Pages

21 November 2014

Mrs Pai Epal 3

Salam semua.
Seperti dijanjikan.
Mrs Pai Epal bab 3. Saya tak pasti kenapa dengan ruangan komen saya perlu diletakkan coding sebegitu. Agaknya blog dah config baru untuk semua komen perlu masukkan kod. I'm not a robot! Ntah apa-apa blogger ni. Heh.

Selamat berhujung minggu untuk semua!



Aku jadi tumpuan.

Berpasang-pasang mata kini merenung. Macam nak telan pun iya.

Yang nampak veteran sikit ni, pak long dan mak long Izz Amir. Mungkin. Pak cik dan makcik-makcik saudara agaknya. Iya, mungkin sekali lagi. Mata aku memerhati ruang tamu yang dipenuhi tetamu. Ah, kusut-kusut!

Frasa mungkin itu sekali lagi menari-nari dalam minda.

Yang berderet-deret ramai ni anak-anak buah Izz Amir agaknya. Eh, laki aku kan anak tunggal a.k.a anak kesayangan umi? Habis, ni semua siapa?

Cucu-cucu mak long dan pak long agaknya.

Okey, mungkin lagi.

Tambar memberi debar, bila umi juga turut sama merenung aku. Duduk sudah tidak stabil. Jantung seperti tadi, mahu berlambak keluar. Rasa macam melantun-lantun.

“Marilah makan, Yaya.” lembut sahaja suara umi.

Haa…umi ni biar betul.

“Hari baik, bulan baik ni….kita buang yang keruh, ambil yang jernih.” sapa pula pak long.

“Ni pak long dan mak long.” Izz Amir memperkenalkan. Aku sekadar mengangguk sahaja. Bersalam-salaman sudah. Bersalam dengan umi pun sudah. Kini episod memperkenalkan aku dengan saudara mara yang ada.

“Yang tu pak andak dan mak andak. Busu dah datang beraya tadi, ni busu dah keluar berjalan ke Melaka.” Umi pula merancakkan.

“Ramai lagi pakcik makcik Izz Amir ni. Nanti lama-lama, kenallah.” Umi mendukung Izz Ashfan. Bibir dia mencium-cium si kecil yang sudahpun bangun. Agaknya, Izz Ashfan terkejut dengan semua yang mengeruminya tadi. “Eh, jom-jom kita makan.”
Mimpi?

Eh, aku betulke dah sampai Malaysia dan jejakkan kaki ke rumah umi?

Umi jemput aku makan?

Tadi, betul ke umi memeluk aku dan sama-sama kami berbalas ciuman di dahi?

“Abang…” sambil kaki berjalan ke ruang tamu, bibir tak henti berbisik-bisik. Tubuh dirapatkan ke arah Izz Amir.

“Hurmm…” Izz Amir tersengih-sengih.

“Mimpi ke umi tu?”

Hihi. Izz Amir gelengkan kepala dan tersenyum. “Iya, mimpi. Dah-dah, abang lapar nak makan dulu. Nanti kita bincang.”

“Bukan abang sakit perut ke?”

“Dah banyak keluar, ni lapar balik. Kalau sakit perut, nanti teman abang pergi klinik, okey?” Jemariku ditarik bersama ayunan langkah Izz Amir. Wajah nan sayu Izz Amir sudah sedikit segar. Tapi, hatinya mungkin bercambah lagi dengan kesayuan.

Aidilfitri.

Dan serasanya, ini detik paling membahagiakan bila umi mampir ke meja makan kami. Hanya kami bertiga. Tidak ada sesiapa.

Bila umi mencedokkan ketupat ke piring kecil Izz Amir, sayu sahaja suara umi menyantuni anak kesayangannya. “Umi masakkan Izz kuah kacang. Umi tahu Izz balik tahun ni. Ha…ni bubuh ketupat banyak-banyak, umi ambilkan kuah kacang untuk Izz ya.”

Aku yang sedang menuangkan air kerana terlalu dahaga, terkedu seketika.

“Izz mesti makan banyak-banyak. Mana tahu lepas ni umi takde ke kan.”

Hening. Syahdu seketika. Bunyi sudu yang mencedok kuah kacang dan diletakkan ke atas piring Izz Amir bersatu dengan nafas.

Aku gigit bibir. Mata menjeling Izz Amir yang sedang tunduk sambil merenung piringnya.

Iya, dulu Izz Amir pernah bercerita, “Abang suka kalau umi masak kuah kacang. Bertambah-tambah kalau abang makan. Memang sedap kalau umi yang masak. Cicah pulak dengan ketupat dan lemang…perghhh!”

“Lagi, abang suka makan apa?”

“Haaaa…kalau umi buat lontong. Kuah lontong yang umi masak, memang marvellous tahap dahsyatlah.”

Air mata sang lelakinya jatuh satu-persatu. Sebak melihatkan Izz Amir yang sedang menahan tangisnya. Tetapi akhirnya, bahu Izz Amir terhinggut-hinggut mengikut kesedihannya.

“Kuah kacang yang ni umi buatkan. Untuk Izz.” Umi meletakkan perlahan-lahan si kuah kacang.

Kalau aku juga sebagai seorang ibu, pastinya sedih kerana menahan kerinduan selama bertahun-tahun. Lama. Lama Izz Amir merajuk dan membawa diri. Rajuknya ke Paris mencari aku dan melarikan diri dari umi.

Akhirnya, kuah kacang yang Izz Amir rindui, betul-betul kini di depan mata.

Air tangan umi! Kalau aku pun rindukan sambal belacan yang ibu buat, Izz Amir apatah lagi. Kan?

Sejarah. Aku kira ini duka yang paling suamiku pendam. Dia rindukan umi sungguh-sungguh. Dia terlalu ingin memeluk umi. Ketika Ramadan berbaki seminggu, Izz Amir selalu bermimpi menyebut nama umi…umi..umi…

Berkali-kali!

Tetapi aku rahsiakan igauan suami, sambil terkebil-kebil mengusap pipinya. Hati sendiri jadi rawan. Kepiluan Izz Amir sebenarnya berkumpul terlalu lama, sampai dia bermimpi sebegitu rupa.

Kisah kami ternyata panjang sehingga ada saatnya aku selalu rasa berdosa kerana menjadi penghalang hubungan antara seorang anak dan umi. Dan tika ini, aku rasa bahagia. Iya, bahagia…kerana akhirnya Izz Amir boleh memeluk kembali umi.

“Ni, umi siap suruh Munir masakkan kuah lontong. Izz dan Yaya makan ya. Umi tahu, Izz rindu nak makan semua ni. Ada yang Munir masak, tapi lauk kegemaran Izz… dari malam tadi, umi dah siapkan bahan dan masak pagi tadi.”

Ketika itu juga, suamiku terus memeluk sang ibu.

“Izz minta maaf banyak-banyak. Izz banyak dosa dengan umi. Izz banyak susahkan hati umi sampai umi kurus macam ni. Izz minta ampun dekat umi. Izz tak akan tinggalkan umi lagi.” Wajah Izz Amir tersembam terus ke perut umi. Pipi Izz Amir dikesat-kesat dengan jemari kasar umi.

“Izz tahu Izz banyak salah. Izz tahu, Izz berdosa. Maafkan Izz ya umi.”

Renggut rasanya seluruh perasaan.

Air mata aku menitis lagi. Aku sapu-sapu menahan sendu sendiri.

Kau sudah putuskan semuanya, wahai suamiku. Aku juga kini sedang memutuskan untuk meneruskan apa juga kisah kita. Kita kan sudah berjanji, untuk sama-sama ke syurga?

Aku yang ada di sebelah Izz Amir, terus menarik jemarinya. Aku genggam seeratnya untuk memberi semangat.

Umi terangguk-angguk. Dia mengusap lembut rambut Izz Amir. Suara umi mengasak lagi, “Ya..ya Izz…umi maafkan. Izz anak umi. Sampai bila-bila Izz tetap anak umi.”
“Kalau nak dihimpun dosa Izz, banyak umi!” Izz Amir mengongoi lagi.
“Ya-ya….” Umi pula mengesat air matanya.

“Kita makan sama-sama ya?” Umi masih terus memujuk. Dipeluk kembali Izz Amir dengan linangan air mata.

Hati berkeping-keping.

Rasa seperti hancur berderai-derai.

“Dah-dah lah tu. Kita makan. Umi tahu Izz lapar, kita makan dulu…nanti kita berbual panjang ya?” pujuk lagi umi.

“Yaya, sendukkan lontong tu.” Umi mengarahkan.

Haaaaa

Aku terus bangun. Aku kini, sedang merawat perasaan. Perasaan umi dan juga Izz Amir.

“Haa..ni-ni, kita makan lontong. Yaya tuangkan abang air sekali ya?”

“Haaa…air kopi ada?” Izz Amir mengesat-ngesat air matanya. Dia kembali membetulkan duduknya. Tiba-tiba, Izz Amir menjadi ‘kembali’ bersifat waja.

“Ada-ada.” jawabku cepat. Walhal, hanya ada air berwarna oren dan sirap sahaja.

“Yaya pergi buatkan kat dapur. Serbuk kopi dan gula semua dalam kabinet atas.” Umi menambah rencah. Arahannya, tiba-tiba menyejukkan hati.

Aku bingkas bangun.
Suasana sudah bertukar rentak.
Kepiluan yang tadi kini bersambung dengan derap langkahku ke dapur.

***

Dan kini secangkir air kopi untuk Izz Amir harapnya, boleh meredakan kesedihan. Untuk umi, aku bawa juga cawan dan alasnya.

Retina mata kini, dijamah dengan mesra. Umi dan Izz Amir.

“Air kopi menantu umi ni. Dari Paris!”

Senyum.

Tetapi senyum umi itu, kenapa hati terasa lain sekali?

Kenapa lirik mata umi terasa satu ancaman untuk diri. Oh hati, kenapa kau jahat memikirkan benda ini. Bukankah tadi, jiwa sudah diikat dengan relung membahagiakan? Apa lagi yang aku mahu sebenarnya? Bukankah hari ini, Izz Amir sudah bertemu dengan umi. Bukankah ini yang aku mahukan?

Mahu saja aku bertanya, “Eh, umi kata umi sakit. Tapi….”

19 ulasan:

  1. waaaaa, macam ada sesuatu je umi izz amir ni.

    BalasPadam
  2. ermmm....something fishy

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama21/11/14 19:34

    Pura2 lagi la umi tu.mesti ade something tu.huhu. next episode xsabarnya

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama21/11/14 19:35

    Pura2 lagi la umi tu.mesti ade something tu.huhu. next episode xsabarnya

    BalasPadam
  5. cam ada sesuatu jerrr.....ish.....sabar2.....

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama26/11/14 17:38

    Msti ada umi izz amir nk buat ape2..dia cuma pura2 baik sbb ada izz.. ntah2 nk suh jgk kawen ngan c jasmin tu...

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama26/11/14 17:39

    Tabah la hati utk mnggu next en3...

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama19/4/15 13:30

    Assalammualaikum...x sabarnye nk tunggu mrs pai epal seterusnye...

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama29/4/15 07:49

    bila novel mrs.pai epal nak kuar dekat pasaran...xsabar nak bc sambungan dia..

    BalasPadam
  10. Bila novel mrs epal pai nk kluar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita tunggu la cik penulis siapkan. hehehe

      Padam
    2. Tak sabarnyaa 😂😂

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  11. Tanpa Nama23/3/18 16:29

    Cepat cepat ye kak mardihah keluarkan novel mrs.pai epal .. saye tak sbr nak baca

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama23/3/18 16:36

    Ada sambungan tak

    BalasPadam
  13. dah keluar ke novel nie

    BalasPadam
  14. knp x de novel mrs pai epal

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama13/2/21 23:50

    Tkutnya!!! Tiba ii umi tk blh terima yaya..Tkutnyaa!!

    BalasPadam
  16. kenapa tergantung? 😭😭

    BalasPadam