek laju-laju macam bola. Huarghhh! Kenapa Izz Amir bukan anak yatim piatu? Kenapa? Kenapa?

Hahaha. Kalau anak yatim piatu, settle semua masalah. Kan?

Mata aku terbelalak macam nampak transformers si Bumblebee berjoget-joget. Tetapi kali ni, rasa nak termuntah sekali sebab punah impianku mahu Izz Amir jadi anak yatim piatu.

Dush. Dush.

Sebab bukannya ada Bumblebee di depan mata. Tetapi kini, yang sedang berdiri di muka pintu ialah umi. Lebih tepat, umi Izz Amir.

Mak Gu Jun Pyo akhirnya menjelma menjadi nyata.

Plingggg!

“Ehhh…Ya Allah…Izz Amir!!!”

“Anak umi!!!” jerit umi membelah sepi.

Tubuh tegap umi tiba-tiba meluru laju memeluk si kacak empat belas juta. Pipi Izz Amir bertalu-talu menjadi tempat hinggap bibir umi.

Dan drama sebabak air mata akhirnya berlangsung secara pilu. Mana mungkin untuk menolak, rindu Izz Amir itu ibarat sama seperti seorang ibu kehilangan anaknya. Aku tidak boleh menafikan ikatan darah yang terjalin. Itu umi suamiku yang wajib aku hormati. Air mata serentak itu juga, menjadi murah. Air gratis menjadi tumpuan si pipi.

Pilu.

Ngongoi si ibu menjadi bukti akan rindu. Izz Amir apatah lagi. Izz Ashfan menjadi rebutan ramai. Saudara mara Izz Amir tiba-tiba meluru keluar melihatkan pertemuan ini.

Aku diasak emosi yang berlagu syahdu. Air mata seperti tadi, tidak ada tanda mahu berhenti. Ya Allah, lembutkanlah hati ibu mertuaku.

Eh jap-jap!

Bukanke umi sakit? Ni ceria sakan dengan baju kebaya lip lap lip lap macam anak mami ni hape?

Aku konpius. Konpius empat belas juta ni.

Hati jadi libang-libu.

Galau jadinya.

8 ulasan:

  1. berdebar la pulak..takut unt ketahui yang seterusnya..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama14/11/14 22:58

    Haha. Dlm sedih ada gelak. Suker suker

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama15/11/14 07:21

    Best best !! X sabar nk tnggu next en3

    BalasPadam
  4. berdebar2 nak jumpa umi....tup2 tak sakit pon umi si izz.....yaya dah pening aduhhh....mintak2 yg baik2 sajer....

    BalasPadam
  5. baca kali kedua baru perasan, dialog ' ...lapanbelas kali masuk jamban tapi kali ini...aku tahan, Jebat'-- dari filem Seniman Bujang Lapuk. kah3x :)) tapi 1st time baca terpinga2. 'mana datang watak Jebat neh??'

    ps: baru lepas tengok SBL kat youtube.

    BalasPadam
  6. Alasan pujuk anak balik umah....winduuu

    BalasPadam
  7. Mtk bantuan sume... Cmne nk oder on9 novel ni ye? Pnt da cr kt kdai buku..

    BalasPadam
  8. x de sambungan ke citer ni

    BalasPadam