Pages

23 Julai 2010

Keow Teow Goreng Sotong

Kata orang, tambatlah hati suami dengan masakan. Maka hari ini saya layarkan
resipi keow teow goreng sotong yang berjaya saya hasilkan. Maaflah hari ini entry saya tentang masakan pula. Saya memang minat memasak. Pantang ada bahan. Jangan tidak tahu, selain dari menulis, saya juga amat pandai memasak dan melukis! Cuma belum lagi diasah bakat ini. Cheh!

Untuk makluman kawan-kawan, 1 bungkus keow teow pada malam itu habis! Tidak percaya? ha ha ha. Memang saya dan suami lapar dan oleh kerana kesedapannya maka akhirnya habis masuk ke dalam perut.
Erk!, Alhamdullillah.

"Memang sedaplah isteri abang masak. Siapa ajar?"

"Emak mertua!"

Suami menjeling dan ketawa.

Okey kawan-kawan, mari layan resipi ini. Selamat mencuba!

Keow Teow Goreng Sotong

1 bungkus Keow Teow
Cili yang dimesin (2 sudu atau 3 sudu)
Bawang putih 3 ulas - ditumbuk/dicincang halus
Bawang besar 2 biji - ditumbuk/dicincang halus
2 biji telur

Sotong (dipotong mengikut kesukaan)
Daun kucai
Sedikit sayur kubis
Setengah mangkuk air
Kicap manis

Garam
Serbuk perasa

Telur digoreng seperti telur cincang. Gunakan minyak yang sedikit sahaja.



Tumiskan bawang putih & besar sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili dan goreng garing. Masukkan sotong dan goreng bersama. Masukkan kicap, garam dan serbuk perasa.
Air dimasukkan(jangan terlalu banyak) dan tunggu mendidih.



Kemudian masukkan sayur kubis.
Gaul bersama dan masukkan keow teow tersebut.
Paling akhir, masukkan daun kucai dan gaulkan telur yang telah dimasak tadi.





Goreng perlahan sehingga sebati. Jika mahu hitam, masukkan kicap lagi!

Yeah, siap dihidang!



Kak Aisha dan Sa'adiah, amacam? Bolehlah mencuba nanti!

3 ulasan:

  1. salam..

    alhamdulillah...untung rustham dpt zaujah pandai masak. pasti lps ni dah makin bertambah la berat badan sahabat ana sorang ni.

    smoga rumah tangga kalian akan terus diberkahi Allah untuk selamanya, InsyaAllah..

    BalasPadam
  2. itu sotong paul di peramal tu ke.. hehe

    BalasPadam
  3. Wan : Amin. Memasak memang tugas kaum2 hawa.

    Abah zino : arkkk.. bukan2. Paul masih hidup!

    BalasPadam