Pages

20 Februari 2008

Undangan 'Cinta'


Pinggan saya yang licin, terliur dengar char keow teow Penang....tambah-tambah ada kerang...nyum-nyum.....bestnyeeeeeee........


Perjalanan 5 jam dari Kuala Lumpur ke Butterworth mengundang berbagai rasa dalam diri. Gembira, terharu, bangga dan suka….Pertama sekali, saya ucapkan “Selamat Pengantin Baru untuk sahabiah tersayang saya, Umi Kalsom Bin Abd Majid bersama pasangannya Mohd Din. Doa saya semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat dan dipenuhi rumah tangga yang bahagia. Majlis mereka berlangsung pada 17.02.2008. Meriah dan sungguh terhibur jiwa saya. Kerinduan saya pada Umi terubat juga akhirnya.

Umi berseri-seri dan seringkali pengantin diusik sanak saudara. Lucu dan bahagia saya gambarkan. Saya tidak mahu memenuhi ruang blog dengan cerita kahwin, nanti tinta asyik tanya Dihah , bila turn hari bahagia ya? Hehehe. Tapi tetap saya mahu penuhi sebab ini walimah sahabiah saya, sahabiah seperjuangan saya di zaman kampus dan kami bermula bersama-sama dari bawah. Pahit, manis, suka dan duka kami harungi.

Perjalanan mengundang rasa kerinduan menebal dalam diri. Benar, saya rindukan angin padi dan rindukan sepoi-sepoi udara di utara. Ia menyentap saya kepada sebuah perjuangan saya dahulu. Perjuangan yang membawa kami berkongsi segala suka duka. Suasana pilihanaraya sudah terasa. Bendera Pas menjadi tumpuan saya, dan boleh dikategorikan sebagai satu perang permulaan yang baru sahaja bermula. Jika di rumah, Buletin Utama, menjadi sasaran saya..kenapa? bila tiba berita tepat jam 8.00 malam, saya akan tukar dengan ‘slumbernya’. Mencari siaran lain, dan bila jam 8.20 tiba, saya kembali ke ruang TV3. Alahai, kalau nak membodek tu , jangan sampai taruhan dan masa depan rakyat dipergunakan. Jadi, selamat berjuang kepada semua pejuang-pejuang Islam dan bersama kita membantu kemenangan untuk Negara Kebajikan. InsyaAllah. TAKBIR!

So, thanks to Sya, dengan kenangan bersama, banyak yang kita kongsikan di dalam perjalanan 2 hari 2 malam, seronok bercerita. Penat memang terasa tetapi persahabatan ini tanda banyak permulaan hidup kami akan kembali bermula seperti dahulu. Dahulu, segala kami kongsi, kini perjalanan hidup kami akan berubah. Maksud saya, kita semua akan menjangkau perjalanan yang kedua, alam rumahtangga, perjuangan bersama keluarga dan kami semua akan menjadi isteri satu hari nanti. Cerita dan segala suka duka kami kongsikan. Air mata Sya mengalir membuatkan saya begitu terharu. Bangga saya menyelinap di dalam hati, Dari Mersing dia sanggup meredah perjalanan, berjumpa saya dan kami bersama ke Butterwoth atas undangan sahabiah. Undangan dinamakan undangan ‘Cinta..’. acapkali fikiran saya menerawang mahu menulis setiap kenangan di bumi mutiara ini, tetapi jadi beku. Idea saya mencurah-curah, tapi diam kerana perbualan bersama Sya lebih baik bagi saya Akhirnya dua hari selepas pulang, barulah jemari ini kembali aktif menulis kenangan di sana.

Nafas saya kembali segar dengan kenangan yang tercipta. Allah memberikan saya rasa dan kekuatan kembali. Alhamdulillah. Idea saya kembali berenang mencari kejayaan. Walaupun sekarang, saya makin sibuk dengan beberapa urusan peribadi diri, sibuk dengan laporan kewangan yang masih tidak imbang (tekanan tempat kerja juga mengundang sayu diri , letih, tak bermaya, banyak agenda ..ada apa-apa jamu ke bagus untuk makan, hehehehe) tapi itu semua ujian. Malahan, penulisan juga makin tidak aktif. Saya andaikan, sebulan hanya 2 kali sahaja membuka lap top. Bayangkan sibuknya. Tapi bahang pilihanraya akan saya tinggalkan lap top bersemadi sebentar. Tunggu kemunculan saya nanti.

Pengalaman terindah di Butterworth. Special thanks untuk Kak Long dan Abang Long, juga anak comelnya Irfan. (Family Sya) Layanan Mak Tok dan Tok Ba yang sporting dan nasi lemak sambal udang cukup menyentap selera saya. Sedap sungguh. Bantuan mereka membawa kami ke rumah Umi semoga Allah sahaja dapat membalasnya. Bertemu juga dengan Hanes, sahabiah tersayang. Agak sedih, tak dapat bersua dengan Pa’ah yang lewat kehadirannya. Kak Long yang ada program di markas (she always busy as a bee..lately walau kami duduk satu KL, tapi jarang berjumpa..alahai……erm, Kak Long, tolong jawabkan boleh….gurau tau..Rindu kamu sangat-sangat) Juga Laily yang semakin saya rindui. ..Sungguh, walau kita berenam jauh, tapi masih tetap di hati, bukan? Laily, jaga diri baik-baik……sayang kalian semua hanya kerana Allah…

Hanya ini yang sempat saya tulis dan sempat saya kongsikan. Tiada lain hanya doa untuk semua sahabiah tersayang saya. Ucapan “Selamat Pengantin Baru buat Umi & Din, semoga kekal bahagia ke anak cucu. Amin…saya akan doakan yang baik-baik untuk kalian semua.


Saya kadang-kadang
Tidak pandai berbicara meluah rasa hati
Tapi pandai berbicara menulis sebegini
Saya kadang-kadang diam sahaja
Namun hati sinis berkata
Saya kadang-kadang
Akan ada rasa cinta
Pada sebuah kenangan
Kenangan lampau,
Kenangan lama,
Yang buat diri,
Kadang-kadang
Jadi gembira, sayu, sedih dan penuh hiba.

Psttt ~ Char Keow Teow Penang, memang best….terima kasih Kak Long & Abang Long.

4 ulasan:

  1. salam kehidupan,

    kenapa tiba-tiba rasa cam tertelan air liur je ni...

    BalasPadam
  2. salam.. sedapnya.. nak minta tolong bungkuskan dak pos ke sini leh tak?

    BalasPadam
  3. patutla tersedak2....ada org sebut2 nama kita di sini...hehe

    dihah ngundi x? ngundi mana?

    BalasPadam
  4. salam,

    cermin diri,tertelan liur..nak rasa,,,sedapnyer...

    faridmw,
    tolong bungkuskan, boleh sahaja tapi sampai ke idok entah...

    tintahati,
    hehehhee.....dihah undi, kat masjid tanah...tak sabar nih, pertama kali mengundi....sejarah benorrrr,,,

    BalasPadam