Pages

06 Mac 2012

Mr Pai Epal 22

Mr Pai Epal 22. Tadaaaaaa.. Selesai akhirnya bab ini dan kita akan nantikan bab seterusnya untuk minggu hadapan. Yang rindu-rindu dengan Mr Pai Epal, hamboiii! Terima kasih untuk semua ya! Yang usaha carikan gambar Yaya siap tepek-tepek di wall FB saya. Hahaha. (Terharu) Juga yang asyik bertanyakan bab 22 ni. Kalau awak-awak semua rindu…saya lagilah rindu empat belas juta kali! Ngeeee. Moga ada nilai yang boleh diambil dalam setiap naskah saya. Meski sedikit, tapi saya berharap ia akan memberi ‘sesuatu’ ingatan. Untuk saya dan kalian juga.


Senyum comel-comel dan semoga sukeeee!


user_369523_user_369523_1307926452b6-700




Mata Nek Pa terkebil-kebil. Nek Pa bukan memandang aku yang berdiri betul-betul di muka pintu. Tetapi leher Nek Pa terus panjang, memandang Izz Amir yang merah matanya menahan mengantuk. Sekarang sudah pun jam 7.30 pagi. Izz Amir hanya berhenti di Hentian Pagoh ! Ketika Melati dan Adnan tiada di di dalam keretanya! Dan aku keseorangan di dalam kereta. Kenangan beberapa jam tadi terus menyergah minda.

Bahuku terasa dicuit-cuit dengan sebatang kayu halus yang entah mana dikutip oleh Izz Amir. Mata separuh terbuka terpandangkan imbasan wajahnya yang mengganggu lenaku.

“Cik Yaya sayang! Bangunlah!” aku terdengar nama aku dipanggil indah oleh si dia. Rasa nak tertonggeng pun ada ni ! Ah, bersayang bagai pula lelaki ini. Mendengar suaranya sahaja buat aku terus tersenyum.

“Amboi, tersenyum-senyum macam tuan puteri! Bangunlah! Kita di Pagoh ni. Awak tak nak ‘membuang’, makan atau basuh muka tu sekejap ! Bangunlah !” suara seksinya kedengaran lagi. Aku tersenyum sambil mata masih tertutup-tutup manja. Aku tarik baju sejuk dan kaki mengeliat macam anak gajah !

“Ya Rabbi! Tidur punyalah ganas! Cik Yaya sayang oi, bangunlah cepat ! ” hidungku dikuis-kuis lagi. Serta merta aku membuka mata dan Izz Amir sedang tersengih-sengih memandang aku. Dia berpeluk tubuh ! Ah, mimpi aku sedang berkejaran dengan dia di tepi pantai musnah akhirnya.

Aku tolak batang kayu yang masih diusik-usiknya di batang hidungku. Aku tarik nafas dan mengeliat lagi. Izz Amir menggelengkan kepala dan tersenyum. Dia yang berada di luar berpeluk tubuh memandang aku. Jemarinya masih memegang batang kayu halus yang menjadi alat mengusik batang hidungku. Cet ! Cermin tingkap kereta yang terbuka memisahkan kami kala ini. Aku mengeliat lagi !

“Comel !” Izz Amir tersenyum lagi. Aku termamai-mamai kala ini. Penatnya terasa sungguh !

“Apa yang comel ? ”aku letakkan baju sejuk di sebelah. Mana Melati ? Aku mencari-cari Melati. Aku lihat jam di pergelangan tangan. Sudah pagi ! Lajunya Izz Amir bawa kereta.

“Apa pun yang awak buat, mesti nampak comel di mata saya. Melati dan Adnan tunggu kita di sana. Jom! Saya teman awak pergi toilet. Pergilah basuh muka tu sikit. Air liur basi meleleh-leleh. Kita alas perut sikit. Saya tahu awak lapar! Jom!” Izz Amir membuka pintu. Aku terhairan-hairan. ‘Apa pun yang awak buat, mesti nampak comel di mata saya’ Rasa nak pitam kala ini. Sudahlah aku baru saja bangun dari tidur, fikiran melayang-layang entah ke mana, boleh pula dia kata aku comel? Haish ! Suka sangat membuatkan hati ini berdebar-debar. Suka membuatkan jantung ini berdegup laju ! Kaki kala ini rasa tidak berpijak di bumi yang nyata ! Sungguh !

Dan entah apa mimpi aku kali ini, aku terus mengikut Izz Amir. Kaki sama-sama melangkah menuju ke bilik air dan dia menemani aku sehingga pintu bilik air wanita. Iyalah, gila namanya dia nak masuk sekali ke dalam bilik air wanita ? Aku tersengih di hadapan sinki. Mata masih terkebil-kebil dan memikirkan Izz Amir dan kata-katanya tadi kepada aku, ‘Comel!’. Dan selepas membasuh muka, membetulkan tudung, menunaikan hajat kecil aku segera keluar dari bilik air dengan senyuman sampai ke telinga!

Mata terkelip-kelip memandang Izz Amir yang tersenyum menawan. Bagaimana dengan Pai Epal Café? Adakah ditutup esok atau akan dikendalikan seperti biasa oleh Chef-chef yang lain? Risau pula bila aku memikirkan Pai Epal Cafenya. Aku simpan soalan-soalan cepu emas di dalam kepala. Nanti aku akan bertanya sahaja kepada Adnan. Aku pasti, Izz Amir akan terkenangkan Pai Epal Cafenya itu.

“Cik Yaya sayang!” panggilnya sekali lagi. Kami berjalan senada. Haruman minyak wanginya terus mendebarkan. Kalaulah bulu roma ni boleh bersuara atau menjerit, memang dah lama mereka menjerit dan pengsan! Aku menoleh mamandangnya sambil dia menghulurkan buah jambu batu yang berbungkus dengan plastik kepadaku.

“Ambillah! Saya belanja !” tersenyum lagi. Ada lesung pipit melekat betul-betul di bola mata ini. Lesung pipit itu, milik dia. Amboi, Yaya ! Aku tersenyum geli hati ! Dia turut sama menerbitkan matanya yang bercahaya itu.

Tidak sanggup pula untuk aku menolak pemberiannya. Rezeki jangan dipinggirkan, betul tidak? Ada juga sebotol air yang dihulurkan dengan penuh ‘kasih dan sayang’ untukku. Tengok, aku sudah terlebih gatal pula! Hik hik hik. Iyalah, sekali dengan cara dia menjeling-jeling dan lembut saja menghulurkan air berkenaan. Rasa makin sayang pula aku dengan keprihatinannya terhadap aku. Ditambah dengan lesung pipit sederhananya yang memikat. Luruh jantung dibuatnya!

+Amboi, gatal nya!
-Serius, nervous! Rasa nak pitam pun ada berjalan dengannya. Sudahlah angin pagi yang sepoi-sepoi bahasa menemani kami berdua. Syahdunya rasa. Cemburulah tu!
+Siapa yang cemburu, Yaya? Saya tak hairanlah! Pakwe saya lagi kacak dua puluh kalilah!
-Eh, eh! Izz Amir kacak empat belas juta kali, okey? Sekali lagi aku tekankan di sini, empat belas juta kali. Kau ada? Kau ada?
+Perasan!

“Cik Yaya sayang, awak rasa ibu akan terima saya ke?” soalnya tiba-tiba. Jambut batu yang baru saja masuk ke dalam mulutku tersekat di kerongkong. Dengan pantas aku membuka air mineral yang dihulurkannya. Punggungku terus duduk di sebuah kerusi kosong. Melati dan Adnan dari jauh melambai-lambai kami berdua. Hei, dia ni, suka sangat buat aku tercekik! Dulu, air suam tersembur, kemudian tutti frutti jatuh ke bawah dengan aku-aku sekali menggelongsor! Kini, aku tercekik buah jambu batu pula!

Aku teguk air mineral dengan perlahan-lahan. Soal ibu jangan dibuat main-main. Lelaki ini biar betul! Seriuskah dia? Dia turut sama duduk sambil menanti aku dengan penuh kesabaran. Aku letakkan buah jambu batu berkenaan di sebelahku. Izz Amir turut sama duduk memandang aku dengan wajah bimbangnya. Plastik berkenaan dipegangnya pula. “Saya tanya mengenai ibu pun awak nervous? Nanti awak tercekik buah jambu batu, habislah saya nak bersoal jawab dengan Nek Pa dan ibu. Matilah saya nanti, Cik Yaya sayang oi!”

Izz Amir pantas menambah, “Awak okey tak ni?” wajahnya penuh risau dan bimbang.

Aku capai kembali buah jambu batu yang dipegangnya. “Siapa suruh awak ikut saya balik Mersing? Saya boleh sahaja naik bas sendiri.”

Eh, dia yang naik kereta kita! Siapa suruh awak naik kereta saya? Kenapa awak tak jalan kaki saja?”

Eh-eh! Bukan main lagi cara dia menjawab! “Awak paksa saya balik Mersing dengan cara gila awak. Awak jawablah sendiri dengan ibu! Saya peduli apa!” aku kunyah lagi jambu batu berkenaan.

“Okey! Fine! Fine! Fine!” gaya Shuib Sepah pula dibuat lelaki berwajah empat belas juta ini. “Saya akan cakap, awak yang rela mengikut saya! Saya tak kisah, apa nak jadi, jadilah! Saya terus akan pinang awak dan terus menikah. Ibu setuju atau tak, saya tak peduli!”

Aku terngaga. Kalau lalat sebanyak lima puluh ekor masuk pun, akan berjaya dimuatkan! Aku katup kembali mulut yang terbuka. Suaranya deras lagi membuatkan aku terkejut. “Saya akan mengaku depan ibu dan Zainal! Kita tengok siapa yang berani! Saya lagi suka!” Izz Amir tersengih. Jika tadi dia serius, tetapi sekarang boleh tersenyum-senyum sumbing macam kambing.

“Suka apa?” aku memandangnya dan mengunyah lagi jambu batu dengan penuh rasa geram. Eeeee, menyusahkan! Selalu buat fikiran aku serabut dengan sikap jiwang karatnya yang terlebih-lebih dos ini. Apa lagi agaknya pengakuan gilanya jika dia berjumpa dengan Nek Pa dan ibu nanti?

“Saya cakaplah dengan ibu dan Nek Pa, saya sukakan awak dan saya akan menikah dengan awak! Habis cerita!” suaranya menjahamkan lagi proses perjalanan darahku. Astaghfirullah. Segera aku bertasbih dan mengawal pernafasan. Menelan air liur dan menepuk-nepuk pipi. Adakah aku bermimpi kala ini? Eh, tidak! Ini bukan mimpi. Ini kenyataan.

“Saya serius awak tahu tak? Apa, awak ingat saya main-main ke?” Dia tersenyum.

Aku terkaku. Ouch, tika saat ini juga seperti ada daun-daun sakura berguguran. Ditambah dengan lagu Anuar Zain, Keabadian Cinta menemani. Gila! Lelaki ini memang gila! Wayar dalam kepala Izz Amir tersumbat agaknya! Tetapi aku sembunyikan senyuman rapat-rapat. Kawal Yaya! Kawal! Jual mahal perlu saat ini!

“Gila! Awak memang tak reti bersabar! Ingat kerja-kerja menikah ni ambil masa dua tiga jam ke?”

“Eh, senang apa! Panggillah tok kadi! Kalau dua tiga tahun pun saya tetap akan tunggu!” dia menjawab lagi. Aku merengus kasar dan menyuap lagi jambu batu ke dalam mulutku. Aku diam tetapi mata menjelingnya yang memandangku dengan serius.

“Jadinya awak setujulah ya? Kahwin dengan saya?” Izz Amir terteleng-teleng kepalanya mengusik aku. Kemudian tersengih lagi. Bohonglah jika aku katakan yang aku tidak mencintainya. Penat pembaca-pembaca kesayangan membaca kisah ini. Sampai ke bab bab 22 sudah! Selalu tersenyum sumbing dengan kesengalan Yaya dan Izz Amir. Tak kan pula puan penulis mahu memisahkan mereka berdua, kan?

Mata terkebil-kebil lagi! Rasa kasih dan sayang aku memang sudah sah-sah tertumpah untuk lelaki berwajah empat belas juta ini. Tetapi aku lebih suka bersahabat dengannya. Lebih suka kami menjalinkan hubungan seperti sekarang ini. Antara majikan dan pekerja. Jika dia menjadi sudu, bolehlah aku menjadi garfunya. Juga antara irama dan lagu. Aku mahu hubungan seperti itu yang perlu dibatasi. Apa juga perkara yang aku lakukan, aku harus beringat akan Tuhan. Ibu berkali-kali berpesan. Ibu juga selalu mengingatkan.

Tetapi, mampukah aku menolak rasa cinta yang semakin hari semakin kuat untuknya?

Aku tarik nafas dan gigit bibir bawah. “Ibu…” aku tunduk memandang lantai. Fahamkan dia tentang sikap ibu dan permintaan ibu?

“Ya, saya tahu!” Izz Amir megangguk tanda faham. Ya, dia terlebih faham selepas beberapa bulan perkenalan kami ini. Dia malahan tahu apa kemahuan ibu. “Bermakna cik Yaya sayang memang sukakan saya lah ya?” senyumnya melebar. Overdos dan terus mekar sampai ke telinga. Kalaulah dia bukan di depan mata, mahu aku meloncat-loncat di atas katil! Menari-nari pop yeh-yeh dengan Fatin pun akan berlangsung agaknya.

“Suka sikitlah! Kalau seratus juta, saya letak…” aku memikir-mikir. Izz Amir memandang aku dengan penuh minat. Ah, malunya!

“Berapa?” Izz Amir tersengih dan menyumbat buah jambu batu ke dalam mulutnya. Buat-buat muka sengal. Tapi kacak menawan wajahnya sampai ke hati dan jiwa. Ah, jiwang pula aku ketika ini. Jatuh dari bangunan lapan belas tingkat pun aku rasa akan bernyawa lagi! Eh, melawan takdir nampaknya!

“Empat belas juta!” aku tersenyum. Begitu juga dia. Wajahnya bersemangat dan terus bersemangat.

“Okey. Saya akan pujuk ibu. Saya akan jadi ustaz muda di kampung awak nanti. Nek Pa pun gerenti akan suka!” Izz Amir pantas berdiri. Dia pantas memandang aku dan terus tersenyum. “Saya gerenti, awak pun akan terpikat terus ke seratus juta kali!”

Dan perjalanan kami pagi itu terus ke Mersing membawa hasrat hati dan murninya untuk bergelar ustaz muda kepada Nek Pa dan ibu. Ustaz sangatlah kan? Baik, aku akan tengok, sejauh mana dia boleh memikat hati ibu dan Nek Pa.

Melati kembali tidur nyenyak. Adnan juga. Aku sesekali menemani Izz Amir yang tekun membawa Volkswagen Beetlenya. Angin dingin terus menemani kami kini. Aku tidak pasti sejauh mana seriusnya hasrat lelaki yang kini berada di depanku. Cuma doaku, kalau lelaki ini benar-benar mahu memiliki sekeping hati ini, aku pohonkan Allah tunjukkan jalan agar dipermudahkan hubungan ini.

Ya, aku kini jatuh cinta dengan dia. Sama rasanya ketika kali pertama aku dipertemukan dengannya di dalam cafenya. Ketika aku jatuh dari tangga juga sama perasaan dan rasa seperti kala ini. Rasa yang sama juga ketika dia menemani aku menolak skuterku, Miss MJ Ungu yang rosak itu. Juga ketika pertemuan demi pertemuan kami yang memenjarakan rasa rindu! Paling aku ingati, ketika kami menikmati pizza hut di atas bukit indah itu.

Paling klasik ketika kami sama-sama mengutip buah epal yang bertaburan! Jantung terus berdebar-debar. Urat darah terus rasa mahu tersumbat bila Izz Amir menjeling aku dengan senyuman menawannya melalui cermin pandang belakang. Ah, terus sahaja aku tarik baju sejukku untuk kali kedua dan tidur bermimpikan dia. Cet! Aku tersenyum lagi dan lagi!

Eh, adakah aku kini bergelar kekasih hatinya seperti di dalam novel-novel cinta itu?

***
Bau laut semakin dekat dengan hidung ini. Ah, tak sabarnya nak bermandi manda! Aku pandang Nek Pa yang matanya memandang kami semua.

Eh, bukankah ucu Zainal bilang yang Nek Pa sakit? Ini batang tubuh Nek Pa tegap, sihat walafiat dan dengan senyumannya ini apa? Zainal ini menipukah? Aku pantas menoleh memandang Izz Amir dan Adnan yang menggalas beg masing-masing. Aku perhatikan Izz Amir betul-betul. Sejak bila pula ada kopiah putih di atas kepalanya itu? Aku terkebil-kebil dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Berlakon lebih!” Melati berbisik ke telingaku. Terkekek-kekek dia ketawa melihat Izz Amir dengan kopiah di atas kepalanya. Patutlah Nek Pa tak berkelip-kelip matanya memandang Izz Amir. Nek Pa terpikatkah? Ah, sudah!

Moleknya kawan mung ni, Yaya!” mata Nek Pa memandang lagi Izz Amir.

Aku tersengih mendengar loghat Terengganu Nek Pa yang sengaja di buat-buat. Jika sesekali Nek Pa bertemu tetamu baru, pastinya tetamu akan terhairan-hairan dengan loghat Nek Pa. Ya, ada juga penduduk Mersing yang berasal dari Terengganu dan entah di mana aku malas mahu mengambil tahu sejarah dan susur galur keluarga ibu di sini. Bumi Mersing yang juga kebanyakannya dihuni oleh generasi pelaut. Laut, sinonim dengan Mersing! Juga terdapat banyaknya perahu-perahu dan bot nelayan yang menggamit suasana di pantai. Ah, paling indah jika melihat mentari menjunam di Tanjung! Bot-bot nelayan yang keluar masuk di muara Sungai Mersing juga akan membikin jiwa rawan menjadi tenang!

Jemari ini dengan pantas menyalam Nek Pa dan diikuti Melati yang tersengih dari tadi. Mata Melati segar bugar kerana selama beberapa jam perjalanan, dialah manusia yang paling nyenyak tidur!

Molek mananya Nek Pa? Jauh ke laut wajahnya!” aku tersengih sambil mata menoleh memberi arahan Izz Amir dan Adnan segera mengikut aku masuk. Izz Amir menjeling aku! Wajahnya masam mencuka mendengar aku berbual-bual dengan Nek Pa.

“Eh, lawa budaknya, Yaya! Nek Pa suka! Masuk-masuk! Kamu memang suka menyakat tak habis-habis. Eh, siapa namanya ni?” Nek Pa mula teramah mesra. Tubuhku dipeluk erat dan pipiku dicium penuh rindu oleh Nek Pa.

“ Saya Izz Amir, Nek Pa! Kawan baik Yaya. Yaya yang saya sayang!” Lelaki berwajah empat belas juta kali yang sekejapan berada di belakangku terus memperkenalkan diri. Berdesing telinga aku mendengarnya. Nek Pa ketawa tiba-tiba! “Saya Adnan. Kawan Izz Amir.” Adnan pula memperkenalkan diri. Nek Pa terangguk-angguk dan terus tersenyum.

“Nek Pa comellah. Macam Yaya!” usik Izz Amir membuatkan Nek Pa tersenyum senang.

“ Yaya mesti cerita macam-macam dengan kamu semua ya!”

“Eh, hari-hari dia bercerita tentang Nek Pa. Rindulah, sayanglah. Inilah yang saya sanggup bawakan dia balik ke sini. Hanya semata-mata sebab Nek Pa.” Izz Amir beramah mesra. Sekejapan sahaja Nek Pa boleh rapat dengan lelaki ini.

“Cantik rumah Nek Pa!” Izz Amir memancing lagi sambil mata Nek Pa melekat memandang Izz Amir. Asyiklah tersenyum dari tadi. Seolah-olah aku tidak wujud di hadapan mata Nek Pa. Apa yang telah terjadi dengan Nek Pa saat ini? Dia pula asyik membetulkan kopiah yang diletakkan di atas kepalanya. Ustaz mudalah sangat, kan?

“Mari Nek Pa tunjukkan bilik Izz Amir dan Adnan. Baik kamu bertiga rehat-rehat dulu. Ibu dan Fatin selepas solat Subuh tadi, terus keluar ikut Mak Su dan Zainal ke pantai. Banyak ikan baru pagi-pagi begini. Mata Izz ni pun, Nek Pa tengok merah sangat sebab penat. Nanti Nek Pa masak sedap-sedap. Melati pergi rehat sekali! Yaya, jom-jom, kita ke dapur!”

Erk!

Kenapa Nek Pa tak benarkan aku berehat seperti mana disuruhnya Izz Amir, Adnan dan Melati ? Mengapa aku harus ke dapur? Tidakkah ini satu perbuatan yang tidak adil kepada diri aku? “Nek Pa, Yaya pun penat. Yaya nak baring dulu! Yaya penatlah!”

Izz Amir menjeling aku dan tersengih. “Tak baik awak ingkar arahan Nek Pa. bukan selalu pun awak balik ke kampung, Yaya! Masak untuk saya sedap-sedap ya!” Kakinya pantas mengikut Nek Pa dan mereka berdua terus berbual-bual mesra. Amboi-amboi! Dia pula yang memandai arahkan itu dan ini. Melebih-lebih Nek Pa pula.

“Iya Yaya. Ibu kata Yaya belajar jadi chef. Bolehlah tunjuk taring sekali sekala dengan Nek Pa di dapur!” Nek Pa memberi senyum manisnya. Izz Amir menjeling tanda kemenangan.

Aku dekatkan tubuh mendekati Melati yang berdiri di sebelahku. Aku berbisik, “Melati, aku rasa dia dah guna-gunakan Nek Pa lah! Eeee, geramnya aku tengok. Macam kecik saja aku tengok muka dia!”

Melati mengangguk dengan wajahnya cengkung dan tersengguk-sengguk lagi menahan mengantuknya. “Aku ngantuklah Yaya! Nanti kita sembang ya! Tak sabar nak baring atas tilam empuk dan menikmati bau laut dalam rumah Nek Pa ni. Nanti kita bual-bual ya.” Melati pantas membuka pintu. Beg aku ditarik perlahan oleh Melati dan sekejapan bunyi Melati melabuhkan tubuhnya ke tilam empuk kedengaran. Izz Amir dan Adnan terus menghilang masuk ke dalam bilik yang ditunjukkan oleh Nek Pa.

Nek Pa memandang aku. “Kita tunggu ibu kamu balik sekejap lagi! Mak Su kalau tengok Yaya balik dan bawa kawan-kawan mesti dia seronok. Jom, kita ke dapur. Kawan-kawan tu kita biarkan rehat! Kita siapkan sarapan! Jom! Jom!” arahan Nek Pa bagaikan sasau dibuatnya! Aku tersengih dan Nek Pa berjalan terus ke dapur.

“Yaya!” suara Izz Amir kedengaran tiba-tiba. Bunyi pintu bersatu bersama angin.

Aku menoleh memandang Izz Amir yang tersengih. Nek Pa pantas berjalan meninggalkan aku. Izz Amir menyelak langsir ala-ala si pengantin lelaki yang malu-malu masuk ke dalam bilik. Ah – berangan lagi aku di saat-saat begini, ya? Cet! Izz Amir sedang berdiri dengan termangu-mangu. Matanya masih merah menyala-nyala.

“Kenapa? Awak nak apa ?”

Dia garu kepala. Kopiah di tangan kirinya kini. Memang kacak! Tengoklah hidungnya yang terpacak itu. “Nanti saya nak mandi!” suaranya melekat di dalam minda.

Eh. Apa pula kena mengena perkataan ‘mandi’ dengan aku? Mandi sahajalah! Amboi, manjanya, siap beritahu nak mandi!

“Mandi sahajalah. Air banyak dalam kolam tu !”

“Awak masakkan air panas, boleh ? ” mukanya sepuluh sen kini.

Aku menyengitkan mata. “Eh..tak boleh ! Tak boleh! Nak jadi ustaz muda kena tahan diri dari segi aspek fizikal dan mental. Ala, air tu sejuk sikit saja! Ngada-ngada!”

“Ingatkan dapatlah saya bermanja sikit dengan awak di sini. Kena bulilah saya! Kesian!” Izz Amir cuba memancing. Aku menoleh meninggalkan Izz Amir yang masih berdiri di muka pintu. Suaranya sekali lagi melekat pantas, “Yaya !”

“Ya ?!” aku menoleh dan memandangnya sekali lagi.

Errr….” Dia sengih.

“Kenapa awak tersengih macam kerang busuk ni ? ” aku pandang wajah maskulinnya.

“Nanti kita jalan-jalan. Tengok matahari tenggelam! Awak tahu tempat yang paling cantik kan?” Izz Amir tersenyum menawan. Matanya bercahaya penuh rasa cinta. Rasa mahu sahaja aku memerhatikan matanya yang indah itu. Eh, tak boleh! Tak boleh!

Aku tersenyum mengada-ngada. Alahai, jiwang karatnya. “Tahu! Nanti kita pergi sama-sama. Bawa Melati dan Adnan sekali! Eh, saya nak cepat ni! Nanti Nek Pa panggil lagi!” aku pantas melangkah. Kembali berjalan semula.

“Cik Yaya sayang!” panggilnya kali kedua. Kaki aku secara automatiknya berhenti dan aku berpusing memandangnya.


“Ya, Izz!” Entah kenapa dada berdebar-debar pula. Hahahaha. Rasa suam-suam kuku pun ada bulu roma ini. Gatal sungguh rasanya ni! Aku sudah memanggilnya dengan nama ‘Izz’ pula!

“Nek Pa comel dan baik ! Macam awak !” Izz Amir berpeluk tubuh. Dia sengih lagi dan lagi. Harus aku pengsan sebab sambil tersengih dia meletakkan kembali kopiah putihnya itu. Alahai. Kacaknya dia! “Ada gaya Imam Muda Izz Amir tak?” soalnya bersahaja.

Usus dan paru-paru menggeletek ketawa! Izz Amir ketawa. Begitu juga dengan aku !

***

Ibu diam sahaja mendengar perbualan Izz Amir bersama Zainal. Sesekali aku memandang ibu yang turut sama mahu membantu mengupas bawang. Tongkat di sandarkan sahaja di meja. Adnan pula sibuk bersama Melati dan Fatin di luar rumah. Kebetulan, pohon rambutan sedang berbuah dengan lebatnya. Terjerit-jerit Melati mengarahkan Adnan itu dan ini. Panjat tinggi sikitlah, kanan sikitlah, kiri sikitlah !

Aku, Izz Amir, Mak Su dan Nek Pa. Kami kini duduk bersama di dapur ! Zainal pula menjadi pemerhati dan sesekali berbual-bual mesra dengan kami. Pantang betul ya bila ada seorang chef di dapur. Maka, dengan itu, Izz Amir dengan rasminya menawarkan diri dan membantu Nek Pa masak untuk tengahari kali ini. Ibu ? Ya, aku perasankan wajah terperanjat ibu bila dia mendengar suara Izz Amir. Merah muka ibu dengan anggukan menerima kedatangan Izz Amir. Hari yang penuh dengan kejutan untuk ibu. “ Ibu tahu kan?” Izz Amir menyoal ibu.

“Tahu apa ya Izz?” ibu bertanya kembali Izz Amir.

“Yaya kerja dengan saya di Pai Epal Café! Eh, ibu tahukan ?”

Aku terkaku! Peluh turun mencurah-curah. Pembohongan aku dengan sekali lafaz sahaja terbongkar. Aku membohongi ibu yang aku bekerja di Gemilang Café dan kini Izz Amir sendiri memberitahu perkara yang sebenar dengan ibu.

Kejutan untuk ibu. Wajah ibu terus berubah dan suasana tadi yang diliputi keceriaan ibu kini mendung sekali. Izz Amir memandang aku mahukan kepastian.

“Ibu tahu! Ibu memang tahu !” aku berbasa-basi. Aku berbohong lagi ! Debaran memuncak bila ibu meletakkan pisau dan bawang di atas meja. Wajah ibu diselaputi sesuatu yang sukar aku gambarkan. Berdosanya aku dan musnahlah segala rancangan Izz Amir.

“Ya! Ibu tahu. Yaya ni memang perahsia. Ibu tahu pun dari mulut Fatin !” ibu tersenyum. Dan aku tahu itu senyuman pahit dari ibu. Izz Amir pantas membuat kerjanya. Aku duduk bersebelahan ibu dan perlahan-lahan aku tarik jemari ibu. Nek Pa kini sibuk membuat itu dan ini. Ibu menolak jemariku. Sekali lagi, aku menarik jemari ibu dan rasa bersalah menghuni di hati.

Ibu menolak lagi dan aku memandang wajah ibu. Gerimis tiba-tiba mendatangi hati.

“Yaya takut ibu marah dan tak benarkan Yaya belajar di sana ! ” Aku mengaku akhirnya di hadapan ibu dan Izz Amir memandang aku dengan wajah penuh tanda tanya. Dia yang sedang menggoreng ikan memberhentikan aktivitinya. Secara tiba-tiba Nek Pa turut sama berhenti membasuh sayurnya. Ada rahsia lagi di antara kami yang perlu aku selesaikan.

“Izz... bawakan ibu masuk ke dalam bilik ! ” Ibu menolak kerusi dan bangun dengan perlahan-lahan. Izz Amir yang terpaku akhirnya membantu ibu dan memandang aku dengan renungan berbezanya. Dia membawa ibu ke sinki dan ibu membasuh tangan dengan penuh rasa syahdu. Tongkat ibu pantas menjadi teman.

Sumpah dan demi Allah bahawa aku telah berdosa dengan ibu. Sebak terasa dan bila ibu cuba berbual-bual mesra dengan Izz Amir, air mata ini tumpah terus menerus tanpa mahu berhenti. “Izz, ibu tak suka anak-anak ibu berbohong dengan ibu!”

“Ibu nak tidur dan tenangkan fikiran sekejap! Anak ibu dah kecilkan hati ibu.” suara ibu menghantar aku ke daerah paling sepi kala ini. Aku bangun dan menerpa ke arah ibu. Aku tarik lengan ibu dan aku biarkan Izz Amir memandang aku dengan rasa serba salahnya. Ibu menolak lagi.

Di dapur itu juga dan bersaksikan Nek Pa dan Mak Su, aku menangis tersedu sedu. Bila Zainal, Melati dan Fatin menjengah bersama buah rambutan yang masak meranum, aku bangun dan berlari ke luar.

Cukup sekali sahaja untuk kali ini. Aku tidak pernah menjangkakan yang aku telah mengecilkan hati ibu. Sama sekali tidak! Adakah aku sudah menjadi anak yang derhaka dengan ibu?

'Anak ibu dah kecilkan hati ibu'. Dan sungguh, aku tidak tahu ke mana arah lagi untuk aku berlari. Sekuat mana aku berlari, ia membawa air mata yang paling deras di hati dan mengalir-ngalir di pipi. Aku berdosa. Berdosa dengan ibu sendiri.

02 Mac 2012

Terima kasih, Sayang!

JOM PEMINAT MR PAI EPAL. MENYOKONG SAYA DENGAN MEMBERI KOMEN, KLIK LINK DI BAWAH, TAK KIRA SILENT READERS, PENJEJAK TETAP & PENGOMEN TEGAR!

------> MR PAI EPAL

Izz Amir say : Terima kasih sayang! Hamboiii! Sebab sudi awak-awak semua berikan komen comel di sana.

Hehehehe. Tunggu minggu hadapan untuk bab seterusnya dan doakan manuskrip ini disiapkan sepenuhnya dan dan dan dan diterima untuk diterbitkan.


blognavercomg41rrr4011

01 Mac 2012

Dia, Cinta Hati Saya! 1

ros kuning

Saya suka sekali menulis yang indah-indah. Mengenai kisah hidup saya dan jalan jerita cinta saya ini. Saya suka sekali mahu membuatkan semua pembaca tersenyum membaca kisah saya ini.

Kisah ini hanya biasa dan sederhana sahaja. Bagaimana dia memayungkan saya ketika hujan lebat dan berteduh bersama-sama saya. Bagaimana juga dia menjadi pelangi yang penuh warna dan warni dalam kehidupan saya. Ah, adakala juga dia kerap kali muncul menjadi awan yang mengawal mendung di hati ini.

Dia insan biasa. Lelaki sederhana sahaja. Redup matanya dan baik budi pekertinya. Nanti saya ceritakan ya. Tunggu ya!

Oh, manuskrip ini bukanlah kisah Datin Maimun, Datuk Harun, harta pusaka, berebut wasiat atau kisah cinta terlarang. Ceh! Iyalah, bila saya buka novel sahaja mesti ada watak datin, datuk, orang kaya tindas orang miskin. Lepas tu, Tengku Sharifah Manja Khairani Melly dipaksa kahwin dengan Farish Adam Khan Bin Tengku Khalid Khan. Dari benci tukarlah menjadi cinta. Ramai orang kata klise. Tetapi ada juga pembaca yang suka. Pembaca punya hak juga, kan? Hamboiii! Plot-plot diubah tetapi kebanyakannya sama. Tetapi itu terpulang kepada selera para pembaca. Penulis juga punya hak dan gaya mereka untuk para peminat membaca. Teringat pesan seorang kawan. Dia seorang penulis. Eh sekejap! Saya lupa namanya! (Apalah saya ni, kan?) Dia adalah kawan sekolah menengah saya dan dulu-dulu dia memang suka menulis!

Kata dia, jika mahu menulis, tulislah. Mahu jadi posmen jadilah! Buatlah kerja apapun, buatlah! Tetapi ada sikit tentang dakwah, itu sudah cukup dalam bidang kerjamu. Bekerja dan berdakwah! Kalau menulis, dakwah itu akan menjadi aset untuk si penulis. Atas dasar itu, saya rasa saya mahu membaca sahajalah untuk mendapatkan sedikit ilmu, mahu mempelbagaikan kosa kata, belajar tatabahasa dan boleh menambah-nambah ilmu di dada. Mana tahu, satu hari kelak, saya boleh menjadi penulis seperti kawan saya itu! Jadi pendakwah pun rasa boleh! Ceh, berangan betul saya! Saya ini suka membaca! Rak buku penuh sehingga ibu terjerit-jerit menyuruh saya menyusunnya cantik-cantik.

Oh, terpanjang pula cerita ini.

Iyalah, iyalah... saya mahu berhenti membebel. Nanti ada yang meleleh air liurnya kerana menantikan kisah saya ni. Oh ya, janganlah mengharapkan kisah ini sehebat kisah cinta Uda dan Dara. tapi saya mahu menulis kisah sederhana sahaja. Kisah cinta saya dan dia. Bagaimana dia menerima saya yang kekurangan ini. Bagaimana juga detik-detik dia melamar saya menjadi suri hatinya.

Dia, cinta hati saya.

Dari awal bagaimana kami bertemu, bertukar senyuman yang dikawal santunnya tetapi menzahirkan rasa cinta dalam hati saya.

Dia, seperti yang saya sebutkan tadi adalah pelangi hati saya.

Dia, seperti yang saya tekankan juga adalah awan di hati ini. Sehingga air mata ini selalu menitis kerana saya jatuh cinta dengan kekurangan yang dia ada. Kekurangan miliknya itu yang tidak pernah mengeluhkan kehidupannya. Lihat, air mata saya sekarang sedang mengalir perlahan-lahan.

Saya telah jatuh cinta padanya. Sungguh-sungguh sehingga saya mengenepikan calon terbaik dari ayah dan ibu. Kalau ayah kata calon dari ayah itu sempurna semuanya tetapi dia sempurna segalanya dari mata saya. Jika dia ada kelebihannya, saya pasti dia akan ada kekurangannya. Tetapi bagi saya, dia seorang yang perfect !

Adakah cinta itu, buta?

Butakah saya menilainya sehingga ibu juga terlopong dengan pemuda bermata redup itu?

Dia, cinta hati saya akan dikarangkan bermula dari bulan ini dan akan terus melahirkan rasa keindahan dalam bercinta yang pertama kali memenjarakan jiwa dan hati saya.

Saya cintakan dia. Sungguh!

28 Februari 2012

Mr Pai Epal 21

Menyambung bab ke 21 untuk Mr Pai Epal. Jeng jeng jeng. Puan Penulis nak rehat sampai hari Khamis kemudian baru saya akan menyambung bab seterusnya untuk Yang Terindah. Okey semua ! (Macamlah ko popular, Mardihah) Wakakaka.

Tarik nafas dan senyum comel-comel semua. Semoga terhibur dan moga dapat hilangkan stress you allz semua. Ceh!

comel




“Ucu Zainal !” aku menjerit keriangan. Ah, tidak terjangka pula yang hari ini aku akan ketemu lagi dengan ucu Zainal. Kakiku pantas melangkah meluru ke arah Ucu Zainal yang sedang menikmati secangkir kopi. Dia duduk sambil terus-terusan memandang aku. Ulas senyuman masih sama seperti tahun-tahun lalu. Oh, rindunya dengan sepupu aku yang seorang ini !

Mata aku memerhati Izz Amir yang sedang serius duduk di kaunter ! Matanya sekejap-sekejap menjeling aku dan kemudian mengarah itu dan ini kepada beberapa orang cleaner. Bagaikan ada saja yang tidak kena. Meja tidak berlap, lantai harus dimop sekali lagi dan susunan meja disuruh perbetulkan lagi.

“Ucu Zainal !” aku terus menarik kerusi kayu yang sinonim dengan Pai Epal Cafe ini.

Zainal memberi senyumannya. Melipat surat khabar dan memandang wajahku. Cawan antik berbentuk epal ditolak ke tengah. “Wajah Yaya yang sama dan tak berubah-ubah. Kalau penat dan malu mesti bertukar pipinya menjadi merah-merah pink ! Kenapa Yaya lama tak balik ke kampung ? Ucu nak heret Yaya balik kampung sekarang juga ! Kami semua rindu dengan Yaya tau !”

Aku tersenyum geli hati. Zainal masih tersenyum memandang aku. “Yaya bukan tak nak balik. Sibuk dengan kerja! Eh, mana ucu tahu yang Yaya kerja di sini? Eeee, rindunya dengan ucu. Empat tahun kita tak jumpa kan?”

“Fatin yang suruh ucu cari Yaya di sini! Iyalahkan, dia manalah rindu dengan kita ! Kita sahaja yang terhegeh-hegeh dengan dia. Sebab rindulah, ucu sanggup cari Yaya sampai ke sini!” Zainal tersenyum lagi!

“Ucu dah sampai sini dua minggu lepas, tau! Tunggu punya tunggu, SMS pun tak berbalas! Sibuk sangatlah bakal chef kita ni ya!” Zainal menyambung lagi ketidakpuasan hatinya. Memang aku malas membalas SMS darinya. Ada sepuluh SMS tidak aku endahkan. Fatin saja sibuk membalas dan beria-ia menceritakan kepulangan Zainal ke Malaysia dan asyik merengek memujuk ibu balik ke kampung. Nah – sekarang Nek Pa sedang sakit. Haruslah semua balik ke kampung. Ibu juga pasti akan balik dengan segera.

Ah, Zainal memang sepupu paling rapat! Juga sepupu yang sentiasa dekat dengan aku dan Fatin. Selalu menaruh hati dan katanya mahu berkahwin dengan aku. Tapi, aku tahu Zainal suka main-main ! Suka buat pipi ini menjadi merah-merah pink. Aku selalu berpesan dengannya, ‘Ucu kan sepupu, Yaya ! Mana boleh kita kahwin !’

“Eh, tak apa kita bual-bual di sini? Tak ganggu kerja Yaya?” Wajah Zainal berubah bila memandang ke arah kaunter. “Siapa yang duduk di kaunter tu. Siap topi tinggi! Chef ya? Mata dia asyik menjeling-jeling saja. Kawan Yaya ke?” empat soalan terpacul dari bibir Zainal.

Aku pantas berpaling. Oh, Izz Amir sedang memandang kami dengan wajah merahnya. Hik hik hik. Aku tergelak di dalam hati melihat wajah Izz Amir begitu.

+Cemburu itu tandanya sayang, Yaya!
-Serius merah betul wajahnya ya ? Hik hik hik !
+Jarang betul tengok muka Izz Amir merah begitu, ya ! Macam kena simbah lada!
-Bukan lada, tapi cili padi!

Aku memandang kembali wajah Zainal. Memang lama aku tidak berjumpa dengan sepupu aku yang seorang ini. Selepas Zainal menyambung pelajarannya ke Korea, langsung satu berita tidak kami terima daripadanya.

“Eh, tak ganggu pun ! Kalau sekejap bolehlah.” Aku menariak nafas dan kepala terteleng lagi memandang Izz Amir yang serius sahaja mukanya. Aku menjawab lagi soalan dari Zainal, “Dia tu bos Pai Epal Café. Izz Amir! Seorang chef juga. Err, memang kawan Yaya !”

“Dia tak kisah ke Yaya duduk di sini?” Zainal bertanya lagi.

“Akan kisah. Ucu tunggu sekejap ya! Yaya minta kebenaran darinya. Tunggu tiga puluh minit! Boleh?”

‘Akan kisah?’ Memandai-mandai aku membuat andaian mengenai Izz Amir. Aku ketap bibir bawah. Zainal dengan mata bundarnya masih setia memandang wajah aku. “Kita balik kampung hari ni? Nek Pa sakit!” wajah Zainal berubah sedikit keruh.

Nek Pa sakit? Terukkah sakit Nek Pa? “Ibu tak ada beritahu pun!”

“Ni yang ucu datang beritahu. Mahu bawa balik Yaya sekali. Kalau Yaya balik, Nek Pa mesti sihat dan segar bugar ! Eh, pergi cepat minta kebenaran. Cuti dua hari, boleh?” Sepupu aku lancar sahaja memberi idea. Bibir Zainal menyambung lagi bicaranya. Ah, lelaki ini memang peramah sekali ! “Ibu pun baru ucu maklumkan! Lepas makan nasi goreng yang ibu buat pagi tadi, terus ucu Zainal datang ke sini! Yaya minta cuti dua hari ya? Esok dan Jumaat!” Ideanya masih ligat! Ingat senang sangatkah aku mahu memohon cuti dari Izz Amir ? Dua hari ? Cuti yang diperuntukkan untuk aku hanya sebanyak 12 hari sahaja. Tetapi mengenangkan Nek Pa, rasa sedih pula. Adakah Izz Amir akan memberi keizinan ? Dengan wajah merahnya sekarang ini, adakah dia akan membenarkan aku balik ke kampung dan bertemu Nek Pa yang aku rindui itu ?

Aku bangun dan membetulkan kerusi. “Ucu tunggu sekejap ya!” aku membalas senyuman Zainal. Dia mengangguk dan perlahan-lahan menarik cawannya. Bibirnya pantas menghirup secangkir kopi pekat kegemarannya. Aroma kopi yang dipesannya pantas menusuk ke dalam hidung. Tiga biji muffin blueberry terhidang kini. Aku betulkan apron dan cepat-cepat bangun.

Izz Amir buat-buat tidak perasan dengan langkah ini. Cet! Muka merah macam biji saga! Sehingga aku sampai ke kaunter. Dia langsung tidak mempedulikan aku!

“Awak!” aku panggilnya dengan perlahan.

Izz Amir diam. Buat-buat tidak dengar. Aku menghembus nafas!

“Awak!” bibir ini memanggil lagi dia.

Diam. Izz Amir buat-buat sibuk mencatat itu dan ini di atas sehelai kertas.

“Mata bulat macam guli. Cemburunya bukan main lagi!” aku siap berpantun mahu melihat dia tersenyum seperti selalu. Tiga puluh saat berlalu dan tiada jawapan dari bibirnya. Izz Amir sibuk pula membaca menu yang rasanya memang telah dihafal. Atau dia memang sengaja buat aku ternanti-nanti ?

Gunawan di sebelahnya sibuk melayan pelanggan yang datang membayar harga makanan.

Aku berdiri kaku tanpa apa-apa reaksi dari Izz Amir. Aku ini patungkah untuk dia ? Aku terus memaklumkan tujuan aku berjumpa dengannya. Dengar atau tidak, biarlah ! Kalau Izz Amir tidak izinkan sekalipun, aku akan naik bas ke Mersing tengah malam ini juga. Apa akan jadi, jadilah ! “Saya nak minta izin tiga puluh minit sahaja berbual dengan ucu Zainal. Lepas tu nak minta cuti dua hari. Esok dan Jumaat. Kebetulan Sabtu dan Ahad ni, kuliah dibatalkan. Boleh ya, chef ? Nek Pa sakitlah !”

Izz Amir meletakkan menu yang selesai dibeleknya dan memandang aku. “Pai Epal Café ni, ucu Zainal awak yang punya ke?”

Amboi, bahasa dia ! Aku terlongo dan terkebil-kebil.

“Dua minit sahaja!” pintaku sekali lagi,

“Dia boleh bayar harga dua minit awak bekerja di dapur?” Izz Amir bersahaja dan bangun dari duduknya. Dia berdiri memandang dan secepat kilat menjeling aku. Lelaki kacak empat belas juta kali di depan mataku ini terus melangkahkan kakinya. Aku memandang susuk tubuhnya yang berjalan perlahan menaiki tangga ke tingkat atas. Biliknya memang ada di atas. Aku maklum yang setiap chef tertinggi mempunyai sebuah bilik di atas. Tetapi, sehingga sekarang, aku belum pernah masuk ke dalam bilik Izz Amir dan masuk ke semua bilik chef.

Amboi, kasarnya bahasa! Sekali lagi Izz Amir membuatkan aku terkebil-kebil. Aku gigit bibir bawah. Ini memang dasar cemburu buta. Aku berpaling dan mengisyaratkan agar Zainal menantikan kedatangan aku semula. Aku perlu berjumpa dengan Izz Amir. Aku pantas berlari mencari Izz Amir. Aku garu kepala yang tidak gatal ! Aku lebih pantas mengekor punggungnya. Rentaknya senada sahaja.

“Dua minit sahaja. Salahkah saya nak berbual sekejap dengan ucu Zainal?”

Izz Amir melangkah lagi menaiki tangga. Seorang pelayan turun dan memberi hormat kepada Izz Amir. Dia diam dan melangkah lagi. Aku turuti. Entah kenapa dada ini terus berdebar-debar. “Okey, kalau chef tak benarkah saya berbual dua minit. Satu minit sahaja ! Boleh ? ”

Kaki Izz Amir terus mendaki. Lelaki di depanku ini masih diam. Aku ketap bibir tanda geram! Aku mengikut lagi sehingga Izz Amir melalui kawasan café yang dipenuhi pelanggan. “Buat bising dalam pejabat saya saja, Yaya! Ramai pelanggan di sini! Masuk !” Suaranya keras. Macam batu!

Aku mengikut jejak langkahnya. Pintu pejabatnya dibuka. Izz Amir meletakkan topi chefnya di atas sebuah meja. Mata aku memerhati ruang atur pejabatnya. Cantik! Dekorasi moden dan gabungan perabot antik menyerlahkan tata rias bilik ini. Paling penting, ia besar dan ada sebuah katil untuk berehat. Juga sebuah peti sejuk comel! Wah, cantiknya!

Ada robot transformers kecil di atas mejanya. Eh, samalah seperti yang dia hadiahkan kepada aku! Wah! Rasa terharu pun ada! Aku memerhati Izz Amir yang sedang duduk di atas kerusi besarnya.

Matanya sudah terlelap! Aku ketap bibir! Izz Amir memang sengaja mahu melewatkan masa aku. “Awak cemburu memang buruk!”

Izz Amir langsung tidak menunjukkan reaksinya. Matanya masih terlelap! Kakinya boleh pula diletakkan di atas meja. Izz Amir berpeluk tubuh. Nafasnya kedengaran lagi. Ah, kacaknya dia! Waktu tidur pun kacak empat belas juta kali, inikan pula waktu dia membuka matanya yang redup itu!

“Saya nak minta cuti dua hari. Balik kampung ! ”tegasku.

Izz Amir diam. Matanya masih terlelap seperti tadi. Jemarinya bergoyang-goyang pula. Kakinya turut sama mengikut rentak jemarinya. Aku memandang dinding di belakang kananku. Rasa terharu tadi terus mendadak. Jika tadi aku terharu kerana robot transformers di atas mejanya sebanyak lima. Sekarang rasa itu melonjak kepada sepuluh! Gambar kami berdua sedang menikmati kepingan Pizza Hut di atas bukit berkenaan kini dijadikan wallpaper dindingnya! Amat cantik!

Kaki aku terus melangkah mendekati dinding berkenaan. Adakah ini kerja Adnan yang mengambil gambar ini tanpa persetujuan dari aku? Jemari ini pantas melayang di atas dinding berkenaan. Aku terus terlupa pada ucu Zainal yang sedang menantikan kehadiranku di bawah. Permohonan cuti juga terus terkubur dari bibir ini! Mulut aku juga terus terkunci melihat wajahnya yang sedang tersenyum dan memandang aku. Ah, kacaknya dia. Betulkah dia kacak sebanyak empat belas juta kali seperti yang aku selalu sebut-sebutkan? Aku pandang lagi wajah Izz Amir. Ya, memang kacak! Berjuta-juta kali kacaknya dan paling bahagia adalah aku di sisinya. Aku sedang tersenyum dan pipiku bulat membesar sedang mengunyah pizza. Ah, buruknya! Kenapa pula dia memilih gambar ini menjadi wallpaper dinding pejabatnya?

Haish! Aku menoleh memandang Izz Amir yang masih melelapkan matanya. Mata aku pantas memandang dinding indah berkenaan.

Ah – aku masih mengingati kenangan dengannya. Bersama Izz Amir, Adnan, Liy dan Fatin di atas bukit ini. Ketika aku menikmati semangkuk sup dan baru sahaja aku mahu menyuapnya untuk kali kelima, suara Izz Amir gemersik mengusik hati dan jiwaku. Berjiwang karat pula dia dengan ayat yang akan aku ingat sampai bila-bila ! “Kalau saya nampak matahari, saya sentiasa nampak wajah awak yang bercahaya! Kalau saya nampak bulan, saya sentiasa nampak awak yang sentiasa tersenyum dan kalau saya nampak bintang, saya sentiasa rasa awak bintang di hati saya! Entah – saya tak tahu kenapa dengan hati saya sekarang ni, Yaya!”

Rasa mahu gelak guling-guling saja ya! Kelakar betul Izz Amir ketika itu.

“Cik Yaya sayang!” panggilnya. Aku menoleh kembali dan tersengih. Keningku terangkat-angkat sambil mata aku terarah kepada dinding di sebelahku.

Izz Amir angguk sambil tersenyum. “Sumber inspirasi saya! Gambar tu, gambar saya dengan kekasih saya. Awak kenal? Tengok pipi dia yang penuh dengan Pizza Hut tu! Comelkan?” tanyanya sambil tersengih! Dan mata Izz Amir melirik kepadaku agar duduk berhadapan dengannya. Aku tersenyum sumbing dan mara ke arah kerusi yang masih kosong. Rasa malu menebal pula mengenangkan wajah burukku ketika mengunyah pizza hut berkenaan. Boleh pula ditepeknya menjadi wallpaper? Sadisnya rasa!

Izz Amir mengangkat keningnya. “Awak tak kenal kan?”

+Cet! Sengaja buat-buat tanya. Bukankah aku yang berada di depannya ni, sama dengan gambar yang terpampang di dinding itu? Sudah gaharu bercanda ria, sudah tahu bertanya pula.
-Yaya! Salah kiasan tu, Yaya!
+Ah, hantam saja (Puan penulis pun main hantam saja. Lupalah, entah apa yang gaharu)
-Hik hik hik.
+ Bukankah gambar di dinding itu ialah aku? Siap jadi wallpaper lagi. Katanya tadi, menjadi sumber inspirasi! Mr Pai Epal ni gilakah? Sasaukah? Itu adalah aku. Nur Alya, okey! Mana boleh orang lain. Itu Yaya!

“Itu sayalah!” jawabku jujur. Izz Amir sedikit senyum. Dia sengaja menyembunyikan senyuman kacak ‘empat belas juta kali’ dengan jemari runcingnya itu. Pen di jemari kirinya juga bergerak-gerak. Pun terletak sama dengan laras bibirnya. Matanya memandang aku. Tadi dia terlelap, sekarang matanya terbuntang bulat!

“Kenapa awak nak cuti?” tanyanya. Aku tarik nafas lega. Izz Amir sedang fokus dengan permohonan dariku. Hanya meja besarnya yang menjadi pemisah antara kami.

“Balik kampung!”

“Dengan ucu Zainal? Awak kata saya cemburu ya? Bila pula saya cemburu?”

“Eh eh! Muka merah tahan marah! Hentak-hentak kaki macam baby! Mengada-ngada! Mata saya ni masih jelaslah, chef Izz Amir! Cemburu buta!”

Izz Amir ketawa sambil menutup mulutnya. “Saya rasa saya perlu minta umi segerakan rombongan merisik. Makin lama, saya makin cemburulah, cik Yaya sayang!”

Erk! Darah terus menyerbu naik ke mukaku. Nervous pula tiba-tiba!

“Balik kampung buat apa?” Izz Amir menolak sehelai kertas supaya ia dekat denganku. Borang permohonan berkenaan segera aku ambil. Aku kawal kenervousan yang melanda gara-gara permintaannya yang mahu menghantar rombongan merisik. Biar betul! Ah- Wajibkah aku pengsan kali ini? Wajibkah juga aku berlari ke Uganda kerana mendengar cadangannya mahu merisik aku itu? Apa gilakah lelaki ini?

“Nek Pa sakit!”

“Ucu Zainal?” tanyanya sekali lagi.

Mata kami bertentangan. Aku tarik nafas. Perlahan-lahan aku mengeluarkan suara, “Dulu dia kata nak kahwin dengan saya!”

Buk!

Izz Amir terus terjelepuk jatuh ke bawah meja. Entah bila, kerusi berkenaan terus membawanya jatuh ke bawah! Segala kertas dan pen bertaburan bagaikan gunung berapi telah melanda. Beberapa orang pekerja terus meluru masuk melihat apa yang berlaku. Aku berdiri sambil terkebil-kebil.

“Kenapa, Yaya? Siapa yang jatuh?” Sakinah dengan dulang yang berisi nasi goreng dan segelas tembikai laici memandang aku. Aku tersengih sambil menggaru kepalaku.

Gurauanku menyebabkan Izz Amir terus mengerang kesakitan!

“Gila! Siapa lelaki yang akan kahwin dengan awak, dia memang akan malang! Kecuali saya!” suara Izz Amir dari bawah meja kedengaran. Sakinah pula yang tersengih memandang aku sambil melihat beberapa orang pekerja menarik Izz Amir keluar dari bawah meja.

***
“Awak wajib luluskan cuti saya!”

“Tak! Saya tak akan luluskan. Nek Pa sakitkah, masuk hospitalkah. Saya peduli apa!” jawabnya di dalam telefon.

Aaaaa!” aku menjerit

“Punggung saya yang sakit ni awak tak tanya pun! Jeritlah sekuat hati awak, saya tetap kata tak boleh!” tegasnya.

“Saya nak cuti!” bentakku lagi.

“Tak boleh!”

“Boleh!”

“Tak boleh!”

Huh!” aku pantas mematikan telefon. Haish…memang kepala batu betul Izz Amir ini! Geramnya! Dengkinya dia!

Aku berbaring di atas katil sambil memandang telefonku. Aku gigit bibir sambil mengherotkan bibirku. Bagaimana lagi mahu memujuk Izz Amir agar dia meluluskan cuti untukku itu? Sudahnya, Zainal, Fatin dan ibu bertolak awal ke kampung. Ibu tergesa-gesa mahu berangkat bersama dengan Zainal. Petang tadi juga Fatin menyerahkan kunci rumah kepadaku dan aku hanya dapat melambai sahaja pemergian mereka semua. Dan aku di dapur Pai Epal Café terkebil-kebil membuat kerja. Menahan hingus dari terkeluar dan menahan geram kepada lelaki berwajah empat belas juta kali itu. Arghhh!

Dan malam ini, aku sedang keseorangan. Semua lampu di rumah telahpun aku pasang. Fatin berkali-kali menghantar SMS, ‘Kak long..ada hantu! Huarghhhh!’ Akibatnya, aku telah memasang mangga di semua pintu! Lampu halaman rumah juga terpasang bagaikan ada pesta muda mudi lagaknya!

Tanganku pantas mengambil patung transformers yang berwarna kuning pemberian Izz Amir. Aku layang-layangkannya dan lagak sedang berperang. Patung berwarna merah menjadi lawan. Seronok pula bermain perang-perang! Ah – inilah kegiatan utamaku sebelum tidur dengan nyenyaknya.

Uuuuu….Hiak! Hiak!” Mereka bertempur lagi! Aku ketawa. Perlawanan terus berlangsung sehingga telefon bimbitku menyanyi minta diangkat.

Izz Amir?

“Saya tak nak cakap dengan awak!”

Terdengar ketawanya yang bersisa dan membunuh lagi salur darahku. Suara dia kategori lemak merdu! Kategori tangkap cintan! Buat pembuluh darahku berhenti selalu! Memang Izz Amir pakejnya lengkap. Suara juga sedap! Kalaulah dia berbisik sesuatu ke telinga ni, kan? Mesti aku pengsan! Wakakaka.

“Kalau saya luluskan, awak nak balik bila?”

Patung transformers terus aku baringkan di sisiku. Terperanjat beruk dibuatnya. Apa mimpi Izz Amir ini. “Betul ke, chef?”

“Ya, cik Yaya sayang!”

“Sukanya saya. Malam ni juga saya balik!”

“Naik apa?” tanyanya lagi.

“Bas!”

“Eh, mana ada bas jam 11 malam begini, cik Yaya sayang!”

“Saya jalan kaki!”

“Gila betullah awak ni, cik Yaya sayang!”

Aku ketawa. Dia juga. “Ucu Zainal siapa?” tanyanya lagi.

Aku tersedak! Mahu lagi dia bertanya mengenai ‘ucu Zainal’. Kalau dia jatuh tersembam seperti pagi tadi, bagaimana?

“Betulkah dia nak kahwin dengan awak? Awak jangan jadi gila, cik Yaya sayang! Kalau nak dibandingkan dia dengan saya, saya rasa saya lebih kacak empat belas juta kali! Hidung terletak, bibir merah macam letak lip-ice! Mata sikit-sikit sepet! Kulit putih, berdada bidang dan tinggi pula tu! Baik awak mengaku dengan saya!”

Aku terkedu. Mulalah lelaki ini berjiwang karat! Nampak gayanya aku perlu lebih tabah berhadapan dengan lelaki berspesis begini. Pengsan aku hari-hari kalau Izz Amir mengarangkan karangan cinta selepas kami berkahwin nanti. Eh eh, terfikir mengenai kahwin pula I! Gatal!

+Perasan..bibir macam letak lip-ice yang buat I nak gelak guling-guling!
-Wakakaka.. (gaya gelak seperti di dalam facebook muncul juga akhirnya. Ah, manuskrip saya, kan? Apa saya peduli!)
+ Izz Amir memang kacak empat belas juta kali! Serius, tak dapat ditandingi sesiapa. Kalau I tak nervous dan pengsan bila melihat wajah Izz Amir, tipulah namanya kan yang I tak terpikat!

Aku ketawa dan ketawa. Menggelengkan kepala dengan telatahnya yang suka serkap jarang. Izz Amir pantas menyambung gertakannya. Kali ini dia betul-betul membuatkan aku sasau! “Kalau betullah kan ucu Zainal tu kembali ke Malaysia atas dasar nak kahwin dengan awak? Sekarang juga saya ambil awak dan kita akan bergerak ke kampung cik Yaya yang saya sayang ni dan terus merisik! Esok kita akan menikah terus!” gertaknya.

Aku terkaku!

“Adnan! Adnan!” suara Izz Amir menjerit kedengaran. “Kemas baju cepat! Kita balik kampung cik Yaya sayang!”

Mataku terkelip-kelip. Rasa mahu pengsan kala ini!

“Saya datang sekarang! Lima belas minit, awak mesti siap!” arahan Izz Amir masuk lagi ke dalam telingaku.

Bagaikan mimpi! Rasa mahu tercabut jantung. “Eh eh, kita nak pergi mana ni chef?”

“Balik kampung awak, cik Yaya sayang!” suaranya perlahan mentraumakan lagi sanubariku.

Izz Amir memang gila! Lelaki ini memang hilang akal!

+ Menipu itu memakan diri kamu, wahai Yaya! Janganlah kamu menipu hatta berbohong lagi.
-Erk!
+Hik hik hik hik

Dan tepat jam 12 tengah malam, kami bertiga meredah jalan raya. Volkswagen Beetle Izz Amir menderu sederhana. Aku dipaksa dan terpaksa. Jika tidak membuka pintu, Izz Amir mahu merobohkan pintu besi. Siap dibawanya sebekas peralatan yang dipenuhi dengan spanar, penukul, gerudi kecil dan bermacam-macam peralatan. Lelaki ini memang gila! Gila!

Aku di belakang masam mencuka! Izz Amir menyengih luar biasa! Melati turut sama di sebelahku terpinga-pinga! Tidak ada taufan dan ribut, Melati turut sama tersenarai dalam perjalanan malam ini. Melati tersenyum sahaja bila aku melihat dia betul-betul berada di muka pintu rumahku. Apa yang dikatakan oleh Izz Amir semuanya benar belaka! Adnan di tempat duduk hadapan, sedang berdengkur dan kereta ini sudah seperti zoo pula!

Ah - Aku pasti akan ditelan hidup-hidup oleh ibu dan Nek Pa dengan kehadiran dua lelaki ini. Ibu? Bagaimana pula penerimaan ibu terhadap Izz Amir?

Aku tarik nafas sementara mata aku terpandangkan Izz Amir yang tidak habis-habis menjeling! Cucuk mata dengan garfu, baru tahu! Aku menjelingnya!

“Penggertak! Kaki buli!” aku menjelir lidah. Izz Amir ketawa.

“Bolehlah saya berkenalan dengan Nek Pa juga! Jangan marah haaaa!” Dia ketawa tanpa perasaan. Aku garu muka yang tidak gatal!

Ini bukan mimpi, tapi kenyataan yang kami sedang bergerak ke Selatan. Aku rindukan Mersing! Rindukan bau laut yang nyaman! Nek Pa, ibu, Fatin, Mak Su pastinya akan terkejut dengan kedatanganku pagi ini. Seorang lelaki kacaknya empat belas juta dan Adnan si botak yang suka menyengih!

Ah, serabut! Serabutnya kepala otakku! Mataku terkebil-kebil lagi! Aku menoleh memandang Melati yang sedang keasyikan dengan tidurnya. Ah, kenapa mata ini tidak mahu lelap?

Aku menjeling lagi wajahnya di cermin pandang belakang. Izz Amir pantas mengenyitkan mata. Aku pantas bersuara,“Gila!” aku gigit bibir bawah tapi kemudian perlahan-lahan aku membalas senyumannya. Alahai, Yaya! Malunya aku bila dia mencuri-curi memandang wajah klasik ini. Cet!

Iya, Yaya! Saya memang gila! Suruh saya terbang ke bulan pun saya sanggup! Gilakan awak, cik Yaya sayang!” dia menjeling aku dengan jelingan mautnya! Sumpah, kacak! Senak terus perut aku. Terburai isi perut dibuatnya!

Aku pantas menarik baju sejukku. Menutup wajahku dan ketawa geli hati. Lelaki jiwang karat ini memang akan mensasaukan aku! Hari-hari aku boleh jatuh tergolek dan pengsan!