Pages

08 Januari 2009

Impian Palestin

“ Aku mula berfikir, bahawa impian-impian pada kenyataan-kenyataan sebenar merupakan pilihan baik untuk menghadapi situasi seperti ini. Kerana kami seringkali cenderung harus menghadapi kenyataan secara langsung dan bersentuhan dengannya. Ianya membuatkan kami luka dan amat pedih. Sehingga tidak diragukan lagi, bahawa mencari hakikat dan kebenaran bukan selalu menjadi yang terbaik dan indah. Apalagi aku sendiri pada waktu-waktu seperti ini menyedari sudah sampai di mana mimpi-mimpi dan segala harapan mampu menenangkan kami. Orang-orang yang ada di sekelilingku mencari perlindungan padanya seakan-akan mimpi-mimpi itu adalah benteng keselamatan dan keamanan diri. Seandainya aku melupakan sejenak kenyataan bahawa negeriku dijajah suatu bangsa dari golongan perampas, dan bahawa anak-anak negeriku menghadapi kematian dalam tempoh irama yang semakin cepat tanpa kasihan.

Aku telah berhenti berfikir bahawa kami masih sanggup untuk menghadapi musuh-musuh atas nama JIHAD. Jelas dan tidak diragukan lagi, bahawa sudah takdir bagi bangsa kami untuk tidak mempunyai tanah air. Dan sudah jelas dan pasti, kalau di tempat manapun, tidak pernah tertulis bahawa kami akan menuntut belas atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan terhadap hak-hak kami. Syurgalah satu-satunya yang Allah akan berikan kepada kami. Aku mengakui pada fasa peperangangan itu, kehilangan segala maknanya, dan satu-satunya hal yang penting bagi sekarang, adalah mendapatkan kedudukan KECIL dan SEDERHANA dekat pada sisi ALLAH….bersama para syuhada, kanak-kanak, dan para wanita yang telah mati sempurna dibunuh sia-sia tanpa ada DOSA…………………………” – Impian Palestin , Randa Ghazy

5 ulasan:

  1. salam kehidupan,

    ramai yang berfikir dan tidak ramai yang berkongsi pemikiran itu.

    BalasPadam
  2. Apa pula sumbangan kita untuk rakyat Palestin. Kadang-kadang rasa sadis bila umat Islam hanya mampu sekadar memandang dari jauh, mengutuk dr jauh...Lebih sedih bila negara arab sekitar pon tak berani nak buat apa...Semuanya telah dipijak dek Amerika tuh...

    BalasPadam
  3. mak su - :(

    cermin diri : betul tu, tapi kita kadangkala tewas pada pemikiran zionis...hmm

    tintahati : apa sumbangan kita? doa, semangat dan harapan, memboikot ....adakah kita mampu untuk waktu ini?

    BalasPadam
  4. wat masa ini..kita hanya mampu berdoa, solat hajat dan Banned kan brg2 dr US tu..mungkin sedikit sbyk, ia akan bg efek kpd mereka...

    BalasPadam