Aku perlukan kau, sebagaimana kau
perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu? Kata orang, tak kenal… maka
tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa?
-Afnan Tasneem
Dia, gadis yang ceria, jujur cuma
kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan
itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan
pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar
bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang
sebenar. Rupa-rupanya tidak. Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam
bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat
itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani
praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi
tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin
komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!
“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”
“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?” “Sebab kau buat kerja tak guna otak.
Tapi guna lutut!” Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah
mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang
selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan.
Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya
yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya
membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat. “Aku apa?”
“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”
“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”
“Errr… Doktor Syed kan handsome!
Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul
tak?” Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk
serumah. Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem?
Berjayakah dia mengharungi
tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan
sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?
****
I dah baca.
Dah beli..suka dengan doktor Syed. ;) Ceh. Pembaca pun dialu-alukan terus menghadami dan membeli kisah ini di
kedai buku. Atau boleh order online di laman web Karyaseni. Aifa Batrisya : Penulis
kisah best-seller Kahwin Ganti. Sekarang puan penulis sedang all out dengan Mr
Dimple dia tu..hihi. Semoga terus berjaya sahabat. Oh, boleh terjah blog
penulis di SINI
Ini entry
iklan-iklan untuk semua. Bagi ceria-ceria sebelum saya up kisah Tan, Nad &
Maleq. Hehehe.
Saya dh baca. Besttt!
BalasPadam