Saya suka sekali menulis yang indah-indah. Mengenai kisah hidup saya dan jalan jerita cinta saya ini. Saya suka sekali mahu membuatkan semua pembaca tersenyum membaca kisah saya ini.
Kisah ini hanya biasa dan sederhana sahaja. Bagaimana dia memayungkan saya ketika hujan lebat dan berteduh bersama-sama saya. Bagaimana juga dia menjadi pelangi yang penuh warna dan warni dalam kehidupan saya. Ah, adakala juga dia kerap kali muncul menjadi awan yang mengawal mendung di hati ini.
Dia insan biasa. Lelaki sederhana sahaja. Redup matanya dan baik budi pekertinya. Nanti saya ceritakan ya. Tunggu ya!
Oh, manuskrip ini bukanlah kisah Datin Maimun, Datuk Harun, harta pusaka, berebut wasiat atau kisah cinta terlarang. Ceh! Iyalah, bila saya buka novel sahaja mesti ada watak datin, datuk, orang kaya tindas orang miskin. Lepas tu, Tengku Sharifah Manja Khairani Melly dipaksa kahwin dengan Farish Adam Khan Bin Tengku Khalid Khan. Dari benci tukarlah menjadi cinta. Ramai orang kata klise. Tetapi ada juga pembaca yang suka. Pembaca punya hak juga, kan? Hamboiii! Plot-plot diubah tetapi kebanyakannya sama. Tetapi itu terpulang kepada selera para pembaca. Penulis juga punya hak dan gaya mereka untuk para peminat membaca. Teringat pesan seorang kawan. Dia seorang penulis. Eh sekejap! Saya lupa namanya! (Apalah saya ni, kan?) Dia adalah kawan sekolah menengah saya dan dulu-dulu dia memang suka menulis!
Kata dia, jika mahu menulis, tulislah. Mahu jadi posmen jadilah! Buatlah kerja apapun, buatlah! Tetapi ada sikit tentang dakwah, itu sudah cukup dalam bidang kerjamu. Bekerja dan berdakwah! Kalau menulis, dakwah itu akan menjadi aset untuk si penulis. Atas dasar itu, saya rasa saya mahu membaca sahajalah untuk mendapatkan sedikit ilmu, mahu mempelbagaikan kosa kata, belajar tatabahasa dan boleh menambah-nambah ilmu di dada. Mana tahu, satu hari kelak, saya boleh menjadi penulis seperti kawan saya itu! Jadi pendakwah pun rasa boleh! Ceh, berangan betul saya! Saya ini suka membaca! Rak buku penuh sehingga ibu terjerit-jerit menyuruh saya menyusunnya cantik-cantik.
Oh, terpanjang pula cerita ini.
Iyalah, iyalah... saya mahu berhenti membebel. Nanti ada yang meleleh air liurnya kerana menantikan kisah saya ni. Oh ya, janganlah mengharapkan kisah ini sehebat kisah cinta Uda dan Dara. tapi saya mahu menulis kisah sederhana sahaja. Kisah cinta saya dan dia. Bagaimana dia menerima saya yang kekurangan ini. Bagaimana juga detik-detik dia melamar saya menjadi suri hatinya.
Dia, cinta hati saya.
Dari awal bagaimana kami bertemu, bertukar senyuman yang dikawal santunnya tetapi menzahirkan rasa cinta dalam hati saya.
Dia, seperti yang saya sebutkan tadi adalah pelangi hati saya.
Dia, seperti yang saya tekankan juga adalah awan di hati ini. Sehingga air mata ini selalu menitis kerana saya jatuh cinta dengan kekurangan yang dia ada. Kekurangan miliknya itu yang tidak pernah mengeluhkan kehidupannya. Lihat, air mata saya sekarang sedang mengalir perlahan-lahan.
Saya telah jatuh cinta padanya. Sungguh-sungguh sehingga saya mengenepikan calon terbaik dari ayah dan ibu. Kalau ayah kata calon dari ayah itu sempurna semuanya tetapi dia sempurna segalanya dari mata saya. Jika dia ada kelebihannya, saya pasti dia akan ada kekurangannya. Tetapi bagi saya, dia seorang yang perfect !
Adakah cinta itu, buta?
Butakah saya menilainya sehingga ibu juga terlopong dengan pemuda bermata redup itu?
Dia, cinta hati saya akan dikarangkan bermula dari bulan ini dan akan terus melahirkan rasa keindahan dalam bercinta yang pertama kali memenjarakan jiwa dan hati saya.
Saya cintakan dia. Sungguh!
Salam..ni citer ke luahan hati? hehe..terkelirula plak bila bc..
BalasPadamWassalam
MyHoney
MyHoney, Ini cerita.
BalasPadamTiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Bukan luahan hati saya. hehehe
Alahai, mesti best nanti ni.
BalasPadamKan best kalau boleh meluahkan isi hati melalui tulisan macam Tini juga. =)
dear,
BalasPadamtak sempat nak berjiwang karat..sambung la lagi..~amy izzah irsyad akmal~
best! tak sabar nak baca sambungan cerita ni lagi! tahniah kak hana! ^^
BalasPadamMoon dah nak start baca dari awal <3 :D
BalasPadamowh, ingatkan mardihah punya cerita...haha, baru nak cakap setuju dengan klise tu...saya pun tengah bertatih nak menulis, tapi kadang-kadang bosan dengan plot yang lebih kurang. Dan bahasa yang nampak kebudak-budakkan..sama juga, membaca nak biasakan semula dengan kosa kata novel, huhu..dah nak dekat 10 tahun tinggalkan dunia penulisan..huhu..
BalasPadam