Salam, Saya Demam....kerja tidak berapa menjadi..selesema....kesiannya...makan apa, tiada rasa dan bau..tidak sedap langsung.....diuji..ujian...menguji????? Saya kongsikan petikan ini untuk semua ya....!! Demam boleh terjadi tanpa sebarang sebab, seperti selepas bersenam atau pun terjadi akibat perubahan fisiologi badan seperti di dalam kes jangkitan kuman. Kuman yang mengjangkiti badan dikenali sebagai pirogen. Istilah ini sebenarnya yang berasal dari perkataan Greek (pyro=api;gen=penyebab) bermaksud sebarang bahan yang menyebabkan kenaikan suhu apabila memasuki badan. Bahan-bahan lain yang diketahui boleh menyebabkan kenaikan suhu termasuklah ubat-ubatan, penyakit seperti kanser dan serangan penyakit jantung, dadah dan racun. Perlu diterangkan juga bahawa kenaikan suhu badan boleh juga terjadi di dalam keadaan kejutan panas akibat suhu persekitaran yang tinggi. Di dalam keadaan kejutan panas, aktiviti kehilangan haba dari badan akan berlaku melalui perpeluhan dan pengembangan salur darah menjadi perlahan. Semasa kejutan ini terjadi, kehilangan peluh yang banyak sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan kerana mangsa kejutan akan mengalami kekurangan bendalir dalam badan atau dehidrasi. Suhu badan semasa kejutan terjadi boleh melebihi 24 darjah Celcius, pada takat suhu ini kulit mangsa akan menjadi kering, koma dan mungkin kematian. Sekiranya rawatan tidak diberikan secara agresif dan pantas, kemungkinan pesakit maut adalah tinggi sehingga boleh mencapai 80 peratus daripada semua kes kejadian kejutan panas.

Assalammualaikum,
Lewat ini, terasa begitu sibuk sedikit....mungkin kerana keperluan diri terhadap keluarga di kampung dan beberapa masalah yang melanda. Setiap manusia sebenarnya tidak dapat lari dari masalah dan wajib kita menerimanya dengan Redha. InsyaAllah...Saya akui, kira-kira setiap masalah adalah satu pengalaman yang paling tidak membuatkan kita matang dan mengajar kita tentang erti kehidupan.
Manusia seharusnya banyak belajar dari pengalaman dan pengamatan. Saya terkenangkan satu kisah saya dan pelajar-pelajar di Politeknik.
Jam 3.00 pagi, pintu bilik saya diketuk (kerana tanggung dan jawab saya sebagai Naib Presiden, maka masalah mengetuk pintu bilik adalah menjadi rutin harian)
Kenapa yer?
kak...kawan bilik tak balik dari semalam.....ayah dan mak Lina (bukan nama sebenar) datang...nak jumpa akak.....
Ohh...Kenapa Ina tak beritahu dari semalam lagi?Lina ke mana yer? pantas aku ambil jubah dan tudung..isk...mana Lina pergi. ?Ajk mungkin terlepas pandang selepas kuliah maghrib.
Tak apa...jom kita jumpa,akak call ketua waden dulu dan waden disiplin. Hanes lena di balik mimpi...
Pantas menyambar telefon, kunci dan mengejut Hanes..ternyata dia terpinga-pinga...
Lina tak balik...!!..kami ke bilik waden sekejap..
Pukul 3 pagi...??
Ha'a...hang pi salin baju lekas.....teman Ina g depan...
Nenek itu menangis-nangis....bapanya merah padam muka. Maknya juga menangis..merintih-rintih...
...Pakcik yang dok hantaq Lina depan pintu gate...nampak anak pakcik jalan masuk asrama...macam mana pulak dia tak ada??
Hanes mengesahkan Lina tiada di dalam bilik...
Telefon di tangan berdering-dering..sekejap dari ketua waden, sekejap dari waden disiplin..saya ke sana dan ke mari, mencari pengesahan di dalam fail butiran pelajar....cantik orangnya..manis dan segak sekali
Ni mesti Lina dok gatai dengan jantan tu....kurang ajar!!ayahnya marah-marah
Saya mencuba menelefon Lina,,tetapi tidak berjawab langsung....lama mencuba....
Jam 3.45 pagi...kami masih menanti...
Nenek nya masik teresak-esak dan menangis lagi....kami memujuk...ahh...inilah agaknya perasaan seorang mak dan ayah juga nenek kesayangan melihat anak gadisnya hilang di depan mata. Ayahnya ke hulur dan hilir...meski agak marah, saya tahu, hatinya sedikit gusar dan kecewa....
Kami memujuk..Hanes (kuyu sudah matanya) ....
Tahu ke mana Lina pergi.....
Saya mengucap panjang.....akhirnya saya tahu dia mengikut lelaki itu ke sempadan.....saya sendiri mencarinya di setiap rumah sewa rakan-rakannya dan mendapat tahu dia ke sempadan...sudah tugasan saya, memastikan adik-adik puteri selamat dan baik di asrama.
Saya mencungkil cerita dari Ina (biasanya inilah perkara paling mencabar, memujuk dan mencuba berdiplomasi dengan adik-adik yang bermasalah) memang ya...Lina ke Sempadan dan apa yang lebih buruk perhubungan Lina dan lelaki tersebut ????? Saya tidak mahu berbicara panjang tentang hal ini, kerana masing-masing tahu dan cukup dewasa..
Saya membayangkan wajah mak, ayah dan neneknya yang menangis malam itu.......
Perjumpaan itu cukup menakutkan...apa yang saya tahu, keesokan harinya, Lina pulang ke kampung dan di soal selidik waden juga ayahnya....Saya merasakan dia dipukul dan saya merasakan dia menghadapi satu masalah dan tekanan dari ayahnya yang dikatakan "GARANG" dan tidak memahami anaknya, si Lina....benarkah??? kasih sayang yang bagaimana agaknya anaknya mahukan?
Namun saya akui, betapa mata saya membengkak kerana perihal Lina...tapi saya puas kerana ianya tanggungjawab saya..
Saya mengikuti perkembangan Lina dari semasa ke semasa...adakalanya, perbualan dan sesi mencurahkan perasaan adalah yang terpenting sekali...bagi seorang gadis,perempuan, wanita.....memujuk dengan nasihat yang baik-baik dan merapatkan diri pastinya membuahkan hasil yang lumayan sekali..............
Lina pelajar baru...sayang bagi saya kerana melihat wajah cantiknya dan dia mendedahkan diri dengan banyak perkara negatif...saya bukan menuduh melulu..hakikatnya saya melaluinya dan saya mengenalinya dan saa menyaksikan dirinya yang terumbang-ambing tanpa pegangan yang cukup kukuh...
Lina mungkin sekarang sudah berkahwin...dan mungkin bahagia dengan suaminya....itu doa saya...
Hakikatnya saya belajar tentang kasih sayang seorang ayah, mak dan nenek...dan saya mengetahui betapa tingginya nilai harga dan maruah diri seorang yang bernama wanita dan gadis sunti.....
Saya mengharapkan Lina sedar tentang tanggungjawabnya sebagai Khalifah Allah di muka bumi...Adakah kerana CINTA dia menjadi sebegini.....
Doa kami, agar kehidupannya dilindungi.................
Simpati saya datang bertubi-tubi kepada neneknya yang saya peluk malam itu..memeluknya, menyatakan cucunya selamat dan cucunya akan kembali ke sini........Apatah lagi melihat wajah sugul ibunya...tidak tidur semalaman....
Minggu itu, minggu penyelesaian masalah dan minggu itu agak mencabar minda dan naluri saya sebagai pemimpin adik-adik di asrama......hakikatnya, saya harus study (assingment dan tutorial juga kuiz yang silih berganti)
“Dalam menghayati maksud cinta itu, sebagai manusia kita perlu mengasihi dan mencintai diri kita terlebih dahulu, sebelum kita mencintai orang lain. Tetapi kita perlu ingat cinta kita pada Tuhan, agama dan keluarga merupakan cinta yang kekal selamanya.
“Apabila kita cinta dan yakin pada diri sendiri, cinta itu akan hadir bersemi pada setiap jiwa dan sanubari setiap insan yang dilahirkan didunia ini,”
Cinta yang abadi menjadi penguat dalam memantapkan semangat juang bagi memperoleh kecemerlangan kehidupan dan sahsiah apabila cinta yang disemai mewujudkan semangat integriti yang kuat dalam diri masyarakat.
Bagi saya CINTA adalah bukan kerana nafsu semata-mata...Cinta adalah kenikmatan dalam perhubungan dua jasad...Cinta adalah anugerah Ilahi yang harus kita tanggung dengan ikhlas hati....
Realitinya, hari ini, saya berdiri di celah kelompok warga kota yang bermacam rupa...mungkin masalah ini sama cuma orangnya berbeza-beza..
Saya ingin membantu adik-adik yang tidak peka tentang maruah dan nilai diri....sayunya hati saya...cuba lihat sahaja mereka di dalam LRT...pakainya?wajahnya?.....saya ingin menerpa dan menegur mereka...tetapi saya bukan seperti satu masa dahulu yang boleh menegur adik-adik di asrama (dulu, ada kuasa...sekarang saya juga penumpang di dalam LRT......) hati saya masih berkata-kata.....
Mungkin ini cerita saya...dan setiap orang mempunyai cerita yang berlainan............
Minda saya masih menari-nari tetapi cukup rasanya sampai di sini......Saya merasakan satu keperluan berkongsi pengalaman dan satu perkara yang mematangkan saya tentang nilai kasih sayang seorang anak kepada kedua ibu bapanya...hargainya....
-pejabat, di hadapan kertas yang masih menanti disiapkan.......di hadapan selerak meja menanti dikemaskan..saya masih belum pulang dari menari-narikan khayalan-.. s@l@m k@sih S@yang
:: Katakanlah:"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, TUHAN alam semesta."
Rasulullah saw bersabda:"Bila umatku melakukan 15 perkara ini, maka malapetaka akan menimpa mereka. Yakni: Bila mereka mengambil harta rampasan dengan berebutan, amanah diremehkan, zakat dianggap rugi, suami taat pada isterinya, derhaka pada ibunya, kejam pada ayahnya, mengeraskan suara di masjid, memuliakan seseorang kerana takut pada kejahatannya, pemimpin suatu kaum adalah orang yang paling hina, orang memakai sutera, minum minuman yang memabukkan, menjadikan hiburan dan muzik sebagai kebanggaan serta generasi terakhir mengutuk generasi yang pertama."
:: Dua kelompok dari umatku sangat menentukan: Bila kedua kelompok tersebut baik, maka umatku akan baik. Bila keduanya rosak, maka umatku rosak. Yaitu para ulama' dan pemerintah.
Bila pemerintah kalian adalah orang-orang terbaik dari kalian dan orang-orang kaya kalian adalah orang-orang dermawan dan masalah yang kalian hadapi selalu diselesaikan dengan musyawarah di antara kalian sendiri, maka permukaan bumi lebih baik bagi kalian daripada perutnya; Tetapi, bila pemerintah kalian adalah orang yang terjahat dan orang-orang yang kaya adalah orang-orang yang pelit dan segala persoalan kalian diserahkan kepada wanita, maka perut bumi ini adalah lebih baik bagi kalian daripada permukaannya.
Sebekas sambal goreng ikan bilis dan sambal ikan Ianya mengundang satu perasaan halus hari ini. Sambal dari mak…sedapnya. Saya tak dapat nak menolak permintaan adik saya untuk membawanya kepada saya. Padahal, adik saya yang manja dengan ayah itu sibuk di UTM. Dia pulang ke kampung kerana ada urusan di sana. Tapi sudah terlanjur, jadi saya alu-alukan dirinya bawa masakan dari “air tangan mak.”
Air tangan mak, memang sedap. Cukuplah hanya masakan ringkas ini, mengubat sedikit kerinduan kepada kampung halaman. Kampung saya sebenarnya dekat sahaja, tapi rasa macam jauh pulak…(ketawa) jauh dari mata tetapi dekat di hati.Ke mana kaki kita melangkah, Utara, Selatan, Barat, Timur, London, Paris, USA, Australia………dan ke mana sahaja …kita akan rindukan masakan mak di kampung. Air tangan mak paling berhantu sekali. Bermacam gerai(mamak, restoren, western,seafood….) ahh…-macam lagi…jika tidak menepati citarasa pastinya akan kita bandingkan dengan masakan mak, ibu, mama….mesti tak sesedap yang mak masak…kan?? Jangan harap memandang kari pekat gerai mamak (bagi saya) sebab memang tidak setanding kari mak…alih-alih makanan harian di KL adalah sambal goreng ikan (ikan pun rasa macam tak basuh bersih) telan jugak..apa kan daya…bersama dengan sayur tauge…tambah sikit sambal belacan…selera jugak…(orang melaka..mesti tak tinggal sambal belacan)Kalau bernasib baik, sebulan adalah sesekali my office will buat makan-makan. Kat sini, masakan kampung..tak boleh cerita lah..sedap memang sedap……tapi memang TAK SAMA…!!
Balik kampung…..suruh mak masak itu dan ini……..teringat kepada kawan yang mempunyai seorang abang yang agak-agak manja….Mak..jangan lupa buat kuih keria..lama dah Fais tak makan……si Junisa (isteri) tak lulus lagi…… (isteri baru belajar memasak)Mak gelak dan tersenyum simpul, memandang menantu kesayangan yang menjeling-jeling suami yang tergelak-gelak melayan karenah si Aiman dan Afrina. Buat tidak nampak.
Mak angguk. Sambil mata mencari keledek di dalam kotak. Harap-harap ada..takut anak kempunan.Kat JB…dahlah kecik…mahal….tak sedap….!!mak buat ye….Mak angguk lagi…tetap buat…penat pun tetap buat….Mak…….buat sambal ikan…….Aik…?sambal ikan pun nak mak buat???JB lain lah..ni nak merasa masakan mak..bila lagi nak balik kampung….bukan selalu ye mak……………??Senyum simpul..untuk anak…mak akan buat semua…mak penat pun mak akan buat. Mak akan terbongkok-bongkok mengupas keledek……mak akan tersenyum bahagia,kerana anaknya merindui masakannya …….itu saat manis bagi seorang “mak” yang mengerah “air tangannya” untuk anak yang dirindui…..Hatinya puas…..Itu juga saat manis bagi anak…kerana kerinduan itu sudah lenyap dengan masakan “air tangan mak”…….Rindulah pada makRindulah pada kenangan mak Rindulah pada manisnya senyuman mak
Rindulah pada jemari halus yang mengusap semasa kecil Rindulah pada tangan yang membahagiakan Rindulah pada ketenangan wajah mak Rindulah pada sebuah harapan seorang makUntuk mak, Terima kasih dengan Sebekas sambal goreng Terima kasih, Untuk sepiring sambal ikan……..Untuk mak, Kerinduan itu berlandaskan kasih sayang Kerinduan itu berlandaskan perhubungan suci
Saya anak mak Saya memang anak mak Saya adalah anak terbaik mak Yang mak lahirkan dari rahim mak… Sayalah itu……………….
Dan kita semua anak mak…….