Pages

12 Disember 2011

Mr Pai Epal 11

"Semoga Mr Pai Epal sedikit sebanyak melantunkan rasa 'sesuatu', rasa 'pengorbanan' dan 'pelajaran' kepada saya sendiri. Insya-Allah, semoga yang baik-baik itu terus dikongsikan bersama semua. Mohon maaf seandainya, plot sambungan kali ini tidak memuaskan hati peminat 'Mr Pai Epal'. Tapi, moga ada manfaat! Senyum comel-comel okey?




lee-min-ho-wallpaper






Bila hati kata sayang dan bila hati sudah mula kata cinta pada dia. Maka, hari-hari indah lantas bermula dalam setiap saat, detik dan waktu dalam hidupku. Kata pujangga selalu berkata bahawa cinta itu buta. Cinta juga bisa membunuh jiwa dan nafsu jika tidak diperikan dengan perkara baik-baik belaka.

Ceh, pandai bermadah pula aku! Pandai melantunkan rasa pula. Iyalahkan, semenjak selalu sahaja Encik Izz Amir atau nama gelarannya, ‘Mr pai epal’ itu mengusik-usik dan selalu buat pipiku menjadi merah-merah pink . Mana boleh juga aku menafikan rasa hati, jiwa, jantung, paru-paru dan pankreasku ini dari selalu berdebar-debar tatkala menyebut nama dia. Jiwangnya kau, Yaya ! Ceh !

Bila lihat matahari yang menyinar, aku akan sentiasa tersenyum. Bila tiba malam aku akan nantikan bintang dan bulan dan akan mendongak melihat langit yang terbentang luas. Akukah bulan dan bintang kepadanya ? Akukah matahari yang memancar terang untuknya setiap hari ? Bukankah si dia mengaku secara terang-terangan kepadaku beberapa hari yang lepas bahawa aku ini bulan, bintang dan mataharinya. Nasib baik dia tidak sebut awan, langit, rumput, planet Pluto, planet Zuhal dan bumi! Kalau habis semua jadi madah pujangga si dia, serius I kena penyakit angau you! Oh ya, epal hijau yang turut menjadi salah satu koleksi peribadi itu juga sudah naik kering mengecil sahaja. Kecut sudah bentuk fizikalnya. Ala, kasihannya. Kalaulah aku tahu mengawetkannya, alangkah bagusnya kan ?

Malam ini - Aku dan Fatin, terbaring di halaman rumah. Lebih kurang dekat dengan kolam ikan yang arwah abah buatkan dahulu. Kami melihat pekat malam dan berbual bersama. Saat berdua-duaan dengan Fatin amat menyeronokkan. Dan ibu kami dudukkan di kerusi berwarna putih berdekatan dengan kami di bawah payung gergasi. Kami bertiga berembun bersama. Iya, sebenarnya, rentak jantung dan proses paru-paruku masih belum stabil atas sebab ‘dia’. Masih belum mampu senafas dengan baik. Ajaib sungguh penangan dia, ya? Tetapi aku sembunyikan diam-diam dalam hati. Tidak mahu Fatin gelakkan aku lagi!

Tetapi kata-kata ibu selepas aku keluar dari hospital memberi banyak makna mendalam kepada diriku. Bagai dihiris-hiris hatiku.

“Cinta itu nyawa, Yaya! Dia sungguh-sungguh betul melihat Yaya. Dua hari Yaya di hospital, dua hari tulah dia datang ambil bu dan Fatin ke hospital. Beli itulah, beli inilah. Bil-bil rawatan, dia yang tanggungnya. Bu pula rasa segan pula dengan dia, Yaya!”

“Eh, Yaya tak kata Yaya suka dia pun, bu! Mana Yaya nak tahu dia yang datang, buat itu ini semua!” aku pandang ibu yang mengunyah cucur kentang dibuat Fatin. Kak Hamidah sudah selesai mengemas dan memasak untuk hari ini. Sudahpun dia pulang dengan membawa bekal cucur kentang ‘power’ Fatin. Kami bernasib baik, Kak Hamidah sudi membantu ibu sekiranya kami tiada di rumah. Hari siang ibu akan dipenuhinya bersama Kak Hamidah di rumah. Adakala jika Kak Hamidah ikuti kuliah agama di masjid atau surau berdekatan, maka ibu akan turut serta sekali. Ibu boleh sahaja mengajar agama kerana dahulu ibu adalah seorang ustazah. Lantas atas sebab ibu buta ibu mengajar sahaja asas-asas fardhu ain kepada kelas golongan kurang upaya. Ibu katanya, tetap mahu membantu aku mencari pendapatan keluarga. Sekarang, kitab al-quran khas untuk orang-orang buta sudah menjadi kawan rapat ibu. Semangat ibu itu sebenarnya harus aku contohi!

Aku kagum dengan ibu! Dan aku harus hormati apa juga kata ibu! Bukankah syurga itu di bawah telapak kaki ibu ?

“Ibu makan garam terlebih dulu dari Yaya! Walau mata ibu tak nampak Yaya dan si ‘Mr pai epal’ tu.”

Aik? Ibu pun pandai sebut mr pai epal? Ini mesti Fatin yang pecahkan rahsia. Pasti Fatin akan buat hikayat cinta dan bercerita dari A sampai ke Z kepada ibu. Aku telan air liur.

“Tapi lelaki yang akan jadi suri Yaya, ibu rasa biar cukup agamanya. Biar baik hubungannya dengan Tuhan. Yaya kena tengok betul-betul ya! Solat, agama dan sikapnya. Ibu tak mahu anak ibu nanti kelak menyesal memilih teman hidup. Mata hati ibu nampak tau!” ibu senyum meleret. Penuh bermakna dengan teguran. Wajah ibu sudah aku tahu maksudnya. Wajah dengan keputusan yang satu itu iaitu, tidak! Namun aku tidak pasti sepanjang dua hari berlalu, apa yang ibu nampak melalui mata hatinya. Aku pelik dan hairan. Adakah ibu marah dengan sikap keterlaluan lelaki itu yang selalu datang ke hospital. Adakah sikap baiknya itu tidak disenangi ibu?

Ya, aku sendiri dengar dengan telingaku bila ibu berpesan dengan dia, “Terima kasih ya Izz Amir, tolong tenggokkan anak makcik ni. Bilnya, makannya. Semoga Allah sahaja membalas budi baik kamu.”

“Sama-sama makcik.”

“Tapi kami ni sebatang kara saja. Ibu cuma ada Yaya dan Fatin sahaja dalam dunia ni. Dialah berdua suka dan duka makcik. Kalau mahu Yaya betul-betul, berkawan dahulu ya! Ambil masa fikir elok-elok. ”

Aku segera mengangkat wajah, memandang lelaki dan seraut wajahnya yang redup itu. Kami berdua berpandangan dan dia masih memberikan senyumannya yang mahal itu untuk aku. Akhirnya dia pergi begitu sahaja selepas mengucapkan terima kasih kepada ibu dan Fatin tanpa mempedulikan aku. Dia pergi begitu sahaja! Tanpa memberikan senyumannya seperti biasa. Namun, dari tepi tingkap aku dapat melihat dia memandang dan mengangkat tangannya ke arah aku untuk membuat panggilan telefon. Ah –aku tersenyum berbunga-bunga. Paru-paru seakan bernafas kembali. Adakah Izz Amir kecil hati dengan apa yang ibu katakan?

Dan aku memandang Fatin yang sedang berbaring di sebelahku. Kata ibu itu apakah pengertiannya? Kata-kata ibu kepadanya itu, apakah maksud sebenarnya?

“Kalau kak long juga jatuh cinta dengan dia, bagaimana ya, Fatin?”

Fatin menyengih lagi. Matanya memandang langit yang terbentang luas.

“Apa yang dia buat sampai bu bagi jawapan yang tak menyedapkan hati kak long ya Fatin?” aku bertanya lagi.

Fatin diam. Aku lantas bangun dan bersila memandang Fatin yang masih tidak memberikan reaksi. Tikar yang kami hamparkan memang sesuai sekali dijadikan pengganti tilam. Jika mahu tidur di laman sampai ke pagi pun boleh sebenarnya.

“Jawablah, Fatin!” aku pandang adikku.

Tersengih menampakkan giginya, “Eh, bu mana ada kata apa-apa dekat dia. Dia saja yang macam-macam usik itu ini. Tapi sebab dia anak orang kaya kot! Iyalah kan, bu mesti rasa terhutang budi dengan dia. Bayarkan bil hospital, hari-hari tengok kak long. Tapi…”

Aku gigit bibir. Memandang Fatin sehingga tembus ke rumput. “Tapi apa?”

“Bu kata eloklah berkawan saja dulu. Kenal hati budi masing-masing. Jangan bercinta ikut nafsu macam budak-budak sekarang ni. Bu kan jenis tak suka lelaki yang kaya raya ni! Semenjak pak su dan mak su bercerai berai. Habis semua keturunan orang kaya raya ditolak tepi keluarga ibu. Kak long pun sendiri dengar apa yang ibu pesan dekat mr pai epal tu, kan ? ”

“Tu pak su dengan mak su. Ni kak long dengan abang Izz Amir ! ”

“Wah-wah ! sudah berabang-abang nampak ? ” Fatin ketawa mengekek. Aku tersengih, cuba berlagak biasa. Tetapi hanya hati sahaja yang tahu. Sudah dua puluh SMS lelaki itu tidak aku balas. 10 panggilan tidak berjawab selepas aku keluar dari hospital.

“Tu hormat namanya!” aku membaringkan diri kembali. Sudahlah baru saja baik dari demam. Ini berembun di tengah malam, bukankah memudaratkan kesihatan diri, Yaya ?

Eleh ! Kalau dah suka tu, lautan api akan direnangi, kak long ! Bintang di langit pun akan cuba dipetik !” Fatin tersengih lagi sekali.

“Apa yang ibu risaukan tentang dia, ya ? ” aku masih berfikir lagi. Bertanya diri sendiri mengenai apa yang ibu maksudkan dalam perbualan kami semalam. Fikiranku terlebih-lebih kusut pula !

“Berkawanlah sahaja. Jika ada jodoh, adalah ! Tapi kak long pun tahu bukan, ibu pantang kita melebih-lebih dalam bercinta. Kita ada agama dan adat. Nek Pa pun kalau tahu ada lelaki nak kan kita , mesti disuruh bawa ke kampung. Mahu ditengok tabiat perangainya dan agamanya. Cucu nek Pa mesti berkahwin dengan lelaki yang ada agamanya. Baik budinya. Jangan entah-entah depan kita dia kata sayang, belakang kita ada perempuan lain. Kes naya tu, kak long!”

Aku terkedu dengan penjelasan dari Fatin yang agak berguna dalam soal nasihat menasihati ini. Fatin memang dipercayai dalam banyak segi. Dari segi bijak pandai memang Fatin menguasai segalanya. Dia pun sekarang beberapa bulan lagi akan tamat Ijazahnya. Pelajar terbaik sekolah Sri Puteri memang cemerlang gemilang belaka. Tumpang bangga dengan adik kesayanganku ini.

Malam pekat itu kami segera tinggalkan selepas ibu memberi isyarat mengetuk tongkatnya.

Tetapi, sumpah! Ya, aku berani bersumpah. Dalam setiap saat aku sedang mengangkat wuduk, sedang bersimpuh membaca al-quran selepas pulang dari kerja di stesen minyak dan ketika aku di atas katil mahu melelapkan mata, hanya wajahnya yang sentiasa menjadi gangguan dan igauanku. Adakala kusyukku terbatas dengan gangguan-gangguan dari lelaki itu. Senyumannya, usikannya dan kenangan indah di atas bukit itu benar-benar mengganggu segala kawalan jantungku.

Air mata akan mengalir dengan sendirinya. Tanpa malu dan tanpa arahan sesiapa. Aku tidak mampu mengawal rasa ini semenjak beberapa hari selepas aku demam. Aku tidak dapat mengawal sebak yang aku tahankan bila aku berada di hadapan ibu. Meski ibu tidak nampak tetapi air mata ini perlahan lagi menjadi teman. Adakah kerana cinta sahaja mencukupi untuk aku melupakan ibu di depanku ini?

Adakah ibu tidak sukakan dia ? Tidak sukakan sikapnyakah ?

Dan ketika aku selesai bersolat di ruang bilik, Fatin masuk ke dalam bilikku dan menyentuh lembut bahuku yang tidak bergerak di atas sejadah. Aku lantas menoleh dan pantas memeluk Fatin kuat-kuat, “Ya, kak long tahu ibu tak sukakan dia. Tapi kak long berani bersumpah yang kak long sudah sukakan dia dan jatuh cinta dengan dia. Salahkah kak long jika kak long ada rasa sebegini rupa seperti gadis-gadis lain, Fatin?” air mata melebat. Membasahi telekung yang aku pakai.

“Kita tak sama macam orang lain kak long. Kita hanya ada rumah ni sahaja.”

“Tapi kita ada hati dan kita ada jiwa yang berperasaan.” Jawabku dengan teresak-esak. Susahkah untuk ibu faham mengenai hati anaknya ini dan menolak ego kerana hanya lelaki itu ‘kaya’? Atau adakah sebab lain yang aku tidak tahu?

“Kita hanya ada ibu dalam dunia ni kak long. Ibulah segala-galanya. Fatin pasti, ibu akan faham nanti. Tetapi sekarang, ibu pastinya lebih selesa kita belajar dan kejar cita-cita! Arwah abah mahu kak long sambung belajar kan? Fatin yakin, ibu ada sebabnya.”

Apa sebenarnya yang berlaku kepada aku saat ini? Apa yang telah lelaki itu berikan, sehingga namanya, wajahnya, senyumannya sentiasa menggoda aku. Ya, untuk pertama kali, dalam tempoh 23 tahun, aku telah jatuh cinta. Untuk tempoh ini juga, telah banyak kali namanya aku sebut. Banyak kali juga wajahnya terbayang-bayang! Esak tangisku lantas berpanjangan sehingga Fatin mengambil telefonku dan membawa ke dalam biliknya. Aku tidak tahu apa yang akan Fatin bualkan dengan lelaki itu. Serius, aku tidak mampu menjawab telefon dan SMS darinya.

Malam terus gelap.

Dingin.

Aku tarik selimutku sehingga ke dada. Mata aku pejamkan walau sebenarnya aku belum mampu untuk tidur dengan nyenyak. Dan dahiku tiba-tiba disentuh seseorang. Aku buka mataku yang membengkak kerana kesan tangisan. Ibu. Ibu sedang duduk bersebelahan denganku kini.

Aku buka mataku perlahan-lahan. Ibu memanggil aku dengan suaranya yang menyentuh rasa hati, “Kak long ? Kak long belum tidur lagi ? ”

Aku bangun membetulkan gebar dan kedudukanku. Ibu selalunya akan memanggilku dengan nama Yaya, tetapi malam ini ibu menggunakan gelaranku dalam keluarga iaitu, ‘kak long’. Aku pasti perbincangan ini serius! Serius untuk ibu dan aku.

Perlahan-lahan aku menyusun bicara, “Belum bu. Kak long belum mengantuk.”

“Ibu nak cakap sikit dengan kak long, boleh?” nada suara ibu perlahan tetapi menghantar debaran paling dahsyat kala ini.

Bilik samar-samar dengan cahaya lampu dari luar. Aku tatap wajah ibu yang tersayang.
“ Boleh bu. Cakaplah apa sahaja.” Aku menelan air liur

“Izz Amir tu betulkah sukakan anak ibu ni ? ”

Aku terdiam. Desah nafas kami berdua yang berlawan sekarang ini. Sekali lagi aku memandang ibu yang redup wajahnya. “Yaya tak pastilah bu!”

Ibu tersenyum dan aku mengambil jemari ibu. Lantas berpautan. “Tapi Izz Amir kata, dia sukakan Yaya. Kenapa kak long nak bohong dengan ibu ya ? ”

Rasa macam ada bom atom jatuh atas kepalaku. Anak ibu memang tidak pandai simpan rahsia, kan? Anak ibu sekarang sudah jadi macam patung bernyawa sahaja. Aku tersengih tiba-tiba. Melawan rasa hati. Bila lelaki itu mengaku dengan ibu? Ah, sudah! Kes parah!

Lantas aku peluk ibu seeratnya, “Yaya tahu, Yaya salah, bu!” ada air mata mengalir tiba-tiba. Hangat membasahi bahu ibu. Aku lantas dipeluk dan rambutku diusap-usap. Aku sedih, aku terharu.

“Ibu takut jika anak ibu bercinta kelak, akan lalaikan kak long. Kak longlah segala-galanya bagi ibu. Kita ada peraturan hidup yang Islam gariskan. Ibu juga tak larang kak long berkawan dengan sesiapun. Cinta itu fitrah, kak long. Ibu tak pernah asingkan perkara tu kepada anak-anak ibu. Yaya tak pernah salah. Cinta tu kan fitrah ! Tapi ibu yakin anak ibu akan kawal rasa itu!”

“Tapi… ” aku terdiam. Ibu masih memeluk tubuhku.

“ Tak ada tapi-tapi dah. Anak ibu ni kalau sekali orang lelaki pujuk dan kacau selalu, cepat sahaja dia terpikat ! Izz Amir main-main sahaja ! ”Ibu mengulas terlebih dahulu.

Aku pantas memandang wajah ibu. Dengan tepat dan cepat aku meluahkan rasa hatiku, “Yaya sudah sayangkan dia bu ! Sumpah bu ! Yaya rasa sesuatu ! ”

Pantas aku menarik tangan ibu dan meletakkan jemari ibu ke dadaku. Aku pandang ibu dengan air mata yang mengalir-ngalir. Andai ada abah sekarang ini, adakah abah boleh menerima rasa hatiku ini ? Jantungku berdegup terus laju. Mataku lantas terpandangkan senyumannya. Aku pejam mataku. Sekali lagi air mataku tumpah. Kerana dia dan kerana ibu di hadapanku kini. Aku mahu ibu memahami rasa hatiku sekarang ini. Anak ibu sudah dewasa ! Aku mahu ibu mendengar degupan jantung yang semakin hebat berdegup.

Degupan yang penuh luar biasa!

“Kita berbeza dengan mereka ! Kak long harus kejar cita-cita dahulu. Bila-bila masa sahaja kita akan perolehi cinta kelak.” Ibu menolak lembut jemariku. Merapatkan kembali jemari terus ke dadaku. Seolah-olah ibu tidak mahu mendengar isi hatiku. Mengapa ibu berubah seratus peratus kala ini ?

Aku terkebil-kebil. Memandang ibu yang berubah wajahnya.

“Jangan ikut kata nafsu, sayang ! ”

Angin dingin lantas membalut tubuhku. Aku pandang ibu yang keras wajahnya. Yang bila ibu kata A akan A lah jawabnya. Bila ibu kata B maka B lah jawabnya.

“Ibu tak suka kak long berkawan baik dengan dia!” suara ibu bergema lagi. Hangat! Ada air mata hangat tumpah dan mengalir-ngalir. Ibu tidak akan sama seperti arwah abah. Ibu yang kontra sikap dan sifatnya.

Aku terpempan lagi. Dan ibu lantas bangun bersama tongkatnya menuju ke pintu. Tanpa mendengar apa jawapan dariku. Apa juga kemahuanku kala ini tidak akan menjadi nyata.

Antara ibu dan antara dia. Antara cita-cita dan juga cinta! Antara agama dan juga rasa hati !

Noktah.

Jam,waktu dan saat yang terus berlalu, air mata kembali menemani. Kembali menjadi teman di saat ini. Aku tidak pasti sampai bila harus keadaan aku. Semangat entah hilang ke mana. Jiwa melayang pergi jauh di bawa angin. Ia berlalu bersama kedinginan yang suram.

Ibu, kalau kelak dia juga yang Allah izinkan bercinta dalam hati anak ibu ini, Yaya pohon ibu izinkan dan restukan. Ibu, kalau kelak dia juga yang Allah izinkan bertakhta dalam jiwa anak ibu ini, Yaya pohon ibu berikan kekuatan. Ibu, andai Yaya tidak cukup bekalan juga untuk mengawal rasa cinta ini, Yaya pohon ibu beri sedikit teguran. Berilah sedikit bahagia itu untuk Yaya, ibu.

Sungguh ibu, Yaya sayangkan dia.

Sungguh ibu, Yaya cintakan dia.

Salahkan Yaya jatuh cinta dengan lelaki bermata redup itu? Salahkah Yaya, ibu?

Dan kenangan di atas bukit indah itu semakin datang lagi! Ketika kami berdua berdiri dan sama-sama melihat bintang dan bulan. Senyuman, usikan, jelingan dan suaranya kembali bergema-gema.

‘Cik Yaya sayang!’

‘Cik Yaya sayang!’

Suaranya terus melantun-lantun lagi! Bodohkan aku?

+Yaya, jangan menangis Yaya! Bukankah Yaya ni kuat semangatnya dan sentiasa tersenyum?
-…..
+Yaya, janganlah macam ni, Yaya! Kesat air mata dan tidur, esokkan Yaya kerja.
-……
+Yaya…kalau Yaya begini hari-hari, nanti Yaya sakit. Yaya tak kasihankan ibu dan Fatin ke ?
- Sob sob..Yaya sedih. Yaya tak ada kawan. Semenjak dia ada, dialah kawan Yaya. Dialah kawan yang tolong Yaya betulkan skuter Yaya. Dialah juga yang belanja Yaya makan Pizza Hut. Dia selalu sebut dia sayangkan Yaya, sayangkan Yaya! Dan dia gilakan Yaya. Dia selalu buat Yaya tersenyum geli hati.
+Saya pun sedih ni. Sob Sob. Awak, janganlah menangis. Kalau air mata awak mengalir, air mata saya pun sama-sama mahu mengalir. Sudahlah ya! Mari kita tidur!
-Tapi saya sedihlah awak. Ibu..ibu kata, ibu tak suka Yaya berkawan rapat dengan dia!
+Berkawan sahaja dulu, okey? Mana tahu nanti ibu suka kan dia? Sudah, mari kita tidur!

Pintu bilikku ditolak. Fatin berdiri dengan senyuman. Cahaya dari luar sudah jelas menampakkan susuk tubuhnya. Ah, baru saja mahu feeling-feeling mimpikan mr pai epal itu, dia kacau daun pula!

“Kak long, ambillah telefon ni. Kasihan betul dia. Sampai lenguh Fatin balas sms dan jawab telefon. Penatlah melayan dia ni. Cik Yaya sayang, cik Yaya sayang, cik Yaya sayang!”

Aku terkedu. Fatin meluru dan meletakkan telefon nokia paling tahan di dunia itu di meja kecil bersebelahan katilku. Lampu tidur segera menjadi teman mata dan melihat telefon itu berdering sekali lagi. Tubuh Fatin sekejapan menghilang. Gebar sudah separuh hidung. Mataku terkebil-kebil. Eeee, dia telefon aku lagi?

Aku tolak gebar dengan laju! Lantas tanganku dengan pantas bagai lipas terbang mendapatkan telefon berkenaan. Aku sengih lagi.

“Cik Yaya sayang?” sapanya bila aku meletakkan telefon di telinga. Aku tersengih lagi. Haih, tadi muka monyok lapan belas, ini boleh tersengih sampai lenguh bibir!

“Ya!” berdebar-debar.

“Dah sihat tak ni?”

“Sihat. Esok kena kerja semula.”

“Oh, awak kerja kuat sangat agaknya. Sampai demam panas. Risau saya!” suara dia kini membunuh sistem pencernaan. Kentut pun boleh terbantut terkejut kerana suaranya. Aku tersengih lagi. Seronoknya rasa seperti melihat ultraman mengalahkah raksasa yang bermuka hodoh!

“Demam sikit saja. Saya okey.” Jawabku perlahan.

“Okey, tidurlah ya. Jaga diri elok-elok. Awak jangan lupa makan ubat. Nanti nak kerja kuat banyak tempat.” Suara dia tiba-tiba perlahan.

Aku jadi sebak tiba-tiba. Dia baik, terlalu baik saat ini! Sama seperti arwah abah ketika aku demam panas dan disuruh makan ubat banyak-banyak. Arahannya sama seperti arwah abah.

“Iyalah, saya tahu ibu tak berapa suka saya nak berkawan dengan awak. Tapi kalau saya ikhlas nak berkawan pun, awak sudi ya?” suaranya perlahan lagi.

Menyebakkan naluri. Tadi, aku boleh tersengih suka hati. Kini aku rasa bersalah dengan setiap lontaran permintaannya. Aku diam mendengar bait kata-katanya.

“Saya tahu saya bukan lelaki yang baik. Tapi kalau saya temui gadis sebaik awak, saya yakin saya boleh jadi baik macam awak. Saya mengaku, saya bukan lelaki yang bersolat sempurna seperti yang ibu katakan dan pinta. Tapi saya boleh belajar…” nadanya sayu di hujung telefon. Air mataku mengalir lagi dan lagi.

Dia menambah lagi, “Ibu kata, lelaki yang akan mengahwini dan berkawan dengan awak, harus baik dan sentiasa sempurna agamanya. Solatnya juga perlu lengkap. Saya akui saya tak sebaik yang ibu mahukan. Sebab tu ibu pesan banyak kali juga dengan saya, suruh saya berfikir untuk berkawan dengan awak.”

Aku tidak pernah mengenalinya dengan lebih rapat. Cukuplah beberapa pertemuan yang aku rasakan serba sedikit mendekatkan kami berdua. Dia lelaki yang tiba-tiba menawarkan persahabatan dan senyuman dalam kehidupanku. Dan kini, kerana dia air mataku mengalir terlalu laju dan terlalu mudah keluar dari kelopak mata bundar ini.

“Cik Yaya sayang, Fatin ada beritahu saya dan cerita saya macam-macam tadi. Tapi, kalau saya nak berkawan dengan awak dari jauh pun boleh ya?” suaranya tersekat-sekat. Eh, dia touching ke?

“Saya minta maaf jika ibu kecilkan hati tuan. Saya minta maaf.” Itu sahaja perkataan yang boleh dari bibirku. Aku kesat air mata yang mengalir. Apa agaknya yang ibu berbual dengannya? Fikiranku kusut tiba-tiba!

“Boleh ya kalau saya tetap mahu berkawan dengan awak, cik Yaya sayang? Awak tak akan menolak dan marah ya?” tanyanya sekali lagi.

Aku angguk mengiyakan, “Ya, boleh. Saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja.”

“Kalaupun saya lelaki yang solatnya kurang sempurna dan nakal-nakal mengusik awak selalu. Awak akan berkawan dengan saya, kan?” tanyanya lagi. Ah – ketawanya yang menampakkan gigi, jelingannya dan saat pertemuan kami di pasaraya bersama epalnya itu semakin kuat dalam mindaku. Sehingga aku teresak-esak lagi.

“Saya juga tak sempurna sesiapa. Kita manusia, tuan! Manusia boleh berubah jadi baik jika dia mahukannya.”

“Kerana awak, saya akan berubah. Ya, kerana janji saya dengan ibu, saya akan berubah. Dan berubah saya bukan semata-mata kerana awak. Mungkin awak, cik Yaya sayang adalah pembuka jalan untuk saya berubah. Saya janji!”

Aku terkebil-kebil. Janji apakah ini?

“Tapi awak akan berkawan dengan saya ya? Dari jauh pun saya sanggup!” suaranya tiba-tiba ceria. Aku tersenyum sambil mengesat-ngesat air mata yang berbaki. Kenapa pula Yaya boleh jadi sentimental ini? Haih!

Aku angguk lagi. Ketawa. “Ya, saya akan berkawan dengan tuan!”

“Okey, saya letak telefon dulu ya cik Yaya sayang! Awak kena rehat banyak-banyak. Nanti makan ubat yang saya belikan tu, ya! Esok bangun pagi-pagi, saya nak solat subuh doa untuk awak banyak-banyak supaya cik Yaya yang saya sayang ni sihat!”

Ah – air mataku mengalir selepas aku kesat tadi! Mengalir-ngalir hiba. ‘Esok bangun pagi-pagi, saya nak solat subuh doa untuk awak banyak-banyak supaya cik Yaya yang saya sayang ni sihat!’

“Selamat malam, Assalammualaikum,” sambutku.

“Waalaikumsalam.”

Terhenti seketika nafasku.

Aku pandang angin dan angin tidak juga memberikan jawapan. Aku pandang jendela yang langsirnya beralun senada. Tetap tepu mindaku. Serentak itu juga, aku pejamkan mataku. Aku mahu tidur. Esok, aku mahu memulakan semula kerja-kerjaku, menjadi ketua keluarga ini. Bergembira dan ketawa untuk ibu teruskan hidupnya dengan semangat. Juga esok dan hari-hari seterusnya, aku akan terus bekerja untuk mendapatkan pendapatan untuk kami bertiga. Ayuh, Yaya ! Fighting ! Berikan senyuman itu kembali, Yaya ! Kita tetap akan berkawan, walau dari jauh !

+Yaya, Yaya tidur ya ! Jangan sedih-sedih. Nanti saya yang touching!
-Okey, Yaya tidur. Tapi..tapi..tapi…jangan beritahu dengan mr pai epal yang Yaya suka dengan dia juga ya. Juga jangan beritahu dengan mr pai epal yang Yaya falling in love dengan dia! Nanti Yaya malu! Jangan tau! Eh, jangan beritahu ibu yang Yaya simpan dalam hati nama dia sampai bila-bila! Dengan Fatin pun jangan beritahu!
+Okey! Saya janji! Yaya tidur ya!
-Selamat malam!
+Sweet dream, ling!

Dan malam ini aku mahu bermimpikan dia lagi!

Kata-katanya kembali terngiang-ngiang malam ini, “Mungkin awak, cik Yaya sayang adalah pembuka jalan untuk saya berubah. Saya janji! ”

***
Hei MJ Ungu,

Subuh menjelma dan aku baru sahaja selesai menunaikan solat subuhku. Masih sempat menulis di dalam kamu. Dan SMS dari Mr Pai Epal pagi ini membuatku aku terus sebak.



“Err..saya lupa bagaimana untuk bersolat subuh! Saya rasa malu dengan Allah! Saya menangis teringatkan awak, cik Yaya! Siapa yang akan ajari saya? Saya sedang memikirkan kalau saya tiba-tiba mati sekejap lagi. Adakah Allah swt ampunkan segala dosa silam saya?”

SMS keduanya berbunyi jam 6.30 dan aku bersama air mata yang mengalir lesu, “Saya dah solat! Bibik Suharti ajarkan saya! Saya rasa tenang! Dan saya sudah doakan cik Yaya yang saya sayang ni cepat sembuh dan jangan demam lagi!”

Air mata entah kenapa menjadi teman solatku. Aku doakan agar lelaki itu terus lembut hatinya. Terus terang jiwanya !

Mr Pai Epal, hijrah itu satu pengorbanan! SMS lantas memberi balasan.

07 Disember 2011

Kaver Mahu Memeluk Bulan



Bila ada kaver sendiri dan tajuk novel sendiri, baru rasa macam semangat menggunung tinggi. Walaupun tak berapa cantiklah kan. Hahahaha. Plot-plot Mahu Memeluk Bulan memang dalam kepala. Jadinya, perlahan-lahanlah saya menulisnya. Tapi, hero saya untuk projek ini kira bolehlah! Kacaklah! Ngeeee…

MMB tak akan ada setiap minggu. Nanti pembaca pening kepala pula ya! Tapi, harap-harap tak peninglah kan, sebab semua pembaca boleh pilih mana satu pilihan hati untuk dibaca. Ceh! Siap promote. Senarai manuskrip saya memang banyak untuk diketengahkan. Kita tunggu masa dan detik yang sesuailah ya untuk saya umumkan barisan calon-calonnya.

Mula-mula berkecimpung dengan dunia e-novel ni, saya pening kepala lah juga. Tengok blog adik-adik penulis lain, wah – hebat-hebat belaka. Siap ada gambar hero, heroinnya. Sekali dengan kaver-kaver ciptaan mereka. Kiranya, penulis e-novel ini lebih kreatif untuk memasarkan produk mereka. Persaingan sihat, sokongan penulis antara penulis saya kira satu perkara positif untuk penulis-penulis baru macam saya ni. Pembaca semestinya mahukan hero kacak, heroin cantik dan paparan kisah-kisah yang memeranjatkan setiap minggu. Saya mula-mula tu agak pening jugalah sebab berfikir, acanerlah mereka ni boleh siap buat kaver ya? Lepas tu menghimpunkan ramai peminat-peminat mereka. Oh, rupa-rupanya saya yang ketinggalan zaman dan selalu syok sendiri. Hwa Hwa Hwa.


Menulis bukan senang. Terus terang saya sebenarnya sedang mencari identiti diri dalam bidang ini. Saya baru bertapak dalam erti kata sentiasa belajar. Kecewa bila proposal ditolak itu juga sebenarnya membawa saya semangat untuk mencuba genre baru dan penerbit yang lain. Akhirnya saya rasa lebih senang dengan e-novel seperti sekarang ini. Tidak ada sekatan untuk gaya penulisan dan saya tenang menzahirkan Mr Pai Epal dengan bentuk yang sekarang ini. Dengan harapan semua terhibur dan saya berpuas hati.

Banyak sebenarnya mahu saya coretkan, tetapi masa agak terhad. Peminat Yang Terindah mesti muka monyok sudah. Hai, manalah ya sambungan seterusnya? Sebenarnya dah siap, tapi saya sedang edit bagi cantik sikit ayat-ayatnya. Saya pun tak sabar nak publish Yang Terindah. Nanti naaa.

Saya bercuti 3 hari! Seronok bahagianya! Bolehlah menulis tenang-tenang sambil bercuti dengan encik abang! Mahu menyedut udara pantai, lihat gelagat orang dan memandang alam! Kemudian isi masa lapang berdua ke kenduri kahwin sana-sini. Dari sudut rasa hati, penghargaan kepada semua pembaca setia. Tak kira Mr Pai Epal dan Yang Terindah. Saya rasa macam mimpi lagi! Kerana kalianlah semua, saya sedang berdiri tegak dan sentiasa bawa impian nan satu ini.


Menulis itu akan jadi bahagia bila kalian senang dan tersenyum. Bahagia bila kalian memanfaatkannya. Saya tidak mahu lupa dan tidak akan lupa pada blog yang menjadi teman saya ini. Banyak jatuh bangun saya di dalam blog ini. Seolah-olah saya pula rasa macam nak terbang pergi memeluk bulan! Ceh! Tiba-tiba ayat emosi, kau!


Okeylah, tak mo cerita panjang-panjang lagi. Tata!


Salam comel-comel semua.

05 Disember 2011

Mr Pai Epal 10



Okey alls, bersambung lagi daaaaa...Mari senyum beramai-ramai dengan entry ke 10 Mr Pai Epal. Diam tak diam, akhirnya sudah bab 10 dah saya menaip. Macam magic kan? Alhamdulillah, tapi seriuslah, karya ini di penulisan2u terhenti sampai bab ke 6 sahaja. Tak tahu kenapa? Sudah 2 minggu saya ternantikan ia keluar. Tak keluar-keluar juga! Haish!

Perjuangan perlu diteruskan. Keluar tak keluar belakang kira! Saya akan tetap menyambung Mr Pai Epal sampai ke penghujungnya! Fighting!

Eh eh, terima kasih buat pengomen tegar, pembaca senyap saya. Juga pengunjung-pengunjung yang sampai sekarang comel-comel belaka. Komen-komen ada yang tak sempat saya balas. Nanti saya balas, okey?

Last but not least, ceh, tulis orang putih nampak..hehehe, terima kasih yang menyokong! Yang sentiasa tanya, bila nak sambung mr pai epal 10 ni, Dihah? Ini dia sambungannya. Taraaa...Salam sayang untuk semua. Suka tak sambungan ni? Ceh!


1-2



Mata terkebil-kebil. Aku pandang bilik luasku. Pantas, aku bangun menarik gebar ke dadaku. Posisiku sudah dalam keadaan duduk. Kaki melunjur ke hujung katil. Lampu tidur segera aku pasang. Kenapa mataku tidak mahu lelap ? Terlalu kenyangkah aku ? Aku gemuruh ? Aku terkejut dengan apa yang mr pai epal itu luahkan ? Aku terkejut kerana lampu lip lap lip berbentuk epal di sepanjang jalan itukah ? Lagi-lagi pizza hut yang menyelerakan. Atau kerana kejiwangan lelaki itukah ? Ah, kusutnya fikiranku !

Epal hijau di sebelah lampu tidurku segera aku ambil dan menjadi tatapan mataku. Aku tenung seolah-olah boleh menembusi ke mana sahaja destinasi. Perutku masih lagi terasa kenyang dengan rasa Pizza Hut yang menyedapkan. Alhamdulillah, kenyang ! Tapi sekali lagi aku musykil kerana sikap baiknya. Pantas aku menolak gebar, bangun membawa epal berkenaan bersamaku dan menuju ke tingkap. Aku menyelak langsir dan membuka tingkap berkenaan. Memang betul ada ! Ya, memang ada ! Skuterku memang ada dan aku raba perutku. Memang sedang berdendang-dendang pizza hut di dalamnya. Sendawa pun masih berbau segala macam benda yang aku makan beberapa jam tadi.

Ini bukan mimpi, Yaya ! Aku terkebil-kebil. Pantas aku menutup kembali jendela. Menarik kembali langsir dan berjalan perlahan ke katil. Aku menarik gebar semula, membawa tubuhku terus ke atas katil yang bersedia. Rambutku yang bertocang dua aku betulkan. Epal kembali aku letakkan di meja kecil. Lampu tidur segera aku ‘off ‘kan suisnya.

Aku pandang epal berkenaan walau dalam keadaan samar-samar kegelapan. Hatiku lantas berbisik, ‘Wahai epal, bukankah elok jika kau berubah jadi wajah Izz Amir?’ Aku tersenyum perasan ! Sumpah perasan ! Aku tersenyum lagi. Bukankah tadi dia kata aku ini bulan, matahari dan bintangnya ? Lelaki itu hilang akalkah dengan segala apa yang dia cakapkan ? Selesai sahaja kami makan-makan dan berkemas, Izz Amir pantas mengikut aku sampai ke skuter. Sempat juga dia berpesan, “Hati-hati ya cik Yaya sayang ! ”

Aku terkedu lagi. Buat-buat tersengih konon-konon control ayu! Konon-konon control diri supaya tidak pengsan lagi. Tetapi kaki aku sudah menggigil gila! Tidak pernah ada lelaki dengan penuh tawaduk dan gentlemannya menemani aku sampai ke skuter dan boleh kata ‘hati-hati’ lagi! Rasa nak tergelak pun ada. Gelak bagaimana ya? Hahahaha? Hihihihihi? Hohohohoho? Sambil tutup mulut, pandang wajah kacak dia dan berkata, 'awak ni kelakarlah!' Begitukah ? Tapi, selepas berfikir dua tiga kali, aku mendiamkan diri dan mententeramkan diri untuk tidak membalas apa-apa. Aku harus berlagak jual-jual mahal ! Kata nek Pa setahun lepas cukup-cukup aku ingat, ‘Orang perempuan ni Yaya harus jual mahal sikit!’

Ah, tiba-tiba rindu pula dengan nek Pa di kampung dan air terjun yang menyejukkan itu! Apa khabar nek Pa ya? Sihatkah dia dengan pak busu di sana?

+Tarik nafas, Yaya ! Rileks !
-Banyak engkau punya rileks ? Nak tercabut jantung aku dah ni !
-Cuba tersenyum. Istighfar macam selalu. Tasbih banyak kali. Tahmid dan takbir banyak-banyak. Ini dugaan namanya Yaya
+Dugaan ? Iya sangatlah dugaan ! Ini bukan dugaan tahu tak ? Ini namanya bala ! Bala ! Kalaulah ibu tahu ada lelaki jiwang-jiwang, say sayang dengan aku, say aku ni bulanlah, bintanglah, mataharilah ! Haih…bala ! bala !

Tadi, dia dah bertukar jadi mat jiwang. Berbulan dan berbintang bagai ! Hei, sudahlah kacak, buang tabiat banyak-banyak ! Akhirnya aku tersenyum sambil angguk dan angguk lagi. Aku sarung helmet baru yang dia belikan dan katanya ini hadiah untukku! Terharu banyak.

Kata ibu, sesiapa yang membantu kita, kita harus hulurkan senyuman dan mendoakan kebahagiaan dia. Aku pandang dia yang memerhatikan aku menaiki skuter. Fatin dan Lily sudah menanti dengan skuter masing-masing. Aku tahu, itu semua skuter pinjaman kepada mereka.

Aku memberikan senyuman, “Terima kasih banyak-banyak sebab sudi ambilkan skuter saya. Siap lagi tuan berikan saya helmet dan belanja makan ! Juga bagi ucapan hati-hati pada saya. Eeee, saya selalu konpius dengan sikap tuan ! Terlalu baik! Saya doakan apa pun impian tuan akan dimakbulkan Ilahi!”

Matanya membulat besar. Apa pasal?

“Tadi awak panggil saya Izz. Ni tuan pula. Awak jangan panggil saya tuanlah ya! Segan saya! Panggil saya Izz!” Tersengih sambil pandang muka aku. Pula tu, tak lepas-lepas dia pandang mata dan hidung mancung aku! Gila! Lelaki ini memang gila!

Eh, saya punya sukalah. Izz ke, tuan ke, bos ke, lelaki pembuli ke, mr pai epal ke…” aku buat muka sepuluh sen. Lantas skuter kesayangan aku hidupkan enjinnya. Bibirnya sudah muncung ke depan! Atas rasa tidak puas hati kerana aku memanggilnya tuan! Ah, gasak! Aku geli geleman tengok dia tersengih macam kerang busuk bila aku memanggil dia dengan nama, ‘Izz’. Tapi serius, dia kacak kala ini! Dia memeluk tubuhnya. Masih dengan senyuman memandang aku !

“Okey, panggillah apa sahaja. Asalkan awak akan terus berkawan dengan saya. Impian yang awak doakan untuk saya tu saya harap termakbul! Cik Yaya sayang nak tahu apa impian saya?”

Aku betulkan tali helmet sekali lagi. Aku menoleh memandangnya yang masih tersenyum. Eeeee, kacaknya! Tengok rambut dia, ouch! Memang betullah handsome. Boleh tak tidur malam dibuatnya!

Aku tarik nafas mengawal diri, “Saya tak nak tahu impian tuan!”

“Tapi saya tetap nak beritahu!”gertaknya dan memandang aku. Aku terkebil-kebil.

Lelaki itu pantas menyambung bicaranya,“Impian saya ialah, awak akan teman saya makan setiap hari! Masak untuk saya sedap-sedap. Selalu buat saya tersenyum macam sekarang ni dan teman saya setiap detik dan waktu! Awak dan saya. Hanya kita berdua. Dan kita berdua akan duduk di dalam sebuah rumah mewah dengan ada anak-anak bersama! 11 orang. Mesti comel kan?”

Gila. Lelaki ini memang gila! Mataku terbeliak besar memandangnya dan aku lantas menggeleng-gelengkan kepala. Oh, tidak! Ini bala! Ini memang sah-sah bala!

“Gilalah awak ni! Kalau impian awak sebegini rupakan, saya akan pengsan dan masuk hospital! Nak teman awak? Makan hari-hari? Masak untuk awak? Anak 11 orang? Gila! Awak memang gila! Haaa…tunggulah lapan tahun lagi! Takpun tunggulah sampai kiamat!” tanganku menggigil. Dia memang sengaja mahu menduga, sengaja mahu mengusik-ngusik aku.

Sebelum aku menekan minyak, belakang skuterku ditahan olehnya. Rasa mahu gugur jantung ! Rasa mahu lari jauh-jauh dari melihat panahan matanya yang ajaib itu. Aku menoleh ke belakang dan tubuhnya yang nyaman dengan haruman minyak wangi. Dia tersenyum sambil mengenyit matanya, “Selamat malam cik Yaya sayang. Kalau tunggu awak lapan tahun, seumur hidup pun, saya akan tetap tunggu! Nanti rindu saya ya!”

Saat itu, rasa macam skuter ini mahu jatuh! Rasa terhoyong-hayang lagi tubuh badanku. Rasa mahu tercabut jantung, mata, dan gugur bulu mata aku! Astaghfirullah. Aku beristighfar banyak kali. Tak stabil rasa diriku kala ini. Lelaki gila!

Kenangan beberapa jam tadi akhirnya menghilang. Bibirku masih tersenyum! Rasa senang pula dengan usikan manisnya dan adakala kelakar melihat telatah lelaki itu. Haish, mr pai epal yang banyak buat kisah manisnya denganku. Selalu mentraumakan aku! Huh! 11 orang anak? Itu pasukan bola sepak! Argh!!!!

Aku mengiring ke kiri memandang lagi epal yang dia berikan. Bibir aku tersenyum lagi.

Telefon bimbit yang berada di sebelah epal hijau dan lampu tidurku tiba-tiba berbunyi. Aku capai segera. Aku sudah terlentang sambil mata memandang skrin telefon nokia 3310. Inilah telefon paling canggih untuk aku berhubung dengan Fatin dan kawan-kawan. Ah, asalkan boleh menelefon dan memberi sms sudah mencukupi bagi aku. Nombor telefon yang tidak dikenali itu aku biarkan. Akhirnya deringannya berhenti.

Telefonku berbunyi lagi untuk kali yang kedua. Aku tatap lagi nombor berkenaan. Siapa? Mengapa pula kali kedua masih dicubanya?

Aku tekan punat hijau. Aku dekatkan telingaku dengan telefon murah kesayanganku. Warna merah jambu dan ungu kulitnya. Itupun Fatin yang membelikan sarung telefonku ini.

“Assalammualaikum!” suaraku keras macam kayu!

“Waalaikumsalam cik Yaya sayang!” aku ternganga. Berfikir seketika suara siapakah ini? Sepantas kilat aku bangun dan terus duduk bersila. Gebar aku tarik sampai ke dadaku. Rasa macam nak menjerit mendengar suaranya dan memang sah ini mr pai epal. Siapa lagi yang memanggil aku dengan gelaran cik Yaya sayang kecuali lelaki itu! Memang sah, dia!

Eh, eh, mana awak dapat nombor telefon saya ni?” biji mataku rasa mahu terjojol keluar. Dada berombak bersama jantung berdegup-degup laju.

“Saya tanya maxis, celcom, digi dan semua syarikat telekomunikasi dalam Malaysia ni nombor telefon awak. Alhamdulillah, akhirnya dapat!” suaranya memang gemersik! Menikam-nikam diriku. Rasa tegak bulu roma.

Mataku lagi terkebil-kebil. Aku garu kepalaku yang tidak gatal. Apa pula yang lelaki ini mahukan malam-malam buta begini?

Terdengar dia ketawa! Lagi aku rasa suka! Haish! “Awak nak tidur ya?” soalnya.

“Habis, tuan ingat saya sedang betul basikal ke?” lancang mulutku dan membuatkan lelaki itu ketawa lagi. Aku ini kelakarkah?

“Tuan ni memang suka ketawa dan ketawa saja ya?” Pantas aku bertanya.

“Taklah. Saya ketawa sebab awak kelakar!”

Sah anggapanku.

“Tuan telefon saya ni, nak apa?”

“Saja, buang masa!” jawabnya.

Eh, eh dia ni! Main-main pula. Habiskan bil telefon malam-malam, buat apa? Lebih baik tidur! Mimpikan akukah. Mimpi pergi bulankah. Pergi planet Pluto pun ada faedahnya.

“Kalau buang masa, baik tuan tidur. Esok tuan dan saya nak kerja. Saya dah mengantuk ni.” Aku buat-buat menguap. Tapi sebenarnya mataku membulat besar kerana terkejut beruk!

“Eh cik Yaya sayang! Janganlah letak telefon dulu. Saya nak tanya awak satu soalan ni. Sekejap saja, please!”

Aku gigit bibir. “Soalan? Soalan apa ya?” Jantungku sudah berdebar-debar. Serta merta wajah kacak dan senyuman lelaki ini muncul di depan mataku.

“Rindu saya tak?” suaranya perlahan tetapi menjahamkan proses pencernaan dan segala proses pernafasanku.

Gulp!

Kaki kejang! Otot rasa kaku! Aku terdiam.

“Cik Yaya sayang? Oooo cik Yaya sayang!” dia panggil aku yang gugup. Aku yang ternganga lagi.

“Gila!” jawabku sepatah dan membuatkan lelaki itu ketawa. Itu sahaja perkataan yang mampu aku keluarkan dari kerongkongku yang tersekat-sekat.

Iya, kan saya mengaku saya gila! Gilakan awak!” Kata-katanya disambut tawa yang besar. Aku pula terkulat-kulat dengan menyengih!

“Okey, habis soalan pertama. Saya mahu tidur!” gesaku. Mahu segera meletak telefon agar aku tidak pengsan lagi.

Eh, sekejap! Ada soalan lagi!”

“Ada lagi?”

“Ya, ada!” suaranya perlahan. Menembusi lagi pankreasku! Rasa aku mahu terbang tinggi menggapai bintang dan memeluk bulan. Oh, seronoknya ada lelaki sukakan aku. Pula tu dia sanggup telefon semua syarikat telekomunikasi untuk mencari nombor telefonku.

Lelaki itu pantas mengeluarkan suaranya yang lemak merdu bagai buluh perindu, “Kedua, saya mahu ucapkan terima kasih sebab awak temani saya makan tadi. Saya seronok mengenali awak, cik Yaya sayang! Ketiganya, serius saya rindu dekat awak!”

Ada bunga api meletup-letup, terpancar meriahnya depan mataku! Rasa macam sedang menyambut kemerdekaan negara pula di Dataran Merdeka! Kalau dia serius berkata begitu, aku pula serius mahu pengsan lagi!

“Saya nak pengsan! Saya nak pengsan lagi!” ucapku buat dia ketawa! Aku pegang dahiku dengan belakang jariku, panas tiba-tiba!

“Tuan, saya rasa nak demam!” sambungku. Dia diam di hujung talian.

“Serius, cik Yaya sayang! Saya serius!” sambungnya lagi.

“Oh tuhan! Awak memang gila!” aku masih rasa terawang-awangan. Bilikku tiba-tiba dipenuhi dengan bunga ros mekar. Taman bunga berkembang sewanginya kini!

Dengan suara lembutnya lagi, “Baiklah, asalkan saya mengaku dan awak dengar sendiri dari bibir dan mulut saya! Cik Yaya yang saya sayang ni, selamat tidur ya! Selamat malam dan mimpi indah-indah, okey!”

Errr…errr…” aku tergagap-gagap.

“Kenapa? Cik Yaya sayang nervous ya?” terdengar dia ketawa. Dan terus ketawa. Ala, comelnya!

“Selamat malam!” pantas aku membalas.

Sweet dream. Esok kita jumpa lagi!”

“Eh, saya tak mahu jumpa tuanlah! Esok ke, lusa ke, tulat ke. Saya tak mahu lagi dah! Nanti saya yang gila!”

“Cik Yaya sayang!” dia mengeluh. Pinta simpati lagi.

“Ibu marahlah! Saya tak suka!”

“Baiklah, kalau begitu, esok saya datang rumah awak!” Pekiknya ke telingaku.

Talian akhirnya diputuskan. Erk! Aku ketap gigiku. Geramnya! Entah apa lagi rancangannya kelak? Mahu datang ke rumah? Gila! Lelaki ini memang gila.

Aku betulkan kedudukan tubuhku untuk baring semula dengan selesa. Bilik gelap dan samar-samar cahaya sedikit sebanyak membantu aku merenung telefon bimbit yang aku letak di sebelah kiriku. Aku cuba lupakan perbualan antara aku dengan lelaki berkenaan. Mahu tidur dengan nyaman. Mahu melupakan segala kenangan manis yang tiba-tiba menjelma. Bibirku tersenyum lagi. Memang bibir kata tak mahu jumpa, tapi hati meronta-ronta sebenarnya. Apa benarkah dia rindukan aku? Apa benarkah dia mahu anak seramai 11 orang? Apa benarkah dia mahu aku memasak untuknya setiap hari? Wah! Rasa macam ada pari-pari terbang di depan mataku dan menghadiahkan sebuah belon berbentuk hati! Ditembak dengan peluru berpandu dan akhirnya pecah berderai-derai!

Aku semakin mengantuk! Mataku lantas aku tutup perlahan-lahan.

Bunyi bip SMS kedengaran. Aku gapai kembali telefonku. Apa lagi yang dia mahukan? Arghh!

Aku buka peti pesanan masuk.

Mata terjojol lagi! I love you! Sweet dream, ling!

Erk! Pantas aku lelapkan mata. Terus aku offkan telefon! Aku bagai orang gila. Sekejap aku pusing ke kanan dan kemudian sekejap aku pusing ke kiri. Kemudian aku terlentang memandang siling dan beberapa minit itu aku meniarap pula. Dari mata yang sudah terlelap, kini terbuntang besar. Kini aku mengiring kembali ke kanan. Mata terkelip-kelip lagi. Aku rasa dahiku. Ya, panas! Rasa nak demam! Betul-betul aku demam!

Kenapa dengan aku kala ini? Kata-kata lelaki itu kembali mengusik jiwa. Kembali meledak-ledak dalam benakku, ‘Impian saya ialah, awak akan teman saya makan setiap hari! Masak untuk saya sedap-sedap. Selalu buat saya tersenyum macam sekarang ni dan teman saya setiap detik dan waktu! Awak dan saya. Hanya kita berdua. Dan kita berdua akan duduk di dalam sebuah rumah mewah dengan ada anak-anak bersama! 11 orang. Mesti comel kan?’

Dan ketika kami iaitu aku dan Fatin sampai ke rumah, aku ceritakan hasrat hati lelaki itu kepada Fatin. Fatin ternganga lagi dan ketawa berdekah-dekah seperti dia melihat siri kartun spongebob.

“Dia tu dah angau dekat kak long!”
***

“Ibu! Ibu! Kak long demamlah.” Jerit Fatin selepas dia datang mengetuk pintu dan memeriksa aku yang menggigil-gigil kesejukan. Kata Fatin tadi, badanku panas ya rabbi? Panas ya rabbi? Apa maksudnya? Ahh, aku tak boleh bangun. Rasa macam pitam. Rasa gelap dunia.

Mata rasa semakin mengecil. Kepalaku sakit berdenyut-denyut. Aku hanya mendengar suara ibu dan Fatin yang bising di dalam bilik. Air batulah. Daun bunga raya tuamkan ke badankulah, hantar hospitallah. Hantar kliniklah. Ibu tanya aku makan apalah, apa aku buat malam tadilah. Segala macam mereka berbincang tetapi mataku hanya terbuka sedikit sahaja. Hanya mampu menggerakkan tubuhku dan hidungku kembang kempis menahan sakit kepala dan tubuh terus menggigil-gigil. Aku ini panas dan sejuk sekalikah?

Akhirnya aku melihat Fatin mengambil telefon bimbitku dan ketawa macam tak ingat dunia sambil ibu memarahinya supaya segera menelefon ambulans. Apakah aku dikategorikan sebagai seorang yang harus dibawa dengan ambulans? Teruk sangatkah demam aku ini? Ibu mengelap dahiku dengan air daun bunga raya. Tubuhku juga dilap sedikit demi sedikit dengan air berkenaan. Mata sudah tidak bernyawa! Mulutnya membebel-bebel suruh Fatin buat itu dan ini. Tetapi sesekali Fatin masih ketawa mengekek-ngegek. Nasib baik aku tidak larat bangun. Jika tidak, habislah Fatin aku hempuk dia dengan helmet atau beg galasku itu.

“Epal sebiji atas meja ni siapa punya?” tanya ibu. Bau epal berkenaan memang mudah untuk ibu tahu. Terdengar ibu meletakkan kembali epal berkenaan di atas meja.

“Pakwe kak long bagilah bu! Jangan ambil. Nanti sekejap lagi dia datanglah sini!”

Haih, tak ada hujan ribut. Tak ada angin taufan dan tanpa ibu tahu, kak long dah ada pakwe. Sampai demam-demam panas ni! Yaya, Yaya! Panas ni!” ibu merasa lagi dahiku dan leherku. Nampak dia risau sekali. Tapi mataku langsung tidak boleh dibuka.

“Demam cintalah bu!” Fatin mengekek lagi ketawa.

Aku pasrah. Katalah apa sahaja. Buatlah apa sahaja, asalkan aku sihat dan boleh kembali bekerja. Nanti kau, Fatin! Kak long tenyeh-tenyeh mulut nanti dengan cili! Cis!

Beberapa minit kemudian, suasana kembali kelam kabut. Suhuku makin meninggi. Kepalaku rasa diangkat dengan perlahan. Fatin sedang menyarungkan tudung dan memakaikan aku baju sejuk. Kepalaku lagi bertambah berat dan sungguh padat! Badanku kembali menggigil dahsyat! Fatin tiba-tiba menangis. Katanya bibirku biru. Katanya ada air mata mengalir-ngalir dari mataku. Apa boleh aku buat sekarang ini melainkan mendengar Fatin menjadi gelabah mak nenek dan tak tentu arah ke sana dan ke sini.

Ibu – aku dengar berdoa bermacam-macam ayat keluar dari bibirnya. Mengusap-ngusap dahiku dan mencium-cium pipiku.

Apa yang ibu boleh buat kala ini dengan dia juga yang tidak nampak apa yang berlaku kepadaku. Aku mengeluh. Kenapa saat ini aku boleh sakit sebegini? Kasihan ibu dan Fatin. Aku tidak mahu menyusahkan ibu dan Fatin. Juga tidak mahu ibu bersedih hati. Ibu mententeramkan Fatin. Kini, telingaku sahaja berfungi mendengar setiap arahan Fatin dan ibu.

Satu suara lelaki yang cukup aku kenali akhirnya kedengaran. “Yaya demam?”

Entah apa berlaku aku tidak pasti. Suara Fatin kedengaran lagi, “Demam panas sangat-sangat!”

“Makcik, saya angkat anak makcik ni ya?”

Aku mahu buka mataku. Oh, tidak! Jangan angkat aku! Jangan angkat! Aku berat! Aku malu diangkat dia! Lagi-lagi lelaki yang selalu mengaku gilakan aku! Oh, tidak!

Arahan lelaki itu terus kedengaran, “Cepat semua! Makcik dan Fatin ikut saya sekali!”

Saat itu, aku cuma terasa tubuhku melayang-layang pergi. Di bawa turun dengan dikendong menuruni tangga dan akhirnya aku didudukkan selesa. Kepalaku di betulkan. Ibu dan Fatin mengekori dari belakang. Ya, aku separuh sedar saat ini.

“Ya Allah, Yaya! Awak panas ni. Demam awak teruk ni! Kenapa jadi macam ni, Yaya?” dahiku terasa disentuh-sentuh.

Suara Fatin dan ibu di dalam kereta juga kedengaran. Fatin yang melebih-lebih menangis dan aku tahu ibu paling tabah saat ini. Ibu diam. Adakah aku sedang dibawa dengan ambulans ke hospital? Aku tidak pasti.

Tetapi makin lama terasa aku dibawa pergi ke hujung dunia. Wajah arwah abah menghiasi. Dan tubuhku kini lantas dikendong segera masuk ke dalam hospital. Terasa tubuh aku diangkat dengan penuh cemas dan suaranya mengarah itu dan ini kepada petugas hospital. Zaman kecil dahulu, ketika aku demam panas, arwah abahlah yang mendukung aku membawa aku ke hospital. Tetapi kini, tiada arwah abah yang akan menemani aku lagi di sisi katil hospital. Sebak, terasa ada air mata mengalir-ngalir dari mataku yang tertutup rapat.

Aku cuba bukakan mataku, tidak juga boleh! Dan akhirnya terasa ada seseorang menggenggam jemariku, dahiku diusap-usap perlahan dan air mataku dilap-lapkan penuh perasaan sebelum aku dibawa cemas dengan sebuah katil.

“Yaya, saya tunggu awak!” ucapnya dan sungguh-sungguh buat aku pengsan dalam erti kata sebenar. Hatiku kala ini benar-benar telah dicuri seseorang. Dalam keadaan panas dan menggigil maka aku terus terang sahaja ya, yang aku turut jatuh cinta dengan usikan-usikan nakal lelaki itu. Dia, Izz Amir dan dia lelaki di hatiku kini. Wah, Cik Yaya sudah mengaku. Berjiwang-jiwang lagi! Konon malu, tapi mahu!

Iyalah kan, kalau dia kata aku ini bulan maka semestinya dia adalah malamnya. Jika aku matahari maka dialah siangnya dan jika aku adalah bintangnya sudah semestinyalah dia menjadi ruang angkasa yang menemani kerlipan bercahaya itu!

Wah, Yaya tiba-tiba rasa mahu gelak guling-guling sahaja! Aku pun sudah berjiwang-jiwang. Fasa cinta melanda, dan degup jantung waktu ini terus-menerus hura hara !

Korang jangan senyum-senyum ya ! Haip! Jangan gelakkan Yaya!

Kalaulah betul mr pai epal itu kelak jadi boypren Yaya kan? Adakah gempa bumi melanda Malaysia? Adakah taufan berserta hujan batu mengiringi? Atau langit menurunkan bunga ros di merata tempat? Melampaunya angan-angan kau, Yaya!

***
Bersambung lagi daaaaaa...sambil korang punya muka senyum sumbing-sumbing! Muka blushing-blushing! Ngeeee.

02 Disember 2011

Mahu Memeluk Bulan 1


HB19


Letak gambar bulan tak dapat sambutan hangat e-novel ni. Baru episod pertama kan? Suam-suam kuku. Belum hangat lagi! Ceh! Nah, saya tukar gambar bulan mengambang kepada gambar hero 'Mahu Memeluk Bulan' Hyun Bin! Hahahaha. Ini pelakon korea lelaki yang berlakon dalam drama Secret Garden. Hencem kan? Hwa Hwa Hwa...Rasa tembus komputer ni!



********
Oh, maaf-maaf, Yang Terindah akan saya publishkan beberapa hari lagi. Saya tak menang tangan! Hohohoho.

Mahu Memeluk Bulan?? Ceh, ini projek tiba-tiba yang terlayar di minda. Tidak selalu akan saya paparkan di blog. Sebulan sekali, Insya-Allah. Selamat meladeni kelainan lagi untuk 'Mahu Memeluk Bulan.'

********

Kisah biasa antara As dan abang chik. Ada gembira, sedih, ketawa, air mata, kecewa dan sesekali jatuh di jiwa. Kalau mahu ibaratkan dia dengan bulan, memang sah-sahlah dia bulan di hatiku. Ceh! Kadang-kadang rasa mahu As memeluk sahaja dia! Ops, anak ustaz tak boleh buat perkara terlarang! Anak ustaz kena jadi yang baik dan tunjukkan sifat solehahnya. Penipu betul kau, Asmidar! Ha ha ha. Syhhh..kalau abah tahu, mesti As akan dirotan. Abah pasti akan mengurung As lagi jika rahsia ni pecah!

Sudah jam 10.00 malam. Malam ni, As mahu melihat bulan lagi! Bersama dengan Abang Chik duduk di atas pangkin yang Mak Tok dan Pak Aja buatkan untuk kami. Ah, hanya Mak Tok dan Pak Aja sahaja yang faham isi hati kami budak-budak ni. Iyalah kan, aku baru saja berumur 12 tahun. Abang Chik pula 13 tahun. Mana ada pun kami bercinta-cinta. Mana ada Abang Chik sebut I love you. Jauh sekali Abang Chik nak peluk-peluk As. Abang Chik baik. Abang Chiklah selalu hiburkan hati As. Hanya dia sahaja kawan As dalam dunia ni.

Bonda, As dan Abang Chik cuma main kahwin-kahwin dan masak-masak sahaja. Tak lebih dari tu! Kadang-kadang Abang Chik akan bawa As jalan-jalan dengan basikalnya. Kalau As bosan, Abang Chik akan buatkan As layang-layang. Paling seronok kalau kamu berdua berjalan berdua dan akan ke air terjun belakang rumah Mak Debot dan berendam sampai ke petang. Nini pastilah jadi orang tengah untuk menyelamatkan keadaan. “As pergi belajar rumah Nini lah bonda! As kena belajar dengan Nini. UPSR nak dekat, kan?”

“As jangan tipu bonda!”

“Betul! As tak tipu!”

“Kalau As tipu bonda. Bonda cakap dengan abah! Asyik sangat berkawan dengan abang chik. Sana sini asyik berdua. Jangan dipanjat pokok rambutan rumah Pak Kassim tu! Habis kamu kena rotan dengan abah nanti!”

Itu kata bondalah. Aku ingat setiap kata-kata bonda yang menyerap ke dalam hati. Tapi bonda yang penyayang. Kalau abah pukul di punggung As pun, bondalah yang selamatkan As. Seronok kan?

As tak suka abah. As kadang-kadang benci sangat-sangat dengan abah. Sebab Abah selalu larang As berkawan dengan abang chik. Salahkah As berkawan dengan abang chik? Abah selalu kurung As. Setiap kali kelas mengaji, abah akan asingkan As dengan abang chik. Kesian abang chik. Abah sengaja rotan telapak tangan abang chik jika abang chik salah ayat dan grammarnya ketika membaca muqaddam. Kata abah, “Sudah tingkatan 1, belum naik al-quran! Lembab!”

Oh, tersentuhnya As. As rasa nak menangis bila abah rotan jemari abang chik yang selalu meletakkan bunga mawar di sebalik telinga As. Jemari itu jugalah yang selalu membantu As keluar dari kurungan di bawah rumah.


Sebaknya As rasa. Rasa mahu sahaja As gigit tangan abah. Tetapi, dialah abah As yang paling As sayangi. Kata cikgu Norbaya, jika tanpa abah tiadalah kita di dunia ini. Abahlah yang menyara kita sehingga kelak kita akan dikahwinkan dengan lelaki pilihan Ilahi.

Eh eh, abang chikkah yang akan berkahwin dengan As bila As besar nanti? Eeee, seronoknya kan, kalau abang chik yang kahwin dengan As. Main-main kahwin zaman kecil ni nanti, adakah menjadi kenyataan kelak bila As sudah dewasa?

As renung bulan lama-lama. Manalah abang chik ni? Kenapa tak sampai-sampai lagi? As pantas menoleh dan melihat kelibat abang chik yang muncul di sebalik semak. Abang chik berlari-lari anak menuju ke arah pangkin kami. “As, lari As. Abah As kejar dengan rotan!”

Menggelupur kami berdua berlari.

Termengah-mengah As dan abang chik. Langkah seribu… eh… langkah sepuluh juta!

Tangan kami berdua berpautan erat. Tidak akan terpisah walau ada lautan api di hadapan. Itu janji As sekarang ini. As dan abang chik menyelinap ke sana dan ke sini. Suara jeritan abah kedengaran. Menjauh dan menjauh akhirnya.

As janji, kalau kelak abah kejar kami lagi, As akan ikat kaki abah sebelum As keluar dari rumah. Tapi kena pastikan Abah tidur lena dahulu.


Iyalah kan, abah selepas makan malam, pasti akan tertidur sekejap. Berdengkur-dengkur abah sambil air lius basinya meleleh.

Eh eh eh, As dan abang chik sedang berpandangan. Abang chik memberi senyumannya untuk As. Jemari As dipegang erat. “Kalau ustaz Shaari kejar lagi As dan abang chik sebegini, abang chik akan bawa As lari!”

“Tapi kita belum besarlah! Abang chik pun belum kerja!”

Abang chik tersengih. As dan abang chik terhendap-hendap di bawah rumah Makcik Debot.

Haaaaa..sini rupanya kamu berdua ya! As, balik!” suara abah dilontarkan bagai kilat!

As pejam mata. Abang chik terketar-ketar sampai terkencing lagi!

Bulan kini menghilang di sebalik awan hitam. Malam kian pekat dan likat. As diheret balik oleh abah!

As benci abah!