Nad berjalan lemah gemalai sambil tarik
tudung dan sarungkan ke kepala. Fatimah a.k.a Tim Jelita sudah berkali-kali
mengetuk pintu biliknya. Roommate si Habibah a.k.a Bib entah mana perginya.
Kawan-kawan penuh dengan nama glamour kalah artis.
Nad pulas tombol pintu. Jengulkan kepala
dan gosok-gosok mata. “Ha…apa lagi ni Tim Jelita oi. Aku nak tidurlah. Esok ada
kelas lagi.”
Muka Tim Jelita serba salah sahaja. Dahi
berkerut-kerut. “Selagi kau tak turun bawah, selagi itulah mamat mata sepet dan
aku rasa macam dia tu spesis lelaki yang tak boleh blah akan ganggu aku belajar
kat bawah pokok tu. Please…”
Nad kejip-kejipkan mata. Dah empat kali
Tim Jelita ketuk pintu. Dia malas betul nak turun ke bawah semata-mata berjumpa
dengan mamat mata sepet. Eh. Bukan ke nama dia Encik Tak Bernama. Macam mana
pulak dia tahu aku belajar kat sini ni? Apa lagi yang dia mahu dalam hidup aku
ni?
“Kau pun satu. Janganlah belajar kat
situ.” Nad sarung selipar jepun. Tim Jelita ni pun satu, boleh pula dia dengan
gigihnya berjalan ulang alik mengetuk bilik aku. Nad sengih lagi sambil
membayangkan Tim Jelita membebel-bebel marahkan dia.
“Dah tu memang port aku study. Duduk
dalam bilik terperap tak boleh nak jalan lah Nad. Cepatlah turun. Kesian kat dia.”
Tim Jelita terus pusingkan badan. Dalam hati dia senyum gembira saja sebab dia
dah dapat satu set Domino Pizza. Siap air sekali dan ada Mister Potato perasa
BBQ. Lelaki bermata sepet yang menggelarkan dirinya sebagai Tan itu memang baik
hati. Kerana si Tan itu belanja dia macam-macamlah, dia sanggup turun naik
tangga mengetuk pintu bilik Nad. Empat kali pun empat kalilah Nad oi. Empat
kali bermakna ada empat set Domino Pizza. Kenyang tahap buaya lah dia dan Zati
hari ini. Sampai ke esok pagi pun entah-entah kentut bau pizza.
“Cepatlah Nad. Aku rasa dia ada benda urgent tu. Cari kau macam orang gila aku
tengok.” Suara Tim Jelita bergema-gema dan tubuh genit Tim Jelita sayup-sayup
mengecil di pelupuk mata Nad. Nad segera hayunkan kaki. Terus menuruni tangga
dan kereta comel si Tan itu betul-betul ada di luar pagar perkarangan parkir para tetamu kolej Siswi.
Tan ukir senyuman. Angkat kening dan
hembus nafas. Akhirnya dapat juga dia bertemu dengan Nad. Bersusah payah juga
dia dapatkan alamat kolej kediaman Nad di Universiti Putra Malaysia ini.
“Eh, datang sini ni nak apa? Tetiba aje
you ni.” Nad buat muka pelik. Dahi entah
berkerut-kerut berlapis lapan.
Tan diam. Dari tadi dia rasa gembira
semacam saja sebab nak berjumpa ‘kawan barunya’ ini. Nad ni kadang-kadang boleh
buat hati dia hiba sungguh. Eee, boleh tak cakap tu elok-elok sikit.
“Tak apalah, I balik dulu.” Tan sangkut
cermin mata hitam ke telinga. Terletak kemas di hidung dan kini menutup
matanya. Dia senyum kelat.
“Ish dia ni…” Nad melangkah ke depan.
“Laaa..merajuk lah tu. I cuma tanya, you datang sini kenapa? Ada benda urgent
ke?” Nad maniskan muka. Mamat ni suka sangat ambil hati. Bergurau pun tak
boleh.
Tan buka pintu kereta. Mata Nad
cepat-cepat tala ke dalam kereta yang nampak menarik hatinya. “Iyalah, manalah
you nak jumpa dengan lelaki selekeh macam I ni kan. Okeylah, I balik dulu.” Tan
merajukkan hati. Walau rasa nak merajuk, tapi matanya tetap hala ke hidung
mancung Nad.
Nad segera berpusing. Bila Tan masuk ke
dalam tempat memandu, dia cepat-cepat masuk ke kerusi penumpang di sebelah Tan.
“Dah start ke renovate rumah baba?”
“Dah. Baba kata buat masa you duduk
kolej. Tak adalah orang yang cerewet dan I pun akan buat kerja dengan senang
hati tanpa orang ganggu I.” Tan hidupkan enjin kereta. Dalam Nad tidak menduga
akan kehadiran lelaki disebelahnya ini, dia turutkan hati duduk di dalam kereta
comel Tan. Mahu bertanya banyak, dia segan pula. Alih-alih kereta Tan bergerak
perlahan.
“Eh, I tak bawak apa-apa pun ni. Purse
pun dalam laci.” Nad hembus nafas. Rasa wangi pulak kereta comel si Tan ni.
Bebelannya bersambung, “Ohh….baba tipu I. Baba kata nak renovate masa I ada kat
rumah. Hurmmm..kalau bilik tu tak menepati citarasa I, you ubah balik boleh?”
Senyum nampak gigi. Tan buat-buat bodoh
sambil membawa keretanya.
“Apesal you diam ni? Jawablah.” Nad
gumam bibir. Tan ni susah betul nak jawab soalan-soalan cepu emas dari dirinya.
“I jawab dalam hati. Hehe.” Tan ukir
lagi sengihannya. “Cantik tak kereta I?” Tan menjeling-jeling keretanya. Bola
mata kejap-kejap ke kanan. Kemudian ke kiri. Dia bawa jemari runcing hidupkan
radio. Sudah berbunyi lagu dari Jason Marz. “Kalau kena tahan dengan Polis pun,
I tinggalkan you dengan mereka. Boleh?”
Bola mata Nad pula meliar. Dia pusing ke
belakang. Ada sebuah beg kecil juga terletak kemas di kerusi penumpang.
Hidungnya baru perasankan pewangi jenama Ambi Pur. Oh, wangi! Bila mendengar
lagu dari penyanyi yang disukai oleh Bib, Nad tanpa segan hadiahkan senyumannya
untuk Tan. “Polis tu kawan I. Ceh!” Nad sandarkan tubuh dengan selesa ke kerusi
yang sedang diduduknya ini.
Suasana tiba-tiba hening semacam. Perut
bergelodak rasa lapar. Nad memerhati kawasan Universiti Putra Malaysia yang
perlahan-lahan sedang mereka tinggalkan. Anehnya rasa. Anehnya perasaan ini
tatkala melihat lelaki yang bukan seagama sedang membawa kereta dan ‘melarikan’
dia dari kawasan kampus. Bukankah tidak manis sungguh dia keluar dengan seorang
lelaki yang bukan muhrim ini? Nad pejam mata. Tiba-tiba rasa diri betul-betul
terpinggir dengan hukum karma agama.
“Eh…I macam mimpi.” Nad buka mata.
Hembus nafas perlahan-lahan.
“Iyalah. You memang mimpi pun.” Tan
juihkan bibir.
“Hahahaha.” Nad ketawa. Nak tanya
banyak, dia rasa segan. Perubahan apakah yang berlaku dengan lelaki di
sebelahnya ini? Agaknya lepas Nad menegur dan mengutuk keretanya yang serba
selekeh ini, Tan terus buang tabiat dan membersihkannya. “I nak tanya beberapa
soalan boleh?”
“Haaa..tanyalah.” Tan senang hati.
“Bila you bersihkan kereta you ni?
Kemain cantik dan wanginya. You marah ekkk…sebab I kutuk you dan suruh you
bersihkan kereta ni?”
Tan terus hamburkan rasa senangnya. Mula
jujur. “I hantar workshop seminggu. Siap suruh diorang bersihkan, vacumkan,
cantik-cantikkan. Kira decoratekan sekalilah kereta I ni. Lepas mama bising dan
lepas you pun mengutuk kereta I ni, baik I kemaskan sebelum telinga I bernanah
lagi dengan suara sumbang you tu.”
Nad senyum. “Bagus-bagus. Tak sangka you
boleh terima kutukan I. At least senanglah sikit jiwa I naik kereta you ni. Nak
tidur baring pun nyaman saja rasa I.” Nad mula buka telinga. Enjin kereta
lelaki ini sudah juga diservis dengan baik. Kalau semasa mereka keluar beberapa
minggu lepas, enjin kereta lelaki ini punyalah berbunyi tong tong tong gitu.
“Ni…” Nad pandang Tan yang sedang fokus memandu.
“Nak bawa I pergi mana ni?”
“Kita pergi cari joran you dan alat
kelengkapan memancing you. Lepas tu cari telefon baru. Hari tu kan semua masuk
dalam tasik. Suka tak?” Tan pusingkan stereng. Ala-ala si gagah perkasa bawa
kereta.
Nad terdiam. Telefon sementara yang
abang Nazrul bagi pun masih elok. “Ish…seganlah. Tak naklah.”
“Tak apa. I boleh sekali beli joran
baru. Lepas tu kalau you free lagi minggu depan, boleh I ambik you dan kita
sama-sama pergi memancing lagi. Ok tak?”
Nad garu kepala. Haihh….situasi menjerat
diri. Ini semua sebab abang-abangnya. Sebab projek memancing mereka minggu
lepas yang tak jadilah, Tan telah menuntut masa dan janji-janji dari dia. Suara Tan terus masuk ke gegendang telinga.
“Hari tu you dah janji kan dengan I? Lagipun projek memancing kita yang tak
jadi tu harus ditukar jadualnya. You dah janji kan?”
“Aaaaa….errr….” Nad terkebil-kebil. Dia
pandang lagi Tan yang sedang membawa kereta. Cermin mata hitam yang dipakai
oleh si Tan ini betul-betul merimaskannya. Dia ni pandang jalan raya ke pandang
aku? Chet!
Tan tahu, Nad macam susah mahu menerima
pelawaannya. Tapi terus saja dia mencaras suara Nad. Cepat-cepat dia memberikan
alasan kukuh untuk Nad tidak menolak pelawaannya. “I susah payah datang sini. Gigih
cari alamat kolej you. Paksa kawan you tu panggilkan you. Sampai ai belanja dia
Domino Pizaa. Lepas pilih joran dan i-phone you, kita pergi makan. Ok kan si
gadis manis?”
“Si gadis manis?” Nad jeling lagi Tan. Tan
belanja Tim Jelita Domino Pizza? Habislah…habislah aku akan digosipkan satu
kuliah nanti dengan Tim Jelita tu.
Tan ketawa. Paling tidakpun, hari ini
masanya akan ditemani oleh Nad. Boleh pilih joran dan cari barang-barang
keperluan yang disukai oleh Nad. Kemudian boleh pilih i-phone juga. Seronoknya
dia rasa semenjak Nad sudi menjadi kawannya.
Tan angguk lagi. “Iyalah…you….Nad si
gadis manis.” Dia jeling Nad yang sedang terkedu blur-blur ayam.
Aku si gadis manis? Okey kejap…Tan ni
kena suluh muka dia sebelum dia cakap aku ni si gadis manis. Dia ni mimpi ke
apa? Nad sekali lagi membawa bebola matanya ke cermin mata hitam yang menutupi
mata Tan. “Gila! Manis apanya I ni?”
“Bila you senyum….” Tan senyum meleret. Jantungnya
berdegup-degup. Entah kenapa laju berdetak-detak. Viva kesayangannya bagaikan
menjadi saksi. Malam tadi, memang dia mimpikan gadis ini. Lancar sahaja bibir
merahnya mengatur arahan degup jantung. “Manis!”
"Wo zuo wan meng jian ni" Tan nakal kenyitkan mata.
Oh mai...menatang apa pulak yang dia sebut ni. Nad rasa nak sekeh-sekeh kepala Tan Jie Kang.
"Wo zuo wan meng jian ni" Tan nakal kenyitkan mata.
Oh mai...menatang apa pulak yang dia sebut ni. Nad rasa nak sekeh-sekeh kepala Tan Jie Kang.
rindu cerita zain dan majdina.
BalasPadamTadi bagi komen kat bab 7 rupanya..kikiki
BalasPadamTan cakap apa tu? ^_^
Cakap la wa ai nk too..... hahahaha belasah
BalasPadam