Pages

05 November 2014

Mrs Pai Epal 1

 Saya cepatkan bab 1. Sebab Jumaat macam nak bercuti. Yeayyy!
Untuk lebih faham, pembaca perlu baca cerpen Aidilfitri Mr Pai Epal. (Untuk yang mengikuti perkembangan sebelum ini. Ini linknya bagi mereka yang belum hadam)  
Alhamdulilah, terkejar-kejar juga saya siapkan bab ini sambil  teruskan bab-bab mendatang.
Heh.

Sayang semua 14juta!



Anginnya masih sama.

Langit tetap memayungi tubuh. Bumi masih terhampar indah bersama jejak kakiku ini. Kuala Lumpur International Airport akhirnya menemukan kembali aku dan Izz Amir dengan rasa ini. Itulah, merajuk sampai membawa diri ke Paris. Kalau dah jodoh tu, lari sampai ke Switzerland ke, lari ke India ke mesti kahwin dengan Izz Amir juga kan?

Amboi, cik Yaya…mengimbau kenangan lama nampaknya?

Hehe. Mata meliar lagi dan nafas kembali menyedut udara nan segar.

“Selamat hari raya aidilfitri!” Entah suara siapa bergema-gema. Sisi mata menjeling sekumpulan keluarga yang sedang berpeluk-pelukan. Baju kurung dan baju melayu menjadi tradisi. Gembira sungguh mereka sambil bersalam-salaman. Jerit dan tangis si anak kecil mengasak gegendang telinga. Aidilfitri terasa indah kan bila keluarga tersayang bertemu sebegitu.

Sambil menemani Izz Ashfan yang masih lena, jemari runcing menggeledah beg galas dan pantas aku mencari si encik telefon. Stroller yang menjadi tempat letak anak kesayangan aku betul-betul kini di depanku. Izz Amir entah ke mana perginya. Tadi, katanya mahu ke bilik air. Dari dalam kapal terbang, perutnya meragam-ragam entah kenapa. Agaknya disebabkan menikmati rendang di Apartmen Rue Due Dutot, selang beberapa jam sebelum penerbangan kami.

Jemari ligat memerhati skrin Iphone 5. Jemari seperti biasa mencari nama si Fatin. Laju Typing! Typing!

Abang long kau sakit perut.

Hahaha. Kesian. Agaknya makan rendang dan macam-macam lauk kat sini kot. Dah sampai kan?

Yerp. Kak long dah sampai Malaysia. Nanti cakap kat ibu ya. Maaf tak dapat nak bawa uolz semua jenjalan kat sana. I’m sorry.

Habis nak buat macam mana. Kami datang sini sebab nak surprisekan kat kak long. Tapi mak mertua kak long pulak yang sakit tiba-tiba. Kalau umi tak sakit, agaknya abang long balik tak?

Jemari terasa kejung. Tiba-tiba idea beku untuk membalas WhatsApp Fatin. ‘Kalau umi tak sakit, agaknya abang long balik tak?’

Entahlah Fatin. Ni balik pun sebab emergency. Rancang lain, lain jadinya. Dulu pujuk dia balik Malaysia, tak nak balik. Ikutkan ajelah dah suami kan. Hehe.

Hei kak long, syurga seorang isteri tu dengan suami tau. Ada hikmah jugak mak mertua kak long sakit. Umi dah rindu dengan anak dia. Janganlah sedih-sedih, okey? Kami kat sini enjoy. Dua hari lagi kami sampai pulak, okey?

Doakan kak long ya. Gigi sudah menggigit bibir bawah. Resah  gelisah sebenarnya memikirkan penerimaan umi. Takut pun ada. Cemas, risau, gemuruh dan seluruh rasa itu bercampur baur.

Iya. peluk cium untuk Izz Ashfan yang comel tu sekali. Muah-muah.

Ibu, doakan juga Yaya senang berhadapan dengan umi ya? Aku pandang skrin telefon. Perbincangan tamat bila tubuh tegap Izz Amir sudah tegak berdiri di hadapanku. Beg plastik di jemari kirinya kini menangkap anak mata.

“Fatin?”

Senyum. Lelaki berdada bidang sudah menghiasi tubir mata. Aku mengangguk sambil hadiahkan senyum ini untuknya. Izz Amir terus duduk di sebelahku. Sementara Izz Ashfan tidur ini, kami mahu menghilangkan rasa penat yang masih menghuni.
“Kita balik Malaysia tanpa dirancang, kan?” Dia mula berkias-kias. Jemari kasar dia sudah memeluk bahuku. Eh eh dia ni.

“Kita bukan kat Paris lah. Eh-eh.”

“Lah, apa salahnya pun. Abang letak tangan atas bahu aje. Bukan cium-cium pipi pun.” Gelak ketawanya mula menghiasi halwa telinga.

Aku turut sama ketawa. Suka sangat aku mengusiknya. Telefon pintar segera aku masukkan ke dalam beg galasku.

“Cium betul-betul kang, cik Yaya nak lari mana?”

“Lari masuk dalam kocek abang.”

“Eleh… tak muat okey?”

Hihi. Kami ketawa lagi. Saat-saat selepasnya, kami berdua terus diam tanpa berkata-kata. Diam kami bagaikan selesai peperangan dunia ketiga. Betullah seperti kata Izz Amir, kami balik ke Malaysia tanpa dirancang. Pendek kata, semuanya berubah. Aidilfitri kali ini, benar-benar  menguji mental fizikal kami berdua.

Umi sedang sakit, cik Yaya. Kenapa tak ajak Izz Amir balik terus ke rumah umi? Yang duduk bertenggek kat bangku ni, sape suruh? Aku telan air liur. Kalau balik ke rumah umi, umi tu sudi ke menerima aku ini yang menantu bukan pilihannya? Umi tu, betul ke memang sudah menyisihkan Izz Amir hanya kerana memilih aku sebagai seorang isterinya? Apa perlu aku buat di saat genting begini, ya?

Ah…kusut-kusut.

“Jom kita balik rumah umi.” Tiba-tiba kan? Tadi punyalah banyak andaian. Itu dan ini sampai terbayang-bayang umi bercekak pinggang depan pintu rumah.

Gulp. Takutnya.

“Abang tunggu Munir ni. Kejap lagi aje dia sampai. Kita tunggu kejap lagi ya?”

Aku hembuskan nafas. Menjeling sisi lelaki ini. Entah apa yang sedang dia fikirkan agaknya ya? Mungkin sama macam aku. Mungkin. Umi tak suka kami balik. Atau mungkin umi suka kami berdua balik. Atau umi akan terus sihat bila melihat anak kesayangannya, kembali ke Malaysia. Atau mungkin juga mengenai kedudukan aku di sisi umi. Kan? Kan? Entah-entah, umi halau aku balik rumah. Tending terajang aku ke kan? Ish..minta simpang.

Huwaaa…kalau semua andaian yang aku fikir ini betul, macam mana?

“Fatin ada bagi kunci rumah tak?”

Izz Amir menyelongkar beg plastik yang sedang dipegangnya. Sebotol mineral water dihulurkan untuk aku. Dengan teragak-agak aku menerimanya. Kenapa pula Izz Amir, bersoal jawab fasal kunci rumah?

Belum sempat aku menjawab, Izz Amir menyambung bicaranya, “Manalah tahu angin kus-kus umi tu datang ke, kita boleh tidur rumah ibu. Standby awal-awal. Hehe.” Izz Amir tersengih-sengih. Eh-eh dia ni. Jangan buat-buat main dengan soal tidur di mana. Baru jejak rumah umi nanti, takkan nak tidur rumah ibu?

“Nanti mestilah ibu kecik hati. Abang jangan buat masalah. Sudahlah kita ni balik main redah aje.”

“Isteri abang pun tahu kan?”

Aku merenung lantai bermarmar yang berkilat-kilat ini. Kusut. Sebenarnya banyak perkara sedang bermain di fikiran. Cuma tak terluah. Nak nangis, boleh tak?

Akhirnya aku mengiyakan. Angguk. “Tahu. Umi tak suka Yaya.”
“Bukan umi tak suka Yaya. Boleh tak jangan cakap macam tu? Mungkin kita perlu masa, kan?”

Aku kembali merenung wajah kesayangan. Hati ditebak rasa berdosa. Aku inilah yang menjarakkan hubungan antara umi dan Izz Amir. Aku inilah yang berdosa kerana memutuskan silaturrahim antara umi dan Izz Amir. Hubungan anak dan seorang ibu telah lama putus hanya kerana disebabkan lelaki ini memilih aku sebagai isterinya.

Ah – klisenya. Tetapi mertua sebeginilah yang sebenarnya ada di dalam Malaysia dan seluruh dunia. Dalam sepuluh, mungkin dua pasangan akan berhadapan dengan situasi ini. Dan pasangan paling bertuah dalam dunia ini, ialah aku dan Izz Amir.

Huwaaaaaa.

“Abang dibenci umi sebab abang pilih Yaya. Kenyataan kan abang?” Aku mengiyakan apa yang terdetik di hati ini.

Izz Amir meneguk lagi air. Halkumnya bergerak-gerak. Entah apa lagi perancangan di dalam kepala Izz Amir.

“Dan sah-sah juga cik Yaya kesayangan abang ni pun lagilah umi tak suka. Entah-entah tengok muka isteri abang ni pun, dia tak suka, Kan?” lirih sungguh rasanya hati ini. Aku telan air liur. Wajah garang dan ketat umi tiba-tiba menjengah.

“Kita bukan buat dosa, cik Yaya sayang oi.”

“Memanglah bukan buat dosa.” sambungku.

 Izz Amir kenyitkan mata. Eeee, bercakap dengan Izz Amir ni, selalu menyakitkan hati. Izz Amir merenyih lagi. Gigi putihnya kini menjadi hadaman retina mata.

“Tapi manalah tahu, kepulangan kita hari ni, buat umi terima. Kerak nasi dicurah dengan air lama-lama akan lembut juga kan?”  Izz Amir mula memujuk keresahan kami.
Titik tolaknya, perjalanan pulang kami semuanya sedang ditentukan oleh masa. Sekejap sahaja lagi, Munir akan datang. Minda terasa berserabut dengan banyak perkara.

Gulp.

Kemudian aku harus fikirkan Yayasan Marjan dan bertemu dengan encik Sulaiman. Segala pesanan Fatin mengenai kerja-kerja yang akan menanti aku di Yayasan Marjan bersusun di dalam kepala.

“Umi pun tengah sakit.” Izz Amir menarik jemari aku. Diramas-ramas untuk sama-sama mengalirkan kepercayaan.

Si dia masih setia menawarkan pujuk rayu. “Umi akan terima isteri abang ni. Abang percaya dan yakin dengan kemampuan Yaya. Sebab pilihan abang selalunya tepat.”

“Apa sekalipun berlaku, abang takkan tinggalkan Yaya kan?” Tubuh tegap suamiku terus aku rangkul. Tanpa sedar, yang sepasang mata sedang memerhatikan kami.

Wajah Jasmin sesekali menerpa.

Wajah umi sedang mengasak-asak.

Beberapa jam lagi. Apa yang akan berlaku kepada aku dan Izz Amir ya? Jasmin tu hidup ke tak ya? Hahaha.

Ya Allah, cik Yaya. Boleh tak kau jangan fikir yang bukan-bukan? Boleh tak kau fikirkan bagaimana nak menarik hati umi si ketul batu tu? Boleh tak jangan fikirkan soal Jasmin sekarang ni? Berdosa tau tak doakan Jasmin macam tu. Heh.

Ketul batu? Hahaha. Kalau Izz Amir dengar ni, nahaslah aku dikerjakannya

“Abang sayangkan Yaya kan?” soalku sekali lagi.
“Yaya. Apa berlaku sekalipun, abang akan tetap di sisi Yaya. Macam yang Yaya tahu, selagi kita tak berjaya dapatkan sebelas orang anak, selagi tu sayang abang setinggi gunung kat Yaya. Hahaha.”

Si dia ketawa.

Eeeee….kan aku dah cakap, dia ni kan, kalau tak menyakitkan hati boleh tak?

Hehe. Aku renggangkan pelukan kami. Wajah kesayangan hati kini tepat di dalam anak mata.

“Assalammualaikum cef Izz Amir dan cef Yaya!”

“Heiii Munir!” Izz Amir terus berdiri mendapatkan sepupunya. Dipeluk erat tubuh Munir. “Waalaikumsalam. Alahai…lamanya tak jumpa dengan kau.”

Cef Yaya? Best sungguh rasanya bila sudah ada gelaran cef dalam nama sendiri.

“Lama tak jumpa sebab kau tu yang tak nak balik Malaysia, Izz Amir oi.” Munir menepuk-nepuk bahu si sepupu. Sesekali matanya menjeling aku.

“Hai cik Yaya. Welcome back to Malaysia.”

“Hai awak. Iya, akhirnya balik juga ke Malaysia, kan?” Aku sekadar mengangkat tangan sambil berdiri. Menghormati Munir tidak lebih sebagai seorang kawan. Beg galas segera aku betulkan. Detik ini, bukan untuk aku mengimbau segala kenangan lama. Munir, Izz Amir dan aku sudah melalui fasa yang banyak mematangkan perhubungan.

Yang penting sekarang ini hanya… UMI!

Beg pakaian sudah ditarik oleh Munir.

Izz Amir turut sama menarik beg pakaian kami anak-beranak.

Aku mula menolak stroller. Izz Ashfan tiba-tiba bangun dan mula menangis meminta susunya. Allah. Allah. Allah. Kesakitan yang sedang aku rasa di bahagian dada kini menujah-nujah. Izz Ashfan terus sahaja aku dokong. Memujuknya dan menepuk-nepuk punggungnya. Tetapi, si kecil masih belum mahu berhenti dari tangisnya.

“Yaya, abang dan Munir tunggu Yaya kat situ. Pergi susukan Ashfan dulu.” Dia penuh mengerti. Ialah, aku ini menyusukan Izz Ashfan sepenuhnya. Kalau si kecil ini merengek tanpa henti, laparlah tandanya itu.

“Dua puluh minit ya!” Aku segera mengendong si comel. Rengeknya makin menjadi-jadi. Alahai anak, waktu nak pergi rumah umi inilah kau meragam ya. Bagus-bagus. Lambat sikit kita pergi, kan? Bolehlah mama tarik nafas sambil fikir strategi memikat ibu mertua si ketul batu itu. 

Ops! 

Kan? Kan?


9 ulasan:

  1. Tanpa Nama5/11/14 16:53

    rindunya kita dengan cik yayasayang dan izz amir. tq cik dhihah.

    BalasPadam
  2. alahai......berdebar2 rasa nak jumpa umi......minta2 ok ler ya.....sian kat izz n cik yaya....cepat2 sambung yer cik dihah...luv u juta2.....

    BalasPadam
  3. Cik Mardihah,
    Akhirnya dapat jua ditatap MRS PAI EPAL nie...
    tggu next entry...
    Sayang IZZ AMIR & CIK YAYA patblas juta kali... :D

    BalasPadam
  4. Yessss cik yaya sayang kembali...
    sayang awak juta2 kali... hahahahaha

    BalasPadam
  5. Ni x sabar rasa nya menunggu keisambungan mr. Pai epal 2.

    BalasPadam
  6. Rindu baru perasan ada entry niiii...

    BalasPadam
  7. Wahhh!! Best best... Rindu Mr. Pai Epal^^ Mrs. Pai Epal Fighting!!

    BalasPadam
  8. Bila nak keluar novel sis ?

    BalasPadam
  9. Bila nak keluar novel sis ?

    BalasPadam