Pages

08 Oktober 2008

~Raikan Cinta~


Pagi ini saya mengantuk pula. Terlelap sekejap di tempat duduk dan kembali mencari semangat untuk bekerja. Arghhh...Saya kembali menyegarkan mata dengan membaca berita terbaru, tentang kisahnya politik semasa Malaysia yang panas-panas ala pisang goreng.

Mufti Perlis khabarnya akan meletak jawatan selepas tamat tempoh perkhidmatannya. Boleh klik di sini.

Juga kisah replika besar Datuk Sri Anwar Ibrahim di Batu Cave. Catatan blog Faisal Tehrani menjamu mata saya pagi ini.

Raikan Cinta.

Hmm,Kenapa Raikan Cinta?

Raikan Cinta kini memasuki fasa baru, fasa bermulanya tentang bagaimana saya meraikan cinta dan kita semua meraikan cinta. Bait lirik kisah cinta Siti Hajar pada lagu Raikan Cinta - M.Nasir saya tatap. Sahabiah saya mencarikan lirik berkenaan dan sempat berseloroh
"..Eh, kak Dihah, raikan cinta pulak ye...ada apa-apa ke?" saya sempat menjawab..." ha...hang jangan macam-macam tambah ye..."saya tertawa.

Realitinya, antara kita perlu meraikan cinta sesama kita. Cinta kepada Ilahi, Rasulullah s.a.w, ibu bapa, keluarga, suami, isteri, anak-anak, persahabatan, ukhwah, jiran, masyarakat muslim semuanya. Kehidupan kita adalah berlandaskan cinta.

Ketika Siti Khadijah sedang duduk berdua dengan Muhammad s.a.w tiba-tiba Khadijah menangis bercucuran air mata. Rasulullah s.a.w nyata terperanjat. " Isteriku tercinta, apa gerangan yang telah melukai perasaanmu sehingga engkau menangis begitu sedih?"

Khadijah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Setelah reda,wanita mulia itu berkata "Suamiku, tiba-tiba sahaja aku teringat bahawa seluruh harta kekayaan yang kumiliki sudah habis. Tidak ada lagi yang bisa dipersembahkan sebagai jalan infak di jalan Allah, padahal dakwahmu belum lagi selesai..itu yang membuatkan sangat sedih...."

Khadijah berkata lagi, " Kerana itu, wahai suamiku, aku ada permintaan untukmu. Kelak aku akan wafat dan rohku akan kembali kepada Allah s.w.t. Dan di dalam tanah yang akan tersisa dari jasadku hanyalah tulang-tulang belaka. Jika pada saat itu engkau mahukan sebuah rakit untuk menyeberangkan dakwahmu ke negeri jauh di sana, maka galilah kuburku, dan rangkailah rakit dari tulang belulangku yang tersisa...."

Siti Khadijah meraikan cintanya kepada dakwah suami tercinta dan kepada Islam. Ayuh kita meraikan cinta sebegini....

Raikan Cinta akan saya teruskan. Semoga blog ini mendapat manfaat dan sekurangnya pengalaman dikongsi bersama. Banyak kenangan dan bicara saya akan tertulis di sini. Kisah peribadi, barangkali serba sedikit dan kalian yang mencungkilnya sendiri. Wahh....

Raikan Cinta akan terus berkisah. Ia masih sama seperti 1000 Hidayah. Gaya, cara dan isi akan sedikit berubah dari semasa ke semasa. Kelahiran baru Raikan Cinta adalah definisi kelahiran sulung bakal manuskrip saya. Saya meraikannya. Alhamdulillah.

Saya mahu meraikan cinta kepada semua sahabiah dan sahabat saya yang telah dan akan melangsungkan walimah. Sempena Syawal yang mulia ini, Dihah dan ucapkan semoga jodoh kalian di panjangkan hingga ke akhir hayat, bahagia ke anak cucu dan tahniah ya!

Untuk Angah dan Radzi, Huda dan pasangan, juga bakal menyusul Azrina dan Yazid....Selamat Pengantin Baru diucapkan....

06 Oktober 2008

Impian

Kasihan betul pada lap top saya. Saya berbicara juga pada adik lelaki saya, minta bantuan trade-in atau menjualkannya. Hmmm, petang sebelum dibawa ke kedai, saya charge dan belek-belek. Ahh...nurani sensitif ini barangkali dirasai betul olehnya.

Boleh on. Girang betul hati saya. Saya putuskan untuk menyimpannya dan membeli aksesori cooling@cooler untuk menyejukkan. Saya berkira-kira mahu melengkapkannya dengan sebuah meja kecil di rumah sewa. Menjaga semula lap top dengan sebaiknya. Juga mahu mengemaskini ruang rumah sewa agar lebih tersusun. Sesak jiwa saya jika tidak tersusun. Bulan mendatang, hari akan berganti hari, penghujung tahun ini saya nanti dengan debaran penuh di jiwa. Manuskrip bakal ditayangkan umum. Benarkah? dan saya harus mempersiapkan diri juga. Bahan bacaan untuk diri makin berkurang, memang benar di tahap kesibukan saya asyik menonton televisyen dan hal-hal peribadi yang lain. Hujung minggu saya yang lepas pula kekerapan pulang ke kampung harus saya sekat sedikit untuk bulan mendatang. Jemari saya perlu fokus. Kira-kira lap top baru muncul dalam minda....tapi sayang betul pada lap top lama ini.

Jadual saya harus disusun semula. Banyak perkara kadang-kadang mendatang tanpa kita pinta. Jiwa saya kadang-kadang terasa mahu berlari mencari sesuatu untuk diri. Tapi bayangnya entah kenapa tidak muncul lagi. Semangat saya, jiwa saya dan adakala banyak kepuasan untuk diri lebih terarah kepada duniawi...Tuhan....saya mahu menangis......

Semoga manuskrip berjaya.................Semoga Lap Top bercambah rindu pada saya..............

03 Oktober 2008

Baju Baru Blog

Saya kembali menatap blog yang berwajah baharu, entah terhibur atau tidak, tetapi saya perlu kepada sesuatu kelahiran baru untuk tujuan semangat dan pembaharuan. Harapan, semoga semua peminat (isk, Dihah ada peminat ke..? hihi) terhibur dengan wajah blog baharu ini.......InsyaAllah.


p/s : Blog juga salin pakaian untuk Hari Raya...

Gambar Raya

Hari Raya keTiga, Dihah bekerja, meski sedih berjauhan beberapa jam dengan anak-anak buah tersayang, sempat juga upload gambar mereka yang gemar berposing sakan. Hmm, gambar-gambar di bawah, ketika pagi raya selepas kami bersalam-salaman sekeluarga.

Paling pandai berposing si Aiman dengan gaya Ultramannya bersama Irfan comel.

Pesanan ringkas : Berilah duit raya kepada kanak-kanak.

hehehehe

p/s: Terima kasih kepada rakan-rakan blog yang mengirimkan kad raya dan sms raya.


Aiman, Amar & Irfan..hensem boy...arghh..


Athirah yang comel...pendiam sahaja dia ni...



Aiman vs Abg Chik...



Riang ria Hari Raya



Kamilah Ultraman....



Wah....gaya ustaz muda....amin



Eeeee..geramnya kat Mak Lang....