Pages

06 Jun 2007

~Kenangan Terindah~



Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

~Kita berhubung dengan segala macam jenis teknologi, nokia, samsung, motorola, 3G, macam2 lagi...
~Kita upgrade jenis handset..kejap-kejap tukar yang merah, lepas tu hijau, biru..tetapi kita lupa "upgrade" diri...Allhuakbar..hibakan diri...makin kerdil jiwa ini..tersentap-sentap seketika..renunglah kebajikan diri, renunglah khilaf diri..yang selalu lupa dan leka...
~Nokia 3310 satu kenangan terindah....bertahannya ia...seolah bertahannya hati dengan hubungan ukhwah...persahabatan, jalinan...segalanya termetrai di sini. Semoga hati setahan, selasak 3310…..walau jatuh…Walau tercampak di bumi lain, masih segar sama..ia masih utuh…semoga hati kita sama seperti dahulu…itu doa saya untuk kalian..

Rasulullah saw telah bersabda: "Betapa aku telah melihat cinta dunia telah banyak mengelabui kebanyakan manusia, sampai seakan-akan mati hanya ditetapkan bagi orang-orang selain mereka dan seakan-akan kebenaran di dunia ini menjadi kewajiban orang lain dan sampai seakan-akan berita kematian yang mereka dengar mengenai orang-orang sebelum mereka seperti berita perginya seorang musafir yang akan kembali lagi; Mereka makan harta warisan mereka seakan-akan mereka hidup kekal, mereka telah lupa terhadap nasihat yang ada di dalam Kitab ALLAH, mempercayai kejahatan yang merupakan akibat dari kebobrokannya, tidak takut pada turunnya malapetaka dan tidak gentar pada setiap tragedi; Kerana itu, gembiralah orang yang menyibukkan diri dengan rasa lebih takut kepada ALLAH Azza Wa Jalla daripada kepada manusia'

05 Jun 2007

~Menulis Blog - Sekadar Pandangan Peribadi~


Sekadar berbasa dan berbasi hari ini. Beberapa minggu lepas banyak artikel menarik tentang blog dan satu-satunya yang dibaca adalah wajibnya mendaftar blog di Negara China. Malaysia? Keyakinan itu datang kerana satu hari nanti penulis blog mesti mendaftarkan diri. …Surat Layang…berita palsu? Kutukan demi kutukan..luahan rasa peribadi….Semua itu akan terjadi dan memang terjadi di laman-laman blog..(ehh..saya tidak kata …tapi ada orang kata)

Blog amnya, menjadi satu “trend” dan trademark masyarakat Malaysia. Juga kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia di luar Negara. Ingin saya sentuh tentang trend ini yang memang terbahagi kepada dua jenis penulisan blog :

1) Menulis blog untuk perihal peribadi. Ala-ala diari….zaman canggih ni …semua orang mahu mencuba sesuatu yang baru. Kalau hari ini kita buka laman-laman blog…memang ramai yang menulis…tetapi seperti satu kisah peribadi. Ala-ala bibliografi. Saya segan sikit menulis tentang perihal diri, melainkan ada sesikit entri peribadi untuk menjalankan kajian…terhadap diri dan memperingati diri tentang sesuatu yang menyanggah fikiran.


2) Ramai juga yang menulis tentang Ilmu, berkongsi pandangan , bertukar pendapat dalam pelbagai bidang juga perkara. Saya suka bercerita tentang buku dan pengalaman juga menulis tentang dunia dan akhirat. Sesungguhnya bidang penulisan memberikan gambaran meluas terhadap penulis. Menulis memberikan gambaran terhadap sikap seseorang. Gaya bahasa, jalan cerita dan susur ayat yang mengalir akan membuatkan ramai terpanggil untuk menjelajah ke blog. Suka saya ingatkan pada diri saya sendiri…bahawa saya sedang membina ayat-ayat dengan “membanyakkan membaca”. Banyak membaca akan memberikan ilham dan seterusnya memberikan gambaran peribadi. Satu contoh blog yang saya cemburui adalah Faisal Tehrani. Gaya bahasanya ketika dalam “Cinta Hari-hari Rusuhan” berlainan sekali dengan “Bila Tuhan Berbicara”….Beliau matang dan menceriakan pembacanya. CHHR berat dari sudut penciptaan watak ..BTB bersahaja dan membuatkan saya tidak kering gusi. Juga fokusnya terhadap pengembangan ilmu dan beberapa komentar terhadap beberapa isu. Saya ingin popular sepertinya tetapi mengambil masa. Agak saya FT mengambil masa lebih kurang 4 tahun ke 5 tahun untuk mencipta gaya tersendiri dan menjadi salah satu penulis tersohor. Saya selidik novelnya….Juga terbaru memiliki Cinta Fansuri..karya pengarang pujaan FT sendiri.. A.Samad Said, Sasterawan Negara.

Inilah yang dikatakan tentang menulis dalam berbagai bidang dan berkongsi sesuatu. Sesungguhnya banyak yang dapat kita pelajari dan meneladani melalui komentar bermanfaat dan bukan “tin kosong sahaja”. Biarlah blog di isi dengan manfaat, ilmu dan memperkasakan Bahasa Melayu sendiri. Teguran dan nasihat juga menjalinkan ukhwah …

Saya berkira-kira mahu mengumpulkan semua penulis blog dalam satu acara. Tetapi ia agenda besar kerana sayap saya baru melebar. InsyaAllah…dizinkan Ilahi. Namun menjadi penulis berjaya, memerlukan kekuatan dan kesabaran. Menulis memerlukan “imaginasi dan kekuatan minda”. Juga Magis…..ya..magis!

Juga memerlukan satu revolusi baru ke dalam diri dan minda. Menulis sahaja dalam bentuk apa….saya tidak kisah..anda berhak..tulislah apa sahaja, namun barangkali menatap cerita peribadi agak “segan” sikit. Terpulanglah diri…….

Selamat menulis blog..

Sifat penulisan dalam Islam seperti yang ditegaskan oleh Prof. Ismail Al-Faruqi rahimahullah, "Gabungan isi kandungan yang luhur dengan bentuk yang luhur".

Hal ni telah ditulis dalam Al-Quran dalam surah Ibrahim:Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. (14:24-27)

Saya makin bersemangat hari ini….

04 Jun 2007

Tambatan jiwa...

Mengapa agaknya..
Saya makin letih...penat...tulisan tidak bermakna. Kerja saya makin bertambah...Makin serabut...

Siang di pejabat, mengadap PC…malam…mengadap PC juga..letih mata…Idea makin kering…Idea makin susah….Bagai tidak bernyawa. Macam orangnya…Sungguh saya makin putus asa…..
Saya gagah juga...mengadap Ilahi...Sukar mengharungi...

Kenapa sakit ini ? Letih sungguh..mengganggu fikiran saya......

01 Jun 2007

Kes Lina Joy: PM minta usah ikut emosi....(SAYA MINTA KITA KENA EMOSI)

Kes Lina Joy: PM minta usah ikut emosi

Oleh Anwar Hussin, Saufi Hamzah dan Rohaniza Idris
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua pihak perlu menerima keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes Azlina Jailani atau Lina Joy, dengan terbuka dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi emosi.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak pernah mempengaruhi mahkamah untuk membuat sebarang keputusan, termasuk berhubung kes Lina Joy yang merayu di Mahkamah Persekutuan untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya

“Kalau kita membenarkan emosi mempengaruhi kita, kita akan fikir macam-macam... syak itu dan ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, petang semalam.Abdullah yang juga Presiden Umno diminta mengulas mengenai reaksi pelbagai pihak berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin yang menolak rayuan Lina Joy yang mengaku murtad sejak 17 tahun lalu untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Mahkamah menegaskan Azlina, 42, atau nama Kristiannya, Lina Joy perlu mendapatkan perakuan bahawa dia sudah murtad daripada Mahkamah Syariah sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.Ditanya sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan itu melebarkan jurang perbezaan agama di negara ini, Abdullah berkata: “Saya tidak fikir ada jurang perbezaan yang luas walaupun perbincangan berhubung agama semakin meluas”.

Sementara itu, Abdullah menyifatkan media Barat yang memburukkan Malaysia dengan mendakwa tidak mempraktikkan kebebasan agama selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu sebagai jahil mengenai negara ini.

“Mereka mempunyai persepsi salah mengenai apa yang kita boleh lakukan. Ini adalah keputusan mahkamah, saya tidak mempersoalkannya. Ada banyak keputusan yang dilakukan mahkamah dan (kadangkala) kita tidak berpuas hati tetapi apa yang boleh kita buat,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia juga tidak pernah menolak kebebasan beragama dan perkara itu jelas terbukti kerana jika tidak, sudah tentu tiada penganut Kristian atau gereja untuk mereka di negara ini.Beliau turut menyangkal dakwaan media asing kononnya undang-undang Islam kini mengatasi Perlembagaan Persekutuan.

~ Marilah kita memohon redha Ilahi kerana saya emosi ...saya emosi..........~