Pages

11 Februari 2008

Melaka – Kuala Pilah – Bahau- Kuala Lumpur

Papan Tanda mengalukan kedatangan kami bertiga....

Pepohon kelapa sawit dari jauh menggamit kedatangan saya. Hijau dan terbentang luas. Semangat Hijau mewarnai diri . Aaahh…meski perjalanan mengambil masa satu hari, kerana dari pagi membawa ke malam, perjalanan kami dengan menyinggah dan seringkali dicuit berbagai cerita, membuatkan perjalanan yang dekat, terasa jauh sekali. Lucu pula mengenangkan kami tersesat jalan. Tahu ke mana kami pergi??…hmmm, mengunjungi sahabiah yang dipinang orang….semangat pula menjalar pada diri. Melihat persiapannya, riuh rendah saudara mara, terkenang pada diri…bilalah yer?…..

Majlis sederhana, sahabiah rapat berkunjung dan seadanya. Alhamdulillah, kenangan saya berada di Felda Serting Hilir akan diabadikan. Pengalaman saya, cukup terurus sekali, melihat suasana bekerja, masih sebati semangat gotong royong dan ramah mesra makcik-makcik, kawan-kawan, pakcik-pakcik, seekor kucing – Kiki namanya yang comel- juga sambal belacan bersama ulamnya yang menyentap naluri kekampungan saya. Selera sungguh saya.

Lama saya tidak berkongsi suasana sebegini dalam blog saya. Adakah blogging saya makin suram, tapi kesuraman ini akan saya terbitkan dengan sinar kembali. Semangat baru makin mengembang. Harapan saya, tahun ini, perubahan dalam hidup akan memberikan makna dan “ bintang” bahagia menjelma. InsyaAllah. Tahun 2008 …saya pernah berkata kepadanya “ Macam Magic”………

Kiki yang manja dan comel....

Psttt....~~~~

~ Hasuga & Waniey….Thanks dengan kembara penuh cerita. Maaf banyak menyusahkan adik-adik tersayang. Akak manja ingat nak belanja makan…tapi bila u all free ya?? Hehehe ABC sogo tambah aiskrim, sedapnya……Akak manja? Bila pulak tukar nama ni…..aiceh…

~ Anormz….She wait for her hari bahagia, dia sedang meniti hari hari bahagia, dan tak sabar menunggu cerita selanjutnya.

9 ulasan:

  1. Tanpa Nama11/2/08 13:36

    Sahabat dulu bertugas di Felda dkt Bahau tu la..Suhidin..:)..tp skrg dia dah tukar tmpt kerja , balik Sabah..IOI LD..alhamdulillah rezeki..

    lama x tgk hasil karya qudwah..gembira rasanya tgk hasil terbaru penuh ceria..Teruskan bekarya..chaiyok2..

    BalasPadam
  2. Salam,
    Oh ye ker, Suhidin sudah pindah Sabah?…..bagusnya dier…rezeki kan? Alhamdulillah. Dekat lah dier ngan kampung halaman…:)..ermm…orang yang bagi komen bila menetap di sana, semula?

    Terima kasih kerana gembira. InsyaAllah. terima kasih memberi sokongan..chayuk2....

    BalasPadam
  3. salam...
    jauh2 tu... semoga bergembira selalu...

    BalasPadam
  4. Aah la dihah, hari bahgia kita bila lagi...huhu... :)

    Takpe jalan-jalan ambil berkat dulu kan? kan? :P

    BalasPadam
  5. salam,

    baca tajuk.. macam destinasi bas ekspres je..

    hahaha
    (",)

    BalasPadam
  6. faridmw,
    terima kasih atas kunjungan....

    tintahati,
    hari bahagia kita? hehehhe.....5 tahun lagi, 4 tahun lagi,3 tahun lagi,2 tahun lagi atau tahun ni erk?kan? tinta jagn lupa hantar jemputan yer....

    banggugar,
    huhuuhuhuh...yelah, macam perjalanan dalam bas sahaja..destinasi bas ekspres...
    teringat pulak kampung halaman....bila mu mahu balik malaysia..?

    BalasPadam
  7. waaaaa......best best!

    :)

    BalasPadam
  8. Jemputan OTW....bkn jemputan walimah lah....huhuhu

    BalasPadam
  9. Serting Hilir? Berjiranlah kita. Ustaz Saminogn tu, cuma nasib je tak baik sebab orang-orang Felda ni belum cukup terbuka mata mereka. Tunggulah empat tahun lagi, moga-moga ada perubahan.

    ~orang serting~

    BalasPadam