Pages

09 Mei 2011

Mari bergembira




Muka seharusnya menunjukkan tanda 'suka' atas jadual perjalanan yang kami tidak tahu! Mengikut sahaja kata pengarah program. Panas terik ketika di PD Ostrich!








Marilah kita bercerita mengenai perjalanan ke Port Dickson. Kata orang, jalan-jalan cari makan kan! Yeah! Minggu yang amat sibuk dan penat tetapi menyeronokkan!

Tempat yang kami tuju ini namanya, PD Ostrich. Cuaca memang panas! Kami sampai jam 11.30 pagi. Matahari tegak atas kepala. Yang nama Mardihah Adam tu sudahlah pakai skirt warna hitam, baju hitam dan tudung hitam! Tak ka naya! Berapa kali saya tanya suami,

“Apa agenda pertama ni, bang?”

“ Ala, lupalah, jadual di kilang!”

Argh….

Kesimpulannya, saya memang panas ya! Tetapi buat-buatlah macam sedang berjalan-jalan di tepi pantai di Hawaii! Dan salji memang sedang berguguran dari atas langit! Hak hak! Tapi agenda pertama pakai baju warna hitam adalah supaya saya nampak kurus! Ulang sekali lagi, supaya nampak kurus ya!





Muka masa ni, memang tak boleh tengoklah!Takutttt







Haa, ini semasa saya sudah berjaya memberi burung Ostrich makanan! Yeah!



Mari saya pendekkan cerita dan gambar-gambar ini adalah buktinya ya! Pertama sekali pengalaman baru adalah memberi Burung Ostrich makan. Takut memang lah ada. Terjerit-jerit tak control ayu! Lepas dua kali memberi makanan, saya pun dengan selamba memberi makan kepada burung besar ini. Kira okeylah kan! Tapi muka macam ketat jugalah! Yaribba! Pengalaman yang tak pernah dikutip baik kita kutip, betul tak? Satu sahajalah yang saya tak berapa suka dengan tempat ini ialah keadaan persekitarannya. PD Ostrich sepatutnya dibesarkan lagi dan dijadikan salah satu tempat pelancongan yang cantik supaya ramai lagi yang tertarik untuk datang. Ini pendapat saya sahajalah ya, sebab saya memang suka mengkritik. Siapa-siapa yang tak profesional, sila angkat mouse, klik tempat lain! Hehe (sebab sudah ada pengalamanlah, jadi baik saya warning awal-awal)








Dapat sijil tu, naik burung Ostrich! Sekali ada satay Ostrich. RM 10.00 untuk 6 batang.







'Orang lelaki' : memang layan!




Jika ke pantai, memanglah melihat pantai bukan. Jadinya aktiviti kami berdua adalah berjalan-jalan menyedut angin pantai sambil makan jagung! Selepas itu dua ketul putu piring! Memang sedap betullah! Lain kali datang PD lagi, kita serbu gerai kakak itu ya, abang!

Malam hari pula seperti biasa barbeque!







Teman-teman suami yang 'sporting'. Mereka panggil saya 'kakak novel!'. Erk!


Family Day yang enjoy dan serba ringkas untuk kami semua. Jadual tidak begitu ketat dan memang yaribba! Tetapi cuaca panas terik! Musim panas melanda Malaysia!

27 April 2011

Datanglah..datanglah..!

Hari ini hari terindah! Kerana saya akan menyibukkan diri untuk seminggu ini. Mengedit manuskrip ketiga. Yang paling saya nanti-nantikan! Sambungan Andai Gerimis Berhenti II dan menutup kisah Aisya bersama Abang Najmi.

Jika nampak dahi saya sedang berkerut-kerut, itu tandanya saya sedang banyak berfikir! Juga saya sedang memikirkan tajuk baharu untuk novel ini.

Huh! Saya perlukan ilham dan datanglah…datanglah!

13 April 2011

Mari mencili!




Saya mahu menulis novel bertajuk 'Mari mencili atau membuat cili!" Cili-cili merah di dalam gambar ini boleh sahaja dibuat lauk, gubahan lauk pengantin, kuah tauhu sumbat, dibuat sambal belacan atau dimesin dan disimbah sahaja ke muka sesiapa yang terasa pedas sendiri! Cili padi mungkin rasanya lebih sedap!




Gambar dari pakcik google.

06 April 2011

Coconut Shake Klebang Yummy!




Hari ini memang mengantuk di pejabat! Entah kenapalah diri ini. Pastinya sebab semalam balik lambat dari pejabat dan balik meneruskan agenda peribadi. Penat melihat lap top dan terkebil-kebillah menutup mata untuk tidur. Jadinya saya ambil masa menulis sekejap di dalam blog.

Sekarang, saya sudah suka dan selalu mahu tayang mengenai makanan di dalam blog ini. Saja, kerana tiada apa-apa cerita menarik mengenai penulisan yang lama terbengkalai! Sumpah saya rasa macam nak lari jauh-jauh kerana cemburu melihat orang lain dah bersusun-susun manuskripnya siap dan sudah dihantar ke editor. Saya? Saya? Saya? Harghhhh!!

Okeylah, biar kita menulis perlahan-lahan dan diam-diam sahaja. Jangan dipedulikan mereka yang sudah laju menulis itu. *haish, cemburunya! Tapi saya sendiri tidak tahu kenapa tabiat pemalas menulis makin menjadi-jadi di dalam diri. Tolong…tolong!

Haa, gambar minuman yang meliurkan ini adalah Coconut Shake di Klebang. Tertarik tak? Sedap o! Semasa bertunang dahulu, encik abang asyik berjanji sahaja mahu belanja saya minum di sini. Kebetulan, kami menghadiri majlis perkahwinan sahabat encik abang di Ayer Molek, maka perjalanan balik ke rumah emak di Melaka membuahkan keriangan di hati.



Pengumuman : Saya sudah minum Coconut Shake di Klebang ya!

Ramai orang yang datang sehingga meja tak cukup! Yang beratur pun beratur juga! Jalan raya memang sesak hanya kerana banyak kereta yang beratur di tepi jalan kerana penangan warung di tepi jalan ini!

Yang menanti coconut shake di meja pun poyo je muka! Hahaha. Tapi tidak mengambil masa yang lama kerana mereka cekap dan sesungguhnya apabila sahaja kali pertama menyedut air ini, ‘Walawei!’
Terangkat tu! Kening saya siap terangkat-angkat ala Ziana Zain pada encik abang. Sedap sangat-sangat. Ingat mahu tambah lagi satu, tapi segan dengan encik abang. Sudahlah minta nasi lemak satu. Sedangkan baru sahaja lepas makan tengahari di di majlis kenduri itu. *buruk makan betul, patutlah Puan Mardihah Adam sudah gumuk! Hahahaha.



Erk, Alhamdulillah!

Banyak entry menarik di dalam pakcik google mengenai Coconut Shake Klebang ini. Kawan-kawan taip sahaja, memang ramai yang telah mencubanya walau beratur selama 40 minit. Bayangkan haibatnya.

Jika datang ke Melaka, singgahlah menikmati Coconut Shake Klebang ini. Pasti rugi jika tidak merasainya. Kata encik abang, dia sudah cuba menikmati coconut shake di tempat yang lain, tapi tidak sama rasanya.

Memang manis-manis air buah kelapa, tidak tawar dan memang berperisa dengan aiskrim cap ‘Walls’nya. Haish…rasa mahu balik pula hari ini menyinggah di sana!

Encik abang, terima kasih belanja minum coconut shake Klebang ya! Yummy!

Oh ya, ulasan bagi Cabaran 50 untuk novel Namaku Bukan Maria mendapat hadiah dari Jemari Seni yang menaja cabaran ini. Alhamdulillah. Lebih lanjut boleh kawan-kawan buka link ini. Lepas ini, dapatlah saya membaca novel Jemari Seni percuma! Yeay!