Blurb Mr Pai Epal. Belakang kaver di bawah bunyinya. Ringkas saja. Tapi penuh makna. Ceh. Terima kasih untuk yang sudi memiliki Mr Pai Epal dari saya. Nanti bolehlah beli di KaryaSeni online di sini ya. Untuk 300 terawal, stamp Eiffel Tower yang cantik dan TT besar saya ada juga. Alhamdulilah, segala urusan telah dipermudahkanNya. Doakan yang baik-baik. Komen positif dan negatif saya terima seadanya. Eh, selamat datang ke Alsace, Paris!
Bonjour! Bonjour Paris! Part akhir dalam blog dahulu boleh kaji, selidik sebelum memiliki MPE. He he. klik SINI
Sejak kami berdua berkenalan, pelangi sentiasa sahaja menemani hari-hari aku. Bukan setakat pelangi, bunga sakura pun terkejut dan tumbuh di Malaysia. Transformers pun tiba-tiba terpacul jadi pak guard. Mereka siap mengiringi musim cinta kami. Ye o o aje dia tu mengurat aku. Heh.
“Cik Yaya sayang? Oooo Cik Yaya sayang. Rindu saya tak?” – Izz Amir
“Gila!” – Yaya
“Ya, kan saya mengaku saya gila. Gilakan awak.” Izz Amir
Yaya dan Izz Amir. Mereka bertemu dengan iringan hujan yang menyanyi. Mereka menyatu dengan rintik hujan yang sedang menari-nari. Peristiwa itu terus terpahat dalam hati Izz Amir dan membuahkan rasa cinta sehingga membawa ke dunia impian mereka.
Namun, musim cinta yang mekar terus lenyap apabila kepercayaan aku kepadanya menipis. Berkubur nama Izz Amir. Lenyap dan mati sehingga aku membenci. Aku memadam kenangan itu. Membawa diri ke Le Cordon Bleu, Paris. Cita-cita jadi pengganti dan aku usir namanya yang pernah bermukim di kotak hati.
Namun, hati benar-benar terusik dengan kemunculan semula dan kesungguhan dia. Mata dia, benar-benar menawankan seluruh jiwa dan raga.
“Ya. Saya yang sentiasa mengekori awak setiap masa. Yaya, please, please. Beri saya ruang dan masa untuk bertemu dan bercakap dengan awak.” – IZZ AMIR
“Aku benci kau Izz Amir. Dari dulu sampailah sekarang. Pergi! Pergi!” YAYA
Cik hati, kenapa kau membenci tetapi ada nada cinta bersemi? Cik bibir, mengapa sukar melafazkan meski selalu menyebut namanya yang dirindui? Kenapa sukar melenyapkan namanya di dalam jiwa ini? Mengapa?
Tak sabar nak peluk mr pai epal.
BalasPadamHeheeee...bila baca aje sikit dh berdebar-debar hati sy. Macam tak percaya Mr Pai Epal dah kuar versi cetak. Tak sia-sia sy menantinya. Thanih Cik Dihah. Sy saying awak 14 juta kali
BalasPadamSorry, nak taip Tahniah Cik Dihah, sy sayang awk 14 juta kali
Padamkita baca pun x sabar nak peluk mr pai epal kan? cepat pos kecni. ;)
PadamAlhamdulillah, MPE dh sampai le tangan sy hari ni. X sbr nk baca blk karang. Terima kasih Cik Dihah, syg awk 14 juta kali...heheeeee
PadamCik Dihah,
Padamsy dh baca habis MPE smlm. mmg terbaek, especially part Yaya baca surat Adnan. Menitis airmata sy takala membaca bait-bait ayat pengakuan Adnan terhadap Izz Amir. Sampai begitu skali erti persahabatan mereka berdua. Betapa Izz Amir yg baik hati mengambil Adnan yg mengemis dijalanan utk dijadikan pekerja, sahabat dan juga bak seorang adik kpd dirinya.
Salam has_1309,
Padamterima kasih kerana dah khatamkan MPE. semoga suka 14 juta kali ya.
Mungkin dalam izz amir kekurangan, ada sesuatu kebaikan dia kan?
:) terima kasih untuk komentar. Terima kasih ya.
tahniah cik diehah...
BalasPadamterima kasih daun keladi.
Padam#melting..huhuhuhu
BalasPadammelting itu perlu. miahaha
PadamSalam kak dihah,da dapat buku,tq!
BalasPadamwelcome. selamat membaca faradia.
PadamSedang..seronoknya bila ada orang ikhlas dgn kita...akak buat sy sengih je tau...sampai kawan2 tgur...haha
PadamAssalam. Bila nak kuar mrs pie apple. Tak sabar nak tahu kisah selanjutnya
BalasPadam