Pages

03 Julai 2007

Membina Ketemadunan Islam



Saya berterima kasih dengan LRT. Kerana LRT memberikan saya sedikit masa untuk membaca. Ada banyak pilihan di dalam LRT..melihat jenis berpakaian, ragam manusia, juga spesis mamalia yang kadang-kadang tidak berketemadunan….Seringkali saya cuba untuk tidak membaca di dalam LRT, namun ia agak janggal kerana saya gemar memerhati orang sekeliling dan menimbulkan seribu satu macam persoalan tentang diri mereka. Jadi, saya mengambil kata putus untuk meneruskan bacaan saya. Meski majalah tersebut kusam atau saya ulang hingga hafal ayat-ayatnya.

Baru-baru ini saya membeli sebuah majalah I, keluaran karangkraf. Saya melanggannya setiap bulan di samping beberapa majalah muslimah yang lain. Mujur Mr Zach sudi mengemaskini setiap pelanggan tetapnya. “ U kalau baca Milenia Muslim ke…Majalah I ke…u masuk Islam tau…” saya berseloroh….

Mr Zach senyum……ha ha ha

“Kenapa Kita Gagal Membina Semula Tamadun?” – saya petik petikan yang saya baca pagi ini oleh S.S.Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Kita ingin maju, tetapi pemikiran kita, perbuatan kita, aliran kita hari ini kebanyakan mencedok budaya barat. Salah satu gambaran jelas hari ini yang dapat saya simpulkan adalah Hiburan. Media dan pakaian. Kita hanya ada satu gambaran jelas untuk memperkasakan sedikit Islam yakni – Akademi Al-Quran, namun kerana Islam Hadhari…saya terperanjat besar bila balik kampung, adik saya menonton rancangan “Bintang Kecil” –mencungkil bakat-bakat kecil molek- ala-ala Akedemi Fantasia…..isk…siap temuramah mak dan ayah..bangga nya mereka. Ini satu sudut yang lain. Bagaimana dengan banyak lagi jenis hiburan yang kian melanda anak-anak kecil dan dewasa kala ini? Akademi Fantasia, Gang Starz, Malaysian Idol…bohong saya katakan jika saya sendiri tidak tahu tentang kemenangan Mila beberapa bulan lepas..dan dulu pernah juga meminati Mawi ala-ala ustaz rock itu. Tu dulu ya!! Lihat sahaja jenis-jenis pakaian hari ini. Bulu, tak bulu, ketat, londeh…….aduh..saya makin takut melihat mat-mat indon mahupun lelaki tulen Malaysia di dalam LRT menjeling-jeling tajam.

TV menghidangkan dan adakala kebosanan memuncak apabila kebanyakan tv (televisyen) mempamerkan hiburan dan bakat-bakat baru. Bilalah mereka mahu seperti Azmil Mustapha atau sekurangnya menjadi muslimah sejati seperti Noor Kumalasari. Kebanyakan ini dicedok dari barat dan kita boleh membilang dengan jari berapa banyak anugerah untuk semua artis dan media yang diwar-warkan dalam masa setahun…….?? Saya risau melihat adik-adik…di rumah dengan tv….apakah pemikiran makin sebati atau semakin menghiburkan diri dengan dunia tv?

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi : “ Namun yang kita ingin tegaskan sejak dari awal bahawa hadarah (ketemadunan) yang islam hendak dirikannya bukan seperti tamadun lain yang lebih mementingkan sudut kebendaan dalam kehidupan, yang lebih mementingkan sudut jasad dan nafsu pada insan. Mementingkan kelazatan yang segera di dunia. Maka ia menjadikan dunia itu perkara terbesar yang diambil berat dan sekadar itu ilmunya. Ia tidak meletakkan bagi Allah suatu kedudukan yang disebut di dalam falsafahnya. Akhirat tiada ruang baginya dalam sistem pemikiran dan pendidikan. Ini bercanggah dengan hadarah al-islam (Tamadun Islam). Ia menyambungkan antara insan dengan Allah, mengikat antara bumi dengan langit. Ia juga menjadikan dunia untuk akhirat. Mencampurkan antara ruh dan kebendaan. Menseimbangkan antara akal dan hati. Menghimpunkan antara ilmu dan iman. Mengambil berat tentang ketinggian akhlak seperti mengambil berat tentang kemajuan kebendaan. Ia sebenarnya tamadun keruhaniaan dan kebendaan, impian dan realiti, rabbani dan jamaah. Ia adalah tamadun yang seimbang dan pertengahan.
- al-Sunnah masdaran li al-Ma’rifat wa al-Hadarat . m.s 204, cetakan Dar al-Syuruq, Mesir.

Sumber islam sebenar adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Saya hanya mampu berdoa, semoga hati-hati kami masih tetap dalam nikmat islam dan iman. Itu kita pohonkan. Sebenarnya jauh di sudut hati, saya mahukan zaman kegemilangan islam itu menjadi hebat….namun siapalah saya. Yang hanya mampu menarikan jemari ini. Sungguh, ini sahaja yang saya terdaya. Untuk memaksa rakan menutup aurat dengan lengkap, ia menjadi seribu pertanyaan juga andai mereka berkata “Siapa kau untuk menetapkan diri kami seperti kau….” Namun dalam berdakwah kasih sayang itu nilai yang paling penting. Keyakinan saya bertambah kuat bila mereka sedar dan akan mula bertanya. Adakah hidayah muncul di balik kegelapan mereka? InsyaAllah….

4 ulasan:

  1. menarik entri ini:)

    BalasPadam
  2. wah... tima kasih.. atas article tuh.. sy copy yer,. heheh!

    BalasPadam
  3. salam...

    ~13may~,
    ya....menarik ye..he he

    ~sunan_jati~
    copy?...sila2,,,......:)

    BalasPadam
  4. Baru terluang utk bace artikel nie...menarik..

    mmg inilah tugas kamu..aku..mereka..dan kita semua..menyampaikan apa yg termampu..kongsikan apa yg kita tahu.."Sampaikanlah drpd ku walau sepotong ayat", pesan Rasulullah..

    Allahu Yahdiina....fi amanilLah :)

    - anTusufi

    BalasPadam