Seperti dijanjikan.
Mrs Pai Epal bab 3. Saya tak pasti kenapa dengan ruangan komen saya perlu diletakkan coding sebegitu. Agaknya blog dah config baru untuk semua komen perlu masukkan kod. I'm not a robot! Ntah apa-apa blogger ni. Heh.
Selamat berhujung minggu untuk semua!
Aku jadi tumpuan.
Berpasang-pasang mata
kini merenung. Macam nak telan pun iya.
Yang nampak veteran
sikit ni, pak long dan mak long Izz Amir. Mungkin. Pak cik dan makcik-makcik
saudara agaknya. Iya, mungkin sekali lagi. Mata aku memerhati ruang tamu yang
dipenuhi tetamu. Ah, kusut-kusut!
Frasa mungkin itu
sekali lagi menari-nari dalam minda.
Yang berderet-deret
ramai ni anak-anak buah Izz Amir agaknya. Eh, laki aku kan anak tunggal a.k.a
anak kesayangan umi? Habis, ni semua siapa?
Cucu-cucu mak long
dan pak long agaknya.
Okey, mungkin lagi.
Tambar memberi debar,
bila umi juga turut sama merenung aku. Duduk sudah tidak stabil. Jantung
seperti tadi, mahu berlambak keluar. Rasa macam melantun-lantun.
“Marilah makan,
Yaya.” lembut sahaja suara umi.
Haa…umi ni biar
betul.
“Hari baik, bulan
baik ni….kita buang yang keruh, ambil yang jernih.” sapa pula pak long.
“Ni pak long dan mak
long.” Izz Amir memperkenalkan. Aku sekadar mengangguk sahaja. Bersalam-salaman
sudah. Bersalam dengan umi pun sudah. Kini episod memperkenalkan aku dengan
saudara mara yang ada.
“Yang tu pak andak
dan mak andak. Busu dah datang beraya tadi, ni busu dah keluar berjalan ke
Melaka.” Umi pula merancakkan.
“Ramai lagi pakcik
makcik Izz Amir ni. Nanti lama-lama, kenallah.” Umi mendukung Izz Ashfan. Bibir
dia mencium-cium si kecil yang sudahpun bangun. Agaknya, Izz Ashfan terkejut
dengan semua yang mengeruminya tadi. “Eh, jom-jom kita makan.”
Mimpi?
Eh, aku betulke dah
sampai Malaysia dan jejakkan kaki ke rumah umi?
Umi jemput aku makan?
Tadi, betul ke umi
memeluk aku dan sama-sama kami berbalas ciuman di dahi?
“Abang…” sambil kaki
berjalan ke ruang tamu, bibir tak henti berbisik-bisik. Tubuh dirapatkan ke
arah Izz Amir.
“Hurmm…” Izz Amir
tersengih-sengih.
“Mimpi ke umi tu?”
Hihi. Izz Amir gelengkan kepala dan tersenyum. “Iya, mimpi. Dah-dah, abang
lapar nak makan dulu. Nanti kita bincang.”
“Bukan abang sakit
perut ke?”
“Dah banyak keluar,
ni lapar balik. Kalau sakit perut, nanti teman abang pergi klinik, okey?”
Jemariku ditarik bersama ayunan langkah Izz Amir. Wajah nan sayu Izz Amir sudah
sedikit segar. Tapi, hatinya mungkin bercambah lagi dengan kesayuan.
Aidilfitri.
Dan serasanya, ini
detik paling membahagiakan bila umi mampir ke meja makan kami. Hanya kami
bertiga. Tidak ada sesiapa.
Bila umi mencedokkan
ketupat ke piring kecil Izz Amir, sayu sahaja suara umi menyantuni anak
kesayangannya. “Umi masakkan Izz kuah kacang. Umi tahu Izz balik tahun ni.
Ha…ni bubuh ketupat banyak-banyak, umi ambilkan kuah kacang untuk Izz ya.”
Aku yang sedang
menuangkan air kerana terlalu dahaga, terkedu seketika.
“Izz mesti makan
banyak-banyak. Mana tahu lepas ni umi takde ke kan.”
Hening. Syahdu
seketika. Bunyi sudu yang mencedok kuah kacang dan diletakkan ke atas piring
Izz Amir bersatu dengan nafas.
Aku gigit bibir. Mata
menjeling Izz Amir yang sedang tunduk sambil merenung piringnya.
Iya, dulu Izz Amir pernah
bercerita, “Abang suka kalau umi masak kuah kacang. Bertambah-tambah kalau
abang makan. Memang sedap kalau umi yang masak. Cicah pulak dengan ketupat dan
lemang…perghhh!”
“Lagi, abang suka
makan apa?”
“Haaaa…kalau umi buat
lontong. Kuah lontong yang umi masak, memang marvellous tahap dahsyatlah.”
Air mata sang
lelakinya jatuh satu-persatu. Sebak melihatkan Izz Amir yang sedang menahan
tangisnya. Tetapi akhirnya, bahu Izz Amir terhinggut-hinggut mengikut
kesedihannya.
“Kuah kacang yang ni
umi buatkan. Untuk Izz.” Umi meletakkan perlahan-lahan si kuah kacang.
Kalau aku juga
sebagai seorang ibu, pastinya sedih kerana menahan kerinduan selama
bertahun-tahun. Lama. Lama Izz Amir merajuk dan membawa diri. Rajuknya ke Paris
mencari aku dan melarikan diri dari umi.
Akhirnya, kuah kacang
yang Izz Amir rindui, betul-betul kini di depan mata.
Air tangan umi! Kalau
aku pun rindukan sambal belacan yang ibu buat, Izz Amir apatah lagi. Kan?
Sejarah. Aku kira ini
duka yang paling suamiku pendam. Dia rindukan umi sungguh-sungguh. Dia terlalu
ingin memeluk umi. Ketika Ramadan berbaki seminggu, Izz Amir selalu bermimpi
menyebut nama umi…umi..umi…
Berkali-kali!
Tetapi aku rahsiakan
igauan suami, sambil terkebil-kebil mengusap pipinya. Hati sendiri jadi rawan.
Kepiluan Izz Amir sebenarnya berkumpul terlalu lama, sampai dia bermimpi
sebegitu rupa.
Kisah kami ternyata panjang
sehingga ada saatnya aku selalu rasa berdosa kerana menjadi penghalang hubungan
antara seorang anak dan umi. Dan tika ini, aku rasa bahagia. Iya,
bahagia…kerana akhirnya Izz Amir boleh memeluk kembali umi.
“Ni, umi siap suruh
Munir masakkan kuah lontong. Izz dan Yaya makan ya. Umi tahu, Izz rindu nak
makan semua ni. Ada yang Munir masak, tapi lauk kegemaran Izz… dari malam tadi,
umi dah siapkan bahan dan masak pagi tadi.”
Ketika itu juga,
suamiku terus memeluk sang ibu.
“Izz minta maaf
banyak-banyak. Izz banyak dosa dengan umi. Izz banyak susahkan hati umi sampai
umi kurus macam ni. Izz minta ampun dekat umi. Izz tak akan tinggalkan umi
lagi.” Wajah Izz Amir tersembam terus ke perut umi. Pipi Izz Amir dikesat-kesat
dengan jemari kasar umi.
“Izz tahu Izz banyak
salah. Izz tahu, Izz berdosa. Maafkan Izz ya umi.”
Renggut rasanya
seluruh perasaan.
Air mata aku menitis
lagi. Aku sapu-sapu menahan sendu sendiri.
Kau sudah putuskan
semuanya, wahai suamiku. Aku juga kini sedang memutuskan untuk meneruskan apa
juga kisah kita. Kita kan sudah berjanji, untuk sama-sama ke syurga?
Aku yang ada di
sebelah Izz Amir, terus menarik jemarinya. Aku genggam seeratnya untuk memberi
semangat.
Umi terangguk-angguk.
Dia mengusap lembut rambut Izz Amir. Suara umi mengasak lagi, “Ya..ya Izz…umi
maafkan. Izz anak umi. Sampai bila-bila Izz tetap anak umi.”
“Kalau nak dihimpun
dosa Izz, banyak umi!” Izz Amir mengongoi lagi.
“Ya-ya….” Umi pula
mengesat air matanya.
“Kita makan sama-sama
ya?” Umi masih terus memujuk. Dipeluk kembali Izz Amir dengan linangan air
mata.
Hati
berkeping-keping.
Rasa seperti hancur
berderai-derai.
“Dah-dah lah tu. Kita
makan. Umi tahu Izz lapar, kita makan dulu…nanti kita berbual panjang ya?”
pujuk lagi umi.
“Yaya, sendukkan
lontong tu.” Umi mengarahkan.
Haaaaa
Aku terus bangun. Aku
kini, sedang merawat perasaan. Perasaan umi dan juga Izz Amir.
“Haa..ni-ni, kita
makan lontong. Yaya tuangkan abang air sekali ya?”
“Haaa…air kopi ada?”
Izz Amir mengesat-ngesat air matanya. Dia kembali membetulkan duduknya. Tiba-tiba,
Izz Amir menjadi ‘kembali’ bersifat waja.
“Ada-ada.” jawabku cepat.
Walhal, hanya ada air berwarna oren dan sirap sahaja.
“Yaya pergi buatkan
kat dapur. Serbuk kopi dan gula semua dalam kabinet atas.” Umi menambah rencah.
Arahannya, tiba-tiba menyejukkan hati.
Aku bingkas bangun.
Suasana sudah
bertukar rentak.
Kepiluan yang tadi
kini bersambung dengan derap langkahku ke dapur.
***
Dan kini secangkir air
kopi untuk Izz Amir harapnya, boleh meredakan kesedihan. Untuk umi, aku bawa juga
cawan dan alasnya.
Retina mata kini,
dijamah dengan mesra. Umi dan Izz Amir.
“Air kopi menantu umi
ni. Dari Paris!”
Senyum.
Tetapi senyum umi itu,
kenapa hati terasa lain sekali?
Kenapa lirik mata umi
terasa satu ancaman untuk diri. Oh hati, kenapa kau jahat memikirkan benda ini.
Bukankah tadi, jiwa sudah diikat dengan relung membahagiakan? Apa lagi yang aku
mahu sebenarnya? Bukankah hari ini, Izz Amir sudah bertemu dengan umi. Bukankah
ini yang aku mahukan?
Mahu saja aku
bertanya, “Eh, umi kata umi sakit. Tapi….”
waaaaa, macam ada sesuatu je umi izz amir ni.
BalasPadamermmm....something fishy
BalasPadamPura2 lagi la umi tu.mesti ade something tu.huhu. next episode xsabarnya
BalasPadamPura2 lagi la umi tu.mesti ade something tu.huhu. next episode xsabarnya
BalasPadamcam ada sesuatu jerrr.....ish.....sabar2.....
BalasPadamMsti ada umi izz amir nk buat ape2..dia cuma pura2 baik sbb ada izz.. ntah2 nk suh jgk kawen ngan c jasmin tu...
BalasPadamTabah la hati utk mnggu next en3...
BalasPadamAssalammualaikum...x sabarnye nk tunggu mrs pai epal seterusnye...
BalasPadambila novel mrs.pai epal nak kuar dekat pasaran...xsabar nak bc sambungan dia..
BalasPadamBila novel mrs epal pai nk kluar?
BalasPadamkita tunggu la cik penulis siapkan. hehehe
PadamTak sabarnyaa 😂😂
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamCepat cepat ye kak mardihah keluarkan novel mrs.pai epal .. saye tak sbr nak baca
BalasPadamAda sambungan tak
BalasPadamdah keluar ke novel nie
BalasPadamknp x de novel mrs pai epal
BalasPadamTkutnya!!! Tiba ii umi tk blh terima yaya..Tkutnyaa!!
BalasPadamkenapa tergantung? 😭😭
BalasPadam