Pages

23 Januari 2009

Kantoi!


Banyak perkataan baharu yang saya jumpa semenjak ini dan semenjak-semenjak dahulu lagi.
Saya sendiri tidak tahu apakah kepentingan penggunaannya kepada kita seisi alam.
Mari kita lihat beberapa ayat yang diistilahkan tiada dalam kamus dewan tetapi ada
dalam perbualan harian kita....

Poyo, cikai, usha, skodeng, kantoi, sengal (saya rasa perkataan ini ada maksudnya),
slumber (kamus Dwibahasa Oxford jawab - tidur), slumberer - orang yang tidur,
bajet-bajet hencem, koya, tibai, kerek, sekodeng, selebet, merembat dan banyak lagi.
Dihah rasa ada banyak perkataan budak-budak remaja zaman sekarang ni yang pelik-pelik bunyinya.
Mungkin ada antara kita yang perasan dan tidak...

Perkataan ini selalu kita gunakan dalam bahasa seharian kita yang kadangkala kita tidak perasan kekerapan dan
mulut kita akan rasa sedap je nak cakap...hehehe. Betul tak...?

Saya suka respon dengan satu perkataan iaitu ; 'kantoi'

Saya mendapat satu sms ringkas dari seorang adik.

Katanya....

" Hehehehe..akak dah kantoi..."

Saya tertawa geli hati....

p/s : apa maksud kantoi ya?
Ahlan Wa Sahlan kepada semua Alumni PC ke Port Dickson Ahad & Isnin ini. Jumpa di sana ya!
Bulan Januari ini ramai juga sahabat dan sahabiah saya meraikan Hari Jadinya...bertambah usia dan kematangan antara kita. Semoga hari ini, sahabat lama saya yang jauh itu, bertambah bahagia dan sentiasa ceria-ceria sahaja...Selamat Hari Jadi ya!!....Pesan saya padanya
'Bila mahu kawinnn?...'

21 Januari 2009

Istimewa Untuk Kamu!

Gambar ini semasa kami ke Danga Bay, Johor Bahru. Sengaja saya gelapkan gambar. Maaf, tidak minta kebenaran publish gambar mu kat sini..jangan mara aaaaa...

Hari ini, hari lahir sahabiah tersayang.

Semoga beliau panjang umur, murah rezeki dan sentiasa gembira dengan setiap
kehidupan. Doa Dihah agar Lizawati sentiasa dalam perlindunganNya. Amin.

Selamat Hari Jadi.

Apa yang menarik, wajahnya seiras saya.
Seiras benar mata dan bibirnya. Paling kelakar dan geli hati,
bila saya ke kamsis(asrama) - ni cerita zaman dulu-dulu ya-...

" Eh..Kak Liza......"

Saya berpaling, dah sah...salah orang lagi ni.

" Bukan..ni Kak Dihah lahh...." saya ketawa mesra
" Ye ke kak....?"

Situasi lain..

" Adik beradik ek...?"

Kami berdua berpandangan serentak...

" Iyolah...kami adik beradik...lain mak lain ayahnya..." saya menjawab spontan.
Tukang kasut itu terus perhatikan kami.

" Erm....dia ni adik saya.." ucap saya perlahan. Namun mengiyakan yang kami memang seakan serupa. Kami ketawa seronok.

Paling penting, dia adalah kembar saya. Kawan saya, sahabiah saya dan sesekali menjadi adik juga kakak kepada saya.

Cuma..

Keakraban itu sering kali dipisahkan dengan

Jauh

Segan

Hati sahaja mampu berkata-kata.

Dia sering mendewasakan diri saya. Diamnya adalah banyak fikirnya.
Doa saya ; semoga dia sentiasa riang dan gembira. Impiannya semoga menjadi nyata!Cita-cita, Cinta, Keluarga, Kerjaya sealir dengan jiwanya.........

20 Januari 2009

Kempunan


Kak Nab *menari-nari dengan lagu baru yang didengarnya.

Si anak gadis terlopong. Mak aiiii!!!!

" Mak...lagu ape ni mak?"

" Ya Allah....kau tak tahu...ni Jumpa Pakcik Hussin semalam,..dia bagi mak CD nya...mak layan jeee..."

" Bawak taubat lah mak....kalau ayah nampak ni....hehehe" anak gadisnya ketawa dan termenung seketika. Membelek CD cetak
rompak yang telah mak perolehi. Jumpa Pakcik Hussin? Bila?

" Ye lah ye lah...berlagak ye kamu dengan mak...mentang-mentang Pak Wahid mu menang ...konon KT dalam tangan..jangan berlagak-lagak yeee...eleh...."mak menayang rambut ala-ala Oprah Winfrey.

Anak gadis ketawa geli hati. Mak masih tak berpuas hati tentang berita kekalahan puaknya. Seminggu mak berkampung di KT. Seminggu juga ayah kempunan asam pedas mak yang lazat dan sedap.

Dia juga turut kepinginkan asam pedas kuah lada buatan tangan maknya.
Dalam hati, si anak gadis berdoa...bertakbir...Nasib baik PAS menang. Kita telingkupkan ketakburan media perdana mereka! TAKBIR!!

Kata ayah...' isk...tak sama lah rasa...ni belacan cap mana kamu letak ni....?" ayah merungut-rungut. Tapi kuah asam pedas habis dihirup.

" Sama resipi dengan mak lah ayah..." anak mencebik kecil hati. Penat sungguh masak tengahari tadi. Beginikah balasannya..huwaaaa

" Kamu duk sibuk bercinta je, ..huh!" ayah melempar pandangan menusuk jiwa. Arghhhh!!!!!
" Eh...muka ayah sekali jeling macam Pak Wahid lah..." Si anak membodek lagi.

Ayah senyum sumbing....memang anak bapak...!!
" Jangan cakap dengan mak, ayah sokong puak Hijau..nanti kena kurung..."

"kikikikiki........."

*terkinja-kinja

15 Januari 2009

Baharu...

Hari ini,

SWIFT (Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication) mula beroperasi di seksyen Dihah. Ahlan Wa Sahlan
kepada Encik Mazme dan Encik Fauzi...nampaknya, wakil lelaki yang semakin pupus semakin nampak sinarnya di sini...
Saya tertawa seketika. Orang lelaki, jangan marah ya...

Jadi, kami akan belajar perkara dan benda baharu......juga kawan baharu.

Bulan ini,

Sibuk menjelang LIMA. Program pertemuan semua Alumni pelajar POLI*** menjadi sebuah pertemuan yang lama ditunggu.
Sibuk juga saya menjejaki rumah baharu. Selamat tinggal untuk kenangan di rumah Maluri, Cheras. Sedikit-sedikit, saya membungkus
buku di dalam kotak. 2 kotak...itu baru 2 kotak...hari-hari saya akan bawa balik kotak ke rumah....buku-buku sudah saya jangkakan sama banyak dengan baju..
Saya akan merasai suasana rumah baharu....hujung bulan ini!

Tahun ini,

Tiada yang baharu bagi penduduk Palestin. Semoga apa yang saya rasai - perasaan baharu dengan apa sahaja pengalaman akan memberi
azimat untuk semua Penduduk Gaza. Mereka pasti menanti bagaimana Baharunya untuk melalui dan merasai keindahan bahagia berada di negara sendiri. Ya Allah...sehari-hari, peritnya perasaan peperangan mereka. Selamatkan Palestin Ya Allah!

Saya juga cenderung menjadi kerdil diri apabila seorang kenalan lama mengatakan "Saya segan berkawan dengan Dihah..serius! tak sangka, Dihah menulis sebegini...siapalah saya ya, yang begini....harta tak ada..bakat menulis pun tak ada...nakal mengusik anak dara orang" dia merendah diri.

Aik......saya tertawa mendengar perbualannya. Lorrr..ke situ pulak..
"Saya tak memilih kawan...... Saya biasa sahaja..jangan nak kata itu kata ini....dah dah...!!" ucap saya perlahan.
" Serius....!!" ucapnya lagi.
" Eeeeeeee..............." saya melangkah deras..nanti berpanjangan lagi borak-borak kami.
" Serius.....!" jeritnya lagi.
" Eeeeeeeeeeeee..............................."

"Serius...........!!" suara dia tergelak kuat kerana selalu mahu mengusik saya...

Eeeeeeeeeeeeeeeeee

Jiha yang comel ~ Anak sahabat saya, Mui'zz.....
Thanks for sharing this nice picture....

SELAMAT HARI JADI UNTUK SAHABIAH TERSAYANG, LAILY IDAYU BINTI ABDULLAH. SEMOGA SENTIASA RIANG GEMBIRA MENITI HARI, PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI...AMIN...


13 Januari 2009

Ya Allah, Save Al-Aqsa!

Demonstrasi Anti Zionis/Amerika Syarikat

Bila
- 16 Januari 2009, selepas solat Jumaat.


Di mana - Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.

Apa perlu dibawa - Sepanduk, kain rentang, replika, atau kasut terpakai.
Ayuh, demonstrasi di Belgium menarik perhatian 80 ribu demonstran. Di Jakarta 50 ribu orang, apakah kita di Kuala Lumpur tidak peduli?

Tolong sebarkan.

Sumber : pedulipalestina









Sehingga kini, saya masih terasa setiap perjalanan, setiap detik, masa, nafas, jiwa, air mata, langkah dan kehidupan saya
seolah menjadi denyut nadi rakyat Palestin. Jika diberi peluang: ingin saya, menjadi sebahagian dari mereka menjadi syahid dan membantu setiap darah dan nasib yang melanda. Sehari saya merasakan jiwa saya sesak dan kehibaan menjadi duka dalam diri saya.
Lantas setiap kehidupan saya, dihitung setiap hari, semangat saya sehari-hari menjadi kekuatan rakyat Palestin...ya..semoga menjadi azimat kepada mereka di Gaza. Bumi Al-Quds terus berkepul asap dan rakyatnya menjadi pelarian di negara sendiri....Peperangan memiliki sebuah negara Islam, bumi Anbiya kedua bagi Islam terus menjadi medan kebencian hati kita terhadap Israel dan Amerika. Cukupkah dengan setiap doa dan bantuan kita....saya terasa seolah membiarkan penduduk Palestin dihujani kesedihan dan kehibaan. Maut mereka di depan mata. Syahid mereka terlakar mudah sahaja......

Ucapan Asy Sayid Abd Aziz Rantisi sejurus selepas mengambil alih kepimpinan HAMAS dari Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin :
"Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samaada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang sama ada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie..."

Sukar bagi saya menahan rasa....sehingga kini dan derita itu menjadi sakit teramat sangat dengan melihat sikap, sifat kita sebagai manusia yang masih belum "terdedah dengan kehancuran dan penindasan islam". Ramai masih bersuka ria...ramai masih terpinga-pinga....Kita bagaimana?

Entah mengapa, nurani saya sebagai seorang wanita menjadi begitu pilu dan teramat menghiba..andai kata semua kanak-kanak comel dan kecil itu adalah darah daging saya, bagaimana harus saya menghadapi kesukaran berhadapan dengan kenyataaan "bahawa anak saya, adik saya, sepupu saya mati ditembak atau begitu mudah menjadi hancur di depan mata kerana sebutir bom mereka?".......Bagaimana mahu saya hadapi dan luluhnya jiwa saya andai pemuda di depan mata yang sekujur itu adalah jasad abang atau ayah saya juga suami saya...bagaimana...bagaimana ya Allah....?

Bagaimana tekadnya mereka menghadapi semua ini..menghadapi kenyataan ini.....

Ya Allah, kuatkan hati kami...selamatkan sahabat kami..selamatkan ISLAM kami....doa ini kami panjatkan untuk mereka ya Allah.....
Hancurkan Israel Laknatullah!!!!
~SAVE AL-AQSA~

08 Januari 2009

Impian Palestin

“ Aku mula berfikir, bahawa impian-impian pada kenyataan-kenyataan sebenar merupakan pilihan baik untuk menghadapi situasi seperti ini. Kerana kami seringkali cenderung harus menghadapi kenyataan secara langsung dan bersentuhan dengannya. Ianya membuatkan kami luka dan amat pedih. Sehingga tidak diragukan lagi, bahawa mencari hakikat dan kebenaran bukan selalu menjadi yang terbaik dan indah. Apalagi aku sendiri pada waktu-waktu seperti ini menyedari sudah sampai di mana mimpi-mimpi dan segala harapan mampu menenangkan kami. Orang-orang yang ada di sekelilingku mencari perlindungan padanya seakan-akan mimpi-mimpi itu adalah benteng keselamatan dan keamanan diri. Seandainya aku melupakan sejenak kenyataan bahawa negeriku dijajah suatu bangsa dari golongan perampas, dan bahawa anak-anak negeriku menghadapi kematian dalam tempoh irama yang semakin cepat tanpa kasihan.

Aku telah berhenti berfikir bahawa kami masih sanggup untuk menghadapi musuh-musuh atas nama JIHAD. Jelas dan tidak diragukan lagi, bahawa sudah takdir bagi bangsa kami untuk tidak mempunyai tanah air. Dan sudah jelas dan pasti, kalau di tempat manapun, tidak pernah tertulis bahawa kami akan menuntut belas atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan terhadap hak-hak kami. Syurgalah satu-satunya yang Allah akan berikan kepada kami. Aku mengakui pada fasa peperangangan itu, kehilangan segala maknanya, dan satu-satunya hal yang penting bagi sekarang, adalah mendapatkan kedudukan KECIL dan SEDERHANA dekat pada sisi ALLAH….bersama para syuhada, kanak-kanak, dan para wanita yang telah mati sempurna dibunuh sia-sia tanpa ada DOSA…………………………” – Impian Palestin , Randa Ghazy

07 Januari 2009

Kekejaman Israel!








Gambar dari pedulipalestina

Celaka Yahudi dan Israel!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!sdjkahkjahdja dhakjd hajkhasjkdasahgseruieueireuiriwehjwhjdsdfhjdsasekkksjkjkjaaaajkhjasddhshjhhahk

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!hue weiuwiqOPWIQOPWIQOPWIPO DHI HFUFFGIDFHAEHUIOE

Bagaimana kesedihan ini harus saya gambarkan....bagaimana?
Ya Allah, selamatkan mereka...

05 Januari 2009

Palestin







Kita ketawa
Mereka sengsara
Kita gembira
Mereka mengalirkan air mata
Kita bersuka ria
Mereka menahan derita

Mereka tiada negara
Tiada "erti bebas'
Dalam hidup mereka
Kita tarikan kemewahan, dayus "politik seharian"
Bangga dengan kemelayuan..
Kononnya
Bangga dengan kecamuk pemerintahan
Aku hebat, kau mana hebat....?

Namun mereka
Meniti pandangan
ke arah satu kebebasan

Anak kecil,
Membawa senjata
Mahukan NEGARA

Wanita,
Menjadi srikandi
Mempertahan maruah dan membela keluarga




Pemuda,
Bangkit menahan amarah
Sunnatullah
Seharian mereka menuntut kepada pembelaan sebuah negara......

Palestin : hari ini saya mengukir satu naluri kewanitaan, melihat kesengsaraan, bermuhasabah dan menghisab diri tentang kita
yang masih lagi jahil dan masih lagi bebas.......sehari-hari, adakah kita bersyukur dengan pemberian yang baru 'sedikit' istimewa
dari Allah Yang Maha Besar...

Ya Allah....
Turunkan tentera Malaikatmu
Turunkan senjata nerakamu
Bakarlah Yahudi dan Israel yang maha "SYAITAN" itu

Saya menyeru...
Mana Qunut Nazilah kita....mana gerombolan islam hadhari kita....
Mana?


Gambar dari cuplikan "google images"