Pages

24 Ogos 2012

Dunia Fantasi Kusuma [Bab 4]



[Bab 4]  Amir dan si gadis bersayap.


Beberapa pembaca emelkan saya mengenai sambungan Dunia Fantasi Kusuma. Nah. Ini dia dan insyaAllah sambungannya akan menyusul kelak. Ini genre fantasi kanak-kanak ya. Hehehe. Sebab ada yang suka dan saya pun terkejut menerima maklum balas SR saya. Terima kasih. Asalnya manuskrip ini agak ‘skema’ untuk sebuah penerbit. Tetapi saya dah olah sedikit selepas saya tarik semula manuskrip ini. Ayatnya akan berubah dari semasa ke semasa. Mana tahu diterima penerbit untuk genre ini? Hehe. Doakan sebab mss untuk Dunia Fantasi Kusuma musim pertama sudah siap sebenarnya. ;D

Salam sayang dari saya dan tunggu kerja-kerja sekolah saya nanti saya hapdet ke dalam blog ni ya. Apa khabar lah si Zain dan Majdina tu ya? Hiksss…
 




            Operasi di perpustakaan Banglo Kusuma berjalan seperti biasa. Salji kelihatan tidak mahu berhenti. Malah, terus jatuh perlahan dari langit. Matahari sudah lama tidak keluar. Angin dingin terus menjadi teman semua penduduk Kota Syurgawan. Cuaca yang cukup menarik ditambah dengan kesejukan dan mendamaikan sesiapa sahaja. Kota Syurgawan boleh dilihat sebagai kota romantis untuk sesiapa sahaja berkunjung melawatinya.

            Seorang budak lelaki dengan lastiknya. Terbongkok-bongkok di antara beberapa pohon rendang yang diselaputi salji.

Seekor tupai bergegas memanjat sepohon pokok. Amir terhendap-hendap, mahu melastik si tupai.

Tup!

Mengena sasaran dan akhirnya dia mengekek ketawa. Melihat si tupai menggelupur dan kemudian terkedek-kedek lari ke celah semak.

“ Padan muka kau. Tupai yang jahat! Engkau makan buah kelapa salji ayah aku, huh!” Dia kemudian menyorokkan lastiknya di dalam poket, lantas bergegas menuju ke Banglo Kusuma. Dia hanya boleh berlama-lama di situ hanya sekitar dua jam sahaja. Tugasnya mengopek kelapa dan menjual kelapa belum dilunasi lagi.

Selepas kesemua kelapa semasa musim dingin membuahkan hasil, mereka sekeluarga akan mengopeknya ketika musim salji. Malah, air kelapa yang keluarga mereka jualkan, dapat memanaskan badan semua penduduk Bandar Syurgawan ketika musim sejuk melanda.

            Amir, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Syurgawan. Selalunya pilihan dia ke sini adalah untuk mencari buku-buku agama dan menambah lagi ilmu pengetahuannya. Sudahlah cetek ilmu dia juga selalu memonteng kelas. Bukan dia sengaja tetapi kudrat ayahnya yang tidak mampu lagi untuk mengopek kelapa dan menjualnya.  Dia tersenyum memandang seekor gadis bersayap yang menyambut kedatangannya.

“ Engkau selalu sahaja menggangu aku, wahai si gadis bersayap!” Ucapnya perlahan.
Wajah gadis bersayap merona merah kerana Amir sudah mengenalinya.  Si gadis bersayap lantas ketawa geli hati.  Bunyi ketawanya pasti begini, kikiki.

“Kikikikiki...,”

Si gadis bersayap menutup mulutnya kerana ketawa. Memang dia suka melihat wajah Amir yang baik hati itu.“ Nanti Puan Kusuma akan marahkan kau, gadis bersayap yang comel. Jangan curi masa dan jangan selalu teman aku. Nanti kau terpikat. Kikiki...”

“ Tak. Tak. Aku sendiri tak kenal siapa Puan Kusuma. Aku cuma bekerja sahaja. Menemani setiap pengguna di sini, mengawal buku dan pelanggan setia di banglo Kusuma adalah kerjaku. Aku tak akan dimarahi sesiapa. Eh-eh, saya tak akan terpikat dengan manusia pun!” Wajah gadis bersayap merona merah. Malu!

Amir pantas berjalan. Gadis bersayap terus terbang mengikut dirinya. Kemana sahaja Amir melangkah. Entah kenapa jantungnya sentiasa berdegup laju. Bagai dipam-pam kerana kehadiran di gadis pari-pari ini.

“ Kamu semua memang mata-mata gelap. Kan?” Gertak Amir.

“Kikikikiki...,” Si gadis bersayap tertawa lagi.

Amir meniru ketawa si gadis bersayap. Ia memang pari-pari nakal dan menggelikan halwa telinganya. Ketawanya yang berbunyi - kikikiki.

“Namaku Puteri Seroja dan tadi kau telah melastik seekor tupai yang baik hati. Sebagai seorang manusia kau tak sewajarnya melastik binatang sebegitu. Kasihan!” Ujar si gadis bersayap. Dia memperkenalkan diri setelah hampir tiga tahun bekerja di sini. Si gadis bersayap yang berumur tiga tahun, akan mula bercakap. Malahan, ia diciptakan untuk menjadi penyambut tetamu yang paling disukai ramai di banglo Kusuma.

“Aku ingatkan kau bisu, Seroja. Kau ni manusiakah atau binatang? Tupai tu memakan semua kelapa milik ayahku. Sebab tu aku marah! Kami kerugian berpuluh-puluh ringgit, tau tak?” Kemudian mereka sama-sama menaiki lif dengan berpusu-pusu pengunjung membuat pilihan menaiki lif yang sama dengan mereka.

“ Aku akan mula bercakap apabila usiaku genap tiga tahun. Aku seekor binatang yang menyerupai manusia tetapi kami bersayap, mempunyai perasaan, hati, perasaan mengasihi dan melindung dunia ajaib di sini. Tupai tu juga mempunyai perasaan dan jangan ulangi lagi sikap sebegitu! Mengasihi haiwan tu adalah wajib.” Gadis bersayap monyok semacam.

“Baiklah. Aku berjanji tak akan melastik lagi tupai tu. Tapi  tengok masa jugalah. Hehe.” Amir menundukkan wajahnya kerana malu. Dia sengih geli hati.

Amir memandang si gadis bersayap. “Seroja, banglo ni mempunyai kesemua dunia fantasi, seolah-olah di dalam cerita imiginasi dan magis. Engkau tahu Seroja, kawan-kawanku di bandar lain mengatakan aku gila kerana menceritakan si gadis kecil bersayap yang terbang dan tentang semua perkara yang ada di dalam banglo ni. Sukar sekali mereka percaya!” Amir menggelengkan kepalanya.

Puteri Seroja merenung Amir. Kemudian tersipu-sipu malu.

“Kenapa kau renung aku macam tu, Seroja. Kenapa?” Amir mahu menarik sayap Puteri Seroja. Namun berjaya ditepis. Puteri Seroja terbang tinggi dan ketawa lagi.

“Kikikikikikikiki...,”

“Aku suka lihat kau, wahai Amir yang baik hati. Oh ya, bawa sahaja kawan-kawan kamu ke sini. Mereka pasti akan percaya apabila melihat keadaan sebenar banglo Kusuma.” Ujar Puteri Seroja lantas terus menghilangkan diri.

Plup!

Amir mengeluh lagi. Dia pada mulanya tidak percaya dengan apa yang dilihatnya namun akhirnya, mula menjadikan banglo ini sebagai teman hari-harinya.

Pengguna yang lain tersipu-sipu memandang Amir. Gadis-gadis bersayap yang lain turut sama riang terbang melata ke mana sahaja di dalam lif.

          Plup! Kemudian seekor demi seekor gadis sayap hilang yang akan kembali ke tingkat tiga meneruskan rutin tugasan harian mereka. Amir bergegas masuk ke dalam tingkat dua. Suasana terus sejuk seperti mencucuk-cucuk tulang. Beratus-ratus penghuni sedang tekun membaca. Kedengaran alunan ayat-ayat suci Al-quran yang menyejukkan mindanya. Dia berkhayal seketika.

Irfan yang sedang membawa seplastik donut bersalut kacang, dilanggarnya.

“ Aduh. Habislah donut coklat saya. Bencinya!” Irfan mengetap bibir sambil memandang bengis Amir.

“Maaf ya, adik debab!” Dia ketawa geli hati sambil membantu mengambil bungkusan donut.

“Donut di tingkat empat, sudah habis! Bagaimana? Siapa mahu ganti donut saya ni?” Irfan mencebik dan memungut donut tersebut. Amir bergegas membantu dan memasukkan kembali donut berkenaan ke dalam bungkusannya. Amir tersenyum geli hati. Melihat baju belang hitam putih yang dipakai oleh Irfan dan tubuh montel Irfan.

“Nanti abang gantikan dengan donut lain, ya!” Amir bersifat ihsan. Irfan lantas membeliakkan biji matanya.

Dia sedar, kupon pertukaran percuma kerana membaca di sini, hanya boleh ditukar dengan permainan atau menukarnya dengan secangkir kopi juga dua keping donut. Ini peluang keemasan buat dirinya. Bermakna dia akan memperolehi 2 lagi donut percuma untuk esok hari. Dia tersengih membayangkan beberapa keping donut yang akan menjadi santapan perutnya nanti. Amat menyelerakan.

Nyum! Nyum!

“Esok, jam 4 petang. Kita akan bertemu di sini. Terima kasih ya, abang! Ganti dengan donut coklat ya?” Irfan bergegas berjalan menuju ke lif. Namun pandangannya terarah ke lif di hujung sekali yang tiba-tiba menarik minatnya. Namun, kakinya tiba-tiba terhenti.

“Adik debab. Esok tak boleh jam 4 petang. Jam 5 petang boleh?’ Amir memandang Irfan.

Irfan seolah berfikir. Menghitung masa dan jadualnya dengan penuh hati-hati. Dia gumam bibir sambil membayangkan lagi donut coklat percuma dari jejaka berkenaan.
Dia memandang Amir yang menantikan jawapannya dan mengangguk. Lantas terus masuk ke dalam lif yang tersedia untuk dirinya. Lif di hujung sekali menderam dan akhirnya menghilang ke dalam dinding.

Amir termenung seketika kerana melihat lif di hujung yang berwarna kelabu muncul dan menghilang dengan tiba-tiba. Bulu romanya lantas meremang-remang!

***

Si gadis bersayap muncul secara tiba-tiba. Amir mengurut dadanya. Terkejut kerana si gadis bersayap muncul betul-betul di atas batang hidungnya.

“ Hei, apa engkau buat di sini? Jangan kacau. Di sini tak boleh bising!” Amir mengetap bibir.

“Kikikikikiki...,” Puteri Seroja ketawa geli hati. Mahkota comelnya dibetulkan sambil mengepak-ngepakkan sayapnya.

“ Kenapa engkau ketawa kikikiki?” Marahnya lagi.

“Kamu mendaftar untuk dua jam sahaja membaca di sini. Sekarang sudah jam 7 petang . Kami mahu menutup banglo dan perpustakaan ini, wahai Amir!”

Amir tersengih. Lantas mengangguk kerana Puteri Seroja mengingatkan dirinya. Dia segera bangun sambil meletakkan buku bertajuk Imam Malik ke dalam sarung di sebelah kerusinya.  Lima saat kemudian, buku itu menghilang dan kembali dengan terbang ke rak asalnya. Amir lantas mengambil kupon pertukaran yang keluar dari dalam sarung selepas memulangkan buku berkenaan dengan baik. Si gadis sayap lantas menemaninya.

Mereka segera menuju ke lif. Lif di hujung sekali, menjelma kembali.

Amir berjalan laju. Mengejar masa yang semakin suntuk.

Puteri Seroja lantas menarik telinga Amir dengan sayapnya. Dia berbisik perlahan. “ Jangan, itu lif ajaib. Ke tingkat 7! Ia akan terbuka pada jam 2.59, 3.59, 4.59, 5.59 dan 6.59 petang!” Ucapnya dengan wajah penuh ketakutan. Amir memandang Puteri Seroja dan dengan segera berpatah semula dan masuk ke dalam lif yang tersedia. Lif di hujung lantas menderam perlahan dan masuk ke dalam dinding semula. Suara dinding berbisik-bisik sesama sendiri. Puteri Seroja mengepak-ngepakkan sayapnya, membawa Amir turun ke bawah. Dia sedar, memberitahu sesuatu kepada pengunjung lain mengenai keajaiban dan membuka rahsia banglo Kusuma akan membawa padah kepada dirinya.

“ Terima kasih, Puteri Seroja yang baik hati!” Bisiknya perlahan.

“ Jumpa lagi esok hari. Saya mahu menukar kupon membaca dengan barangan permainan. Nanti awak temankan saya tukar kupon ya?” Amir sengih lagi.  Puteri Seroja mengangguk dan plup!

Puteri Seroja terus menghilangkan diri. Ghaib dan bersembunyi. 


17 Ogos 2012

Mr Pai Epal Cerkon Raya. Edisi Khas




Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca belog Mardihah yang comel.
Maaf Zahir & Batin. Maafkan segala salah dan silap saya sepanjang berkarya. Segala kata-kata, tulisan, kekurangan juga terkurang layanan di blog juga saya mohon ampun. Berhati-hati di jalan raya.
InsyaAllah, selepas Aidilfitri blog akan kembali aktif dengan susunan jadual e-novel super umphh untuk semua. Tunggu ya!

Oh, jom-jom baca Mr Pai Epal Raya. Cerpen edisi khas tapi kontot sahaja ya. ;D 


***
“Kita sambut raya di Mersing ya?” Cik Yaya sayang muka muncung sedepa. Dia panjang baju kurung warna kelabu yang tidak menarik jiwanya. Ah, frustnya kerana tahun ini semua kehendak dia tidak diturutkan. Baju terletak cantik atas katil. Kelabu tak hengat! Malam semakin dingin.

“Tak boleh. Kita raya Parit Buntar macam yang kita bincangkan awal Ramadhan dulu. Mak Tok dah siapkan rendang tok untuk kita. Abang pun dah janji dengan Mak Tok untuk balik esok. Tahun ni abang tak kita, kita  berhari raya di Perak jugak.” Izz Amir cekak pinggang. Dia buat-buat tak nampak muncung sedepa Yaya. Eleh, ngada-ngada.

“Syurga bawah telapak kaki saya, cik Yaya sayang oi!” Izz Amir mengekek ketawa bila Yaya sudah datang mendekatinya. Bersila sama-sama dan Yaya sengaja menguis-nguis bahunya. Hendak pujuk hatinya balik Mersinglah tu!

“Tahun lepas kan kita balik Perak juga. Macam ni Yaya nak nangis 14 juta hari boleh tak? Tak adil tau.”

“Eeee ..hari raya kedua kita baliklah Mersing. Macam agreement kita. Yaya dah janjikan? Isteri abang ni baik kan?” Izz Amir sengih.

Yaya gigit bibir bawah. Ala..kesian ibu dan Fatin. Rindu betul dengan Nek Pa dan Mak Su. Kesian dan sedihnya.  Yaya letak jemari atas peha Izz Amir. “Batalkan agreement kita. Yaya tak kira. Batalkan. Kalau abang ikut cakap abang balik Parit Buntar juga…Yaya tak akan balik. Izz Ashfan pun sama. Kami raya sini. Abang rayalah sana sorang-sorang.”

Izz Amir pejam mata. Aduhai isterinya seorang ini. Dia tarik nafas. Pantas bangun meninggalkan Yaya terkebil-kebil seorang diri. “Okey, abang balik Parit Buntar sendiri. Awak baliklah dengan anak kesayangan awak tu berdua. Apa-apa jadi saya tak akan tanggung. Sila berhati-hati di jalan raya.”

Yaya rasa nak menangis. Mahu tumpahkan air mata. Huwaaaa.. tubuh tinggi lampai suaminya direnung dalam-dalam. Izz Amir muka selamba tak hengat. Jemari Izz Amir pantas mengambil semua baju-baju raya yang sudah siap ditempah. Senyum dan gantung kemas-kemas di dalam almari. Dia mahu tengok sejauh mana isterinya berani balik kampong dengan Izz Ashfan. Hati gelak kuat. Sesekali dia menjeling Yaya yang muncung sedepa dan mata sudah terbit air mata. Bertakung dan bakal melimpah sekejap sahaja lagi. Banjirlah nampaknya bilik mereka malam ini.

Izz Amir tepuk-tepuk bantal. Masih memerhati Yaya yang masih bersila dan diam. Berteleku seperti ayam berak kapur. “Jomlah kita tidur. Dah malam ni. Esok nak sahur. Cik Yaya sayang ni baik kan? Jom teman abang tidur dan kita bincang fasal agreement kita.”

Bola mata Yaya terbeliak. Dia pantas bangun. Kaki berjalan ligat dan tersengih. Hujung jemari kesat air mata yang mengalir perlahan. Hibanya sebab sekali lagi tahun ini dia akan berhari raya di Parit Buntar. Suaminya memang tidak adil. Memang selalu mengikut kuasa veto lelakinya. Argh…marah ni. Marah! “Betul ke kita nak bincang fasal agreement kita? Abang betul ke raya tahun ni kita balik Mersing? Kita balik Mersing ya?” Okey, Yaya buat muka suka. Sengih sambil telinga dan dia harapkan keputusan akan berubah. Ya Allah, lembutkan hati suami aku ini Ya Allah.

Izz Amir sudah baringkan diri. Tarik gebar dan jeling Yaya turut sama merebahkan kepala ke atas bantal. Dia pusingkan badan. Lampu masih terbuka dan bilik masih terang benderang. “Kalau nak batalkan agreement kita, cik Yaya sayang kena hadiahkan Izz Ashfan adik. Boleh?” Izz Amir ketawa besar. Ketawanya makin meledak bila Yaya mencubit perut dan lengannya menjadi mangsa cubitan berbisa Yaya.

“Eeeeee…….kita balik Mersing. Tak kira! Tak kira!”

Izz Amir makin rancak ketawa. Yaya makin muncung sedepa. Gantung hanger pun boleh. Dalam hati wanitanya dia berharap suami akan merubah jadual perjalanan. Paling tidak, wajah ibu dan Nek pa dipandang matanya. Dia terkebil-kebil pandang dinding. Mata sudah mengantuk. Yaya sudah tidak hiraukan Izz Amir yang sudah lena. Dalam bergurau senda, tiba-tiba dengkuran kecil suaminya menerpa ke telinga. Ajaib betul Izz Amir, letak kepala terus lena. Siap berdengkur. Haihh.. Entah minit keberapa mata Yaya terus layu dan akan dibawa mimpi indah.

***
Izz Amir betul-betulkan gebar isterinya. Dalam bergaduh, Yaya masih sudi menemani dan berbual-bual. Masih hadiahkan senyum cantiknya dan monyok pun tidak sampai satu jam. Dia renung isterinya yang sudah lena. Dia jamah wajah sederhana isterinya. Dada isterinya berombak perlahan dan rambut yang menutupi pipi Yaya dibetulkan.

“Tahun ni kita balik Mersing. Jumpa Nek Pa, ibu dan Fatin. Okey?” Dia separuh berbisik. Sengaja tidak mahu Yaya tahu mengenai perancangannya.

Baru sahaja dia rebahkan kembali bantal, tangannya ditarik oleh Yaya. “Oh yeay….balik Mersing! Abang memang suka tipu tau. Suka tau tengok kita nangis selalu.” Yaya terus menggelupur menolak gebar. Bersila dan tersengih-sengih di depan Izz Amir. Izz Amir garu kepala. Habis rancangan. Rosak segala. Malam semakin tenang. Pekat dan bintang terus bertaburan di langit.

“Upah?” Izz Amir sengih. Dia garu kepala lagi. Sengih melihat telatah isterinya nan satu ini.

            “Upahnya esok sahur Yaya buatkan abang lempeng kelapa cicah sambal ikan bilis. Sedap kan?”

            Dia angguk lagi. Mengiyakan dan gosok-gosok kepala Yaya. Kasih sayangnya tumpah sekali lagi untuk isteri tercinta. Rambut isterinya dibetul-betulkan dan debaran berganda bila Yaya kenyitkan mata.

            Nakal! Cik Yaya sayang memang nakal.

            p/s : Selamat Hari Raya untuk semua kesayangan Cik Yaya Sayang dan Izz Amir. Jangan rindukan kami okey. Tunggu Mr Pai Epal.

13 Ogos 2012

Nama Dia Joe 2


Meh kita panaskan minggu ini dengan Nama Dia Joe. Hehe. Ni heronya okey. So jambu dan hahahaha *tak boleh kata apa. hihi. Sekejap dia boleh jadi kacak dan kemudian boleh jadi selekeh. Kehkeh.. ;D Semoga suka dengan Nama Dia Joe.


“Johari bin Haji Khairudin. Sedap nama awak. Nama manja awak Joe kan?” Mawar sengih nampakkan giginya. Dia menyeluruhi wajah Joe. Kepala Mawar terangguk-angguk sambil menulis nama penuh Johari di dalam buku notanya. Dia hadap muka Joe dengan rasa tidak bersalah dan tidak tahu malu. Muka tebal 24 inci.

Joe gigit bibir bawah. Apa kena agaknya dengan si Mawar ni. Dari semalam dengan tak tahu malunya memanggil nama aku. Siap lambai-lambai sambil menjerit. Terlompat-lompat macam kera pun  iya. Matanya pandang Mawar. “Ya. Tu nama saya. Apa lagi yang awak nak tahu ni?”

“Errrr..awak suka makan apa?” Mawar terkedip-kedip. Dia menulis biodata Joe di dalam buku notanya. Alahai Mawar. Suka sangat menjadi penyiasat persendirian untuk Eriana. Si Ery ni pun satu. Suka-suka hati arah itu ini. Gila namanya jika dia menolak arahan Eriana. Bala namanya jika dia tidak bersetuju dengan modus operandi ini.

Joe terkulat-kulat memerhati Mawar. Rasa macam mahu dia telan saja gadis kecil molek ini. “Awak nak buat apa semua ni. Dari tadi awak ganggu saya tau tak?”

Mawar hulur Cadbury black forest. Sengih lagi. Joe rembat dengan cepat. Umpan dah mengena nampanya. Mawar sengih lagi. “Oh, awak suka coklat ya?”

“Errmm…” Joe jeling Mawar. Dia jawab soalan Mawar dengan malas. Dia renung jemari runcing Mawar. Boleh tahan si Mawar ni. Cantik. Jari halus kurus. Runcing sahaja dan putih melepak kulit wajahnya. Tetapi kenapa dia ikut saja cakap si Eriana tu? Apa ada dengan Eriana sampai dia sanggup buat apa sahaja kemahuan Eriana?

“Nanti saya belikan awak sepuluh coklat cadbury. Haaa..eh-eh, awak suka warna apa ya?” Mawar kembali menatap buku notanya. Buat-buat sibuk menulis biodata Joe. Kerja budak darjah enam betul aku ni.

Pantas Joe menjawab. Senafas dan bagaikan kilat. “Pink.”

Erk!

Mata Mawar terjojol. Dia pandang Joe sambil gigi gigit bibir bawah. “Eeeee,..pink? Awak macam perempuanlah. Pondan!”

Joe ketawa. Melihat mimik muka Mawar yang menggelikan hatinya. Dia cepat-cepat susun buku. Mawar terkial-kial memerhati. Dia telan air liur. Joe pantas sahaja mengemas. Eh, dia nak balikkah? Ala, cepatnya. Interview pun tak habis lagi ni. Kalau Eriana tanya soalan mengenai Joe, apa yang perlu dia jawabkan nanti? Mawar garu kepala yang tak gatal.

Hidung kembang kempis.“Eh, awak nak balik dah ke?”

Joe masukkan buku ke dalam beg dengan cepat. Malas dia mahu duduk terconggok depan awek comel ini. Nanti habislah Suri mengamuk. Bukan dia tak tahu mengenai gosip hangat kolej ini. Ramai perempuan bermulut naga dan puaka yang akan membuat cerita basi. Eeee, dia takut dengan Suri. Suri kalau cemburu, habislah naya kena memujuk 14 hari 14 malam.

Joe pandang Eriana. Dia angguk. “Esoklah awak interview saya ya. Saya nak balik. Kena masak.”

Mawar gigit bibir bawah.  Masak? Amboi, beli di kedai sajalah. Dia pandang Joe dengan simpati. “Pleaseeee…nanti Eriana bising dan marah kat saya.”

Joe mendengus. Tarik nafas. “Hei, saya sibuk tau tak?”

Mawar sandar tubuhnya ke kerusi. Joe sengetkan bibirnya. Wajah simpati Mawar dipandangnya. “Betul awak. Saya kena balik cepat. Saya kena masak. Adik-adik saya nanti tunggu saya kat rumah tu. Saya janji esok. Esok boleh?” Joe menawarkan bahasa mudah. Bahasa indah dan sopannya untuk Mawar. Dia tahu Mawar terpaksa. Gara-gara Eriana yang menyuruhnya membuat temuduga tidak bertauliah ini. Mawar terpaksa dan dipaksa.  Mahzir semalam sudah bercerita siapa Eriana. Mahzir semalam sudah bercerita mengenai tindakan Eriana terhadap semua lelaki-lelaki dan pelajar baru di kolej ini.

'Masak?' Rajinnya dia. Mawar terkebil-kebil sambil dalam matanya terpandang-pandangkan Joe berdiri, memakai apron dan memegang sudip. Wah, machonya! Paling terkejut bila dia terbayangkan Joe menoleh dan mengenyitkan mata. Oh, handsomenya dia.

Mawar segera membuka buku notanya bila angan-angan sudah meninggi seperti tingginya Gunung Everest. Cet, mana mungkin Joe  mahukan dia sedangkan Eriana awal-awal lagi sudah menempah 'Joe'.

Dia sengih macam kerang busuk. Batang tubuh Joe sudah hilang. Hanya wangian Joe sahaja menyusup masuk ke dalam rongga hidungnya. Habislah dia akan dimarahi Eriana yang mahu segera menyoal selidik segala fakta mengenai Joe. Buku notanya sudah penuh dengan biodata Joe. Entah betul atau tidak. Biodata ini pun masih belum lengkap. Macam budak darjah enam pun ya. Siap tulis biodata bagai!

Mawar belek-belek buku notanya.. Joe minat warna merah jambu? Dia senyum. Ewww, seksi!

Joe suka makan coklat Cadbury Black Forest. Ewww, mengancam!

Joe suka masak. Ewww, seronoknya! Masak apa, dia masih tidak pasti. Kalau asam pedas, hari-hari dia akan bertandang ke rumah Joe sambil bawa mangkuk kosong. Eh-eh, pemalas kau Mawar. Malulah sikit, itu lauk masakan orang bujang.

Dia terkebil-kebil sambil menyengetkan badan. Rasa macam di syurga kan, kalau Joe itu betul-betul lelaki sempurna. Hmm, tapi Eriana. Eriana sudah 'warning'. “Joe, aku punya! Kau Mawar jangan lupa biodata lengkap Joe. Esok, dua keping kertas lengkap dengan biodata Joe mesti ada atas meja aku. Ingat!”  Wajah jelita Eriana sambil bercekak pinggang melekat ke dalam kepala.

Arghhh....akhirnya Mawar dengan terkocoh-kocoh mengemas buku-bukunya. Ambil beg, sumbat segala buku dan pen warna warninya ke dalam beg. Dia segera angkat kaki dan mahu mengejar Joe. Biodata di dalam buku ini tidak sempurna lagi dan dua muka kertas kajang pun tidak akan penuh. Kalau dia menyalinnya balik masuk ke dalam microsoft word, baru tiga baris sahaja. 'Apa yang aku nak goreng dengan Eriana ni?'

Dahi Mawar berkerut-kerut. Bila dia melangkah keluar dari perpustakaan, mata mereka bertemu lagi. Joe berdiri sambil berpeluk tubuh. Merenungnya sambil hulurkan sebuah buku. “Buku awak, saya terambil tadi.”

Eh-eh. Joe belum balik lagi? Dia tunggu akukah?

“Errr...” Mawar ambil buku dari Joe. Dia sengih. "Terima kasih."

Joe perhati sahaja Mawar menyarung kasutnya. Dia masukkan jemari ke dalam kocek seluar jeansnya. “Kenapa awak soal selidik saya macam saya ni ambil rasuah ya? Awak pegawai SPRM ya?”

Mawar ketawa. gelengkan kepala dan kaki melangkah. Joe entah kenapa mengikutnya. Mereka kini berjalan senada. Bila dia menoleh dan memandang Joe, ada debaran berjuta-juta rasa. Joe tarik nafas dan hidungnya yang mancung bergerak-gerak. “Jawablah cik Mawar cantik oi!”

Dup.

Oh my...

Oh my...

Oh my...

Dia kata aku cantik?

Ewwwww....

08 Ogos 2012

Dia Cinta Hati Saya 18


 Oh. lama tinggalkan kisah ini. Hahaha. Maafkan saya semua. Ini sambungan DCHS. Meski rasa macam tak lengkap sebab babak betul di PD tak sempat nak buat. Maklumlah bulan puasa. Hihi. Nanti saya sambung lagi dalam minggu ini juga. Tunggu ya. Berita menarik : MANUSKRIP MR PAI EPAL telah siap dan telah pun saya emelkan ke editor. Doakan ya. Now, ambik feel Majdina dan Zain pula. Sebab feel dah hilang mungkin kerana penat menulis MPE dan dengan bulan pose lagi kan? Saya minta maaf buat semua yang tertunggu-tunggu sambungan ni. Apapun semoga suka dan tunggu sambungannya lagi. Ni sempat buat 6 muka surat je. ;D

 Okey, jom layan sambungan Dia, Cinta Hati Saya. Maaf jika tak sempurna. Selamat meneruskan baki Ramadhan ya.

                                                                                   ***

“Barang-barang nak ke Port Dickson dah siap?” Zain pandang saya dan kemudian membuka pintu almari. Dia gantung jubahnya.  Saya duduk bersila di atas karpet. Jemari lincah melipat baju milik suami saya ini. Baju-baju dan tudung hadiah dari Husna turut sama berkumpul. Petang tadi selepas sesi meluah rasa sedih kepada Zain, habis saya punggah almarinya itu kerana mencari baju-baju milik dia yang sesuai untuk di bawa ke Port Dickson.


Saya pandang beg. Sebuah beg tersedia di sebelah almari. Angguk laju dan sengih. Haihlah Majdina, rasanya 24 jam saya sengih macam kerang busuk. Malam tadi, saya sepenuh hati dan rela mengemas dan memasukkan baju-baju milik kami berdua.

“Dah abang. Dina dah susun dalam beg tu. Rasanya cukup. Ala, kita ke sana pun dua hari saja. Tak lama mana. Bawak baju lebih nanti, berlebih pulak.”

“Dina jangan lupa bawa...errr...errr...” Zain jamah wajah saya. Dia sengih nakal sambil garu dagunya. Memandang saya yang sedang meneliti sehelai tudung pemberian Husna.

Zain garu pula kepalanya. Entah apa yang ingin dia suruh saya bawa. Dia terdiam dan bibirnya bergerak perlahan. “Ermmm....”

“Bawak apa?” Pintas saya lekas.

Zain tarik nafas. Mata kami bertemu. Sekali lagi jatuh ke hati. Suara Zain terus memukau jiwa. “Dina jangan lupa bawak hati dan jangan jatuhkan hati Dina ke mana-mana. Okey?”

Saya senyum lagi. Rasa bahagia. Saya mula berfikir. Mula mahu menjadi Majdina yang nakal. “Ohhh...Dina ingatkan abang nak suruh Dina bawa baju tidur seksi tuuuu….” Saya muncungkan bibir dan herot bibir ke kanan. Menjeling Zain.

Wajah Zain memerah. Saya ketawa. Dia gelengkan kepala. Zain tidak mampu menjawab usikan saya. Sekadar menjeling saya dan dia ketap gigi. Selang beberapa saat, dia tutup pintu almari. Berjalan perlahan terus ke arah saya.

Zain bulatkan mata. Senyum meleret. “Dua hari jangan keluar dari bilik. Duduk diam-diam okey. Dina dah janji kata dua puluh hari pun sanggup. Kan?” Jegilkan mata.

Gulp. Jantung berdebar bagaikan sedang dikejar seekor kuda jantan. Degupan jantung ini terus berganda-ganda bila Zain turut sama bersila. Ringan sahaja jemari Zain membantu saya mengambil baju dan spontan melipatnya. Lincah. Gurauan kami kembali hening.  Dingin bila kipas berpusing memberi angin.

Zain letakkan sehelai baju yang kemas dilipatnya. “Abang memang suka lipat kain baju. Dalam rumah ni memang abang yang tolong Husna dan umi lipat kain baju. Bolehlah suami ringankan tugas isterinya. Gosok baju pun abang suka.” Zain mula rancak berbual. Memang Zain pemalu. Zain diam sahaja bila di hadapan umi dan Husna. Tetapi bila duduk berdua di dalam bilik ini, Zain mula berbicara mengenai perihal dirinya. Dia itu, dia ini dan segala-galanya. Saya mula seronok mengenali Zain.

Saya panggung kepala. Memandang wajah suami tercinta. Angguk dan bibir rela untuk memberikan senyuman. “Suka. Nanti bolehlah abang tolong lipatkan baju-baju Dina ya.” Saya mengiyakan kerana Husna sudah bercerita serba sedikit mengenai abangnya ini. Kami malah belum lagi mengenali hati budi secara rapat. Makanan kegemaran Zain juga saya masih belum tahu. Ah, baru beberapa hari bergelar isteri. Sabarlah wahai hati. Pujuklah diri kerana kelak kami akan berkongsi apa sahaja.

“Dina suka tak kita pergi Port Dickson?” Zain dekatkan tubuhnya. Wajahnya nampak sedikit risau. Berkerut-kerut dahinya.

“Terlebih suka. Mana-mana pun Dina tak kisah abang.” Jantung berdegup lagi. Saya ketepikan baju yang sudah berlipat ke sebelah kiri. Tidak mahu mengganggu perbualan antara saya dan Zain. Saya dekatkan diri dengan Zain.

Jemari saya lantas dicapai. Dielus lembut. Zain mula meluahkan rasa hatinya. “Abang tak boleh nak bawa Dina jauh ke mana-mana. Port Dickson saja yang mampu. Dina terima ya?"

Saya hadiahkan senyum ikhlas. Merapatkan jemari Zain ke dada ini. Kalaupun kami tidak ke akan mana-mana, saya rela. Rela duduk sahaja di dalam rumah penuh cinta ini. Buang sahaja semua kemahuan sendiri mahu berbulan madu ke Italy, Paris atau Switzerland. Itu dahulu. Ke Bali pun saya tidak hingin lagi. Saya boleh menerima hakikat tidak bershopping sakan barangan mewah seperti selalu. Duduk di rumah ini sudah lengkap serba serbi. Seperti syurga.

Saya angguk. “Dina okeylah. Ala, abang jangan risaukan sangat. Tapi kan, Dina cakap terus terang yang Dina belum pernah sampai ke Port Dickson.” Senyum meleret.

“Eh, iya?” Zain mula membuang kegugupan. Kalau saya duduk di sebelah dengannya sahaja, Zain mula gelabah tidak tentu hala. Jantungnya berdegup kuat. Melebihi degup jantung ini.

“Kesiannya dia...”  Zain sengih.

“Betul tak pernah pergi?"  Tanya Zain lagi.

Mata menyeluruhi wajah tampan Zain. “Eh, betul. Memang Dina tak pernah pergi. Dulu ibu dengan papa saja yang selalu pergi. Kalau mereka ajak Dina pergi abang tahu Dina jawab apa?”

“Haa…Dina jawab apa?”

            “Tempat tak best!”

            “Tapi sekarang?” Bola matanya menyinar.

            “Dah best. Sebab abang ada.”
            Zain ketawa. Rancak nampaknya dia berbual-bual dengan saya.. Zain dekatkan tubuhnya. Dekat lagi dengan saya. Jemarinya menolak rambut ini. Saya tahu debarnya Zain kala ini. Saya sedar antara kami sudah ada hubungan sah. Malah menghalalkan. Lebih dari itu lelaki ini berhak ke atas diri saya. Hubungan kami belum termaktub. Belum terpatri dengan hubungan suci itu.

Suara Zain memberi rasa bahagia. Senyum sampai ke esoklah Majdina lagi. ‘Kalau begitu, kita duduk dalam bilik dua hari macam yang abang requestkan, boleh?" Zain senyum.  Saya mahu ketawa pun iya mendengar butir percakapan Zain. Satu-satu sebutannya. Gemuruh. Diam-diam, Zain ini nakal sebenarnya. Mana mungkin seorang lelaki menolak hubungan halalnya bila isteri duduk di depan mata.

“Boleh tapi dengan satu janji.” Aju saya kepadanya.

“Janji apa?” Zain bawa bibirnya ke kening ini. Dia kucup lembut. Hangat sahaja kasih sayangnya. Bahagia.

“Hadiahkan Dina sekuntum bunga matahari. Boleh ya?”

“Iya. Abang akan hadiahkan. Tapi lepas berkhidmat kepada suami tercinta. Okey?”

Kami ketawa dan sempat pula mata ini membalas renungan menggodanya. Sama-sama kembali berbual dan merancakkan malam yang semakin dingin. Kerinduan terhadap ibu lantas saya padamkan. Rasa hiba dan sedih saya simpankan di dalam hati. Saya tidak mahu Zain tahu yang sebenarnya saya sedang kesedihan merindui keluarga. Majdina, bukankah Majdina sudah serahkan diri kepada si suami Zain ini? Telapak syurgamu itu di bawah telapak kaki Zain. Ya, sesekali meski terasa bahagia duduk di sini, tetapi hati tetap meronta-ronta mahu bertemu keluarga. Mahu memujuk ibu menerima Zain dan bertemu juga dengan papa.

Esok bulan madu kami bermula. Esok juga hari saya akan mula belajar banyak perkara dari Zain. Dari menjadi isteri, melengkapi diri sebagai seorang Muslim dan menjadi menantu kepada umi.

Selepas malam menginjak. Tidur dengan nyenyaknya bersama lingkaran ubat nyamuk yang baunya seperti di rumah banglo nenda Mariah. Bunyi cengkerik di luar bersatu dengan angin sejuk. Pinggang ramping ini menjadi tempat Zain berpaut. Erat dia memeluk saya bersama tidurnya yang nyenyak.

Esoknya, syuruk kembali menjelma. Azan Subuh berkumandang dan suami saya tidak pula menunjukkan mahu ke surau. “Abang nak sembahyang dengan Majdina.” Zain kejutkan saya. Mengelus rambut ini dan bila mata terbuka, wajahnya terpampang depan mata. Senyum sampai ke telinga. Alhamdulillah kerana apabila mata terbuka, nikmat kasih sayang masih Allah anugerahkan kepada saya yang kerdil ini.

Saya mula solat Subuh. Solat Subuh pertama selepas bergelar isteri. Solat subuh berjemaah bersama suami saya Zain yang dikasihi. Saya sebenarnya sedang melukis kehidupan sendiri yang tanpa saya sedar penuh warna dan warni. Rupa-rupanya kisah cinta kami ini semakin panjang untuk dilakarkan. Kelak nanti kalian semua akan tahu kuatnya cabaran yang Allah turunkan untuk saya yang lemah ini.

Ironinya, cinta saya kepada Zain terus hangat bila selepas solat Subuh berjemaah itu, dia mendakap saya sepenuh hati.