Pages

10 Julai 2007

Persahabatan

Saya menjenguk ke dalam ruang diri. Lama sudah saya membeku. Rupanya penulisan dalam blogging, yakni menyampaikan sesuatu yang bermanfaat amat payah juga. Saya akui, kesihatan yang menjerumuskan diri makin ketara akhir-akhir ini. Namun, kerana kesedaran terhadap :
"ini adalah ujian dari Allah" membuatkan saya bersyukur, kerana nikmat Islam, Iman dan Ihsan masih sebati dalam diri-diri kita semua. InsyaAllah. Membekukan diri di blog juga membuatkan penulisan saya makin sudah dan akan berakhir.
Ketika jemari ini saya tarikan, saya teringatkan kepada sahabat saya. Persahabatan sebenarnya menjanjikan jalinan dan merapatkan ukhwah. Dalam bersahabat, kita harus sentiasa menjadikan dasar Islam selari dalam kehidupan. Sentiasa memperingatkan diri dan sentiasa memperbaiki diri.
Rasulullah s.a.w yang bersabda :
“ Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah s.a.w juga ada menggariskan beberapa panduan untuk kita memilih sahabat atau teman :
  • HENDAKLAH BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG BERTAQWA DAN BERIMAN

Sabda Baginda bermaksud:” Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertaqwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi).

  • HINDARI DARIPADA BERKAWAN DENGAN YANG BURUK PERANGAI DAN AKHLAKNYA

Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:”Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan kenali sepertinya:” Sabda Baginda lagi:”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

  • MENEGUR KESILAPAN KAWAN DI ATAS PERKARA YANG BENAR

Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah s.a.w. mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

  • MEMBANTU KAWAN KETIKA KESEMPITAN

Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

4 ulasan:

  1. alhamdulillah...
    tima kasih sudi kongsi..!

    BalasPadam
  2. Persahabatan- satu jalinan ukhwah yg sgt berharga...

    bila blh jumpa kak?

    BalasPadam
  3. ~sunan_jati~

    Sama-sama....:P

    ~tintahati~

    persahabatan, memang berharga....jalinan....ukhwah....

    selami sehingga ketemu cinta abadi..
    ye ke? meh ar jumpa.....akak ok sahaja...bila-bila free..

    BalasPadam
  4. ok.. nanti aka dan adeq nak jumpa leh suna n jadi body gurad yer x?

    heheheh!

    BalasPadam